........... HOT Dari WSJ - Dua Surat Dari Aabar IPIC Dedahkan Penipuan Najib Dan 1MDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT Dari WSJ - Dua Surat Dari Aabar IPIC Dedahkan Penipuan Najib Dan 1MDB !

Friday, July 1, 20169comments

Artikel sebelum ini ( KLiK ) merujuk kepada laporan kewangan IPIC berakhir 31/12/2015 yang difailkan di Bursa Saham London di mana ada dinyatakan pada perenggan 42, IPIC menafikan ada memberi sebarang jaminan kepada mana2 dana pelaburan milik Brazen Sky ( syarikat 100% milik 1MDB ) dari Cayman.

Maknanya, 1MDB boleh dah tebus dan bawa balik dana2 pelaburan termasuk Just Unit kembali ke tanahair untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia yang 1MDB tidak menipu bila mengatakan unit2 pelaburan itu wujud dan punya nilai.


Beberapa dakwaan oleh 1MDB yang punya kaitan dengan IPIC semuanya terbukti PALSU. Bayaran Deposit, Bayaran Option .... kononnya dibayar kepada Aabar IPIC rupa2nya telah dibayar kepada Aabar BVI, sebuah syarikat palsu yang tidak ada kaitan dengan IPIC.

Terkini, isu pengesahan dan jaminan yang kononnya diberikan oleh pihak Aabar IPIC terhadap unit2 pelaburan luar 1MDB ... IPIC juga sudah nafikan punya kaitan !

Sewaktu WSJ mula mendedahkan kewujudan syarikat palsu Aabar BVI yang namanya mirip nama syarikat milik Aabar IPIC, pada bulan September tahun lepas,  rakyat sudah mula tertanya2, siapa yang bercakap benar ? WSJ atau 1MDB ? Mana satu yang betul ni ?

astroawani 9/9/2015

Rakyat seperti saya yang suka mengambil jalan yang mudah tapi berkesan bertanya - Kenapa tidak 1MDB bertanya minta pengesahan dari IPIC ketika itu ? Kan senang ? Hubungi IPIC dan minta IPIC keluarkan satu penyata atau kenyataan resmi yang mengesahkan apa yang ada dalam akaun 1MDB adalah benar. Senang kan ? 

Tapi macam biasalah kalau kes adalah berkaitan 1MDB atau Najib .... berbelit2 jawab tapi akhirnya persoalan asal yang ditanya tak terjawab juga !

Sekarang, selepas IPIC buat beberapa pengumuman di Bursa Saham London, barulah kita tahu IPIC tidak terlibat dalam beberapa transaksi 1MDB sebagaimana yang pihak 1MDB dakwa. 

TAPI .... kenapa pihak 1MDB tidak berhubung terus dengan IPIC ketika WSJ mula dedahkan isu2 ini ? Apakah kerajaan juga merasakan tidak ada keperluan mendesak ( urgency ) untuk mendapat tahu duduk sebenar cerita sebab melibatkan wang rakyat berpuluh bilion ringgit ! ?

Artikel terbaru WSJ ada jawapannya ....... yang pasti buat cai2 Najib terkedu.


KLiK

Rupa2nya IPIC ada berhubungan dengan 1MDB dan juga dengan Menteri Kewangan iaitu Najib dan dalam dua surat yang didedahkan WSJ, ternyata ADA disebut mengenai pengesahan isu2 yang kita bincangkan !

Surat Pertama dari IPIC kepada Menteri Kewangan Najib bertarikh 22/7/2015 ( KLiK )



Surat pertama ini membincangkan hal Perjanjian Aset Swap 1MDB-IPIC yang merupakan sebahagian dari Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB.

Pihak IPIC rupanya memantau setiap kenyataan resmi yang dikeluarkan oleh 1MDB dan Kerajaan ! IPIC buat teguran kepada Najib selaku Menteri Kewangan kerana menipu kononnya kerajaan tidak punya sebarang liabiliti dalam Aset Swap. 

