........... Kerajaan OSAkan Lapuran Ketuan Audit - UTurn Dari Najib ! Cakap Tak Serupa Bikin Punya PM .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerajaan OSAkan Lapuran Ketuan Audit - UTurn Dari Najib ! Cakap Tak Serupa Bikin Punya PM ....

Tuesday, July 12, 20167comments

 
“adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan...sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB”.

“Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi”. - Najib Razak, Mei 2015.




KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan billion ringgit dalam urusniaga syarikat berkenaan.

Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan. Ini termasuk kehilangan wang berjumlah USD7 billion (RM28 billion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urusniaga 1MDB.

Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik. Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan Perdana Menteri.

Perdana Menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan. Bagi yang mungkin terlupa akan janji Perdana Menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.

Beliau berkata, “adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan...sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB”.

Kata Najib lagi, “Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi”.

Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.

Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015. Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.

Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat. Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat. Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menutup hasil siasatan Ketua Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?

Lebih malang, ada Menteri kabinet yang melabelkan pihak yang membocorkan kandungan laporan Ketua Audit Negara sebagai pengkhianat negara. Siapakah pengkhianat sebenarnya? Orang yang mendedahkan salahlaku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat? Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara.

Seluruh kabinet bertanggungjawab terhadap rakyat. Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu. Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu.

Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran. Najib telah dikaitkan secara langsung dalam skandal 1MDB dan dia harus tampil menjawab pertanyaan rakyat. Tindakan berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi akan menambah syak wasangka rakyat terhadap kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri.

Jika dia seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat. Usah berdolak dalih lagi.

Jangan berterusan menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB. Anda mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih. Ini adalah peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN ( FB )
12 Julai 2016


                                    ****************** 
FMT 19/5/2016

Ketua Audit Negara TS Ambrin, dua bulan lalu pernah mengeluarkan kenyataan di Channel News Asia berbunyi -
“I think our report is sufficient as a basis for further investigation, we have done our job,”
( Saya fikir laporan kami sudah cukup untuk dijadikan asas untuk siasatan lanjutan ...... )

Waktu itu rakyat sudah mula syak ada sesuatu disebalik tindakan kerajaan mengOSAkan laporan JAN itu. Kini selepas pendedahan oleh SR ( di mana pihak kerajaan masih lembab untuk buat pengesahan apakah pendedahan itu benar atau palsu ), barulah kita sedar betapa besar impak kenyataan Ketua Audit Negara di atas.

So .... macamana Najib ? Tak habis2 nak buat UTurn lagi ? Kluk Klek memanjang ....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2016 at 1:36 PM

Betapa malangnya mempunyai pemimpin pembohong & penipu. Dan yg paling malang duit 1MDB masuk ke akaun dia..kan penyangak nama nya tu. Memalukan negara, bangsa & agama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2016 at 5:20 PM

Ini tiga ada pada Najib,
Bila bercakap dia bohong,
Bila janji dia mungkir,
Bila diberi amanah dia kianat.
Siapa ni ???????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2016 at 7:24 PM

So macamana Tuan IGP? Kerja atau tidak? Nak tunggu apa lagi? Huruharah? Bankruptcy? Dictator? Tuan IGP ketua polis? Atau pembantu Najib?

....................
Reply To This Comment ...................
July 12, 2016 at 10:18 PM

Jelas Munafik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2016 at 11:58 PM

Masuk dengan yang ini sudah 2 laporan ketua audit negara di OSAkan bagi tahun 2014 & 2015.

Soalan TSMY tu tepat adakah Kerajaan mempunyai kuasa melebihi Perlembagaan Persekutuan.

Laporan ketua audit negara tidak boleh di OSAkan ia bertentangan dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan najib bukan saja telah melanggar Perlembagaan Persekutuan malah telah menghina Yang Di Pertuan Agong sebagaimana perkara 107 didalam Perlembagaan Persekutuan.

Melanggar ketetapan Perlembagaan Persekutuan boleh di takrifkan sebagai penentang kepada Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 12:10 AM

Keadaan dah semakin kronik. Ko tak payah nak lari lagi najib. Ko dah masuk lubang dalam, dah tak boleh lari lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 1:07 AM

Rakyat menunggu hasil JAN....lepas tu di OSA kan. Punyalah busuk mereka2 ini menipu rakyat.
Tapi kan....sebenarnya yg di janjikan najib tu bukan audit report.....AUTA REPORT. Tu je yg beliau mampu buat. Contoh nyata pemimpin tak bermaruah. JELAS dan tak payah tanya2 lagi dah.
Najib tidak berkuasa langsung!

Post a Comment