........... Deraf Format Lapuran Polis Yang Boleh DiGuna Pakai Oleh Rakyat Malaysia Supaya Polis Siasat 1MDB Dan Individu2 Terlibat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Deraf Format Lapuran Polis Yang Boleh DiGuna Pakai Oleh Rakyat Malaysia Supaya Polis Siasat 1MDB Dan Individu2 Terlibat

Tuesday, July 26, 20164comments

Deraf Laporan Polis

Saya,_______________________________adalah seorang warganegara Malaysia, dan ingin membuat laporan polis   berhubung penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (“1MDB”) yang beralamat di Tingkat 8, Menara IMC, No. 8  Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala   Lumpur. 1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik  penuh Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kewangan   Malaysia yang ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangkamasa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan langsung asing.

Saya telah membaca, meneliti dan mengkaji satu dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (“dokumen DOJ tersebut”) bertarikh 20.7.2016 yang mana menjadi asas kepada pemfailan tindakan sitaan oleh negara Amerika Syarikat di Mahkamah California, Amerika Syarikat yang membutirkan transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang oleh pegawai-pegawai syarikat 1MDB dan juga individu-individu serta beberapa syarikat luar negara yang terbabit dengan urus niaga dengan syarikat 1MDB yang mana wang tersebut telah dipercayai digunakan untuk membeli aset-aset di beberapa negara luar, termasuk dan tidak terhad kepada negara AmerikaSyarikat, United Kingdom dan Switzerland. Di dalam dokumen DOJ tersebut, ad menyatakan bahawa beberapa orang warganegara Malaysia telah dipercayai terbabit dengan transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1MDB, yang mana individu-individu tersebut adalah seperti berikut:

a. Low Taek Jho;
b. Malaysian Official 1;
c. Riza Shahriz Bin Abdul Aziz; dan
d. Eric Tan Kim Loong 

Berpandukan kepada kandungan dan definisi yang diberikan di dalam dokumen DOJ tersebut, penama Malaysian Official 1 tersebut adalah Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Melalui perenggan 28 yang dibaca dengan perenggan 29 di dalam dokumen DOJ tersebut, ianya menyatakan bahawa Riza Shahriz Bin Abdul Aziz adalah bersaudara kepada Malaysian Official 1 tersebut dan Malaysian Official 1 tersebut adalah pegawai tinggi rasmi kerajaan Malaysia yang memegang jawatan dan berkuasa di dalam syarikat 1MDB. Malaysian Official 1 tersebut juga dinyatakan di sana, merupakan penjawat awam yang memenuhi terma penjawat awam di bawah Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia.

Sebelum laporan ini dikemukakan, pelbagai skandal yang berkaitan dengan penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1MDB telah dibocorkan oleh individu-individu tertentu yang mana turut disebarkan oleh media massa. Walaupun banyak pendedahan telah dibuat melalui media massa secara terbuka mengenai penyalahgunaan dan penyelewengan wang tersebut, namun tiada apa-apa tindakan diambil terhadap mana-mana Ahli-Ahli Lembaga Pengarah mahupun pegawai-pegawai di dalam syarikat 1MDB, dan juga tiada siasatan lengkap berjaya yang dilakukan oleh pihak-pihak berwajib.

Oleh yang demikian, berdasarkan kandungan di dalam dokumen DOJ tersebut, saya selaku warganegara yang prihatin ingin membuat laporan rasmi dan memohon pihak Polis DiRaja Malaysia untuk   membuat siasatan secara rapi dan lengkap ke atas transaksi yang membabitkan penyalahgunaan dan penyelewengan wang oleh syarikat 1MDB dan juga siasatan yang rapi dan lengkap ke atas individu-individu yang dinamakan di atas yang mana dipercayai terlibat dalam transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang di dalam syarikat 1MDB tersebut.

Sekian laporan saya.




Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 26, 2016 at 6:39 AM

En. Din kita tak kena tangkap dan kena soalsiasat ka kalau buat laporan polis nanti.Yang direpot kerana buat salah bebas bermaharajalela kita yang buat repot pula tak pasal2 pakai gelang besi
Sejarah telah membuktikan ianya pernah berlaku di Malaysia.Hanya di Malaysia sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 26, 2016 at 8:38 AM

Sdra Din,

Adakah ketua2 enforcement agencies telah dibutakan mata, dipekakkan telinga dan dibisukan mulut oleh bomoh2 international, bukan yang pakai teropong buluh dan dua biji kelapa?

Apa hukumnya sesaorang menggunakan bomoh untuk tundukkan suami dan orang2 sekeliling?

Derhakakah seorang anak apabila menuduh orang terdekat dengannya "selling soul to devils"?

Berdosakah anak menyuruh ibunya bertaubat?

Saya melihat ada hubungan antara manusia dan dunia bomoh dalam permasaalahan yang dialami rakyat malaysia sekarang.

Mengapa mestinya negara kafir yang berkata benar dan negara islam hipokrit dan menipu?

Mengapa berkata benar walaupun dari negara kafir dituduh konspirasi untuk jatuhkan negara islam?

Banyak lagi.....

Rabiyyassir walatu'assir

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 26, 2016 at 2:31 PM

salam pak din, akhir ini heboh semua orang meneka siapa malaysia official 1 dan semua kenyataan yang terdapat dalam laporan doj menjurus kepada najib, berapa ramai yang cuba membela najib namun tidak berjaya atas alasan nama najib tidak disebut. keadaan ini membuatkan aku ketawa terbahak bahak aku hairan dengan hanya menamakan malaysian official 1 semua orang mendapat gambaran jelas bahawa orang itu najib dengan tidak sangsi lagi, tapi dulu semasa anwar ditangkap kerana liwat atau bermain dengan china doll dan gambar video nya begitu jelas, malah saksi nya bersumpah alquran, tapi seorang manusia pun tidak percaya, bila difikir balik benar lah seperti kata setengah penganalisa, bila kita mempunyai kepentingan kita hanya percaya ape yang hendak kita percaya dan kebenaran ditolak ketepi. kewarasan fikiran tidak diperlukan lagi. dunia diakhir zaman rupa nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2016 at 8:13 AM

Lupa letak MOF1 terima RM billion2

Post a Comment