........... Zahid - Laknat Allah Kepada Penjawat Awam Yang Bocorkan Rahsia ! ( Termasuk Rahsia Kemungkaran ? ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Zahid - Laknat Allah Kepada Penjawat Awam Yang Bocorkan Rahsia ! ( Termasuk Rahsia Kemungkaran ? )

Friday, June 24, 201612comments

Mkini
"...Jika ada di kalangan kita yg mungkin ada perasaan utk membocorkan atau berkongsi rahsia semasa kalangan kita atau dengan pihak luar, undang-undang tetap ada iaitu Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi ia hanya selembar perundangan.

"Untuk orang Islam, Wallahi, sumpah yang menggunakan nama Allah Taala dan kalau kita melanggar, Allah wakil, saksi, dan ini dikhuatiri akan jatuh kepada sumpah laknat di mana Allah akan memberikan laknat kepada kita.

"Jadi sebelum laknat itu datang daripada Allah Taala, saya ingatkan diri saya sendiri dan kepada semua pegawai-pegawai kerajaan supaya menjaga kerahsiaan kerana itulah sumpah kita sebagai pegawai kerajaan,"

Tu dia ...... Zahid mengingatkan penjawat awam beragama Islam supaya jangan bocorkan rahsia kerajaan. Selain dari menyebut tentang Akta Rahsia Rasmi atau OSA, Zahid juga mengingatkan penjawat awam yang beragama Islam akan laknat Allah jika bocorkan rahsia kerajaan sesuai dengan sumpah perjawatan yang diambil.

Tapi Zahid bukan bagi amaran, sekadar satu peringatan saja ......

"Ini bukan satu amaran, sekadar saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua kerana inilah madrasah Ramadan yg harus kita hayati agar kebaikan-kebaikan ini dapat diteruskan dan mudah-mudahan kita dapat latihan dengan pertahan diri dan kawalan diri,"


Lain macam je peringatan dari Zahid ni .... Takut ada yang bocorkan rahsia ke ? Rahsia tentang apa ?

Bab sumpah2 ni saya tak berapa mahir cuma yang saya tahu, apa saja sumpah, jika ianya bertentangan dengan syariah akan terbatal dengan sendirinya. Tidak ada laknat dari Allah ke atas mereka yang melanggar sumpah atas namaNya jika sumpah itu menyokong perkara mungkar.

Mungkin saya salah tapi itulah pandangan saya. Yalah, zaman Najib ni pelbagai tafsiran baru dibuat agar semuanya terarah kepada mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low.

Setahun yang lalu, akibat kebocoran maklumat badan penyiasatlah maka WSJ mengeluarkan artikel 2.6 bilion dan lain2 berkaitan 1MDB. Sebab itulah segala maklumat berkaitan 1MDB yang didedahkan oleh WSJ itu SAMA dengan apa yang dibentangkan oleh PAC, sebab sumbernya sah.

Sehingga kini cai2 Najib termasuk 1MDB sendiri masih belum dapat membuktikan mana2 pendedahan mengenai 1MDB atau SRC yang mereka katakan sebagai fitnah. Sebaliknya cai2 Najib lah yang menfitnah kononnya semua pendedahan itu adalah palsu.

Tunjukkanlah mana satu yang palsu ..... kita nak tahu juga. 

Fikirkan ..... apakah tindakan pembocor maklumat yang menyebabkan kes 1MDB dan 2.6 bilion terdedah kepada umum itu satu tindakan yang dimurkai Allah ?

Bayangkan sekiranya isu 1MDB idak meletup dan mampu didiamkan oleh kerajaan ..... agak2 apa yang berlaku sekarang ? 

Yang tak boleh diubah adalah hakikat 1MDB berhutang keliling pinggang dan tidak ada bank lagi yang mahu pinjamkan duit lagi. Hutang tetap kena bayar balik ..... so dari mana Najib akan korek duit itu ?

