........... Rahman Dahlan - Apalah DOJ, Kes Belum Siap Dah Pi Tuduh Macam2 ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rahman Dahlan - Apalah DOJ, Kes Belum Siap Dah Pi Tuduh Macam2 ...

Thursday, July 28, 20169comments

FMT
Kenapa cai2 Najib terutama yang berpangkat Menteri menggelabah semacam ni ? Keluar kenyataan pun tak macam standard Menteri ? Cuba kita layan kenyataan Rahman Dahlan ni -

“Apabila kita baca (dokumen setebal) 136 muka surat itu, kita mendapati ia bersumberkan kepada Sarawak Report yang mempunyai agenda politik berat terhadap kerajaan, BN dan perdana menteri. Jadi, kemusykilan kita ialah kenapa DoJ tidak menghubungi 1MDB untuk mengesahkannya? Sekurang-kurangnya dapatkan penjelasan di sebelah pihak yang satu lagi.

“Itu saja soalannya. Kenapa anda pergi ke mahkamah dan beritahu seluruh dunia tentang kisah anda sedangkan ia masih belum siap,”

Rahman tuduh DOJ bersumberkan Sarawak Report ? Rahman juga tuduh tindakan DOJ terburu2, kes tak siap tapi dah bertindak ?

Peeergh ! Hebat Rahman Dahlan ni. Dia boleh tahu yang fail kes DOJ belum siap. Pada Rahman, DOJ ni tak reti buat kerja, dan sumber maklumat DOJ hanya Sarawak Report ! 

Kalau dah begitu cerita sebenarnya apa yang berlaku, siapapun kalau bercerita yang benar akan keluar juga versi yang sama. Kalau Swiss AG keluarkan ceritanya yang sama, apakah dia juga akan dituduh bersumberkan Sarawak Report ?

Kenapa Rahman tidak tuduh Ketua Audit Negara dan PAC pun sama bersumberkan Sarawak Report ? Sebab apa yang PAC bentangkan di Parlimen SAMA saja dengan apa yang didedahkan oleh Sarawak Report selama ini !

Sehingga kini, lebih dari setahun, tidak ada seorang pun cai2 Najib baik Rahman, Salleh, Azalina atau siapapun dipihak 1MDB yang pernah keluarkan bukti bagi menunjukkan apa yang dilaporkan oleh SR berkaitan 1MDB dan 2.6 bil itu adalah palsu atau tidak benar.


Baik Sarawak Report, Ketua Audit Negara, PAC, WSJ, Swiss AG dan yang terbaru Jabatan Kehakiman US, SEMUANYA melaporkan perkara yang SAMA. Cuma dari segi pengisian mereka, ada yang lebih detail bergantung pada skop siasatan dan sumber maklumat mereka. 

Pendek Kata - ASASNYA SAMA.

Yang sentiasa berubah2 cerita atau sering kelam kabut beri penjelasan kepada kenyataan mereka sebelum itu, adalah cai2 Najib dan 1MDB.

Pihak yang menuduh tetap konsisten. Makin didedah maklumat baru, semakin jelas jalan ceritanya dan semakin terserlah Kebenaran.

Oya, kalau dinilai betul2....  kenyataan Rahman itu sendiri lebih bersifat mencampuri urusan negara luar berbanding tindakan DOJ !

DOJ bertindak mengikut skop negara mereka, perkara yang berlaku DALAM negara mereka tapi Rahman pula komen perkara yang berlaku di negara luar. Cuba mengajar pihak berkuasa negara US bagaimana cara nak melakukan tugas mereka !

Apakah Rahman tahu apa2 mengenai siasatan DOJ selama ini ? Bukankah pihak berkuasa kedua negara US dan Malaysia saling berhubungan dan bekerjasama ....  sebagai Menteri, Rahman patut tahu tu.

“Apa yang berlaku sekarang ia satu tuduhan. Beberapa individu didakwa mengambil atau mencuri duit 1MDB. Itu satu tuduhan DOJ,” katanya - TAHU TAK PER !

Mengenai ada pihak mengaitkan Najib dalam pertuduhan DoJ, Abdul Rahman berkata sekiranya DoJ mempunyai bukti untuk mengheret perdana menteri, nama beliau akan dinamakan dalam dokumen DoJ itu.

“Cuba tunjukkan di mana nama (Datuk Seri) Najib (dinyatakan) … sedangkan beberapa nama lain dinyatakan dalam dokumen itu,” katanya.

Hahahahaha ..... standard hujah cai Najib. Tak perlu komen dah yang ini.

Sekarang ni rakyat mula pertikaikan cara Menteri2 kita respon kepada tindakan DOJ. Mereka ni nak pertahankan negara atau nak pertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low ?

Kenapa tidak keluarkan kenyataan yang lebih bersifat akomodatif dan menunjukkan semangat anti rasuah ? Contohnya, kita akan beri sepenuh kerjasama kepada DOJ. Kita akan hantar pegawai kita untuk bantu DOJ atau kita tidak mahu bersubahat dengan perasuah ....

Ini tidak ! Lepas sorang2 mengkritik tindakan DOJ. Biar jerlah DOJ lakukan tindakan mereka. Bukankah bagus buat negara kita ? Kan disebut, harta2 yang dibekukan itu akan dipulangkan kepada negara kita selepas semuanya selesai. 

Gila ko .... lepas sapu, pi belanja .... depa serah balik.... BOLEH SAPU SEKALI LAGI !  Tak nak ? 

Tapi 1MDB kena terlebih dahulu mengaku yang duit itu semua asalnya dari 1MDB.

