........... 1MDB Syarikat Bilion2 Yang Idealistik Tapi Penyata Bank Pun Takut Nak Tunjuk Audit @ 1MDB Kencing Dana Cayman | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Syarikat Bilion2 Yang Idealistik Tapi Penyata Bank Pun Takut Nak Tunjuk Audit @ 1MDB Kencing Dana Cayman

Friday, July 15, 20166comments

Mkini 13/7
Menarik andaian yang dibuat oleh Tony Pua ini. Mengambilkira yang Tony merupakan ahli Pac, sudah bertemu saksi2 dan baca lapuran JAN yang ori dan pastinya tahu lebih banyak mengenai skandal 1MDB tapi tidak dapat mendedahkan apa yang beliau tahu dek sebab kekangan OSA, sebarang andaian atau persoalan yang beliau kemukakan harus diperhalusi. 

Maksud saya, ada kemungkinan persoalan yang ditanya adalah berdasarkan apa yang beliau tahu dan ia lebih berbentuk mesej dan bukannya satu soalan. Contohnya, katakanlah seorang bernama Bijan disyaki mencuri di sebuah kedai dan kita tahu satu fakta mengenai Bijan yang boleh kaitkannya dengan pencurian itu. Tapi kita tidak punya saksi dan fakta itu pula tidak diketahui umum kecuali hanya mereka yang rapat dengan Bijan saja yang tahu.

Jadi bagaimana kita mahu dedahkan fakta itu tanpa mendedahkan sumber maklumat itu ? Kita tanya soalan yang mengandungi fakta itu ! Soalan sebenarnya menjurus ke arah pendedahan maklumat rahsia yang hanya kita saja yang tahu.

Tidak ada siapa akan terfikir mahu bertanya berapa banyak duit dalam akaun Bijan sebab semua orang sangka Bijan tak berduit, dan Bijan tidak pernah dilihat pergi ke bank pun. Tapi kita diberitahu bahawa dalam akaun Bijan ada satu deposit besar yang boleh mengaitkan Bijan dengan kes kecurian itu. Makanya kita minta Bijan tunjukkan penyata banknya. 

Soalan itu dengan sendirinya menimbulkan keraguan di minda orang ramai dan Bijan terpaksalah berputar lidah membelit bagi mengelak dari menunjukkan baki dalam akaunnya ......

OK, balik kepada andaian Tony Pua  di atas .....

"Berdasarkan keterangan Deloitte kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), juruaudit khususnya berkeras mahu 1MDB dapat menebus sebahagian besar, jika tidak semua pelaburan di Cayman,” kata Pua yang juga anggota PAC dalam satu kenyataan semalam.

"Akaun akhirnya ditandatangani oleh Deloitte apabila 1MDB dapat menunjukkan kepada juruaudit bahawa AS$1.22 bilion telah ditebus. Wang itu bagaimanapun, tidak dibawa pulang ke Malaysia."

Beliau menegaskan bahawa penyata kewangan 1MDB pada Mac 2014 menyatakan bahawa jumlah yang ditebus daripada pelaburan di Kepulauan Cayman sebaliknya digunakan sebahagian besarnya untuk tujuan pembayaran faedah hutang, modal dan bayaran kepada Aabar (Investments PJS Ltd atau Aabar BVI) sebagai deposit yang dikembalikan."

Walau bagaimanapun, berikutan siri pendedahan oleh Sarawak Report, Pua berkata kini terdapat kebimbangan bahawa tidak ada wang sedemikian yang ditebus dari dana yang dilaburkan Cayman.

Menurut Pua, adalah didapati bahawa 1MDB, melalui anak syarikat milik penuhnya Global Investment Limited (1MDB GIL), kemudiannya membuat beberapa pembayaran yang besar kepada Aabar BVI pada 2014.

"Mengapa 1MDB GIL membayar Aabar BVI wang berkenaan meskipun tidak ada transaksi, perjanjian perniagaan atau urusan antara kedua-dua entiti itu?

Pua mendakwa transaksi itu seolah-olah cuba untuk "memperdayakan" Deloitte untuk menerima bahawa dana yang kononnya diterima daripada pelaburan Kepulauan Cayman telah digunakan untuk membayar Aabar BVI.

"Pokoknya, wang yang digunakan untuk membayar Aabar (BVI) bukannya datang daripada pelaburan kontroversi Cayman tetapi daripada dana 1MDB sendiri melalui anak syarikat milik penuhnya, 1MDB GIL!" kata Pua.


Anda faham apa yang cuba diberitahu oleh Tony di atas ?

1 - Dana Cayman tak wujud pun. Duit dah lesap USD1 bil lebih dah disapu oleh Jho Low melalui Goodstar. Macamana yang 1MDB boleh kata ia dah tebus keseluruhan pelaburan serta untung berjumlah USD2.318 bil kalau duit modal dah lesap ?

Sebab itu dana USD2.318 bil itu walaupun dikatakan telah ditebus oleh 1MDB, perjalanan dana itu selepas dibawa keluar dari petrosaudi penuh misteri. Tidak pernah sekalipun 1MDB tunjukkan bukti akan kewujudan dana itu selain dari cakap kosong jer.

