........... Sampai Wujud Satu Lagi Parti Pembangkang ..... Semuanya Gara2 Najib, 1MDB dan Jho Low ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sampai Wujud Satu Lagi Parti Pembangkang ..... Semuanya Gara2 Najib, 1MDB dan Jho Low !

Sunday, July 17, 20168comments

Sejak Tun Mahathir mengumumkan akan menubuhkan satu parti baru, saya perhatikan cai2 Najib tidak putus2 beri komen memperlekehkan hasrat Tun itu. Kelakar pun ada. Salahkah Tun Mahathir selaku seorang rakyat Malaysia, ingin menubuhkan sebuah parti politik ?

Belum confirm lagi, tapi kalau pun mereka yang Umno telah reject keluar dari parti seperti Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie ( digantung tapi Shafie sendiri pilih keluar ) dan ramai lagi ketua2 cawangan dan ahli2 yang tak sebulu dengan Najib, ikut sama menyertai parti baru yang Tun Mahathir mahu usahakan ..... apakah itu merupakan satu kesalahan di sisi undang2 ?

Menjadi hak setiap rakyat untuk bebas berpolitik dan menubuhkan parti politik ..... kan ? Kalau Najib dah tolak mereka ini keluar dari partinya, secara logiknya, jika mereka ingin terus aktif berpolitik, mereka akan samada sertai parti politik lain yang ada atau mereka akan tubuhkan parti politik yang baru yang sesuai dengan jiwa perjuangan mereka. Logik kan ?

So .... kenapa cai2 Najib melompat2 sakan sehari dua ini mengutuk sakan dan bersungguh2 memperkecilkan parti baru yang masih di peringkat perbincangan lagi ?

TAKUT ?

Kalau tak takut atau tak gentar dengan satu lagi cabaran baru .... kenapa duk meroyan tak sudah ?

Biar jerlah Tun Mahathir atau Muhyiddin atau siapapun kalau mereka nak tubuhkan satu parti politik baru. Salah ke ?

Kononnya takut Melayu berpecah ? Laaa.... kan Tun Mahathir dah takde pengaruh lagi ? Orang Melayu dah tak sokong Tun lagi, so ... tang mana yang boleh berpecah lagi ?

Mengaku jer lah ....Najib sudah goyang....

Sememangnya Tun Mahathir hebat !

Cai2 Najib yang duk melompat meroyan tu cuma jalankan tugas jer. Mereka cuma ikut arahan.

                                                    *************************

Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

Dari awal lagi, isunya adalah Najib. Dan dari awal lagi Najib mengelak dari perlu bertanggungjawab. Najib hanya tahu menyorok dibelakang Umno dan kerajaan. Diheretnya Umno dan kerajaan dalam masalah peribadinya, masalah yang boleh beliau sendiri selesaikan sekiranya beliau punya sedikit keberanian untuk bersemuka dengan rakyat dan menjawab sendiri pertanyaan2 dari rakyat.

Najib hanya berani berdepan dengan hadirin yang mampu dikawalnya saja .... entah berapa kali ntah Najib bersama orang2 Umno dalam perjumpaan tertutup tapi tidak pernah satu kali pun mahu bertemu rakyat untuk beri penjelasan yang sama.

Setiap kali lepas berjumpa dengan orang Umno, masing2 keluar dan dengan konfiden akan berkata, semuanya sudah diperjelaskan, semuanya OK. 1MDB tidak ada masalah.

Kenapa sekarang, selepas 1MDB terpaksa bergolok bergadai sebab hutang, aset2 semua diambilalih kerajaan, diheret ke mahkamah antarabangsa dek sebab hutang berpuluh bilion .... kenapa tidak ada lagi pertemuan tertutup dengan ahli2 Umno lagi ?

Kita nak juga dengar komen2 yang sama sekali lagi dari mereka yang beruntung dapat dengar penjelasan direct dari mulut Najib sendiri - Semua sudah diperjelaskan, 1MDB tidak ada masalah, semuanya fitnah media saja .....

ADA  BERANI  ? ? ?  NOTHING TO HIDE  ? ? Hahahaha .....  macamanalah ahli2 Umno masih boleh berbangga pegang keris dengan Presiden yang penakut macam Najib ....

 
1MDB dan 2.6 bilion ( dan SRC ) .....  itu saja dua isu yang dari dulu sampai sekarang yang rakyat duk tanya dan begitulah Najib juga, dari dulu sampai sekarang asyik duk mengelak saja.

Cai2 Najib pula bila ketua sendiri tak mampu nak jawab, mereka cuba beralih topik kepada menyerang Tun Mahathir. Apakah cara itu mampu menjawab soalan2 1MDB dan 2.6 bilion ( dan SRC ) ?

