........... SUA Najib Dah Jadi Macam Blogger Jer, Hanya Mengharap Laporan Pihak Luar | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SUA Najib Dah Jadi Macam Blogger Jer, Hanya Mengharap Laporan Pihak Luar

Thursday, June 9, 20168comments

Suka sangat SUA Najib bila pihak berkuasa kewangan Singapura ( MAS ) mengeluarkan kenyataan -

“MAS menyatakan tiada bank di Singapura menerima AS$3 bilion pindahan atas talian daripada Goldman Sachs dalam kaitan dengan penerbitan bon 1MDB,”
The Wall Street Journal, pada minggu ini, telah melaporkan perolehan daripada bon 1MDB bernilai AS$3 bilion telah diterima oleh bank Switzerland yang mempunyai cawangan di Singapura. - Mkini.

KLiK
Dakwaan The Wall Street Journal ke atas Malaysia terbukti lagi sebagai pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS), kata Setiausaha Akbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. ( Mkini )


Untuk pengetahuan, WSJ sudah mengeluarkan pembetulan kepada laporan asal itu, dengan katalain WSJ mengaku mereka silap lapor.



KLiK
WSJ kata wang itu dihantar ke BSI di Switzerland dan bukannya kepada cawangan BSI di Singapura sebagaimana dilapor sebelum ini.

So ..... salah tetap salah, kan ? OK, tapi bagaimana dengan pembetulan yang dibuat oleh WSJ di atas ? Apa komen SUA Najib ?

Dakwaan utama WSJ masih tidak berubah. Jadi nak kata WSJ telah berbohong .... well, mereka telah mengaku silap dan telah mengeluarkan pembetulan tanpa mengubah dakwaan utama.

Apakah SUA Najib boleh buktikan dakwaan serta pembetulan WSJ ini juga satu pembohongan ?

Yang saya hairankan, kenapa SUA Najib ini hanya melompat setelah pihak MAS , yakni pihak Singapura keluarkan kenyataan ? Kenapa tidak pihak 1MDB sendiri sebagai tuanpunya badan utama dalam skandal ini, tidak keluarkan kenyataan sebelum ini ?

Bukankah 1MDB yang LEBIH TAHU ke mana wang hasil pinjaman bon itu dilebur dilaburkan ? Jadi ..... kenapa masa WSJ keluarkan artikel awal yang menyatakan wang itu dimasukkan terus ke dalam akaun BSI Singapura, kenapa 1MDB tidak tampil buat kenyataan membetulkan fakta ?

Kenapa waktu itu ( sebelum MAS keluarkan kenyataan di atas ) SUA Najib tidak segera melompat dan hentam WSJ kerana telah salah lapor ? Kenapa perlu tunggu pihak Singapura yang betulkan kenyataan baru nak melompat ?

SUA Najib ni tahu atau tidak perkara sebenar yang berlaku ? Atau SUA Najib ni pun tak jauh bezanya dengan taraf blogger yang hanya menanti laporan pihak luar baru nak komen ?

1MDB sendiri kenapa tak betulkan salahlapor WSJ sebelum ini ?

Hairan kan .......  sepertinya 1MDB sengaja lepas tangan dan membiarkan saja pihak luar buat kenyataan tanpa sedikitpun kisah untuk berikan laporan sebenar kepada rakyat yang dahagakan kebenaran.

So .... sekarang apakah SUA Najib mahu sahkan apakah benar dakwaan WSJ yang telah diperbetulkan di atas ? 

Atau SUA Najib pun sebenarnya BLUR macam Najib, tak tahu apa2 dan hanya menantikan perkembangan pihak luar yang menyiasat ? 

BUKTIKANLAH segala dakwaan WSJ dan SR sebelum ini mengenai skandal 1MDB dan 2.6 bilion adalah palsu, Jangan hanya kata semua itu adalah palsu tanpa menceritakan apa yang sebenarnya berlaku,

OK, apakah lapuran PAC itu juga palsu ? Atau benar ? 

Cuba SUA Najib tunjukkan tang mana laporan PAC itu BERBEZA dengan apa yang dilaporkan oleh WSJ dan SR sebelum ini. 


Serius .... kita nak tahu ni.  Come on, tunjukkan kehandalan anda wahai SUA Najib. 

