........... Mana Nak Lari Dah ? Lambat Laun Akan Terjerat Jua ..... Cadangan Jalan Keluar Buat Malaysian Official 1 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mana Nak Lari Dah ? Lambat Laun Akan Terjerat Jua ..... Cadangan Jalan Keluar Buat Malaysian Official 1

Sunday, July 24, 201610comments

1MDB bukan nya di saman dalam kes ini.

Look... money laundering adalah berpunca dari wang wang 1MDB dan ianya melalui system kewangan Amerika. Memang lah bukan 1MDB yg disaman. Yang dinyatakan ianya adalah wang 1MDB berjumlah USD3.5 billion yang di curi.

Dinyatakan seterusnya wang2 tersebut digunakan untuk membeli assets berbagai . Nak saman 1MDB kenapa? 1MDB adalah pihak yang dicuri wang nya. Ini adalah fakta simple yang wajib di fahami.

Apabila wang dicuri, dan digunakan untuk tujuan lain, ianya adalah money laundering. Yaani kesalahan besar di dalam dunia kewangan diseluruh dunia.

Walaupun kita di Malaysia tidak kesah wang 1MDB dicuri atau ditipu melalui Petrosaudi Jv dan Aabar BVI, ini tidak bermakna negara lain memandang ringan kes money laundering.

Ini baru pertama ..rampasan assets. Kenapa buat kes rampasan assets sebelum kes criminal? Sebab ianya utk memastikan harta2 tersebut tidak dicairkan!. ( atau ditukar nama orang lain )

Seterusnya akan ada criminal proceedings di US dan Swiss mahupun Singapore. Dan semua kes kes ini defendan nya pasti bukan 1MDB.. defendan mestilah nama2 yg sama dlm kes Kleptocracy ini.

Dan jangan harap nak lihat nama MO1 sebagai defendan dalam mana2 kes selagi dia berjawatan.
( copy dari FB Yaakob Osman )

 Di atas adalah satu penerangan mudah apa yang patut kita fahami mengenai kes DOJ US sita aset yang berasal dari dana 1MDB.

Jom kita layan jejak wang atau money trail yang berjaya di temui oleh DOJ US -
 








Aset2 yang mahu disita itu bernilai hampir USD1 bilion ..... campur duit yang masuk ke akaun Najib di atas .... dekat USD2 bilion. Belum campur yang dibelanjakan ditempat lain.

Buat masa ni kita cuma tumpukan pada amaun 2 bilion itu kerana menurut Jabatan Kehakiman US, seperti yang saya garis merahkan di atas, amaun itu didapati dari PENYATA BANK.

Maknanya mereka ADA BUKTI. 

Bukannya mereka pakai agak2 saja atau mereka bergantung kepada laporan WSJ atau Sarawak Report bagi membina kes terhadap Reza Aziz, Jho Low dan dua orang pak Arab itu. 

Mereka ADA BUKTI.

Bukan apa, heran juga bila baca ada cai2 Najib yang cuba memperlekehkan tindakan pihak US itu kerana kononnya mereka bergantung kepada aduan Sarawak Report. So what ? Tak penting siapa pun yang buat laporan kerana selepas disiasat dan jika tidak ada bukti ditemui bagi menyokong dakwaan, apakah pihak DOJ akan failkan saman ? Atau buat sidang akhbar ? 

Mereka bertindak begitu kerana mereka yakin dengan kes mereka. Kerana mereka ADA BUKTI.

Di US, tidak ada masalah untuk dapatkan penyata bank. Kalau hilang, pemegang akaun bila2 masa saja boleh minta salinan sah dari pihak bank. Kalau yang asal tak hilang pun, pemegang akaun masih boleh minta salinan. Berapa banyak salinan pun boleh minta dari bank.

Hanya di Malaysia saja kalau penyata bank dirampas oleh pihak berkuasa, maka tidak ada lagilah penyata bank untuk diserahkan kepada sesiapa yang mahu lihat.

Satu lagi point yang saya mahu sebut, sekiranya DOJ ADA BUKTI yang menunjukan jejak wang ( money trail ) sebagaimana didakwa, apa akan jadi kepada kes 1MDB yang dikemukakan dalam Mahkamah Timbangtara bagi menjawab tuntutan IPIC sebanyak RM26 bilion ?

Sudah pasti kesemua dana itu merupakan sebahagian dari dana yang menjadi pertikaian antara 1MDB-IPIC. Memang benarlah IPIC tidak terima dana didakwa telah dibayar oleh 1MDB kepada IPIC.

So ... apakah hujah balas 1MDB kepada IPIC ? Adakah 1MDB akan kata, bukan saja 1MDB telah menjadi mangsa penipuan dua orang pak Arab yang merupakan bekas CEO IPIC,tapi IPIC juga telah menjadi mangsa penipuan ?

Whatever lah .... yang pasti keputusan hakim di US itu akan ada impak kepada isu2 lain yag berkaitan dengan 1MDB.

Tak boleh lari la .......  BUKTI  ADA. Begitu juga dengan cerita dongeng tentang putera raja Arab yang bagi derma kepada Najib .... semuanya akan kantoi.

Mana nak lari ?

Bagaimana jika salah sorang dari mereka yang dituduh itu buat keputusan untuk belot kepada rakan2 seperdosaan dan sanggup menjadi saksi kepada DOJ demi menyelamatkan tengkok sendiri ? Jika itu berlaku maka akan terburailah segala tipu muslihat mereka dalam menipu rakyat Malaysia.

Hmmm ..... mungkin itu juga merupakan jalan keluar buat Najib .....