Sama seperti apa yang kita duk sebut selama ini - Perjanjian IPIC adalah dengan 1MDB DAN Kerajaan Malaysia. Kalau 1MDB tak boleh bayar, maka Kerajaan Malaysia terpaksa tanggung. Itu jelas disebut dalam Perjanjian.

Kemudian pihak IPIC turut merujuk kepada akaun 1MDB berakhir 2014 di mana tertera Deposit Aabar ...... IPIC mengesahkan bahawa TIDAK ADA sebarang deposit 1MDB yang dipegang oleh IPIC !


Surat bertarikh 22 Julai 2015 tapi kenapa Najib selaku Menteri Kewangan dan juga pihak 1MDB tidak berterus terang kepada rakyat Malaysia ? Kenapa diamkan perkara ini ? Kenapa berdolak dalih dengan pelbagai alasan bila WSJ dedahkan IPIC tidak ada menerima pembayaran yang dibuat oleh 1MDB kerana bayaran itu dibuat atas nama syarikat palsu ?

Penafian oleh 1MDB terhadap laporan WSJ di atas dibuat pada 9 September 2015 .... yakni SELEPAS di sahkan oleh IPIC bahawa pendedahan itu adalah BENAR !


Surat Kedua adalah dari Aabar kepada 1MDB dan Menteri Kewangan Najib pada 19 Oktober 2015 ( KLiK )


Surat kedua ini membincangkan tentang terma2 Aset Swap IPIC-1MDB & Kerajaan Malaysia di mana pihak Aabar /IPIC melahirkan kebimbangan mereka akan kemampuan 1MDB untuk bayar balik hutang sebagaimana perjanjian !

Mereka turut menyentuh beberapa kenyataan resmi yang dikeluarkan oleh 1MDB tanpa mendapat persetujuan dari pihak mereka sepertimana dipersetujui.



Turut disentuh adalah ayat ASSET SWAP di mana 1MDB dan kerajaan Malaysia sering sebut akan gantikan hutang 1MDB yang dibayar oleh IPIC dengan aset seperti unit2 dana pelaburan termasuk Just Unit.

Aabar IPIC menegaskan bahawa TIDAK ADA disebut dalam perjanjian pembayaran balik oleh 1MDB adalah dalam bentuk Aset tapi 1MDB perlu bayar balik dalam bentuk TUNAI !

Tidak ada disebut Unit dalam perjanjian IPIC-1MDB&Kerajaan Malaysia !

Juga disebut pada perenggan (c) yang merujuk kepada Just Unit USD940 juta yang didakwa 1MDB sebagai telah dijamin nilainya oleh Aabar dan telah direzabkan untuk IPIC ( sebagaimana dijawab oleh 1MDB kepada Bank Negara Malaysia kenapa dana itu tidak boleh dibawa pulang ) .... Aabar dan IPIC dengan tegas menyatakan - TIDAK ADA dan TIDAK TAHU MENAHU PUN !


Surat kedua ini bertarikh 19 Oktober 2015 ....... tapi kenapa pengesahan dari pihak Aabar dan IPIC ini tidak diberitahu kepada rakyat Malaysia ? Malah PAC yang menyiasat isu 1MDB juga tidak dimaklumkan semua maklumat2 ini.

Kemudian bila IPIC buat pengumuman di Bursa Saham London tidak ada menerima sebarang deposit dan tidak bertanggungjawab atas Aabar BVI yang palsu, dan bila pihak WSJ buat pendedahan ...... kenapa pihak 1MDB dan cai2 Najib boleh pula buat2 terkejut.

Tampil pula cai2 tegar Najib menuduh WSJ menipu dan menfitnah bla bla bla.....

Bagaimana dengan pendedahan dua surat dari Aabar IPIC di atas ? Apakah 1MDB, Najib dan cai2 sekelian akan menafikan kewujudannya ?

