........... Selepas Cubaan Hijack Proton Gagal, Najib Cuba Hijack Projek LRT Tun Pula .... Low Class Punya PM ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Selepas Cubaan Hijack Proton Gagal, Najib Cuba Hijack Projek LRT Tun Pula .... Low Class Punya PM !

Thursday, June 30, 201610comments

Mkini

Macam tak percaya dengar Najib kutuk Tun Mahathir di TV3 tadi dalam soal pengangkutan awam ! Sambil merujuk kepada pendahulu saya yang memerintah selama 22 tahun ( my predecessor who ruled for 22 years ) kononnya Tun tidak beri perhatian kepada isu pengangkutan awam ..... dan beliau, Najib adalah orangnya yang terpaksa menyelesaikan masalah itu.

Saya jumpa laporan dari Mkini berkenaan luahan perasan syok sendiri Najib itu -

"(Masalah) ini kerana pendahulu saya yang memerintah selama 22 tahun, tidak banyak memberikan perhatian kepada pengangkutan awam.

"Oleh kerana itu, terdapat kekosongan, Pelaburan tidak mencukupi dan terdapat sistem yang tidak selaras kerana dimiliki oleh terlalu banyak pihak," kata Najib pada ucapannya.


Baldi hell .....

Tun Mahathir lah yang telah memulakan kesemua projek canggih yang dapat kita lihat sekarang -  LRT, Monorel, Komuter, ERL, KLIA ....  Najib hanya menambah baik apa yang tersedia ada.  

Setelah hampir 20 tahun, sudah pasti banyak pembangunan pesat berlaku, makanya penambaikan serta laluan baru perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan semasa. 

Setelah cubaan HIJACK projek kereta nasional Proton baru ni, kini sekali lagi Najib cuba HIJACK projek LRT pula ...... itu sajalah yang Najib tahu buat iaitu HIJACK projek Tun untuk ambil kredit buat dirinya !

Najib mungkin sudah sedar yang rakyat mula mempertikaikan apakah sumbangan beliau kepada pembangunan negara sejak 6 memerintah. Cakap berdegar2 ... konon Najiblah yang terhebat, duit negara berpuluh bilion dah habis dek 1MDB, lancar itu ini tapi kenyataannya - habuk pun tarak !

Nak tak nak, terpaksa Najib HIJACK apasaja projek zaman Tun Mahathir untuk diambil kredit buat dirinya  .....  Nak hijack projek Pak Lah, tak nampak apapun . 

Oya, kenapa Najib boleh buat2 lupa zaman Pak Lah yakni pendahulu beliau yang sebenar ? Boleh pulak main skip / lompat, terus ke Tun Mahathir ? !

Nampak sangat yang Najib berdendam dengan Tun.  Sama juga dengan kes Proton baru ni, amatlah tidak professional bagi seorang PM mengungkit menyalahkan PM terdahulu ( apalagi dengan melompat sorang lagi PM sebelumnya ).


Jelas Najib tidak punya idea sendiri untuk membangunkan negara. Oooops maaf, Najib ada ideanya yang tersendiri yang begitu idealistik tapi ternyata semuanya HAMPEH ! 

Maka terpaksalah Najib tumpang idea lama Tun Mahathir, namun masih relevan walaupun selepas berbelas tahun Tun bersara. Kemudian Najib cuba HIJACK idea Tun itu. Memang low class Najib ni ....

Rasanya lepas ni akan ada lagi cubaan hijack projek2 Tun Mahathir oleh Najib. Itu sajalah yang Najib mampu buat .....

PS - Cai2 Najib pula akan bersungguh2 memburukkan legasi Tun Mahathir, orang yang dulunya mereka amat respek ..... sebelum menjadi cai kepada Najib.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 10:24 PM

wow how low can najib go?
hina sungguh sahsiah manusia najib razak ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 11:46 PM

dalam otak dia cuma ada macam mana nak bagi dedak kat kabinet dan mangkuk hayun. idea pembangunan mmg tak da. idea mentekerdarah duit rakyat memang banyak.

hampas punya PM

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2016 at 12:08 AM

Siti Hasmah Sedih Dengan Apa Yang Najib Lakukan Terhadap Mahathir..


“Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada ALLAH. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku," demikian luahan hati isteri bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Saya tahu suami saya (Tun Dr Mahathir Mohamad) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada ALLAH. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana sempena pelancaran buku, My Name is Hasmah, semalam.

Menurutnya, tidak ada apa yang boleh dilakukan memandangkan ‘lawannya’ itu terlalu berkuasa meskipun selepas 22 tahun menerajui negara dan Umno namun jasa bekas Perdana Menteri itu dakwanya sedikit pun tidak dihargai oleh parti itu, pimpinan masa kini termasuk juga segelintir rakyat Malaysia.

Berkongsi dugaan perjuangan yang dihadapi suaminya, Dr Siti Hasmah mengakui beliau turut terkesan dengan kata-kata nista dan tindakan yang dilakukan oleh pimpinan negara ketika ini.

“Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau.

“Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai. Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa,” katanya dengan nada perlahan.

Tindakan Najib 'tidak baik'

Beliau yang bakal menginjak usia 90 tahun pada 20 Julai ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Dr Mahathir sebagai ‘tidak baik’ kerana hubungan keluarga mereka sangat erat sebelum ini.

“Keluarga kami sangat rapat, ayah Najib, Tun Razak itu belajar satu sekolah dengan abang saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), jadi kami dah lama kenal.