Jadi saksi kepada pihak DOJ US dan kemudian minta suaka politik dan seterusnya masuk Witness Protection Programme di US di mana saksi2 dalam kes2 tertentu akan diberikan kehidupan baru yang tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun. 

Menarik tu ..... kan Najib ? Fikirkan lah dengan serius cadangan ini .... Jangan fikir lama sangat, takut Jho Low yang terlebih dahulu ke depan !

Tak boleh lari dah ...... Anda hanya mampu melengah2kan kes tapi lambat laun masa akan mengejar anda jua. 

Jika itu berlaku, apa akan jadi kepada cai2 Najib sekalian ? 

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 6:46 AM

Jelas, cai-cai najib ibarat anak ayam kehilangan ibu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 7:06 AM

Selalunya yg masuk witness protection macai.. untuk tangkap kepala2 lanun. Bukan the other way round.. Siapa di antara lanun2 tu dapat habuan paling sikit tapi tahu semua hal 1MDB? Sharol? Arul?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 8:05 AM

Din..kalau puak ah jib gor bagi satu bukti jer...yang duit didermakan..dan dipulangkan pada pak arab..aku akan turn around sokong ah jib....nak pulangkan duit dalam jumlah besar xkan xder bukti langsung kan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 8:41 AM

1MDB belum disabitkan dengan tuduhan jenayah kerana dia suka kena samun dengan No 1. Apandi pula bersubahat. Mereka tidak takut Allah. Ini mesti kerana mereka tidak percaya dan hanya bertuhankan wang. Percayakah dengan Ali Baba dan penyamun-penyamunnya menjaga Treasury. Yang kita dengar sekarang kes lama 1MDB. Tidak ada kes baru-ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 9:42 AM

bro. din, kalu isu ini, kena beri bukti tambahan untuk kukuhkan hubungan erat antara yang disebut nama dan MO1. Gambar atas kapal adalah bukti terbaik dan kalu boleh letak nama dan syarikat good star dan sebagainya.
cai jibo hanya ingin alih tiang gol dan mereka menumpukan kepada orang yang tidak berfikir untuk dapatkan simpati. cai juga berusaha untuk memeningkan dan membuat salah faham berkaitan isu DOJ ini. ini memang usaha gigih mereka dan saya dapat rasakan mereka ini memang mementingkan keuntungan untuk diri sendiri. kaut selagi mampu.
saya yg tak fasih bi pun mampu untuk faham serba sedikit apa yg dibentangkan doj dan serba sedikit faham apa yang ingin disampaikan. tapi cai langsung menolak apa sahaja yang berkaitan dengan fakta 1mdb ini. sebab tu saya minta disiarkan gambar agar orang faham bahawa orang terlibat telah berkonspirasi sesama mereka di atas kapal tersebut. meraikan kejayaan awal atau baru merancang untuk mencuri.
kita bukan sengaja mahu menyebut atau menuduh, tetapi bagaimanakah pengerusi penasihat bod 1mdb boleh berada bersama tuan punya good star, pegawai besar ipic dan petrosaudi jv, serta tuan punya aabar bvi, fake kompeni aabar. memang la 1mdb tidak bayar kepada ipic kerana mereka bayar kepada individu melalui nama syarikat palsu. itu pun cai tak mampu nak faham.
minta tolong bro, siarkan gambar atas kapal bro, kasi cai jawab perlaitan tu. memang cai tak mampu jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 12:00 PM

Lawsuit yang di failkan oleh usa ag di civil court dipadankan dengan naskah kertas siasatan oleh fbi & melibatkan ejensi2 siasatan di usa semuanya lengkap 136 muka surat kesemuanya dan laporan tersebut disah & ditanda tangani oleh pegawai penyiasat fbi & dibentang serta di edar untuk tatapan seluruh dunia apa ingat ini laporan pac yang bertaraf jkkk ker yang di pertikai akan ke telusan nya.

Bagi yang belum baca silalah download laporan tersebut dlm bentuk pdf file, mereka yang menuduh usa ag tiada bukti & mengambil cerita karangan dari wsj & sarawak report ternyata tidak membaca kesemua 136 muka surat laporan dari siasatan fbi tersebut yang jelas secara detail memberi keterangan bukti tarikh kejadian, tempat, waktu malah siap dengan rakaman percakapan talipon antara malaysian official 1 dengan pihak2 pengurusan bank semua perincian terdapat dalam laporan siasatan tersebut.

Menteri2 & blogger2 pemakan dedak sebelum buat tuduhan rambang yang boleh memalukan diri sendiri rajin2 lah baca terlebih dulu 136 muka surat laporan tersebut jangan lah jadi malas sikap malas hanya menbuatkan kamu menjadi bertambah bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 12:22 PM

Mohon bro din turtle letak kan link untuk memudahkan pelawat blog ini download pdf file hasil laporan siasatan fbi dari portal doj & fbi amat baik link tersebut di apungkan setiap masa dlm posting artikel, maaf bro din turtle sekadar cadangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 1:57 PM

Utk download PDF file, pergi SR website. Kemudian cari artikel bertajuk TANORE FINANCE- Inside Story Of The "Royal Saudi Donation"- The FBI Files Continued
Dlm perenggan pertama klik forensic detail. Dah klik boleh baca atau download.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2016 at 2:00 PM

penderma dari arab tu tak marah ke....duit derma yang pak arab tu bagi kat najib untuk tegakkan syiar Islam di gunakan untuk beli harta dan dbuat berjudi.....hemmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2016 at 8:16 AM

Tak! mana diorang marah ? Kan, Najib dah hantar anak2 muda kita pergi ke Saudi berperang sama diorang kan? Jaga daulat Saud sedangkan diorang serang Yemen yang miskin papa itu.

Post a Comment