........... 1MDB Dan Jabatan Kehakiman Amerika ...... PANAS lah BONTOT ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Dan Jabatan Kehakiman Amerika ...... PANAS lah BONTOT !

Friday, July 22, 201615comments



Semalam heboh satu dunia bila  US Department Of Justice atau Jabatan Kehakiman Amerika menfailkan saman bagi merampas aset yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram 1MDB di Amerika. Memandangkan amaunnya merupakan yang paling besar dalam sejarah  bagi saman seumpamanya di Amerika, satu dunia beri perhatian kepada skandal 1MDB !

Kebetulan saya offline semalam, maka saya agak ketinggalan, maka saya copypaste link artikel2 yang berkaitan untuk rujukan.
.

DOJ kesan tiga tahap pengubahan wang haram melalui 1MD

DOJ: AS$731j 1MDB disalur ke akaun 'Malaysian Official 1'

DOJ: Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah

'Rakyat ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi'

Pua dakwa 'Malaysian Official 1' ialah Najib

Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?

TANORE FINANCE - Inside Story Of The "Saudi Royal Donation" - The FBI Files Continued

A THIEF AND LIAR, CAUGHT RED HANDED BY THE FBI! - PM Najib Razak ["Malaysian Official Number 1"] Is Unmasked!

Goldman Sachs under spotlight in Malaysian fund scandal

United States Seeks to Recover More Than $1 Billion Obtained from Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund

FULL INDICTMENT

Youtube Part 1
Youtube Part 2
Youtube Part 3
Youtube Part4


MEMANG GEMPAK GILER  ! !

Yang kelakar adalah respon cai2 Najib dalam usaha mereka memperkecilkan tindakan DOJ US itu -

Rahman Dahlan kata Nama PM langsung tak disebut
( Ya..... mereka hanya sebut Malaysian Official 1 ! Dan MO1 itu pula punya pertalian dengan Reza Aziz, berkuasa dalam 1MDB dan terima bilion2 dari Tanore Finance .... SIAPA LAGI ? ? )


Salleh Keruak kata 1MDB tak pernah kata wangnya hilang, dicuri
( Bila disebut pegawai2 1MDB turut terlibat, apakah mereka akan mengaku wang syarikat hilang ? )

AG Apandi berkata Tiada bukti wang digelapkan, PM tak disebut
( what do you expect dari seorang peguam negara yang boleh arahkan kes ditutup atas alasan Najib tidak tahu wang dalam akaunnya datang dari SRC, tapi wangnya tetap dibelanja sakan ! )

Ada juga yang kata mungkin pegawai DOJ bertindak tergesa2 !  

Hadooooi .... punyalah panas buntot sampai melompat2 ..... apapun, yang kita yakin, bila melibatkan kes besar dan berprofil tinggi apatah lagi melibatkan dunia Hollywood (  Filem yang menang award dan pelakon terkenal yang pastinya menarik perhatian RAMAI bukan saja dari dunia politik tapi juga hiburan ) dan melibatkan PM sebuah negara luar, pastinya pegawai2 DOJ akan buat siasatan yang rapi dan cukup bukti2 sebelum mereka berani buat sidang akhbar dan seterusnya menfailkan saman.

Jangan samakan peri pentingnya nilai Kredibiliti dan Integriti antara pejabat AG Amerika dengan AG Malaysia !

Mengambilkira keseriusan skaldal 1MDB kini, sememangnya patut Najib dan semua mereka yang terlibat dalam 1MDB diBEKUkan jawatan mereka. Terpulanglah samada nak bercuti atau digantung tugas sehingga kes ini selesai, sebab dunia memerhati kita sekarang. Tolong jangan terus memalukan nama negara !

Berjiwa besar dan bersikap Gentleman lah .....  

Pemimpin2 Umno dan kerajaan masih lagi nak pertahankan Najib dan 1MDB ? Memang memalukan ......  paling tidak pun, tuntutlah Najib supaya berdepan dengan rakyat dan perjelaskan dalam sesi dua hala yang terbuka.  Sekurang2nya yakinkan rakyat yang anda tidak bersalah. 

Macam ini nak berdepan dengan PRU14 ? 


Oya, Najib dan cai2nya serta 1MDB tidak mahukah keluarkan NOTA BANTAHAN kepada DOJ Amerika ? Walaupun DOJ hanya mahu merampas aset2 yang dibeli menggunakan dana yang asalnya dari 1MDB, tapi cuba dengar ayat2 yang para pegawai DOJ gunakan dalam sidang akhbar itu -

.... stolen from 1MDB ....
.... a number of corrupt 1MDB officials ....
..... these officials and their associates conspired to misappropriate and launder billions of dollars from 1MDB ...

