........... Apa Rasionalnya Audit 1MDB DiRahsiakan ? Umno Tidak Mahu Sokongan Rakyatkah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apa Rasionalnya Audit 1MDB DiRahsiakan ? Umno Tidak Mahu Sokongan Rakyatkah ?

Monday, July 11, 20165comments

Selepas 4 hari Sarawak Report mendedahkan apa yang didakwanya sebagai maklumat dari Laporan Ketua Audit yang diOSAkan kerajaan, apakah reaksi pihak kerajaan, 1MDB dan pihak berkuasa ?

Di pihak 1MDB - Senyap sunyi ..........

Di pihak kerajaan - yang bersuara hanya Salleh Keruak. Malangnya suara tunggal pihak kerajaan ini amat mengecewakan rakyat. Bukan mahu beri perhatian kepada apa yang didedahkan tapi beliau lebih banyak berusaha memperkecilkan apa yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dan lebih mengutamakan soal kebocoran lapuran rahsia itu.

Pihak kerajaan masih tidak menjelaskan KENAPA lapuran itu dijadikan dokumen rahsia kerajaan di bawah OSA ? Apakah 'kepentingan dari segi keselamatan negara' yang mahu dijaga melalui tindakan merahsiakan lapuran itu ?

Salleh dilaporkan berkata sebaik saja SR buat pendedahan itu pada 8/7 ( KLiK ) -

"Beberapa dokumen kerajaan adalah ditakrifkan sebagai dokumen rahsia di mana ia diletak bawah OSA. Adanya akta seperti ini adalah untuk memastikan keselamatan negara,"

Keselamatan Negara ?  Tang mana yang aktiviti 1MDB boleh mengancam keselamatan negara kalau didedahkan ? 

Belum pernah berlaku dalam sejarah lapuran Ketua Audit dirahsiakan dari pengetahuan umum ! Ini kali pertama dalam sejarah dan ia membabitkan 1MDB. Apakah alasan ia mahu terus dirahsiakan selepas PAC bentangkan lapurannya di Parlimen ?

"Keperluan untuk tindakan sedemikian akan memastikan integriti dan kedaulatan negara," kata Salleh.

Bagi saya, keperluan Salleh menjelaskan kenapa lapuran itu terus dirahsiakan adalah lebih penting bagi memastikan integriti dan kedaulatan negara ! Kita tidak mahu ada sesiapa dipihak tertinggi kerajaan yang telah menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat untuk menutup sebarang salahlaku dalam skandal 1MDB.

Bukankah itu tujuan asal kerajaan mengarahkan Ketua Audit Negara melakukan siasatan penuh ke atas akaun 1MDB tahun lepas - yakni bagi mengenalpasti apakah terdapat sebarang salahlaku dalam 1MDB dan sekiranya ada, pihak yang terbabit itu akan dihadapkan ke muka pengadilan ?

Itukan janji Najib tahun lepas ? So..... apa citer ? ? ?

TUNGGU AUDIT!  TUNGGU AUDIT! Bila dah siap audit, pi OSAkan pula ..... Pundek la ....

Kemudian Salleh cuba memperkecilkan apa yang terkandung dalam Lapuran Ketua Audit Negara keseluruhannya, tanpa mengesahkan apakah pendedahan SR itu yang benar atau palsu. 


"Laporan ketua audit negara bukannya laporan muktamad mengenai 1MDB. Ia hanyalah salah satu komponen yang membentuk laporan PAC. Dan sini Sarawak Report secara nakal memperdayakan orang ramai.

"Malah, laporan Ketua Audit Negara bukannya lengkap kerana ia hanya menangani satu aspek 1MDB.

"Laporan lengkap adalah daripada PAC kerana ia bukan sahaja mengambil kira laporan Ketua Audit Negara tetapi semua maklumat yang lain yang dikumpulkan," kata Salleh. ( Mkini 9/7 )

Nampak ? Cuba baca balik kenyataan Salleh di atas .... Salleh bukan lagi merujuk kepada pendedahan SR tapi beliau memperlekehkan Lapuran Ketua Audit Negara itu sendiri !

Makanya Salleh kena jelaskan - Kalau lapuran audit itu bukannya lengkap, KENAPA TERUS DI RAHSIAKAN ?



 Di pihak berkuasa pula, KBAB berkata -


Mkini 9/7
"Kita tidak pasti jika dokumen yang diterbitkan mereka itu adalah sahih. Jadi biarlah saya berbincang dengan Ketua Audit Negara (Tan Sri Ambrin Buang) terlebih dahulu untuk memastikannya adalah benar-benar laporan audit yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia.

