........... ( PRK SB dan KK ) Undi BN = Sokong Najib, Rosmah, Jho Low dan 1MDB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

( PRK SB dan KK ) Undi BN = Sokong Najib, Rosmah, Jho Low dan 1MDB

Sunday, June 5, 20166comments

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam khasnya kepada pembaca2 blog ini. Cepat sekali masa berlalu .... kan. Rasanya baru lagi Ramadhan tahun lepas ketika mana kita dikejutkan dengan pendedahan WSJ mengenai kemasukan 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.... weeeeehhh ... dah dekat setahun isu itu. Masih tak terjawab segala persoalan dan Najib masih mengelak daripada memberi penjelasan yang memuaskan.

Dan pemimpin2 Umno pula nampaknya sudah nekad mempertahankan Presiden mereka walaupun isu itu menjadi bahan tertawa masyarakat dunia. Hanya pemimpin2 Umno saja dalam dunia ini boleh percaya dengan alasan derma pak Arab itu, sememangnya pemimpin2 Umno ini golongan yang terpilih.  Terpilih dek keakuran mereka kepada Cash Is King yang melangkaui akal logik manusia.

Kalau mereka boleh percaya dengan sepenuh hati alasan derma RM2.6 bilion dari pak Arab, rasanya tidak ada gunanya berdebat lagi dengan mereka. 




Pagi tadi berlangsung Majlis Penamaan Calon bagi PRK Sg Besar ( 3 calon ) dan PRK Kuala Kangsar ( 4 calon ). Maka bermulalah kempen pilihanraya secara resminya. 

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Tun Mahathir bersama team Deklarasi Rakyat akan berusaha menyakinkan pengundi2 di kedua kawasan Parlimen itu untuk menjadikan undi mereka sebagai satu bentuk mesej kepada Najib dan UMNO BN bahawa rakyat menolak Najib sebagai PM.

Ini ditegaskan sekali lagi oleh Tun Mahathir hari ini -


"Saya mungkin. Jika saya diminta, saya akan pergi. Saya sokong penuh calon yang menandatangani deklarasi itu. Saya tidak akan sokong calon yang tidak (Menandatanganinya).

"Saya tidak berada dalam mana-mana parti. Saya bukan di dalam Umno kerana tiada lagi Umno. Ia cuma parti Najib, jadi itu sebab mengapa saya tinggalkan parti Najib.

"Saya tidak berkempen untuk AMANAH. Saya berkempen untuk calon yang percaya dengan deklarasi itu,"

Bagaimanapun, Mahathir berkata PAS tidak menyokong deklarasi berkenaan.

"Kalau PAS tandatangan, saya akan sokong mereka juga, tapi parti itu tidak tandatangan," katanya. ( Mkini )


Jelas sekali pendirian yang dinyatakan oleh Tun Mahathir. Siapa calon tidak penting. Parti mana tidak penting. Yang penting adalah calon itu menyokong Deklarasi Rakyat dan dalam kedua2 PRK itu, calon dari parti Amanah yang menyokong Deklarasi Rakyat.

Maka Tun Mahathir akan menyokong Parti Amanah yang mewakili perjuangan Deklarasi Rakyat. Dan satu2nya agenda utama Deklarasi Rakyat yang dipersetujui semua adalah supaya Najib mengundurkan diri dari jawatan PM.

Gerenti cai2 Najib akan cuba spin sepenuhnya pembabitan Tun Mahathir dalam kempen PRK ini sebagai menyokong perjuangan pembangkang. Tak per ....ada 11 hari masa berkempen, cukup masa untuk yakinkan para pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar akan agenda rakyat ini.

Oya, tidak pasti samada BN akan pasang poster bertuliskan ayat Undi BN = Sokong Najib dan Undi BN = Sokong Jho Low. Jadi ada baiknya jentera DR sendiri yang sediakan dan gantungkan sendiri. Takkan jentera BN nak marah kan ?




Biar jelas agenda utama kedua PRK ini adalah sebagai mesej kepada Najib, samada rakyat mahukan Najib atau rakyat menolak Najib.

                                                      *****************************

Cuma satu perkara yang saya khuatirkan iaitu team DR tidak sepenuh hati dan tidak bersatu dalam kempen ini.

