........... Deloitte - Wa Pun Kena Kencing, Jangan Terima Audit Report 2013 Dan 2014 1MDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Deloitte - Wa Pun Kena Kencing, Jangan Terima Audit Report 2013 Dan 2014 1MDB !

Wednesday, July 27, 20166comments

Disebalik kenyakinan yang dinyatakan oleh cai2 Najib bahawa 1MDB tidak ada apa2 masalah disebalik tindakan Jabatan Kehakiman ( DOJ ) US membekukan aset2 yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, berita terbaru ini menunjukkan keadaan sebenar dalam 1MDB - MENGGELABAH BERUK !

1MDB

The Board of Directors of 1MDB has reviewed and deliberated the contents of the Complaint. Whilst the Board remains confident that no wrongdoing has been committed by 1MDB and that the past audited financial statements continue to show a true and fair view of the company’s affairs at the relevant points in time, the Board has decided that, as a precautionary measure, the 2013 and 2014 audited financial statements of 1MDB should no longer be relied on by any party, pending final and conclusive determination by a court of law of certain alleged facts, as described in the Complaint.


Mkini ada melaporkannya di SINI -

"Walaupun lembaga tetap yakin bahawa tiada kesalahan dilakukan 1MDB, dan penyata kewangan yang telah diaudit sebelum ini terus menunjukkan gambaran sebenar dan saksama mengenai hal ehwal syarikat pada masa berkenaan, lembaga memutuskan, sebagai langkah berjaga-jaga, penyata kewangan 2013 dan 2014 yang diaudit tidak lagi boleh digunakan oleh mana-mana pihak sehingga keputusan muktamad mahkamah dibuat berhubung dakwaan tertentu seperti dinyatakan aduan (DOC) berkenaan,"


Cakap belit2 macam orang politik .....  tetap yakin .... hal ehwal syarikat pada masa berkenaan ..... tapi tidak boleh digunakan  ...

Yakin tapi jangan guna ? ? Tak bolehlah pakai tagline - Gunakan tanpa was-was ....hahahaha

Kenyataan hari ini menyebut 1MDB juga sedang mencari juruaudit baru selepas firma sebelum ini, Deloitte, menyatakan keinginan mereka menarik diri pada 26 Februari lalu.

Bagaimanapun, kata syarikat berkenaan, Deloitte kekal sebagai juruaudit 1MDB, termasuk untuk anak syarikatnya TRX City Sdn Bhd, Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Edra Bhd sehingga firma baru dilantik.

Hmmmm .... kalau yang atas tu melawakkan dan menunjukkan betapa gabranya lembaga pengarah 1MDB sendiri, yang ini pula mengejutkan.

Deloitte dah bagi notis tarik diri pada 26 Februari ..... maknanya 1MDB kena cari juruodit luar yang baru untuk audit akaun  berakhir 31 Mac 2015. Semasa pengumuman lanjutan 6 bulan untuk kali kedua pada 4 April, 1MDB hanya merujuk kepada dokumen yang telah dirampas  oleh Polis.

"1MDB tidak dapat untuk menyediakan penyata kewangan untuk audit sementara menunggu mendapatkan semula dokumen kewangan yang berkaitan yang dirampas semasa serbuan pada 8 Julai 2015. ( KLiK )

Tidak disebut langsung yang Deloitte dah bagi notis nak berhenti 2 bulan sebelumnya ! Dan selepas 5 bulan berlalu, masih tidak ada syarikat Juruodit yang sanggup memikul tugas mengodit akaun 1MDB. Takuuuuuut ........


Deloitte said in a statement Tuesday that the information in the Justice Department lawsuit against 1MDB “would have impacted the financial statements and affected the audit reports” if it had been known at the time, and so its audit reports for 2013 and 2014 should no longer be relied upon. ( WSJ )

Macam lain jer bunyinya dengan kenyataan lembaga pengarah 1MDB .....

1MDB kata -  lembaga tetap yakin bahawa tiada kesalahan dilakukan 1MDB, dan penyata kewangan yang telah diaudit sebelum ini terus menunjukkan gambaran sebenar dan saksama mengenai hal ehwal syarikat pada masa berkenaan

Deloitte pula kata, kalau depa tahu maklumat sepertimana yang didedahkan oleh DOJ pada waktu mereka odit dulu, gerenti lapuran mereka berbeza ! Makanya, lapuran yang Deloitte buat untuk tahun 2013 dan 2014 tak boleh pakai !


Nah itu cerita sebenarnya. Bila Juruodit sendiri tak yakin dengan lapurannya, apa lagi nak cerita ! Patutlah 1MDB menggelabah.