"Jika ia benar, maka kita akan menyiasat di bawah OSA. Jadi bertenang dahulu,"

Kita harap pengesahan itu tidak mengambil masa yang lama. Yalah, kita juga masih menanti pengesahan hasil pertemuan pihak Polis dengan Justo bertujuan memastikan apakah maklumat yang didedahkan oleh SR oleh Justo dulu itu telah diubahsuai atau asli. Itu pun dah lebih 6 bulan masih belum ada sebarang keputusan dikeluarkan. 

Seharusnya pengesahan kali ini tidak makan masa panjang sebab Ketua Audit Negara adalah rakyat Malaysia. Pakai watsapp pun boleh rasanya ..... Maksud saya, TS Ambrin pastinya sudah baca apa yang didedahkan oleh SR, jadi beliau cuma perlu sahkan saja.

Lagi pun, amatlah memeranjatkan sekiranya pihak Polis sendiri tidak punya satu salinan asal Lapuran Ketua Audit Negara itu kerana dilaporkan pada 14/4/2016, satu pasukan penyiasat Polis ditubuhkan untuk siasat 1MDB susulan laporan PAC dan diketuai oleh KBAB sendiri -

"Saya telah menerima arahan dari Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang di Parlimen pada 8 April supaya PDRM menjalankan siasatan.

"Polis telah memulakan semula siasatan dengan mengambil kira lima syor dari laporan PAC dan melihat segala isu yang dibangkitkan dalam laporan itu," - SINAR 14/4/2016.


Itu hampir 3 bulan lalu ! Takkan pasukan khas Polis yang diketuai oleh IGP sendiri dinafikan lapuran JAN itu dek sebab OSA ....  Macamana nak siasat dengan telus kalau tidak kaji lapuran audit itu kerana lapuran PAC sendiri banyak merujuk kepada hasil siasatan Ketua Audit Negara ! 

Apakah Shahrol sudah dipanggil untuk disiasat ? Apakah sudah dikeluarkan waran tangkap ke atas Jho Low dengan bantuan Interpol ? Apakah sudah dihantar pasukan bagi bertemu dengan Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy Al Husseiny ?

Kenapa tidak nampak kesungguhan yang sama sepertimana kes Justo ? Ingat lagi dalam kes Justo, tak menyempat2 nak dapatkan kebenaran dari pihak Thailand  .......

Apakah permohonan sudah diminta dari pihak AG untuk dapatkan sendiri pengesahan siapa pemilik Goodstar ? 

Semua itu dan banyak lagi pengesahan dapat dibuat oleh pasukan penyiasat Polis dalam masa 3 bulan ini ! Jangan lupa, antara alasan utama yang diberikan pihak 1MDB kepada Jabatan Audit dan PAC kenapa banyak dokumen pengesahan tidak dapat diberikan adalah kerana semua itu telah diambil oleh pihak Polis semasa pejabat 1MDB diserbu tahun lepas.

Nah, sekarang pihak Polis sendiri yang siasat. Seharusnya lebih banyak maklumat dan pengesahan dapat dibuat ! Penyata2 Bank semuanya sudah ada di tangan ..... kan ?

Hai entahlah .... kenapalah pelik sangat 1MDB ni..... Namun disebalik segala kepelikan ini, kepimpinan Umno masih teguh mempertahankan kesuciannya. 

Langsung tidak ada sebarang persoalan dari Umno ! ? Apakah mereka yang berstatus ahli perniagaan atau yang mahir dalam bisness dan ekonomi dalam Umno tidak nampak apa2 yang tidak kena dengan 1MDB ? Padahal SATU DUNIA mempersoalkan urusniaga 1MDB.

Seharusnya Umno lah yang ke depan menjuarai isu 1MDB ini ! Barulah rakyat respek. Tapi disebabkan Najib dan Jho Low, semua dah jadi bisu.

Berpuluh bilion ringgit lesap pun Umno masih buat tak tahu ? ?

Masih ada 2 tahun sebelum PRU14. Isu 1MDB pula tidak nampak penyelesaiannya dalam masa terdekat. Sekarang masih ramai di kalangan rakyat yang tidak faham isu 1MDB tapi jumlahnya akan bertambah dalam masa 2 tahun ini !