Baik nafikan ! Kalau tidak akan terbuktilah selama ini rakyat Malaysia telah dikencing oleh anda ..... berkali2 rakyat kena kencing. Semuanya sebab Najib, 1MDB dan Jho Low.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2016 at 11:19 PM

Jawapan cai jibo ialah fitnah dan sudah dijawab. Fakta pun mereka kata fitnah. Fitnah mereka dikatakan fakta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2016 at 12:25 AM

Tu yg aku tak respect dgn husni. Masa tsmy ckp ketakutannya ttg hutang yg akan ditanggung oleh cucu cicit kita nnti, semua lari sokong najib termasuk husni. Tsmy dan MM terkapai2 tiada yg membantu.
Husni masa tu menyokong terus. Skrg ni baru nak letak semua jawatan. Ada makna ke??? Dah byk menipu tapi larikan diri. Apa usaha utk betulkan semula kesalahan dulu???

Kepada cai najib semua, surat2 yg membuktikan pembohongan sekian lama ni, apa kata korang rendam surat tu dan minum airnya. Biar cerah sikit hati korang yg hitam tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2016 at 12:28 AM

Bro din rakyat malaysia bukan setakat kena kencing malah sudah kena berak sama najib bertempek najis atas kepala mana ada just unit yang ada just najib saja.

Patut lah najib batal program di terengganu balik dengan tergesa gesa alasan demam mana tak demam bila dapat tau ipic dedah semua di bursa saham london terus demam kantoi sekarang duk berkira nak kencing berak macam mana lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2016 at 5:46 AM

Sarir samat..amat maslang dan konco2 yang makan dedak semua tu...tak rasa bersalah ke makan juta2 dari sumber yang diragui? Bagi anak bini makan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2016 at 9:45 AM

Duit aku .....aku x halalkan dunia akhirat.....TAK HALAL....tuntut kat akhirat esok....nengok lah....

Nak membesarkan anak....perbelanjaan banyak....cukai sana sini....

Tak Halal duit tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2016 at 2:55 PM

Demam apa..aku tengok sehat walafiat je kat majlis berbuka puasa
Atau dh kena tampar ghaib masa hulur kuih di pasar batu enam?? Masuk kubu pas tu buat muka baik..tapi org pasar tengok dia macam sial.

....................
Reply To This Comment ...................
July 3, 2016 at 4:51 AM

Najib sudah kaya,
Rosmah jadi Datin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2016 at 7:47 AM

Bro din...akak lg sdih raya ni,sejak gst ...biz merudum bergulung gulung sampai bulan posa x dpt meniaga org jual mknn lebih byk dari pelanggan nk membeli even kt area pj & shah alam yg kira- kiranye tmpat kelas pertengahan..bayangkn tmpat kawadan flat pprt atau rumah murah...yg trajiknye biz dh 2 tahun turun naik,tp tahun ni terus jatuh merudum tergolek dog...anak anak tkde baju raya kami tak mampu,duit cukup utk hubby isi minyak pi keja dn byr tolak,mkn ada nasi & telor pun cukup baik...rasa nya rata rata rakyat menderita kenaikan barang- barang isirumah,minyak yg baru naik akan meningkatkan lagi kos hidup...Ya Allah ,aku tak reda pemimpin korup yang menzalimi kami,ku tak reda setiap sen yg dicuri mereka moga laknak mu ke atas mereka dan keluarga...setiap titisan air mata duka kami bergelut untuk sesuap nasi merupakan api untuk pemimpin zalim yang belot atas amanah mereka...aamin yarobil alamin...nota@2016 tahun berduka dihari raya....luahan penjaja gerai ,isteri & ibu dan rakyat tertindas oleh rejim najikk semah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2016 at 11:24 PM

Apa boleh buat...

Macam mana nasib & nikmat boleh berubah kalau tidak diubah dari dalam mentaliti kaum itu sendiri.

Pada setiap satu orang macam awak, ada sepuluh lagi orang yg sanggup menjual undi mereka dgn harga yg murah kepada regim yg sama pada setiap pilihanraya..

Dulu, kini & selama2nya..

Post a Comment