Jangan sekadar perkecilkan tindakan DOJ, tapi lawan balik .... kalau anda di pihak yang benar ! 

PS - Zahid senyap jer ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2016 at 6:04 AM

Rocky kata "...we shouldn't be losing too much sleep over the US Justice Department's 1MDB announcement." Well, most of us didn't but MO#1 mungkin dah lama tak tidur lena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2016 at 7:17 AM

Orang fasik ini, habisnya kebahagiaan di dunia dan tamat nasibnya di akhirat. Ia ketinggalan sebukit emas yang duduk beku dalam akaun banknya (kecuali apa yang dia mampu simpan dalam beg2nya terbang ke Khazakhstan)

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
July 22, 2016 at 8:46 AM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
TPM Zahid dok senyap kerana dah mula terbayang peluang untuk jadi PM Malaysia.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2016 at 9:46 AM

I use to admire rocky bru setara dengan otsb, apanama, jmd. Namun setelah mabuk dedak, tulisannya macam anak saya ambil PT3 tahun ini, langsung tak mencerminkan grey matternya.

Apanama , otsb, jmd and even DT dan Pmerdeka jauh lebih patriotik dari rocky alreafy screwed.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
July 22, 2016 at 11:27 AM

Kepada mereka yang masih tertanya-tanya siapa "Malaysian Official 1" itu, kita kena faham maksud angka "1" itu terlebih dahulu.

Di Amerika Syarikat, mereka kerap menggunakan angka "1" bagi melambangkan Ketua Negara.

Sebagai contoh:

Airforce One (1) adalah merujuk kepada Kapal Terbang kegunaan Presiden Amerika.
Marine One (1) pula merujuk kepada Helikopter yang digunakan oleh Presiden Amerika. Sekiranya Presiden Amerika menaiki mana-mana Helikopter yang beliau pilih, maka "Call Sign" Helikopter itu akan ditukar menjadi Marine One.
Cadillac One (1) yang juga lebih dikenali dengan panggilan "The Beast" adalah kereta rasmi Presiden Amerika.
First (1) Lady merujuk kepada isteri Presiden manakala keluarga Presiden akan dikenali sebagai "First (1) Family".

Setelah kita faham signifikasi angka "1" di Amerika ini maka tidak ada was-was lagi bahawa "Malaysian Official 1 (One)" adalah dengan terang-terangan merujuk kepada "Pegawai Kerajaan Malaysia Nombor 1" iaitu Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2016 at 11:34 AM

salam pak din penyu, aku kekadang tertanya gak mengapa najib ni semakin kuat dan hebat, bila aku fikirkan balik rupanya dari berlori lori fitnah yang kita buat terhadap dia dan keluarga dia, bila baca balik laporan doj dia nyatakan mo1 biasalah laporan tu akan menulis cam tu, kalau kita tengak cerita tentang di mahkamah dia kan sebut, exhibit 1, atau exhibit 2, atau witness 1 atau witness 2, dia tulis malaysian official one kalau ade lagi mo2 atau mo3 tapi bila kita jenis otak kacau dia jadi malaysia official no.1. aku tak dapat bayangkan berapa banyak dosa kita kerana memfitnah najib dan keluarga dia, hanya allah yang tau, aku hanya bimbang kita kan jadi seperti iraq atau libya kerana mempercayai fitnah. tapi tidak mengapa memang islam pun menuju kehancuran,

....................
Reply To This Comment ...................
July 22, 2016 at 11:36 AM

Suruh Najib saman pihak kehakiman Amerika Syarikat,,tunggu selasa depan pulak...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Orang Sabah
July 22, 2016 at 1:59 PM

BEGINIlah...

Rakyat protun kata Malaysian Official 1 itu ialah najib.
Betul?

Rakyat projib pulak cakap tiada nama najib disebut...jadi najib tidak terlibat...Betul?

So..saya mahu tanya rakyat yang projib, jika kamu mengaku kamu cintakan agama bangsa negara, pencinta keadilan, muslim sejati dan pembenci fitnah,...boleh bagitau tak SIAPA MALAYSIAN OFFICIAL 1 itu ikut teori kamu?

Ayuh..sama2 kita humban Malaysian Official 1 ke penjara dan hukum dia seberat2nya...

