........... SEMBILAN KALI Arahan Sama DiEngkari .... Bayangkanlah Tahap 'Lack Of Corporate Governance' 1MDB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SEMBILAN KALI Arahan Sama DiEngkari .... Bayangkanlah Tahap 'Lack Of Corporate Governance' 1MDB

Monday, July 18, 20163comments



Dalam lapuran PAC, dalam isu dana Cayman, ada disebut -

Lembaga Pengarah 1MDB dalam hampir setiap kali bermesyuarat sejak bulan Mei 2013 hingga Mei 2015 telah mengarahkan pihak pengurusan 1MDB untuk menebus semula pelaburan portfolio dalam SPC dan dibawa balik ke Malaysia.

Dan apakah tindakan pihak pengurusan ?

· Tiada tindakan serius diambil oleh pihak pengurusan 1MDB bagi tempoh bulan Mei 2013 hingga Ogos 2014 bagi melaksanakan arahan Lembaga Pengarah 1MDB untuk menebus keseluruhan pelaburan portfolio SPC.

· Pemindahan wang hasil penebusan portfolio SPC daripada Brazen Sky kepada 1MDB GIL tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah 1MDB supaya hasil penebusan portfolio SPC dibawa balik ke Malaysia. Pemindahan wang tersebut juga tidak dibentang untuk kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah 1MDB.


Jika anda baca sepintas lalu, apakah ada impak pada diri anda akan tahap KEDEGILAN pihak pengurusan 1MDB dalam mengengkari arahan lembaga pengarah ? Bila kita baca  "hampir setiap kali bermesyuarat sejak bulan Mei 2013 hingga Mei 2015", kita mungkin tidak dapat bayangkan tahap keseriusannya. Dalam tempoh itu, berapa kali mereka bermesyuarat ?

Satu lagi, otak kita mungkin malas nak fikirkan jarak time frame itu ( Mei 2013 - Mei 2015 ATAU Mei 2013 - Ogos 2014 ) sebab lapurannya masih panjang yang belum dibaca. Maka, kita akan baca dengan laju tanpa berhenti sejenak untuk bayangkan tahap keseriusan maklumat itu.


Tapi bagaimana kalau disebut dengan jelas bahawa dalam tempoh tersebut, pihak Lembaga Pengarah 1MDB telah memberi arahan sebanyak 9 kali, siap dengan tarikh2 mesyuarat dan arahan yang diberikan, dalam bentuk jadual ... satu-satu disenaraikan, saya percaya kita akan berhenti sejenak untuk menghadam maklumat yang diberikan.

9 ( SEMBILAN ) KALI ARAHAN ! Dan kesemua sembilan kali itu pihak pengurusan buat bodoh jer ...... pasti anda akan terfikir - SEMBILAN KALI lembaga pengarah arah CEO supaya tebus dana Cayman dan bawa balik duit itu tapi SEMBILAN KALI itu juga CEO 1MDB engkar .....

- Kenapa DEGIL tahap gaban CEO 1MDB ni ? Apakah memang CEO itu jenis biadap, tak diajar supaya ikut arahan atau menghormati pihak atasan ATAU ada perkara lain yang menghalang CEO itu daripada akur mengikut arahan yang diberikan ?

- Ada ke tidak sebenarnya duit Cayman itu ? Yalah, sampai SEMBILAN KALI di arah bawa balik tapi langsung tidak dipedulikan. 

- Kenapa lembut sangat Lembaga Pengarah 1MDB ? Takkan selepas sembilan kali arahan sama diengkari, mereka tidak merasa apa2 ? Nak tunggu hingga kali yang keberapa baru nak ambil tindakan ? Ni duit rakyat ni ....


Ini baru contoh bab arahan bawa balik duit Cayman. Kalau anda baca pendedahan apa yang didakwa oleh Sarawak Report sebagai lapuran JAN yang diOSAkan ( yang selepas 10 hari masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa akan ketulinannya ) - KLiK, anda akan terkejut kerana disebut BANYAK KALI LAGI / BERULANG2 KALI  di mana pihak pengurusan terutama CEOnya telah dengan sengaja melanggar arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah !

Jika anda sebagai pemegang saham syarikat, saya yakin dah lama CEO dan mana2 lagi dipihak pengurusan yang biadab sebegitu, dibuang kerja !

Amat menghairankan ..... berulang2 kali arahan diengkari, tapi CEO itu masih juga dikekalkan ! ? Siapa yang nak kena jawab ni ?

Sebab itu saya katakan, sememangnya CEO itu memenuhi tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepadanya, sebab itu dia terus dikekalkan walaupun berulangkali buat silap besar yang menelan kos berpuluh bilion ringgit duit rakyat ! 

Malangnya BUKAN tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan oleh 1MDB kepadanya ..... tapi tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan oleh SESEORANG YANG PUNYA KUASA DAN PENGARUH yang amat besar dalam struktur 1MDB, yang punya agenda peribadi yang berlawanan dengan agenda rakyat.

Sehingga kini, selepas semua laporan dibentangkan, bekas CEO itu masih relaks je ....langsung tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya. Tak tahulah samada beliau sudah disiasat atau tidak untuk mengenal pasti arahan SIAPA sebenarnya yang beliau patuhi sepanjang pengkhianatan beliau semasa berkhidmat bersama 1MDB.

PS - Ini juga merupakan satu contoh kenapa lapuran JAN yang dijadikan dokumen rahsia di bawah OSA harus digugurkan status rahsianya agar rakyat dapat meneliti dengan lebih terperinci masalah 1MDB.  Lapuran PAC tidak cukup lengkap, ia hanya satu bentuk rumusan kepada apa yang disiasat oleh Ketua Audit Negara.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2016 at 1:09 PM

kena batang hidung apa nak menyalak, nak selamat diri sendiri. 1MDB baik2 saja. suci & murni..duit 42juta dari SRC masuk akaun dia pun tak ada salah laku...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2016 at 8:56 PM

Ya betul bro din turtle rakyat berhak menuntut agar laporan ketua audit negara (jan) di lepaskan dari osa sebagaimana mengikut ketetapan perlembagaan persekutuan, laporan pac hanyalah berupa rumusan dari hasil siasatan sebuah badan lantikan bukan figure sebenar seperti jabatan audit negara yang diperakui mengikut perlembagaan persekutuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2016 at 9:14 PM

Dan sebagai sebuah badan siasatan yang di lantik setiap rumusan hasil laporan hendaklah disertakan dengan bukti/fakta bagi menyokong hasil laporan pac, dalam hal ini laporan ketua audit negara perlu dilampirkan bersama sama laporan hasil siasatan pac semasa pembentangan yang mana perkara ini gagal dikemukakan oleh pac, ianya satu kecacatan paling ketara dalam mana mana laporan oleh sebuah badan siasatan.

Post a Comment