“Tapi dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini, benar-benar membuatkan saya sedih. Malah saya sendiri berkawan rapat dengan Tun Suhailah dan juga Tun Rahah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, paling menyedihkan apabila Mahathir tidak lagi menerajui Proton Holdings kerana syarikat itu menyimpan nilai sentimental kerana dibangunkan suaminya bermula dari kosong sehingga gah seperti sekarang.

“Cara dan tindakan Najib terhadap Mahathir itu kelihatan sangat tidak baik, saya dapat rasakan perasaan suami saya tapi apa boleh buat,” katanya.

Sebagai ibu bekas Menteri Besar Kedah, Dr Siti Hasmah menegaskan beliau bukan ahli politik malah ketika menjadi isteri perdana menteri, suaminya hanya mendaftarkan beliau sekadar ahli Umno sahaja.

“Kepada anak-anak, saya cuma nasihatkan mereka sekiranya terjun ke bidang politik, perkara utama yang perlu dilakukan ialah berhati-hati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi kerana dari situlah seseorang pemimpin politik mendapat sokongan,” katanya.

Anak-anak kena ambil vaksin

Sementara itu, sebagai doktor wanita Melayu pertama Malaysia, Dr Siti Hasmah memberi peringatan kepada semua ibu bapa untuk mengambil vaksin terhadap anak-anak mereka demi kesejahteraan.

“Setiap kali saya jumpa ibu dan anak saya akan pergi kepadanya dan bertanya, ini anak ke berapa? Vaksin dah ambil? Itu memang soalan wajib.

“Pengambilan vaksin sangat penting dan ia tidak boleh dianggap remeh. Vaksin sebagai imunisasi melindungi manusia daripada serangan penyakit dan wabak,” katanya.

Berkenaan karyanya, My Name is Hasmah terbitan Kumpulan Media Karangkraf adalah berkisar mengenai suara, sudut pandang dan pengalaman beliau sejak kecil, zaman persekolahan, universiti, berkahwin serta membina keluarga termasuk sebagai bekas wanita pertama.

“Sebagai isteri Mahathir di rumah beliau suami saya dan apabila di luar Mahathir milik masyarakat, saya hormat perkara itu.

“Bab paling menarik dalam buku ini dan hidup saya ialah menjadi isteri Mahathir dan mempunyai anak-anak bersamanya,” kongsinya ~ Sinar

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2016 at 1:17 AM

Najib bolih ambil kredit kerana membina Tun Razak Exchange dan juga,Kuala Lumpur Islamic Financial District serta pembangunan pengkalan TUDM Sungai Besi. hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2016 at 1:24 AM

Mangkuk lah najib neh Tun M sudah senaraikan kegagalan najib pada 2015 lagi termasuk kegagalan najib menyiapkan landasan keretapi elektrik berkembar dari johor ke padang besar perjalanan projek tersebut yang tersekat dan telah dibatalkan oleh pak lah jangan lupa mamat nur jazlan ahli parlimen pulai lah skang macai najib dia yang banyak duk kempen siang malam kata projek rugi dan harus dibatalkan bila dah batal pada 2005 kajaan kena bayar pampasan pada drb hicom sebanyak RM425 juta, rancangan projek keretapi berkembar akan boost up pembangunan dan rangkaian pengangkutan awam termasuk lrt, monorel, komuter, erl, bas teksi dan segala jenis rangkaian pengangkutan.

Projek asal landasan keretapi berkembar tu dengan kos menelan belanja sebanyak RM14 billion jika ikut jadual pembinaan akan siap sepenuhnya pada 2010 dari johor ke padang besar di ulang siap keseluruhan nya dengan kos pembinaan sebanyak RM14 Billion, apabila najib sudah sedar ada permintaan dan keperluan keatas landasan keretapi berkembar najib sambung balik projek landasan dari ipoh ke padang besar yang menelan belanja sebanyak RM12 Billion tak nampak ker mangkuk ni bodoh sedangkan projek asal dari johor ke padang besar kos asal hanya RM14 Billion.

Jika orang bodoh mau tunjuk dia lebih cerdik orang itu sebenarnya bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
July 1, 2016 at 3:52 AM

Cuba tanya pendedak2 Najib apa idea baru yg Najib utarakan utk pembangunan Malaysia yg dia dakwa kononnya boleh capai status negara maju sebelum 2020? Hampir kesemua infrastruktur yang ada sekarang ni adalah idea dr zaman Tun M, Pak Lah pulak nak kembali kepada negara pertanian yg dah tatau ape citenye dah bile dia resign n sekarang ni Najib pulak apa idea dia selain "transformasi" yg dah basi?

Oh ya, buat syarikat yg didokong oleh kerajaan bermodalkan RM1 juta, pastu buat loan sampai beribu2 juta utk kasi kat pendedak2 sampai terpaksa jual aset2 negara utk lunaskan hutang2 tersebut. Pastu "hijack" je idea2 terdahulu dgn buat sedikit penambaikan tp kredit sume dia nak amik. Para pendedak disuruh sokong membuta tuli kalo ada yg persoalkan dia, lucut jawatan tanpa bela diri. Bijak... bijak...

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2016 at 6:47 AM

Dah mcm LGE masa took over penang yang asyik menyalahkan pendahulu dalam semua masalah pulak; bezanya hanya LGE disiasat dan didakwa tapi NR disiasat tapi tak didakwa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2016 at 2:39 PM

ADA...najeeb ada idea tapi idea busuk!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2016 at 9:34 PM

Orang pekan kata KAMPANGGGGG.....

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2016 at 8:17 PM

Hanya jambatan bengkok belum dihijack!

Post a Comment