........... IPIC Tidak Tahu Apa2 Tentang Dana Cayman Atau Just Unit ! Arul Kanda Nak Belit Macamana Lagi ...... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

IPIC Tidak Tahu Apa2 Tentang Dana Cayman Atau Just Unit ! Arul Kanda Nak Belit Macamana Lagi ......

Friday, July 1, 20165comments

Mkini

International Petroleum Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS menjadi penjamin 'unit dana' 1MDB dalam dana berdaftar Kepulauan Cayman, menurut laporan oleh Wall Street Journal (WSJ).

Ini berlaku setelah juruaudit 1MDB memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa ia telah meneliti pelaburan Cayman dan berpuas hati dengan jaminan yang didakwa oleh Aabar dari Abu Dhabi itu.

"Unit dana" yang dilaburkan oleh anak syarikat 1MDB berpangkalan di Singapura, Brazen Sky Limited sebelum ini telah menimbulkan kontroversi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga menteri kewangan memberitahu Parlimen bahawa ia disimpan dalam bentuk wang tunai dolar Amerika.

Ia kemudian mendedahkan tidak ada tunai yang terbabit tetapi 'unit dana', dengan 1MDB dan Ketua Eksekutif Kumpulan itu, Arul Kanda bertanggungjawab atas 'kesilapan' itu.

Dalam perkembangan terkini, IPIC dalam laporan kewangan 2015 berkata: "1MDB telah membayangkan kewujudan jaminan kira-kira AS$940 juta yang disediakan oleh Aabar berkenaan dengan unit dana dalam dana bardaftar Kepulauan Cayman yang dimiliki oleh anak syarikat 1MDB, Brazen Sky dan jaminan lanjut daripada Aabar BVI berkenaan dana pelaburan yang dikendalikan oleh pelbagai pihak ketiga dan pengurus dana berjumlah kira-kira AS$1.5 bilion.

"Kedua-dua IPIC dan Aabar mengesahkan tidak ada sebarang rekod mengenai apa jua jaminan yang disediakan oleh Aabar dan oleh itu, tiada pendedahan bagi jaminan kewangan perlu dibuat dalam penyata kewangan disatukan dan seterusnya mengesahkan bahawa kedua IPIC atau Aabar menerima apa-apa bayaran, aset atau unit dana dari Brazen Sky," tambahnya.

Laporan kewangan telah difailkan kepada Bursa Saham London, semalam.

WSJ berkata, jaminan itu adalah penting kerana ia menjadi asas bagi penilaian oleh juruaudit yang didakwa IPIC sebagai tidak wujud.

                                   *********************

Saya copypaste bahagian yang dirujuk di atas daripada Laporan Kewangan IPIC berakhir 31/12/2015 yang difailkan kepada Bursa Saham London. ( KLiK )


Further, 1MDB has intimated the existence of guarantees of approximately US $ 940 million provided by Aabar inrespect of fund units in a Cayman registered fund, owned by 1MDB subsidiary Brazen Sky and further guaranteesfrom Aabar BVI of fund investments held with various third party fund managers in the amount of approximately US$ 1.5 billion. Both IPIC and Aabar confirm there is no record of any such guarantees being provided by Aabar and as such no disclosure of financial guarantees needs to be made in these consolidated financial statements and further confirm that neither IPIC nor Aabar has received any payments, assets or fund units from Brazen Sky.
 

So .... apa citer dengan semua dana2 pelaburan yang kononnya direzabkan untuk bayar IPIC ? Apa citer  Just Unit yang kononnya telah di jamin nilainya oleh Aabar ?



Baru kelmarin saya sebut perkara ini ..... KLiK. Apa lagi alasan yang akan diberikan untuk mengelak dana2 pelaburan itu daripada di BUKTIKAN KEWUJUDANNYA ?

Jika benar semua dana2 pelaburan itu wujud, tebus dan bawa balik wangnya ! Terutama pelaburan Just Unit..... hmmmmm nak tanya Husni, dia dah letak jawatan....

Ingat satu artikel yang pernah saya tulis sebelum ini yang merujuk kepada pembayaran kepada Goodstar milik Jho Low - KLiK., di mana saya nyatakan -


Jika kita terima kenyataan Bank Negara bahawa Good Star tidak ada kaitan dengan Petrosaudi dan pembayaran USD700 juta itu tidak diterima oleh Petrosaudi sebagai penjelasan hutang, bagaimana mungkin USD2.318 bilion itu wujud ?

Dana itu juga dikaitkan dengan pelbagai syarikat yang pelik2 dan banyak sekali putar belitnya bila kita minta bukti untuk mengesahkan kewujudannya.

Pendek kata lagi - Segalanya tentang USD2.318 bilion itu PELIK !


Just Unit bernilai USD940 juta itu merupakan baki terakhir dari keseluruhan dana JV 1MDB-Petrosaudi yang asal.  Yang lain semuanya sudah dibelanjakan, kalau mengikut buku akaun 1MDB.  Tapi tidak ada bukti dikemukakan tentang perbelanjaan itu.

Sama2 kita nantikan belit Arul Kanda dalam hal terbaru ini ......

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2016 at 5:50 PM

itu duit yang hilang. tapi ahli umno tak mau najib hilang. biar pemimpin 22 tahun dikeji dan dihina, pemimpin cash is king menjadi pojaan mt dan kbu serta ahli umno. tanpa cash is king, sapalah kbu, sapalah ketua pemuda bahagian, sapa lah ketua wanita, sapalah mt. cash is king mampu membawa ahli umno ke serata tempat secara percuma, pi kata bharu free, pi melaka free, pi kl free, pi umrah free, pi makan angin free, joli pun free juga, kuatnya cash is king berbanding intergriti. yang tak ada intergriri guan eng sahaja, tu pasal sprm tangkap dan dakwa di mahkamah. najib tak salah kata ag seorang ketua pendakwa, bukan berjawatan hakim, tapi bekas hakim dalam sidang akhbar bukan dalam mahkamah.

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2016 at 1:36 AM

Najib sudah kaya,
Rosmah jadi datin,
Selamat hari raya,
Maaf zahir batin. 😂

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2016 at 5:39 AM

@Salwah Abdat

Selamat hari raya
Maaf zahir & batin
Kita sumbat depa dalam tin
Biar depa di telan buaya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2016 at 5:48 AM

Alang2 si husny nak pegi belajar agama sampai letak semua jawatan...maka terangkan kepada rakyat apa itu just unit dan apa dah jadi dengan just unit itu...tak berkat ilmu kamu selagi dosa2 kamu kepada rakyat tidak dimaafkan. Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2016 at 2:13 PM

Jangan dok harap la just unit ka atau apa aset lagi yang 1MDB ada.Bahkan teloq pun dah tak ada untuk digadaikan buat bayar hutang.Harap belas ehsan rakyat la pakat2 gadai teloq masing2 untuk tolong najib bayar hutang.Nak buat camana nak tolong pm dan kak mah rakyat kena la berkorban .
Hidup najib.....hidup Kak mah

Post a Comment