........... Selamatkan Malaysia Siri Kuala Terengganu - Video2 Datok Sak, Mahfuz, Mat Sabu Dan Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Selamatkan Malaysia Siri Kuala Terengganu - Video2 Datok Sak, Mahfuz, Mat Sabu Dan Tun Mahathir

Saturday, June 4, 20162comments


Semalam giliran Kuala Terengganu pula menjadi hos kepada siri jelajah Selamatkan Malaysia. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun penonton tidaklah 'penuh sesak' seperti siri2 Selamatkan Malaysia di tempat lain, namun kehadiran lebih 500 orang semalam tetap membanggakan.

Orang Terengganu ni memang payah sikit kalau bab2 ceramah bercirikan politik kecuali orang Pas melainkan kalau dibayar atau diarah hadir sepertimana lawatan Najib baru ni. 

Terharu dengan kesanggupan Tun Mahathir untuk memenuhi janjinya walaupun hadir dalam keadaan tak berapa sihat. Begitu juga dengan Tun Siti Hasmah. Jelas mereka berdua keletihan dan terganggu kesihatan.

Malah Tun sering terbatuk2 semasa berucap ... diharap Tun berdua dapat berehat secukupnya. 

Majlis bermula agak lewat sedikit dan memandangkan masa yang suntuk dengan bilangan penceramah yang ramai, maka masing2 berucap dengan ringkas tapi padat. Sekitar 11 minit setiap sorang dengan Tun berucap selama 30 minit.

Saya siarkan rakaman penuh ucapan Ariff Sabri atau lebih dikenali sebagai blogger Datok Sakmongkol, pertama kali melihat beliau berucap. Menarik penyampaian Datok Sak -



KLiK untuk ke Youtube

  Mahfuz - yang membuat perbandingan sumbangan 50 bilion 1MDB kepada rakyat dan negara, dengan sumbangan Tun Mahathir yang tidak sampai pun jumlah yang sama.



KLiK untuk ke Youtube


Mat Sabu - yang beri komen pedas betapa tidak sensitifnya rakyat Malaysia terutama umat Islam kepada amalan Rasuah ! Berbanding dengan negara2 bukan Islam lain di dunia yang diiktiraf sebagai lebih Islamik kerana sikap mereka yang menolak amalan Rasuah. Semuanya kerana mahu membela Najib dan 1MDB....




KLiK untuk ke Youtube.





Akhir sekali adalah ucapan Tun Mahathir. ( maaf, 1 minit terakhir tak sempat dirakam sebab bateri habis ! )




KLiK untuk ke Youtube.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2016 at 1:03 PM

patutla DAP ambik arif sabri calon deme.. ada gaya tokoh dan patutlah menang pun kat raub. aku walau pun orang dekat dengan raub ni kali pertama aku dengar dia cakap.

kalau nak banding dengan YB parlimen lepeh... kah kah kah. macam langit dengan bumi.

kalau nak banding cara cakap dia dengan YB parlimen pekan pun dia nampak lebih meyakinkan.

... tapi yang pelik kenapa dia pilih DAP sebagai platform. hrmm.

kenapa dia keluar UMNO ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 5, 2016 at 1:30 PM

Salam Din..
Tadi saya terserempak dgn DS Mukhriz Mahathir di AEON yg baru tu di shah alam...saya lambai dia mcm kwn lama..padahal dia tak kenal pun saya..dia balas senyum dan lambai semula pd saya..
Then pastu saya salam dgn dia..patutnya saya borak2 la sikit tapi saya terkedu tak tau nak ckp apa2..sbb tak sangka kan..dia tanya, sihat ke? Saya cuma tunduk2 tapi x tau nak ckp apa..segan sebenarnya...kalo ikutkan saya nak bertempik kat situ..nyatakan sokongan saya pd dia dan yg lain2...tapi saya kelu sgt masa tu..
Anyway..kalo sedara Din ada berbual dgn DS Mukhriz, sampaikan salam saya pd dia dan tun sekali..

Zainal.

Post a Comment