Jawabnya dana2 awam yang kaya raya dengan wang rakyat la ! Bon lagi ....malah berbon-bon lagi selagi hutang2 belum settle. Buat hutang untuk bayar bunga hutang lama ! Hutang makin bertambah .... sampai bila ?

Tanah TRX tu tak payah cerita lah ..... kita sendiri dah nampak bagaimana 1MDB jual sebahagian TRX kepada Tabung Haji sebab terdesak nak bayar bunga hutang bank Yahudi.  Kalau tak disebabkan tindakan pembocor maklumat, mungkin saja perkara ini rakyat tidak akan tahu. Dan kita tidak boleh tolak kemungkinan banyak lagi tanah2 TRX akan dijual untuk bayar bunga2 hutang yang masih lama perlu diservis.

Apakah tindakan membocorkan maklumat penjualan tanah TRX itu satu perbuatan yang dilaknati Allah ?

Pendek kata - Kalau bukan disebabkan kebocoran maklumat yang menyebabkan kes 1MDB meletup, 1MDB akan masih aktif sehingga kini. Bukan aktif berniaga tapi aktif berhutang dan mengorek dana2 awam untuk bayar hutang ! 

Kerajaan telah menetapkan 1MDB tidak akan lagi meminjam pada awal tahun lalu namun jumlah hutangnya telah meningkat kepada lebih RM50 bilion dek sebab bunga dan kadar tukaran wang. Kalau 1MDB terus juga berhutang ..... mungkin saja jumlah hutang itu bakal meningkat sehingga RM70 Bilion ..... 

Bila nak berhenti ? Mungkin bila dana2 awam semua dah kering dan tanah TRX pun dah habis dijual barulah 1MDB akan berhenti meminjam.

Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion. Kalaulah tidak dibocorkan maklumat 1MDB, mungkin kita tidak akan tahu mengenai deposit 2.6 bilion yang masuk akaun Najib itu. Najib gerenti tidak akan dedahkan.

Dan entah berapa orang lagi penderma Arab akan dermakan berbilion2 lagi ke dalam akaun Najib tanpa seorang pun tahu ?

Yalah, cerita beratus2 juta ringgit selain dari dana RM2.6 bilion yang masuk akaun Najib itu pun disenyapkan. Begitu juga segala perbelanjaan mewah Najib Rosmah yang didedahkan yang mana sumbernya BUKAN dari dana 2.6 bilion. Langsung tidak ada siapa yang mahu bersuara bertanyakan hal itu ! 

Adakah tindakan mereka yang TAHU mengenai perkara itu tapi mendiamkan diri dek sebab sumpah perjawatan untuk tidak membocorkan rahsia, merupaka tindakan yang diredhai Allah ?

ATAU sebenarnya Allah melaknati mereka itu kerana turut sama bersekongkol dengan kemungkaran ?

Entahlah .... fikiran saya mengatakan, Allah tidak akan sekali2 terima sumpah atas namaNya jika sumpah itu melindungi kemungkaran.

Then again, semuanya bergantung kepada tafsiran masing2 ...... kerana sayang, bab ini pihak Mufti2 dan badan agama yang bertanggungjawab tidak mahu berikan komen.

Yang kita nampak dengan jelas - apa saja berkaitan Najib, 1MDB dan Jho Low .... adalah halal. Yang menegur dan mahu menuntut keadilan pula dilabel sebagai haram.

PS - Hari Raya tahun ni Umno tak mahu keluarkan sampul raya muka Jho Low ? 

Contohnya -   

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 4:30 AM

Apapun Allah tetap akan melaknati para pemimpin yang tidak menjalankan amanah serta yang mentadbir secara tidak adil dengan menipu rakyatnya.

