........... Najib Mahu Mereka Yang Disebut DOJ Bersihkan Nama Mereka - SETUJU ! Termasuk Malaysian Official 1, Harap Najib Heret Lahanat Itu.. .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Mahu Mereka Yang Disebut DOJ Bersihkan Nama Mereka - SETUJU ! Termasuk Malaysian Official 1, Harap Najib Heret Lahanat Itu.. ..

Monday, July 25, 20167comments


Walaupun Yayasan 1MDB telah banyak membuat kerja2 sosial membantu rakyat, tapi kerajaan tidak mengambil ringan segala dakwaan yang dilemparkan kepada 1MDB dan perkara ini perlu ditangani.

"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan,"



Ya, sememangnya kita setuju sangat2 ! KESEMUA nama2 yang disebut dlam writ saman DOJ harus tampil dan beri kerjasama kepada Department of Justice US ( DOJ ). Malah lebih baik jika mereka juga dapat tampil di depan rakyat Malaysia untuk beri penjelasan.

Dan ini TERMASUKlah mereka yang diberi nama samaran seperti Malaysian Official 1, 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2 dan 1MDB Officer 3.

Kenapa nama2 mereka itu tidak disebut dengan jelas sepertimana Riza Aziz, Jho Low, Khadem dan Qubaishi ? Adakah mereka yang diberi nama samaran itu tidak bersalah ?

Sebab harta2 yang mahu disita itu tidak ada kena mengena dengan mereka yang namanya disamarkan. Writ saman adalah untuk menyita harta mereka yang namanya disebut kerana harta2 itu didakwa dibeli menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

Amerika tidak mahu ada sesiapa yang menjadikan negaranya sebagai tempat lambakan duit hasil curian. Amerika hanya bertindak dalam skop negara mereka saja. Mungin kalau DOJ punya bukti nama2 lain pun terlibat sama dan juga ada membeli aset di Amerika menggunakan duit curi, mereka juga akan disebut sama.

TAPI itu tidak bermaksud tindakan DOJ hanya setakat menyita harta haram mereka saja. Itu cuma langkah pertama yang dibuat oleh DOJ. Sebelum apa2, DOJ akan bekukan harta2 itu terlebih dulu sebelum harta2 itu dicairkan ( dijual dan duitnya dibawa keluar Amerika atau ditukar nama atau apasajalah ). 

Selepas proses pembekuan aset itu selesai ..... sudah pasti akan masuk fasa kedua di mana pesalah2 akan didakwa. Tapi masih dalam skop Amerika. Namun sepertimana ditulis dalam writ samannya, nama2 yang disamarkan itu tidak lagi menjadi rahsia. 

Tak pastilah samada nama mereka yang disamarkan itu akan turut sama didakwa tapi nama2 sebenar mereka akan terbongkar juga semasa prosiding mahkamah.

Makanya kita sebagai rakyat Malaysia, ingin tahu SIAPA MEREKA INI. Adalah lebih afdal sekiranya keempat2 individu yang nama mereka disamarkan itu tampil berikan penjelasan sebelum mereka dan juga negara mendapat malu.

Terutamanya Malaysian Official 1 ! Sebab antara keempat2 nama itu, dia yang paling banyak terima duit 1MDB


Saya copy dari kertas pertuduhan DOJ -


In October and November 2012, Blackstone transferred $30,000,000 to an account belonging to MALAYSIAN OFFICIAL 1.


Finally in December 2012, Blackstone transferred $5 million to a Swiss account beneficially owned by 1MDB OFFICER 3, who was then 1MDB’s General Counsel and Executive Director of Group Strategy. ( ms 41 )



197. On or about December 6, 2012, a wire in the amount of $5,000,000 was sent from the Blackstone Account to an account at Falcon Bank in Zurich maintained in the name of River Dee International SA (“River Dee Account”).
198. 1MDB OFFICER 3 is the beneficial owner of the River Dee Account at Falcon Bank.


Kesemuanya USD730 juta diterima oleh Malaysian Official 1 dan nama itu disebut 36 kali dalam kertas pertuduhan DOJ. Untuk apa wang itu diberikan kepadanya ? Apa yang dilakukannya untuk menerima wang sebanyak itu ? 