Kita bloggers dan facebookers hanya komen berpandukan apa yang dilaporkan media dan PAC saja. Kalau salah laporan mereka, maka tunjukkanlah tang mana yang salah secara SPESIFIK. Kita pun tak nak tertipu dengan laporan salah. 

OK, saya bagi satu contoh - cuba SUA Najib buktikan bahawa dakwaan duit SRC ada masuk dalam akaun Najib adalah satu dakwaan palsu dan salinan2 bank statement yang didedahkan oleh SR sebelum ini yang menunjukkan wang keluar masuk serta perbelanjaan kad kredit Najib secara melampau itu adalah palsu.

Kalau tak mampu buktikan dan hanya bergantung kepada laporan luar sama seperti kami, baik berhenti jer jadi SUA Najib..... takde beza pun dengan kami !

Rakyat mahukan kebenaran. Bukan setakat menuding jari menuduh sipolan fitnah ..... 

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 6:27 AM

Najib punya modus operandi betul2 macam Anwar Ibrahim. Konspirasi! Konspirasi! Konspirasi! Walhal bukti terang dan nyata bersalah.

Agaknya sebab Msians ramai yg ngok masih support Anwar, itu yg Najib ingat dia pun can get away scot free. Betul pun. UMNO supporters 2x5 je dgn PKR. Korup. Senang dibeli. Sangat memalukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 8:28 AM

Yang terang terang BOHONG adalah Najib.

https://www.youtube.com/watch?v=eEZG2tx2lvQ

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 9:50 AM

pak din bila masuk mahkamah kalau buat pembetulan pada kenyataan dah tentu kes kena buangnya, tapi pak din masih kata bagi tetap bagi, tak kan lah semudah tu buat pembetulan tulis correction je, dalam islam kita kata fitnah, aku harap allah akan membalas hukuman yang seberat berat nya kepada semua yang membuat kenyataan diatas termasuk juga lah pak din yang sekian lama memfitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 11:36 AM

macam bro tulis dahulu, mereka hanya ambil bahan terpilih sahaja. itu yang dilaungkan sekuat mungkin. apa yang singapura ambil tindakan ke atas bsi dan tindakan mahkamah serta ada nama 1mdb, tak ada bunyi langsung termasukla dalam blog tersohor mereka jutaan kunjungan dan ranking terbaik. tetap nak tunjuk jibo itu budak baik dan diburukkan.

....................
Reply To This Comment ...................
June 9, 2016 at 2:34 PM

@AnonymousWang tunai USD1.103 bilion di BSI SIngapura bla bla bla kerana peraturan Bank Negara Malaysia bla bla bla .... "

Hahahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 2:55 PM

ITU isu wsj salah lapor (walupun begitu, laporan pembetulan telah dikeluarkan)

ini pasal kak ros membazir sampai juta2 apehal? kononnya jadual ketat. jadi apakejadahnye nak pegi jugak? duta kan ada? wakil kan boleh pegi.
biasiswa pelajar miskin, subsidi dipotong bagai..tapi kak ros buang juta2 sekelip mata boleh pulak?

tak terdetik langsung di hati makhluk2 semua tu bagaimana nak JIMATKAN WANG NEGARA ye?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 8:31 PM

Suruh org lain berjimat supaya mereka boleh berbelanja besar. Dah tentu bajet 2016...JPM mendapat peruntukan yang tertinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 10:01 PM

AnonymousJune 9, 2016 at 9:50 AM

Bagaimana pula penafian awal duit 2.6 biliyun masuk akaun peribadi bermatian matian sambil gelak kata mustahil dan ini fitnah wsj kemudian buat correction ooo itu duit derma.

Bagaimana pula penafian duit 1mdb melalui src masuk akaun peribadi najib ianya juga dikatakan fitnah wsj akhir buat correction mengaku ada masuk dalam akaun tapi najib tak tau.

Bagaimana pula duit 1mdb dari cayman island yang dikatakan berbentuk cash disimpan di bsi bank singapore kemudian buat correction ianya bukan cash tapi just unit sekarang bsi singapore dah shutdown apa nasib so called just unit tersebut?.

Kalau nak membela najib & 1mdb pun biarlah jujur kerana Allah jangan kamu membela kemungkaran didepan mata sehingga anak cucu kamu pula yang terpaksa menanggung musibah balasan Allah akibat dari perbuatan kamu Nauzubillah.

Post a Comment