........... Kritikan Johari Terhadap 1MDB Jauh Terlalu Lembut ! Sepatutnya Guna - 1MDB Was Hampeh All Along.. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kritikan Johari Terhadap 1MDB Jauh Terlalu Lembut ! Sepatutnya Guna - 1MDB Was Hampeh All Along..

Sunday, July 17, 20166comments


Kenyataan dari Dato Johari semalam di NST 1MDB to be a run-off company pastinya merupakan satu pengakuan dipihak kerajaan bahawasanya 1MDB MEMANG HAMPEH !

Sebelum ini pun Johari pernah keluarkan kenyataan yang hampir sama mengenai 1MDB. Kali ini Johari kata, aset2 1MDB yang diambilalih oleh kerajaan akan dijual untuk bayar hutang 1MDB. Ini termasuk menjual dan membangunkan tanah TRX dan Bandar Malaysia.

Jual dan Bungkus !

Tapi ada kenyataan Johari yang masih cuba menegakkan benang basah 1MDB -

According to Johari, the idea was basically to use 1MDB to leverage its ability to borrow money and do something that an ordinary company could not do — to develop huge assets like Bandar Malaysia and TRX, and at the same time, consolidate the energy sector.


Terjemahan saya - idea asal adalah untuk menggunakan kelebihan 1MDB iaitu kemampuan berhutang dan lakukan sesuatu yang syarikat biasa lain tidak mampu lakukan - membangunkan aset besar seperti Bandar Malaysia dan TRX dan waktu sama menyatukan IPP.

Hahahah..... kelebihan yang ada pada 1MDB itu adalah kerana JAMINAN KERAJAAN. Syarikat apapun kalau kerajaan sanggup beri jaminan, akan senang buat pinjaman bilion2 !

Apa dia kepakaran yang ada pada 1MDB untuk bangunkan projek sebesar TRX ? Kenapa tidak diberikan kepada GLC lain yang sememangnya pakar, punya pengalaman dalam bidang2 berkenaan ? 

Kenapa Johari tak sebut projek pertama 1MDB iaitu usahasama dengan Petrosaudi ? Itulah sebenarnya IDEA ASAL Najib mengwujudkan 1MDB ! Itulah Projek 1MDB yang awal. 

Itupun kalau 'Projek Bagaimana Nak Berhutang Bilion2' tak boleh dikira sebagai satu bentuk projek. Kalau boleh dikira sebagai satu projek, maka lebih sesuai disebut - Idea asal 1MDB adalah bagaimana nak dapatkan duit bilion2 melalui hutang. 

Dapatkan dulu duit bilion2, lepas itu baru fikir macamana nak belanjakan mengikut agenda yang telah ditetapkan.

Terbukti beberapa kali 1MDB ketika mahu mendapatkan wang, mereka bertindak amat pantas sekali. Semua SOP diredah, peringatan lembaga pengarah dilanggar, yang paling utama adalah untuk mendapatkan wang besar secepat mungkin. 

Kalau benar TRX merupakan projek utama, kenapa dana yang dipohon untuk bangunkan TRX sebanyak USD3 bilion dialihkan kepada kegunaan lain ? 

Bak kata Muhyiddin, 1MDB adalah satu skim penipuan terbesar ! 

Apapun, elok juga kita renung kembali kenyataan Najib di New York tahun lepas ...


1MDB model Idealistik ? Hahahaha ..... Kalau nak menipu, memanglah 1MDB itu idealistik sangat !

                          ***************************

Terbaru Sarawak Report ada keluarkan satu lagi artikel yang mereka dakwa sebagai sebahagian dari Lapuran JAN yang diOSAkan. ( status keaslian yang masih belum dapat disahkan oleh  oleh pihak Polis walaupun sudah lebih seminggu siasat ! )

Bab 2 Islamic Medium Term Notes, Pelaburan Ekuiti, Nota Murabahah dan Dana Portfolio

Kali ini diperincikan apa yang berlaku kepada pelaburan awal 1MDB bersama Petrosaudi, kemudian dilaburkan di Cayman akhirnya menjadi Just Unit.