Dia berkuasa dalam kerajaan, dia berkuasa dalam 1MDB dan dia punya pertalian dengan Riza Aziz.  Oya, dia juga penerima UD681 juta ke dalam akaunnya.

SIAPA DIA MALAYSIAN OFFICIAL 1 ? Mamat ni memang SIAL ! kan .... kan ....

( ingat ya, nama Najib tak pernah disebut pun ..... mungkin bukan Najib.  so bolehlah kita maki semaunya Malaysian Official 1 ini ! )


Mkini ada artikel menarik mengenai persoalan Siapa 1MDB Officer 1, 2, 3 dan lain dalam senarai Amerika ? DOJ turut beri petanda dalam bentuk jawatan dan tugasan yang mereka sandang dalam 1MDB, jadi tidak sukar untuk meneka siapakan mereka sebenarnya.


Pendek kata - Kesemua mereka yang di sebutkan nama dan yang disamarkan nama dalam pertuduhan DOJ harus tampil dan bersihkan nama mereka !

Kita kena sokong ketegasan yang ditunjukkan oleh Najib sepertimana kenyataannya dalam video di atas. Kita harap Najib sendiri akan desak Malaysian Official 1 untuk tampil dan beri penjelasan. Kalau dah ada pertalian dengan Riza Aziz, anak tirinya , maka Najib juga sama. Atau mungkin dengan keluarga sebelah Rosmah. ( Tapi siapa pula keluarga sebelah Rosmah yang berjawatan tinggi kerajaan dan punya kuasa besar dalam 1MDB ? )

Lagi cantik kalau dapat divideokan Najib sedang mengheret Malaysian Official 1 untuk buat pengakuan !


Oya, dari mana sumber kewangan Yayasan 1MDB ni ? Saya ada terbaca dalam Laporan PAC -


Disebut Yayasan Rakyat 1Malaysia ( YR1M ) ada menerima USD35 juta dari pinjaman 1MDB dengan bank yahudi Goldman Sachs pada tahun 2013. Tak pasti apakah itu Yayasan yang sama dengan Yayasan 1MDB.

Kalau tak silap, penjual IPP yang menjual IPPnya kepada 1MDB dengan harga yang mahal melampau itu juga ada beri sumbangan kepada Yayasan 1MDB. Yalah, untung berkali2 ganda, apasalahnya beri derma sikit untuk orang pergi naik haji kan ....


                                                ******************************

Akhir sekali dari video di atas, Najib berkata -

" Dalam pada itu usaha memantapkan lagi kedudukan 1MDB .... kita akan lakukan. Insyaallah saya yakin dan percaya dalam masa yang terdekat ini kedudukan 1MDB akan bertambah lebih mantap dan lebih kukuh lagi. "

.... kedudukan 1MDB bertambah mantap dan kukuh ?  errr..... najib ni merujuk kepada syarikat 1MDB yang takde guna satu sen pun kepada negara dan yang telah memalukan nama negara diperingkat dunia itu ke ? Atau 1MDB yang lain ?

Apakah Najib masih mahu teruskan 1MDBnya itu ? Bagaimana dengan kenyataan Menteri Kewangan 2 Datuk Johari minggu lepas -

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will be a run-off company following the transfer of all its assets to the Minister of Finance Inc (MOF Inc). Second Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani said 1MDB would not be sealed off immediately after the asset sale. “We will sell the assets and run off the company as it has debts to repay. We will slowly retire the debt with the plans we have, which is selling and developing the land in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange (TRX),” he said.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/07/158610/1mdb-be-run-company?d=1
 KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will be a run-off company following the transfer of all its assets to the Minister of Finance Inc (MOF Inc). 

Second Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani said 1MDB would not be sealed off immediately after the asset sale. 