Sila jawab dengan kadar segera! Ingat, ini demi kebaikan dan kepentingan rakyat negara ini. Tunjukkan kejujuran kamu dan jangan cuba alih isu. Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2016 at 3:38 PM

Salah satu medan pertempuran pada PRU akan datang adalah kawasan luar bandar, pakcik, makcik. Disini tak perlu nak terangkan pasal money laundering, masuk akaun sini keluar akaun sana. Dia orang tak bolih faham. Malah besar mana 1 billion pun tak dapat nak gambarkan. Kita kena ada strategi.

Dalam laporan 136 muka surat tu salah satu fakta yang dapat kita gunakan ialah pasal Jho Low gunakan wang songlap untuk berjudi selama kat kasino. Lihat para 108 dan 223 dan terjemahannya di bawah( saya pakai google translate - free online, kena edit sikit). Mungkin jumlahnya kecil 36 juta aje berbanding 7 billion, tapi pakcik makcik bolih paham. Judi tu haram. Dahlah dia songlap duit kitatu satu haram, gunakan untuk joli dan judi kat kasino, dua kali haram. Kalau kita buat bodoh atau sokong penyamum penyamun ni, apa kita tak kena palit haram? Yang ini pak cik makcik bolih faham.

108. For example, between October 2009 and October 2010, misappropriated 1MDB funds sent from the Good Star Account into the Shearman IOLA Account were transferred as follows: (i) approximately $12,000,000 in wires to Caesars Palace, a Las Vegas casino; (ii) approximately $13,400,000 in wires to the Las Vegas Sands Corp., the owner of the Venetian Las Vegas, another casino; (iii) a wire for approximately $11,000,000 to “Eric” TAN Kim Loong, an associate of LOW; (iv) approximately $4,000,000 in wires to Jet Logic Ltd., a luxury jet rental service; (v) a wire for approximately $3,500,000 to LOW’s sister; (vi) a wire for approximately $3,080,000 to Rose Trading, a Hong Kong jeweler; (vii) approximately $2,698,000 in wires to Yachtzoo, a luxury yacht rental service; (viii) approximately $2,288,000 in wires to Argent Design Ltd., a United Kingdom-based interior designer; (ix) a wire for approximately $670,000 to Excel Air, a jet rental company; (x) approximately $460,000 in wires to Skyline Private Air, an aircraft rental company; and (xi) a wire for approximately $155,000 to Billiyon Air, a jet rental company.

108. Sebagai contoh, antara Oktober 2009 dan Oktober 2010, dana 1MDB disalahgunakan dihantar dari Good Star akaun ke dalam Akaun keIolaan Shearman dipindahkan seperti berikut: (i) kira-kira $ 12,000,000 dalam wayar dengan Caesars Palace , kasino Las Vegas; (ii) kira-kira $ 13,400,000 dalam wayar kepada Las Vegas Sands Corp, pemilik Venetian Las Vegas, kasino yang lain; (iii) wayar untuk kira-kira $ 11,000,000 untuk "Eric" TAN Kim Loong, rakan sekutu LOW; (Iv) kira-kira $ 4,000,000 dalam wayar untuk Jet Logik Ltd., perkhidmatan sewaan jet mewah; (V) wayar untuk kira-kira $ 3,500,000 kepada kakak LOW; (Vi) wayar untuk kira-kira $ 3,080,000 untuk Rose Trading, seorang tukang emas Hong Kong; (Vii) kira-kira $ 2,698,000 dalam wayar untuk Yachtzoo, perkhidmatan penyewaan kapal layar mewah; (Viii) kira-kira $ 2,288,000 dalam wayar untuk Argent Design Ltd., seorang pereka dalaman yang berpangkalan di United Kingdom; (Ix) wayar untuk kira-kira $ 670,000 untuk Excel Air, syarikat sewaan jet; (X) kira-kira $ 460,000 dalam wayar dengan Skyline Air Peribadi, sebuah syarikat sewa kapal udara; dan (xi) wayar untuk kira-kira $ 155,000 untuk Billiyon Air, syarikat sewaan jet.

223. The Venetian Casino used customer account number XXX4296 to identify LOW. On or about July 10, 2012, $11,000,000 was deposited into LOW’s account at the Venetian Casino, and records show that LOW gambled there for approximately seven days beginning on or about that date.