Panjang lapurannya tapi ia sesuatu yang WAJIB BACA jika anda mahu penjelasan mengenai apa yang berlaku dalam skandal 1MDB-Petrosaudi.

Jelas disebut bagaimana semua peraturan dan SOP dilanggar begitu saja .... macam bapak dia punya duit !

Seperti yang sering saya sebutkan juga, keseluruhan pelaburan dan kononnya campur untung berjumlah USD2.318 bil boleh dipertikaikan kewujudannya. Apa yang disajikan oleh 1MDB hanya CERITA saja tanpa sebarang bukti konkrit ditunjukkan akan kewujudan duit itu.

Tidak pernah sekali pun duit Cayman itu ditunjukkan, atau Just Unit dibuktikan nilainya sebagaimana didakwa.

Bagi saya, ayat yang digunakan oleh Johari di atas -

Wrong Business Model, Weak management dan Lack of corporate governance adalah terlalu lembut untuk gambarkan apa yang berlaku dalam 1MDB.

Tapi SIAPA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN ?

Orang yang lahirkan idea 1MDB itu sendiri tak reti nak bertanggungjawab ke ? Sibuk nak hijack idea dan projek pemimpin lama, sendiri punya idea dan projek - HAMPEH !

1MDB was HAMPEH all along - itu ayat yang lebih sesuai Johari gunakan.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 17, 2016 at 8:58 PM

Menteri umno ni dah mcm place,menjual diri utk duit.tokey pelacur najib tanya byr

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 10:53 PM

That new minister (should be read sinister?) in that recent interview of his had also mentioned that he shall conduct study on the GLCs divided into three categories, etc. - but forget to mention MARA (remember its Australian corrupt venture) and others which continue to bleed rakyat's money (and which of course are not under his ministership?).

Here we go again. It is as if with a new broom a new horizon is emerging and Malaysia and Malaysians can be rest assured of stronger Malaysia, etc.

The truth is that nothing will change (and the leaders can continue to stay in power!).

Why? And this is what most people including that minister (sinister?) and a majority of the rakyat have failed to notice: as long as the context surrounding entities like the 1MDB and other GLCs plus entities such MARA continue to stay the same, no matter what one does on corporate governance, etc., it is the case of pi mai pi mai tang tu jugak as far as these entities are concerned,

And in that surrounding of entities such as the 1MDB and MARA we are talking of a person - or rather a pair of husband and wife? - who can do just about anything he wants anytime. As long as that concentration of power - and the opposite which is the lack of healthy functioning of the government's instruments of power such the MAAC - continues to be the case, one such as the minister (sinister?) can continue to dream on. It is phantom Malaysia all the way - with the concurrence, support, etc. coming from a good section of the rakyat of course.

Malaysia and Malaysians get what they deserve?

I really, really want to puke.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 11:47 PM

Perniagaan buluh betong dan buluh kasap
Tak ada untung semua duit modal pun lesap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 11:55 PM

Terbaek bro din turtle.

Namun kena akui kenyataan johari adalah pengakuan jujur, tentang 'Business Model' ianya sesuatu yang menyeluruh berkenaan konsep perniagaan/perdagangan sesebuah syarikat bermula dari struktur plan penubuhan, stateji, misi sehinggalah kepada pencapaian (achievement) syarikat & apabila dinyatakan 'Wrong Business Model' bermakna keseluruhan 1mdb dari mula hingga akhir itu 'SALAH', ianya merupakan pengakuan jujur johari dalam konteks perniagaan yang secara terang berlawanan dengan kenyataan arul kanda, pengurusan 1mdb & 'JASA' sungguh memalukan satu kenyataan pahit dari seorang menteri yang wajib di telan oleh pemakan dedak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 18, 2016 at 12:06 AM

Persoalan nya, bagaimana seorang AG yang telah diberikan maklumat terperinci boleh membersih serta mensucikan 1mdb dari sebarang pendakwaan sedangkan menteri kewangan kedua boleh mengesan 1mdb 'Wrong Business Model'.

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2016 at 9:53 PM

Menteri Kewangan mesti dipisakan dari kementerian yang lain.

Post a Comment