2 - Bila rakyat bising dan tuntut duit itu dibawa pulang, punyalah berbelit pihak 1MDB jawab. 

Setengah dah tebus ..... Mana dia ? 

Ooooh ... dah habis bayar Option dan lain2 kos. .... Mana bukti dah bayar ? 

Tak pernah ditunjukkan bukti. Sekadar cakap saja ....

Setengah lagi dah masuk BSI .... Tunai ! Najib cakap.....  Kenapa tak bawa balik ?

Oooh ... peraturan Bank Negara menyusahkan.  .....Tapi orang Singapura kata takde duit pun kat BSI ?

Eeeeh .... sori, bukan tunai tapi Unit. ...... Unit apa ? 

Unit lah, Just Unit ! ....... Hahahahahaha ..... Ok, ok, bawa balik juga Just Unit tu.

Tak boleh. Dah rezab nak bagi IPIC.

Nampak ? Keseluruhan USD2.318 bil itu langsung tak nampak batang hidung dah ! Cakap2 saja. Kalau syarikat lain ( selain 1MDB ) atau babitkan orang lain ( selain Najib dan Jho Low ), dah lama kena pelangkung ! Cubaan memperbodohkan rakyat. 

Apa, ingat rakyat Malaysia ni semua macam orang Umno ke ?


3 - Tapi macamana Deloitte boleh sahkan kewujudan dana itu ?

Pua mendakwa transaksi itu seolah-olah cuba untuk "memperdayakan" Deloitte untuk menerima bahawa dana yang kononnya diterima daripada pelaburan Kepulauan Cayman telah digunakan untuk membayar Aabar BVI.

"Pokoknya, wang yang digunakan untuk membayar Aabar (BVI) bukannya datang daripada pelaburan kontroversi Cayman tetapi daripada dana 1MDB sendiri melalui anak syarikat milik penuhnya, 1MDB GIL!"

Mengikut pendedahan Sarawak Report dari apa yang didakwa sebagai Laporan JAN ( yang lebih seminggu masih tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa ) -


...... hasil penebusan portfolio SPC berjumlah USD1.392 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank Brazen Sky Ltd. telah dipindahkan kepada 1MDB Global Investments Limited (1MDB GIL). Tindakan tersebut tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah 1MDB yang meminta penebusan dana portfolio SPC dibawa balik ke Malaysia.


Oooooh ..... kononnya dimasukkan terlebih dahulu ke dalam akaun 1MDBGIL selepas ditebus dari Cayman, kemudian baru bayar Option dan lain2 kos menggunakan akaun 1MDBGIL. Lepas itu dakwa sebagai telah bayar menggunakan dana Cayman.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2013, 1MDB ada buat pinjaman USD3 bil melalui Goldman Sachs ( hanya terima USD2.72 bil selepas tolak kos kewangan ) kononnya nak bangunkan TRX. Dana itu dimasukkan dalam akaun 1MDBGIL. Maknanya, bahagian pertama dana Cayman ( kalau betul wujud ) dah bercampur dengan dana 1MDBGIL.

Kemungkinan besar 1MDB buat pembayaran Option dan lain2 kos menggunakan dana 1MDBGIL tapi mendakwa ianya dana Cayman !  Itu yang didakwa oleh Tony di atas. 

Deloitte pula bila nampak ada pembayaran dibuat kononnya menggunakan dana Cayman, maka Deloitte pun sahkan kewujudan dana Cayman itu.


Kenapa 1MDB ni payah sangat nak ikut arahan  lembaga pengarah ? Kenapa 1MDB suka buat benda yang pelik2 ? Bila dah kena suruh bawa balik duit Cayman itu, bawa jerlah balik. Pengurusan 1MDB sendiri yang tak ikut arahan, buat benda2 pelik kemudian bila orang pertikaikan, depa nak marah pula.

Cara paling senang dan cepat untuk 1MDB kantoikan para pengkritik termasuk Tony Pua adalah dengan menunjukkan penyata kewangan 1MDBGIL dan Brazen Sky juga dokumen2 pembayaran yang berkaitan dengan isu di atas.

Seperti yang dijangkakan, 1MDB gagal kemukakan dokumen2 itu kepada Ketua Audit Negara dan PAC.

Heran kan ..... kenapa susah sangat nak berikan dokumen2 berkenaan kepada penyiasat dan kepada audit ? Kalau hilang pun, minta je salinan dari bank. Hilang juga salinan... minta salinan lagi !


Difficulties in obtaining important documents such as the Brazen Sky bank statements and 1MDB GIL statements resulted in JAN not being able to verify the transfer of funds or payment of Aabar’s termination of option and interest payments” [AG Rpt 8.26.g]

.
Hanya di 1MDB saja benda2 pelik ni berlaku dan diterima seadanya oleh kerajaan dan Umno. 
 Dalam kes2 seperti ini yang melibatkan kegagalan mengemukakan dokumen sebagai bukti, bukankah lebih baik SEMUA PIHAK termasuk cai2 Najib sepakat mendesak 1MDB supaya serahkan dokumen2 berkaitan bagi membuktikan kebenaran ?