PS - Sekarang dunia menanti apakah pihak2 yang dituduh oleh DOJ akan lawan tindakan pembekuan aset2 itu. Kalau lawan, mereka terpaksa jelaskan darimana datangnya sumber kewangan untuk beli semua aset2 itu. Dan kena jelaskan juga apa2 yang tercatat dalam penyata kewangan sepertimana yang disebut oleh DOJ.

Lawanlah.... lawanlah ..... 

Kalau tak lawan, maka benarlah apa yang dituduh oleh DOJ. Fikirkan kesannya kepada kes timbangtara 1MDB dengan IPIC pula.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2016 at 4:01 PM

kes ni kalau betul tak salah sangat mudah je sebenarnya... KERAJAAN MALAYSIA @ 1MDB hanya perlu jawab macam ni.

"Adalah tidak benar tuduhan dari DOJ.. ini adalah tudahan fitnah.. ini ada buktinya, laporan audit dan transaksi bank... tiada DUIT yang telah diselewaeng segalanya ada dalam rekod kami.. dan Kami akan saman DOJ pada hari selasa". - Rahman Dahlahtu menipu (jurucakap 1mdb)

sekadar contoh ayat.. tapi kalau boleh jurucakap tu biarlah NAJIB baru nampak gah baru nampak ada berpengaruh sikit. sebab dia member ngan obama.

tapi pastikan tiada gambar rajah yang pandi tujuk dulu

KAH KAH KAH

SIMPLE LIKE MAKAN DEDAK

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2016 at 5:07 PM

Sudah-sudahlah Rahman dah ralat benar kami dengar cerita-cerita dongeng macam ini,,dah seluruh dunia pun tahu akan "pekong" Najib,Riza & Jho Low tapi anda masih dok membela kepada penjenayah yang tidak bermoral sama sekali. Sepatutnya kita harus rasa malu dengan kejadian-kejadian yang melibatkan para pemimpin besar Negara kita...!!! Namun demikian perlu di ingatkan pintu taubat masih ter bentang luas untuk mereka sekiranya mereka ingin melakukannya..!!

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2016 at 5:27 PM

Bro Din.....kah...kah....kah....tak tau nak cakap apa lagi.....wakil rakyat cakap macam ni.....menteri pula tu....lucu....tapi pada masa yang sama saya sedih sebab masa depan msia di tentukan oleh lembu2!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2016 at 7:19 PM

Catch 22..'nuff said.

....................
Reply To This Comment ...................
July 28, 2016 at 9:23 PM

Tak payah komen lah deraman ni standard lanun sulu. Buang masa nak layan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2016 at 10:15 PM

Awat brader bercakap akal nya macam pembahas sekolah menengah aje, Tuan Din ? Kita susah nak percaya ayat ayat ni keluar daripada mulut menteri. Tak ada standard dan berfikiran cetek aje bunyi nya. Tak bunyi macam menteri mengulas. Bukan dia seorang aje pulak tu, ramai menteri menteri yang lain yang sewaktu dengan nya pun cakap sepesen aje. Low clasa la macam ratu tweeter speaker dun Selangor selalu suka cakap.

Pengalaman belum cukup kot, Tuan Din. Atau pun diam aje la tak payah cakap apa apa. Menteri menteri senior ramai dah berhenti berbunyi seminggu nih.

KJ terus dah kena game (yang official nya begitu la. Yang sebenarnya siapa tahu).

Dah la..dulu dengar nya nak meremajakan kabinet. Menteri menteri senior dah keringgalan zaman. Apa celup kalau menteri menteri "remaja" ni semua nya jenis yes boss dan tak boleh bekerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2016 at 12:56 PM

Nanti tak pasal FBI pergi swoop akaun bank mamak ni Di Singapore atau mana2 tengok ada bukti duit curi tu Masuk juga. Freezelah biar tersedak

Tapi mamak ni panda juga jaga bontot style Umno dan, first time qualify ada tambah ayat APA yg Najib bagitau tak bersalah. Ayat pelepas diri, bro.

Ni Jenis species KJ, taKda tulang. Sabah mesti tolak, Bah! Bukan Jenis Bagau Shafie.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2016 at 1:02 PM

Rahman Dahlan seorang pandai. Pandai Berbohong. Rahman Dahlan kuat. Dia kuat angkat Bodek Boss!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2016 at 1:18 PM

Mamat deraman ni samada bodoh @ bermotif jahat samada dia tak baca habis 136 muka surat laporan doj @ dia sengaja mahu orang lain jangan baca serta menerima saja cakap bodoh dia.

Mamat deraman ingat kertas siasatan fbi tu bertaraf surat pegawai mohon dengan majikan untuk cuti nak beranak ker kalau nak tau agensi perisikan fbi ni terdapat diserata dunia mempunyai hampir 40,000 petugas dengan bajet tahunan RM45 Billion.

kalau nak banding bajet utk pasukan keselamatan negara dari sebesar tentera & polis sehingga sekecil bertaraf blanja anggota rela campur kesemuanya hanya RM27 Billion setahun, bayangkan dengan bajet fbi sahaja RM45 Billion setahun dengan anggota terlatih & kelengkapan termoden hasil siasatan dia mamat deraman kata ambil dari sarawak report & wsj? Mamat deraman ni buta ker bengap?

Baca laporan doj hasil siasatan fbi pada muka surat 21 hingga 24 rakaman penuh perbualan antara 1mdb officer 1 dengan deutch bank supervisor pihak mana yang boleh buat rakaman jelas secara terperinci sebegitu kalau bukan agensi siasatan yang bertaraf dunia.

Lain kali baca lah laporan penuh 136 mukasurat doj semuanya jelas jangan jadi pemalas main telan buta percakapan orang2 bodoh yang satu level dengan mamat deraman.

Post a Comment