Tapi bagaimana dengan pelbagai pihak seperti bank, pemegang bon dan lain2 yang bergantung kepada lapuran audit Deloitte dalam membuat keputusan kewangan mereka ? Siapa yang kena bertanggungjawab ke atas kerugian yang mereka tanggung ?

Tak semudah itu nak keluarkan kenyataan Kami yakin, tapi jangan guna  seperti yang dikeluarkan oleh 1MDB. Ada implikasi besar tuh .....

Kita pun jangan lupa ayat2 yang sering cai2 Najib gunakan sebelum ini - Kalau ada masalah, kenapa Deloitte boleh luluskan lapuran kewangan 1MDB ?

Nah, sekarang deloitte sudah tarik balik kelulusan yang mereka berikan kepada akaun2 2013 dan 2014 .....  Kantoi ! Kabinet yang mendengar takimat dari Deloitte pada bulan Mac tahun lepas, apakah akan menarik balik juga " tanda bagus " anda ?

Tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita benda2 pelik macam ni .... hanya di 1MDB saja. Namun pemimpin2 Umno masih lagi nak pertahankan 1MDB. Atas dasar apa Umno nak terus kata 1MDB itu OK ?

Hanya bergantung semata2 kepada kata2 Najib ?  Sudah2lah ...... terimalah hakikat yang kita semua dah kena kencing dengan Najib dan 1MDB. Satu dunia dah tak percaya kepada Najib, hanya Umno saja yang terus pertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2016 at 8:21 PM

APABILA dah banyak makan benda haram, menipu pun rasa ok je. begitulah najeeb, onemdb dan konco2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2016 at 8:27 PM

Yg paling kelakar PM kita selamba je buat muka seposen ke sana kemari cakap pasal transparency dan integrity... alahai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 27, 2016 at 8:34 PM

cai jibo tetap yakin akan 1mdb. ini bermakna 1mdb tak ada audit 3 tahun la kerana audit 2015 belum siap lagi sampai sekarang. kalu syarikat lain yang tak ada menteri kewangan sebagai penasihat dan malaysia official 1, dah lama lembaga pengarah kena heret ke mahkamah dan syarikat kena sita. itu pun ahli umno dan majlis tertinggi kata 1mdb sebuah syarikat yang bagus kerana memyumbang kepada orang yang tak mampu pi haji menunaikan haji. kalu dah tak tau bab agama, memang teruk. haji tu untuk yang mampu. yang 1mdb guna duit dia pi labur kat vegas apa cerita. jangan dok kata berjaya bawa orang gi haji, kerana mereka yang di bawa tu tak wajib pun gi haji kerana tak mampu.
sekarang cai macam roki biru nak jawb apa menda tah. kena pusing lagi kerana ada dedak besar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2016 at 2:39 AM

26 febuary deloitte berhenti baru hari ni selepas genap 5 bulan 1mdb bagitau deloitte berhenti itupun setelah deloitte buat kenyataan sebaik doj buat lawsuit di civil court apa punya mangkuk 1mdb ni sudah berapa buah auditor syarikat 1mdb semua cabut lari apa tak lari kalau dah kerja dengan syarikat yang asyik nak menipu sampai deloitte pun 1mdb tipu bagi maklumat tak betul.

Deloitte bagitau jika mereka mendapat maklumat sebagaimana maklumat yang didedahkan oleh doj tentu laporan audit mereka untuk 2013 & 2014 akan berlainan bermakna 1mdb telah menipu deloitte dengan memberi maklumat tipu akan kedudukan kewangan syarikat.

Syarikat auditor mana lagi yang sanggup jadi juruaudit 1mdb nak tipu apa lagi game over dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 28, 2016 at 9:25 AM

Cerita pasal haji 1mdb ni guna duit secara berhutang keliling pinggang berniaga secara menipu buat pelaburan yang tak menentu riba sana riba sini yang itu nak kira macam mana pula majlis fatwa kebangsaan pun takut mahu ulas padahal ini kewajipan pihak majlis fatwa bagi lah penjelasan supaya orang ramai tidak keliru kalau harus cakap harus kalau haram cakap haram.

Ceo tabung haji hanya ulas tak ada isu potong que tajaan 1mdb untuk imam2 pergi haji ini bukan soal potong que jadi keutamaan ini soal hukum dalam mengerjakan ibadah kasi lah penjelasan biar jelas apa hukum haji 1mdb dengan menggunakan duit hutang dan riba?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2016 at 8:44 AM

"Tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita benda2 pelik macam ni .... hanya di 1MDB saja."

Endless Possibilities!

Post a Comment