Sampai ke tahap memecat keahlian Timbalan Presiden dan pemimpin2 tertinggi parti hanya kerana berani menyuarakan pertanyaan2 rakyat .....masih juga pemimpin2 Umno sokong Najib. Menjadi satu kesalahan besar pada Umno sekiranya ada ahli2 parti yang bertanya soalan yang tidak mampu dijawab oleh Presiden walaupun soalan2 sama turut bermain difikiran rakyat biasa !

Sekarang mereka yang dibuang Najib sebab keberanian menyoalnya soalan2 yang tidak mampu dijawabnya, tidak lama lagi akan menubuhkan sebuah parti politik baru bagi menyaingi Umno. Kelam kabut lah pula Najib dan cai2 nya cuba memperkecil2 usaha itu ..... 

Adakah kerana perjuangan Umno ? Tidak ! Semuanya kerana mempertahankan masalah peribadi Najib ..... 1MDB dan Jho Low.

Umno yang kalah undi majoriti pada PRU13 bakal berdepan dengan satu lagi saingan pada PRU14 ditambah dengan pelbagai persoalan 1MDB dan 2.6 bilion ( dan SRC ) yang masih tergantung .... 

Fikirkanlah ..... semuanya boleh dielakkan sekiranya Umno punya seorang Presiden yang berani memikul tanggungjawab, berani berdepan dengan kemelut ciptaannya sendiri.

Semuanya gara2 Najib .... 1MDB dan Jho Low. 

Pemimpin2 Umno sendiri tidak berani meminta Presidennya tampil menjawab. Mungkin kerana Umno sebenarnya sudah ketandusan pemimpin yang sebenar2nya seorang pemimpin. Hanya Najib seorang saja yang ada. Hanya Najib saja yang paling layak. Disebalik segala skandal2 yang terpalit, Najib masih merupakan yang terbaik dari keseluruhan 3 juta ahli Umno yang ada.

Umno tidak mampu kehilangan pemimpin terbaik mereka. Tanpa Najib, akan hancurlah Umno ...... maka dipertahankan jugalah pemimpin penakut seperti Najib. Walaupun sedar Najib sudah menjadi liabiliti sehinggakan langsung tidak ada kebanggaan untuk mereka pamerkan wajah Najib sepanjang kempen pilihanraya Sarawak atau Sg Besar dan K Kangsar, tetap mereka pertahankan juga.

Najib sendiri ? Bukannya Najib tidak tahu semua ini berlaku dek sebab dirinya sendiri. Tapi apa yang Najib buat ? Biarkan saja dan terus menyorok di belakang nama parti dan kerajaan .....

Satu kali jer ..... tolonglah, satu kali jer rakyat minta PMnya supaya ada keberanian untuk berdepan dengan rakyat dan menjawab sendiri segala persoalan dalam isu2 yang membabitkan PMnya. 


Adakah itu satu permintaan yang terlalu besar untuk ditunaikan ?

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 7:51 AM

Baguslah Tun buat parti baru. UMNO dah terlalu korup. Kanser tahap 4 dah. BN pun sama. Skandal 1MDB ni memang Allah nak tunjuk dgn terang dan nyata betapa korupnya UMNO dan BN. Bila bala macam ni turun maknanya kejahatan yg dilakukan dah melampau. Hari pembalasan semakin hampir.

....................
Reply To This Comment ...................
Tia Rosa
July 17, 2016 at 9:06 AM

Shahril kata parti baru ni sampah? Parti umno najib tu yg sampah! yg bersih semua dah keluar, dah dpt dedak Shahril jadi bongok. Rizal Merican kata Tun M tak diterima rakyat? self-denial sungguh! Saya dan ramai lagi tak sabar nak join parti Tun M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 11:57 AM

Ketua2 cawangan keluar umno ahli & pemimpin sampai kena pecat ahli umno yang ada hingga berbelah bagi hutang negara bertambah imej negara di persada dunia hancur berkecai ini semua berlaku gara2 nak pertahankan salah laku seorang pm akan tercatit dalam lipatan sejarah akan kebodohan umno yang membela pemimpin korupsi terang terangan sejarah keaiban ini akan dipikul ke anak cucu yang tidak mungkin terpadam.

Semua ini terjadi angkara seorang manusia bernama najib.

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2016 at 1:01 PM

Kami sekeluarga tetap sokong Tun M sampai akhir hayat,,kami say "No" to Najib and Umno yang banyak keladak dan korup

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 2:28 PM

Begitu juga semua ahli keluarga saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 4:18 PM

Saya juga...

....................
Reply To This Comment ...................
Tia Rosa
July 17, 2016 at 4:22 PM

Typho error : Shahrir Samad, bukan Shahril

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 5:14 PM

Mengapa pro najib bother to comment on proposed new party initiated by mahathir?

Fear, worry, uneasy....why, why why?

Heran betul saya

Post a Comment