“We will sell the assets and run off the company as it has debts to repay. We will slowly retire the debt with the plans we have, which is selling and developing the land in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange (TRX),” he said.
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will be a run-off company following the transfer of all its assets to the Minister of Finance Inc (MOF Inc). Second Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani said 1MDB would not be sealed off immediately after the asset sale. “We will sell the assets and run off the company as it has debts to repay. We will slowly retire the debt with the plans we have, which is selling and developing the land in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange (TRX),” he said. So far, 1MDB has transferred the ownership of Bandar Malaysia Sdn Bhd and TRX City Sdn Bhd to MOF Inc.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/07/158610/1mdb-be-run-company?d=1
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will be a run-off company following the transfer of all its assets to the Minister of Finance Inc (MOF Inc). Second Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani said 1MDB would not be sealed off immediately after the asset sale. “We will sell the assets and run off the company as it has debts to repay. We will slowly retire the debt with the plans we have, which is selling and developing the land in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange (TRX),” he said. So far, 1MDB has transferred the ownership of Bandar Malaysia Sdn Bhd and TRX City Sdn Bhd to MOF Inc.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/07/158610/1mdb-be-run-company?d=1
  ( NST 16/7 )


Kesemua aset2nya sudah dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan dan kerajaan akan selesaikan hutang2 1MDB perlahan2 .... tidak ada lagi bisness baru atau hutang baru. 1MDB sudah gering, bila semua hutang dah settle, 1MDB akan dikuburkan ....

Dan Najib pula bercakap tentang menjadikan 1MDB lebih mantap dan kukuh ? ? ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 10:37 PM

Najib pakar bermuka2 hingga muntah tengok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 11:39 PM

sokong sangat kenyataan jibo ni. tapi selalunya hanya air liur ajer, nato ( no action, talk only). dulu kata agar diambil tindakan terhadap pegawai 1mdb yang disebut dalam laporan pac, tak ada khabar berita pun. ye lah sapa yang nak ambil tindakan, cakap umum jer. cer cakap, polis sila ambil tindakan, mungkin berlaku sesuatu. ni pun cakap jer, sapa yang nak tubit keluar ngaku. nak sign deklarasi rakyat pun fikir banyak kali. ini pulak ngaku bawa duit keluar berpuluh dan ratus juta. nak mampus agaknya.
kenapa jibo tak cakap agar polis siasat riza dan jhlow kerana nama mereka disebut dengan jelas oleh doj tu. minta la mereka buat kenyataan akhbar untuk jawab doj tu, biar wartawan tanya dulu sebelum loyar amerika tanya, bukan kat bilik kosong dan hanya wartawan tanya ikut skrip.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 11:53 PM

Terang terangan dah siapa dia malaysia official 1 dinyatakan dalam laporan doj duit sejumlah usd681 juta bersamaan Rm2.8 billion disalurkan melalui 1mdb ke akaun peribadi ambank milik malaysia official 1, siapa lagi ada terima duit sebanyak tu yg rakyat duk heboh selama ini.

Jawapan dia ada dalam laporan audit negara (jan) yang di osakan kenapa takut nak bentang kepada umum?.

Takpa kita tunggu bila mahkamah usa mulakan pendakwaan serta dedahkan siapa mamat celaka bergelar malaysia official 1 masa tu bolehlah kita pakat sama2 pergi sekeh kepala dia sikit sorang.

....................
Reply To This Comment ...................
July 26, 2016 at 12:50 AM

Muka dia macam ikan sadin,,macam lah orang semua bodoh tak tahu siapa musibat yang di gelar Malaysia Official No 1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 26, 2016 at 6:47 AM

salam Tuan DT
1. "saya yakin dan percaya dalam masa yang terdekat ini kedudukan 1MDB akan bertambah lebih mantap dan lebih kukuh lagi."
- saya rasa kita ber"PM"kan seorang yg blurr ataupun "zombie"

2. Lagi cantik kalau dapat divideokan Najib sedang mengheret Malaysian Official 1 untuk buat pengakuan!
- yg ni priceless...LOL

....................
Reply To This Comment ...................
July 26, 2016 at 12:38 PM

Pandai sungguh lanun bugis dan lanun sulu ni tak habis2 menipu rakyat malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 26, 2016 at 3:14 PM

Apa yg paling ditakuti, 'Malaysian Official 1' ni akan menjual Malaysia kpd Amerika bg melepaskan tengkuknya yg sdh terjerat. Sblm ni dah setuju dgn TPPA & lps ni tak tahu apa pula.

Post a Comment