Itu yang kita duk minta pun selama ini - BUKTI bagi menyokong cerita 1MDB yang banyak tidak masuk akal.

Ingat lagi tahun lepas waktu heboh isu dana Cayman ..... bersungguh2 cai2 Najib mempertahankan dana Cayman itu.... tapi selepas satu tahun, satu bukti apapun tak pernah kita lihat. Cakap airliur jer.. dakwa untung usd488 juta la... kenapa tak sebut jer untung 1 bilion ? Bukan kena tunjuk bukti pun ..

Baca juga artikel terbaru Sarawak Report Special Purpose Con Job di mana isu ini dibincangkan dengan lebih detail. Lebih menarik bila SR membandingkan senarai keluar masuk duit dalam akaun 1MDBGIL dengan akaun Brazen Sky ! Gerenti memeningkan kepada mereka yang tidak biasa dengan akaun.
                                                  ******************************

Komen akhir Tony -

"Kami menggesa Deloitte menyemak semula dokumen yang dibekalkan kepada mereka, bagi mereka menjadi begitu berpuas hati untuk menandatangani akaun 1MDB dengan begitu mudah.

"Sekiranya dokumen-dokumen yang dibekalkan kepada mereka terbukti ada unsur penipuan atau dimanipulasi, mereka mesti segera memfailkan laporan polis untuk membersihkan nama mereka dan memastikan bahawa penjahat disiasat,"

Baru ni sebuah cawangan bank yang dah beroperasi 143 tahun terpaksa ditutup gara2 1MDB, jangan2 Deloitte pula yang bungkus dek sebab terlibat dengan 1MDB !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 15, 2016 at 9:55 PM

Hebat najib memang terhebat tiada tandingan sehingga bank bsi berusia 143 tahun boleh gulung tikar kini bank ubs bank terbesar dieropah & kedua terbesar didunia sedang disiasat mungkin bakal ditutup hebat lah najib dengan projek 1mdb nya hahaha.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 15, 2016 at 10:03 PM

Allow me to add to what you wrote in the very last paragraph of your posting. That is, Malaysia too would appear to get to be bungkus too soon. But then it is perhaps a blessing in disguise since the Sarawak state election and the recent two "buy" elections have proven that the a big section of the rakyat is asking for Malaysia to close down for continuing to give their votes to the tyrants. In other words, with voting as such (or failing to vote at all), they have ensured Malaysia to get worse before finally it can get better.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 15, 2016 at 10:35 PM

Bank-Bank besar yang membantu dan buka jalan untuk raja-raja pencuri-perompak didunia ketiga. Kerajaan Malaysia yang baru mesti tuntut supaya tindakan hukuman sepatutnya diambil terhadap mereka ini.

....................
Reply To This Comment ...................
July 16, 2016 at 8:47 AM

BIJAN ke NAJIB?

....................
Reply To This Comment ...................
July 16, 2016 at 4:47 PM

Salwah Abdat14 July 2016 at 00:36
a. Dalam tempoh tahun 2009 hingga 2015, beberapa keputusan pelaburan penting dengan nilai pelaburan yang tinggi dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tanpa perbincangan dan penilaian secara terperinci. Beberapa pertimbangan berhubung pelaburan dibuat dalam tempoh yang singkat dan berisiko tinggi. Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB telah memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negera (PAC) pada 19 Januari 2016 bahawa perbincangan ada dibuat sebelum kelulusan diberi melalui resolusi.

b. Dalam beberapa keadaan, pengurusan 1MDB telah membentangkan maklumat yang tidak lengkap/tidak tepat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sebelum sesuatu keputusan penting dibuat malah telah mengambil tindakan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

c. Terdapat juga keadaan di mana pengurusan 1MDB memberikan maklumat yang tidak tepat atau berbeza kepada pihak yang berkepentingan.

d. Pengurusan 1MDB mengambil tindakan yang bertentangan atau tanpa mengikut sepenuhnya keputusan Lembaga Pengarah/pemegang saham dalam beberapa peristiwa berkaitan pelaburan.

e. Pengurusan penyelenggaraan fail dan rekod 1MDB adalah tidak sistematik dan kurang memuaskan.
Ini adalah report awal dari Audit Negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2016 at 1:24 AM

Laporan ketua audit mana hasan cari makan janji nak bentang sekali dengan pac report bagi menyokong keterangan hasil siasatan pac tapi last laporan ketua audit kena osa.

Najib pakai undang2 ikut perlembagaan planet urko kbab pula tak hafal perlembagaan negara kbab ini juga patut dihukum sama berat dengan najib sebab buta tuli ikut arahan dengan mlanggar perlembagaan negara.

Hari ni dalam paper nst menteri kewangan kedua sudah mengaku yang model perniagaan 1mdb salah, pihak pengurusan pun salah, apa cerita macai pemakan dedak tak terasa bangang ker hahaha

Post a Comment