Bandingkanlah sendiri .... keadaan dua tahun lepas dengan sekarang ? Dan keadaannya lagi dua tahun akan datang ? 

Kerana kami akan berusaha supaya seramai mungkin rakyat akan faham. 

Lagi cepat isu 1MD selesai adalah lebih baik buat Umno dan kerajaan BN. Bukannya mengelak dan terus mengelak ..... ( termasuk menyorok maklumat )

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2016 at 11:38 AM

dahsyat din.. dahsyat.. bla bace..xsggup nk habiskn.. geleng kepala xterkata dibuatnya.. dahsyat..dahsyat..urut2 dada sajalah yg trmampu. saya xtahu apa nk jdi dgn malaysia. yg pasti saya sokong tun & apa2 prjuangan menurunkn Pencuri terhebat malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2016 at 12:04 PM

salam bro,
terima kasih kerana masih lagi menghidupkan api 1mdb ini yang semakin suram dan sejuk. tak banyak yang nak ambil kisah hal 1mdb ni kerana mengalihkan isu yang dianggap kecil dan cubaan menjatuhkan kerajaan melayu, negara dan sebagainya. semua ini terjadi kerana tidak mampu untuk menjawab segala persoalan 1mdb yang ditimbulkan. jawapan yang diberikan tidak menjawab sebarang persoalan, tetapi menimbulkan persoalan 1mdb yang baharu.

jawapan yang diberi hanya perkataan fitnah, tidak benar, salah lapor, diubah suai dan sebagainya. tiada fakta yang menyatakan bahawa duit 1mdb yang hilang itu satu fitnah kerana sememangnya duit itu hilang. mereka minta rujukan, rujukan itu ada pada akaun 1mdb dan duit yang hilang itu diberitahu oleh tuan punya wang (ipic & aabar)duit tak masuk akaun mereka. sila rujuk carta yang diberikan oleh 1mdb yang menjawab duit 42b mereka itu.

banyak perkara telah timbul, tetapi tiada sesiapa yang berbunyi termasuk wakil rakyat dap, pkr, pas, amanah dan bn sendiri. kalu yang bunyi tu orang yang sama, bermakna, orang lain memang tak tahu apa bendanya 1mdb ni. ada 80 orang wakil rakyat pembangkang, yang berbunyi tak sampai 10 orang. mungkin masalah bahasa. harap pemimpin yang akan dipilih di pru 14 nanti mp yang ada mulut dan pandai berbahasa serta cerdik. bukan lagi yang berpengaruh wang kerana mereka hanya nak penuhkan poket mereka sahaja. terbukti 1mdb gagal difahami wakil rakyat, apa tah lagi rakyat jelata lagi la tak tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2016 at 1:50 PM

Selamat Hari Raya Eidul-Fitri Bro Din Turtle, sebelum kita pergi lebih jauh ada baiknya kita lihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang2 tertinggi di Malaysia.


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:-

Perkara 106: Kuasa dan Tugas Ketua Audit Negara

(1) Akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh Ketua Audit Negara.

(2) Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan berhubung dengan akaun bagi Persekutuan dan akaun bagi Negeri-Negeri dan berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan akaun bagi badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.


Perkara 107: Laporan Ketua Audit Negara

(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(2)Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Rujukan link disini :-
https://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=85&Itemid=225&lang=ms

Kerajaan najib telah mencabul ketetapan Perlembagaan Persekutuan, Laporan ketua audit negara wajib di bentangkan di parlimen dan di edarkan untuk tatapan umum, osa keatas laporan ketua audit negara adalah satu perlanggaran undang2 tiada apa2 bidang kuasa didalam negara mahupun perkara berkaitan osa yang lebih tinggi taraf kekuasaan undang2 melainkan 'Perlembagaan Persekutuan'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2016 at 7:45 PM

@Anonymous terbaik info ni bro... jelas pelanggaran perlembagaan yang mana asas kepada undang undang negara dilanggar oleh orang yang telah diberi kepercayaan daripada rakyat untuk mentadbir dan mengubal undang2 negara dengan adil.

amat malanglah Malaysia terpaksa menerima seorang perdana menteri yang tidak patuh pada perlembagaan negara.

ya dia mungkin boleh pertahankan jawatanya sampai mati namun penghormatan rakyat terhadap beliau sudah mati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2016 at 7:56 AM

Sebab tu aku ckp sebelum ni Din..tak ada ke loyar2 yang handal yang boleh challenge keputusan mengOSAkan laporan audit ni...

Post a Comment