........... Pakej Homestay Bajet 1Malaysia Di New York Dan Los Angeles ! WOW !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pakej Homestay Bajet 1Malaysia Di New York Dan Los Angeles ! WOW !!

Monday, July 25, 20169comments

Berita Baik untuk rakyat Malaysia ! Melancong ke USA Secara Bajet. Pakej VIP  tapi harga Bajet 1Malaysia ! Pakej Penginapan MURAH GILER dari 1MDB Holidays and Homestay khas buat anda !

Hanya RM11.50 ( + GST ) setiap orang untuk penginapan satu malam di New York dan Beverly Hills, Los Angeles ...... WOW ! 

10 banglo dan apartmen mewah pilihan anda ........

Lokasi eksklusif .......

Kemudahan kolan renang dan dapur untuk anda masak sendiri .....

Katil double decker, minima 40 orang ( ngam2 satu bas )





Sekiranya anda perlukan jet untuk terbang ke USA, anda juga berpeluang menaiki Jet Bombardier Global 500 melalui pakej Bajet 1Malaysia. Anda hanya perlu bayar kos petrol dan minyak hitam saja ! Itu anda boleh kaotim sendiri dengan juruterbang.


Sila hubungi Riza Aziz ( New York ) dan Jho Low ( Los Angeles ) bagi tempahan. 

                             **************************

Nah.... ada juga faedahnya 1MDB ni kepada rakyat Malaysia jika dibuat begitu. Berpeluang jugalah rakyat marhean untuk melancong ke USA. 

Ini duk cerita bilion2 sana, bilion2 sini  .... kita duk terlopong jer. Tak terasa pun kesannya ? GST semua kena bayar, baik yang kaya mahupun yang miskin tetap kena 6%.

So .... alang2 dirampas kesemua aset2 yang dikatakan hasil wang curi dari 1MDB dan kemudian akan dibekukan ... apakata diserahkan untuk kegunaan rakyat marhean Malaysia.
Yang dah kaya tu tak payah sibuk lah .... anda boleh pi melancong sendiri macam biasa yang anda lakukan. Beri peluang kepada rakyat biasa pula nak merasa melancong ke USA !

Tak perlulah nak buat untung. Lepas bayar duit api, air ngan upah basuh cadar sarung bantal cukuplah. Takkan nak suruh customer bawa bantal sendiri dari kampung, tak masuk akal la tu. Tapi tuala kena bawa sendiri la...

Bab jaga rumah, kemas2 dan membasuh tu kita serahkan kepada Riza Aziz dan Jho Low.

                             ************************
Sebenarnya ramai dari kita masih agak blur dengan apa yang berlaku di USA tu. Macam2 kita dengar dan baca, banyak sangat perkara yang disogokkan serentak. Kenapa begitu, kenapa begini .... orang tu cakap begitu, orang ni cakap begini... bila semuanya datang serentak, kita sendiri jadi blur.


Nantilah, tak perlu tergesa2. Bila dah reda sikit, kita akan ulas satu persatu biar semua orang faham.Tak perlu gaduh2 ...

PS - Secara tersirat, artikel ini sebenarnya nak sampaikan mesej bahawa kesemua harta yang disebut itu adalah milik rakyat Malaysia ! Semuanya dibeli menggunakan duit yang dicuri dari 1MDB.

Tapi ..... 1MDB kata takde duitnya yang dicuri ? Habis tu, dari mana datangnya semua duit nak beli aset2 itu ?

Haaaa..... kalau mereka yang dituduh itu nak dapatkan balik harta2 itu, mereka kena tunjukkan bukti dari mana mereka dapat duit nak beli semua itu.

Bukti2 yang pihak berkuasa US ada menunjukkan kesemua aset itu dibeli dari duit yang dicuri .... berpunca dari 1MDB. Dah itu yang ditunjukkan oleh bukti2 yang ada. Kalau 1MDB kata duit mereka tak dicuri, maka tunjukkanlah ke mana perginya dan siapa yang terima.

Sebelum ni kita heran juga, 1MDB kata bayar bilion2 kepada IPIC tapi IPIC kata tak terima.... so kemana perginya ? Haaaa.... itulah dianya ... semua aset2 yang mahu dibekukan oleh US. Itu baru sebahagian je.

Alasan orang beri hadiah atau derma akan hanya ditertawakan orang US. Dalam dunia ni hanya orang Umno saja yang percaya cerita dongeng sebegitu ....