Tidak dinafikan masih ramai pro Tun yang berasa janggal untuk berkempen mengalahkan BN, parti yang selama ini mereka pertahankan. Walaupun telah jelas diterangkan oleh Tun untuk menjadikan kedua PRK ini sebagai satu mesej kepada Najib, namun mereka masih sukar untuk terima. 

Percayalah, ini adalah demi kebaikan Umno BN juga untuk masa panjang. Dari segi status quo politik negara, tidak ada bezanya siapa yang menang atau kalah. Kerajaan pusat tidak berubah apatah lagi Kerajaan Negeri.

Yang pastinya, jika BN menang, Najib akan canangkan ke seluruh dunia betapa rakyat Malaysia masih menyokong beliau sebagai PM ! Adakah itu yang rakyat mahukan ?

Tolak tepi politik sempit kepartian, fikirkan masadepan negara yang lebih besar. Fikirkan Najib ..... Fikirkan Rosmah ..... Fikirkan Jho Low ....... Fikirkan 1MDB ......  Apakah anda mahu ketiga mereka ini punya anggapan yang anda sokong tindakan2 mereka selama ini ?



Menjadi tugas utama team DR untuk sampaikan kepada pengundi2 Sg besar dan K Kangsar supaya menjadikan kertas undi mereka sebagai mewakili suara rakyat Malaysia bahawa Najib di tolak oleh rakyat.

Apajua hadiah yang diberikan oleh pemimpin2 Umno BN, terima sajalah sebab itu datangnya dari poket rakyat juga. Tidak perlu ada rasa apa2. Zahid sendiri kata tadi yang kerajaan tidak mengharapkan apa2 balasan. Bukannya dari harta Umno atau BN.


Tapi bila mengundi ..... ingat muka Najib, muka Rosmah dan muka Jho Low .... jika anda suka tindakan2 mereka selama ini, maka anda undilah BN. Jika tidak suka, maka undilah parti Amanah. Jadikan kertas undi anda sebagai suara Deklarasi Rakyat demi Selamatkan Malaysia !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2016 at 12:09 AM

Double confirm 6 tiket Parti Amanah akan dapat dari saya dan seisi keluarga saya,, don't be kuartir Amanah....!!! Support you all the way.....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2016 at 12:59 AM

Kejutan dan alih undi boleh berlaku. Lihat aje pru 11. Hampir habis semua kalah kerana rakyat memilih, pru12 habis kalah belaka kerana rakyat tolak. Pru13, kalah lagi kerana masih ditolak. Jika rakyat tolak, sapa kempen pun ditolak. Untuk itu, rakyat perlu diingatkan, sokong bermakna menyokong tindakan kerana najib kata bn menang kerana rakyat sarawak terima gst. Buat ajer iklan sokong najib sokong gst, 1mdb, duit src hilang, duit masuk akaun, sokong harta kena jual dsb. Harap penyokong dr akan memainkan isu yg ada dalam deklarasi rakyat. Biar rakyat faham, wakil itu hanyalah wakil untuk rakyat suarakan apa yg ada dalam hati mereka. Luahkan rasa terpendam kepada wakil dr melalui undi. Biar orang atas dengar luahan hati rakyat dan bukan setakat kata dengar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2016 at 11:56 AM

Terbaik salwah.Inilah contoh rakyat yang bertanggung jawab dalam membela nasib anakcucu kita dimasa depan.Jasa mu akan dikenang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2016 at 3:23 PM

Wish and still believed a 'Strong character candidates'..A person with staunch integrity and recognizable personality should be the independent candidate for this two elections..This persons will answer to no political parties except their own moral judgements to makes things right. The objective here is to make a stand and fight the righteous fight. If they win it will send a signals that the 'Good Fights' againts najibnomic 1MDB is about to enter the MAIN event..Too bad this opportunity had been squandered..Too bad those who are very vocal againts 1MDB don't have the b**l to walk the talk..Me?..I am just a foot soldier who gladly dug into trenches if given order..

....................
Reply To This Comment ...................
June 7, 2016 at 12:50 AM

Tun Mahathir dah Kaya Dan umurnya lebih 90 adalah lebih baik Tun Berehat, peduli APA dgn Raayat susah ke atau senang ke. Tetapi dgn semangat jati anak Malaysia Tun sanggup ketepikan untuk berehat Dan Tun terus berjuang untuk selamatkan Malaysia dari kekuasaan Najib dgn 1MDB. Marilah Kita tolak BN kerana Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
June 7, 2016 at 11:15 PM

Setuju sangat sangat

Post a Comment