223. The Casino Venetian menggunakan nombor akaun pelanggan XXX4296 untuk mengenal pasti LOW. Pada atau sekitar 10 Julai 2012, $ 11,000,000 telah didepositkan ke dalam akaun LOW di Kasino Venetian, dan rekod menunjukkan bahawa LOW berjudi di sana selama kira-kira tujuh hari bermula pada atau sekitar tarikh itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2016 at 4:24 PM

Anak tiri kata hadiah, bapak tiri kata derma, nanti si cina sepet kata menang loteri...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2016 at 4:40 PM

@Anonymous

dalam kehidupan ini kita sering anggap kesusahan sebagai ujian Tuhan, tapi sebenarnya kesenangan adalah ujian yang lebih besar.

begitu juga najib, nampak bertambah kuat tapi Tuhan nak uji bagaimana umat (rakyat) berusaha menolak `mungkar'...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2016 at 7:08 PM

projibo ni kalu tunjuk bukti depan mata pun mereka tak nampak kerana mereka punya fakta apa yang diberi sahaja. antara fakta yang kena direfresh balik ialah gambar atas kapal dan nama yang doj sebut dalam saman sivilnya itu. biar mereka ingat kembali muka orang yang bergambar mesra dengan i lap pm tu. peguam pi makan angin dengan ketua hakim negara pun di nz pun salah. inikan pula makan angin atas kapal di lautan biru tak ada orang luar yang ambil gambar tu melainkan orang kepercayaan. bukan super impose tu. ini fakta untuk perbincangan jv perosaudi kot dengan pengerusi penasihat 1mdb. cukup jer dengan perbincangan itu kerana jaminan kerajaan melalui menteri kewangan adalah besar untuk 1mdb buat hutang besar.
fakta lain ialah, orang dalam gambar tu, tuan punya syarikat good star. duit 1mdb bayar kepada petrosaudi berpindah ke akaun good star. itu fakta dan tidak dinafikan. pak arab tu pulak antara boss kat petrosaudi tulin. dia buat pulak petosaudi palsu untuk 1mdb labur wang. bukannya dengan yang tulin. yang tulin hanya perjanjian sahaja. bayar kat fake kompeni. tapi projibo kata itu fitnah. tapi gambar tu bukan super impose, gambar benar. fakta duit pulak benar, cuma petrosaudi yang mana dapat duit, yang tulin atau yang palsu? boss yang sama, tapi ada dua syarikat. deal dengan orang yang sama tapi syarikat yang berbeza dengan nama yang hampir sama 99%. kita yang tak belajar tinggi pun faham. macam mana orang yang dapat banyak duit sebab pandai tapi bodoh benar memikirnya, memang betul la, perjuangan duit itu lebih berbanding dengan agama, bangsa dan negara. cakap mudah, tapi praktikal tu susah.
Tahniah bro din kerana mementingkan intergriti berbanding duit. kita boleh lihat ada blogger cakap agama berdegar, tapi tang duit gelap mata. ada yang berotak, tapi sangat kurang analisanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2016 at 9:52 AM

saya pun amat bersetuju kalau najib ambil pendekatan berjiwa besar dan berani kerana benar. Tak ada satu sebab pun "KERAJAAN MELAYU" akan tumbang bila najib letak jawatan.

Tapi seperti yang kita tahu Najib tak akan berani menunjukan dia benar dan berjiwa besar. Apa yang keluar dari mulut najib hanya dusta dan inilah sifat orang munafik yang najib sendiri ketahuinya

Hey UMNO dah la tu bersekongkol dengan manusia Najib ni
kembalilah kepada perjuangan asal.

Ingatlah, UMNO adalah antara parti yang menentang penjajah dulu dan parti yang berjaya membawa kemerdekaan untuk negara kita.

Disebabkan Najib, UMNO dah di jadi hina sehina-hinanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2016 at 11:41 PM

Kepada AnonymousJuly 22, 2016 at 11:34 AM

Cam biasa pemakan dedak awalnya tak mengaku malaysia official 1 tu najib samalah dulu duit 2.6B tak ngaku masuk akaun peribadi najib bila dah terburai alih ngaku duit derma plak hahaha

Dari khamis hingga semalam rata2 penyembah & pemakan dedak najib tak ngaku malaysia official 1 tu najib mungkin sebab tak baca abis laporan 136 muka surat doj yau mungkin tak paham bahasa omputih kot tapi hari ni rata2 penyembah najib baru faham dan akui yang didalam 136 muka surat laporan malaysia officisl 1 adalah najib tapi swing pulak kata fitnah usa pusing pulak si kruakkruak tuduh tun m sudah beli jabatan kehakiman usa hahahaha semakin lama makin bertambah bangang dah penyembah najib ni bangang sejak azali hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2016 at 1:16 AM

Semua keburukkan yang melanda Negara Malaysia ketika ini adalah berpunca dari Najib,Rosmah & Jho Low ...!!!

Post a Comment