Oya, bila pihak berkuasa US kata itu semua datang dari 1MDB dan mahu diberikan semula kepada rakyat Malaysia, secara logiknya, sepatutnya 1MDB seronok lah. Begitu juga dengan kerajaan Malaysia ..... kan ?

Kerajaan US nak bagi balik harta rakyat Malaysia, tapi pemimpin kerajaan kita duk marah2 mereka balik .... heran....

Itulah, macam selalu kita sebut - Apasaja berkaitan Najib, 1MDB dan Jho Low, mesti pelik !

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2016 at 10:20 AM

Bila boleh I book homestay ni??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 10:37 AM

Terbaek article ko kali ni Din! Hahaha.. bagus buat orang ketawa pagi2 Isnin ni...

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2016 at 12:07 PM

Homestay ni utk DEDAKMAN jea. Tak kisah lah tu.

Kawan nak tanya pada macai-macai UMNO... Apa korang nak buat sekarang? Nak defend lagi MANGKUK1 ni?????.. Nak tunggu telungkup tanah melayu ni?
Sekarang USA ada advantage utk tekan kita semua di sebabkan MANGKUK1 ni.
Tanah Melayu, melayu, islam dan rakyat yg lain sekarang dalam keadaan sangat bahaya. Junjung dan cium keris atas pentas bukan lesen utk korang jadi lebih patriotik.
Mana semangat melayu islam korang?
Nak tanya jugak pada Mufti-mufti, ulama2 dan mereka yang mahir dan di iktiraf ilmu agamanya... apa yang tuan-tuan nak buat? Nak dibiarkan kemungkaran berterusan? Selama ini tuan-tuan yang alim ini berdiam diri aje... tak takut ke dengan soalan yang akn di tanya selepas mati nanti.
Atau tuan-tuan yang alim ini sebahagian dari golongan DEDAKMAN?

Jangan di tutup matahati tuan-tuan. Kalau tuan-tuan gagal untuk menegakkan yang HAK, pasti Allah akan menghantar Bala yang lagi besar.
Takkan lah nak minta orang-orang Tabligh buat kerja tuan-tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 1:35 PM

Taknak...eee...bau pekong penyamun. Jual je semua tu. Kita bangunkan industri hotel dan pelancongan dalam negara sendiri. Pastu buat rumah mampu milik teknologi baru siap cepat untuk rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 6:39 PM

@benjamin liang

Boleh ... kerana jumlah unit terhad, sila booking 50yrs ahead(cepat sikit dari booking TH). Tuan boleh hubungi Riza Granite Tours and Travel. TKasih kerana berminat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 7:38 PM

Eset tu semua datang dari duit hutang dengan bank yang kita rakyat malaysia tak kira yang miskin atau kaya setiap orang dari rakyat malaysia perlu lunaskan yang dikutip setiap masa melalui berbagai cara termasuk segala jenis cukai yang dikenakan keatas setiap batang tubuh bahu rakyat.

Pihak siasatan doj & fbi dengan jelas menberikan perincian secara bukti berfakta yang diperolehi dari pihak2 bank bagaimana duit dari akaun 1mdb disalurkan keluar kepada penyanggak wang.

Apabila 1mdb mengatakan duit dia tidak hilang @ dicuri malah peguam negara mengatakan hal yang sama & beberapa orang menteri turut menyokong kenyataan peguam negara ini jelas menunjukkan pihak 1mdb peguam negara & menteri2 telah bersetuju dan merestui supaya pembayaran wang dibuat kepada penyanggak kerana itulah mereka mempertahankan kenyataan mereka bahawa wang 1mdb tidak hilang @ dicuri.

Sekiranya undang2 antarabangsa mendapati pembayaran @ penyaluran wang oleh 1mdb itu satu pelanggaran undang2 maka pihak perundangan antarabangsa juga wajar mensabit kesalahan sama kepada 1mdb & peguam negara kerana merestui akan perbuatan tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
July 26, 2016 at 8:14 AM

Mula×2 rampas semua harta harem lepas itu waran tangkap Malaysia no 1 semua rashia sulit akan terbongkar

....................
Reply To This Comment ...................
July 26, 2016 at 8:16 AM

This America obey the law not Malaysia Bolih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2016 at 9:00 AM

Kita.nama aje Negara Islam perangai pemerintah macam iblis bin syaitan sapu duit rakyat kena.hantar salih keruak bin Ahmad dahlan ke usa saya najb lawyer.komidi

Post a Comment