Allah berfirman:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara dengan apa yang diturunkan Allah (syari’at islam), mereka itulah orang-orang kafir.” (Al Maidah/44)


Allah berfirman :

قُلْ إِنِّي عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَكَذَّبْتُمْ بِهِ ۚ مَا عِنْدِي مَا تَسْتَعْجِلُونَ بِهِ ۚ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۖ يَقُصُّ الْحَقَّ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya aku berada di atas hujjah yang nyata (Al Quran) dari Tuhanku, sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa (azab) yang kamu minta supaya disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik". (Al-An'am/57)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 4:30 AM

Nice one Din... Straight from the heart.. salute..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 4:34 AM

Kata2 engkau tu zahid takde dalam Al Quran.

Tapi..dalam Al Quran..TERANG DAN NYATA ALLAH MELAKNAT PEMIMPIN YANG TIDAK AMANAH..TIDAK ADIL. Apatah lagi yang MAKAN HARTA RAKYAT secara terang atau sembunyi...

Kau berani bersumpah ke zahid?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 8:44 AM

Its bad enough PASengal demeaning Islam to advance its agenda via political threat, now UMNO jumping into the same wagon.

Well, if a leader can LIE during Ramadhan last year denying about money skimmed and gets into his personal account yet without an inch of guilt admitting money did went into his account....made worse with so called 'ulamak' in total denial or simply ignoring the thieving, what more can you hope for Malaysia Tanah Ayer Ku.

The lies have become duck to water so much so people of SB & KK preferred the status quo to remain, hence Najib's outburst of arrogance once the 2 seats were in the bag!

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 8:50 AM

Kalau dulu PAS yg banyak pemimpin munafiq yg menggunakan agama untuk menghalalkan cara. Bro Anwar pun sama (remember Yusuf Qardawi and all the Arabic words so that he can project himself as pious?). Walhal hidup bergelumang dgn duit haram dan s3x songsang. Dollah Badawi pun sama. Guna agama utk project diri sebagai Mr Clean. Walhal dibelakang sapu projek/syarikat untuk keluarga.

Pokoknya orang yg menunjuk2 dirinya "alim" ni semua tak boleh nak dipercayai. Golongan yg menjual agama dgn harga yg sedikit according to Quran. Malangnya ramai yg mudah terpedaya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 6:27 PM



Bagaimana pulak dengan mereka yang angkat sumpah jawatan seperti PM, TPM dan menteri-menteri kabinet, juga MB, KM dan ahli-ahli Exco kerajaan negeri? Semuanya mengangkat sumpah atas nama Allah SWT.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 7:41 PM

At the end of the day...those malay felda who got screwed will say...

"Takpe lah...ini semua ujian Tuhan..."

And in the next PRU...those tens of thousands of Felda settlers will still vote BN on the pretext "Bersyukurlah Malaysia masih aman"...

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2016 at 11:35 PM

Terbaik zahid......
Apa pun sentiasa ingat cash is king dan teruskan buat kenyataan bodoh!

....................
Reply To This Comment ...................
June 25, 2016 at 2:19 AM

Zahid telah di tarbiyah oleh Najib sehingga yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal,,Inilah kenyataan dari orang-orang yang berani mempersendakan agama dan syariat yang di bawa oleh Nabi Muhammad Saw

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 12:12 PM

Tuan, kalau dia jatuh kedalam perbuatan haram dia berdosa insyallah dia boleh bertaubat. Tapi kalau dia menyatakan yang haram itu telah menjadi halal maka dia tidak lain ... dia tu sudah jadi sekutu Iblis dan sehala dengan misinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2016 at 11:00 AM

Ramai pemimpin sekarang yang tak amanah terutama Lanun Bugis Besar!!!

Beri teguran sebelom perkara menjadi sukar malah diambil tindakkan dan di pecat!!

Laknat Sunggoh!!

Terlaknat lagi pemimpin2 yang mempertahankan Lanun Bugis!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2016 at 11:05 AM

Bocor Rahsia kerana kebenaran dilabel haram!!!

Lantak duit rakyat berbillion2 Halal!!!

Geng Lanun Bugis!!!

Post a Comment