........... Prk Kuala Kangsar - TAHNIAH BN! @ Wake Up Call Kepada Pro Deklarasi Rakyat. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Kuala Kangsar - TAHNIAH BN! @ Wake Up Call Kepada Pro Deklarasi Rakyat.

Sunday, June 19, 201616comments




TAHNIAH kepada BN kerana memenangi kedu PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan bergaya !

Dari semalam lagi, ramai para penganalisis telah membuat pelbagai ulasan mengenai keputusan PRK. Mengenai trend kaum2 tertentu lah .... mengenai kesan pertelingkahan Pas dan Amanah .... mengenai pemilihan calon .... termasuk mengukur pengaruh Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat.

Bagi diri saya, keputusan PRK Kuala Kangsar yang memihak kepada BN sememangnya sudah diduga. Dari mula saya tiba di Kuala Kangsar, memerhati persekitaran dan menilai keupayaan diri sendiri, memang saya yakin BN akan menang ( KLiK )

Hampir tidak ada perubahan atau peningkatan yang ketara kepada usaha Team Deklarasi semakin dekat kepada Pengundian malahan jentera BN pula yang semakin kuat dengan kehadiran hampir semua Menteri2 yang ada ....

Saya tanya satu soalan - Kepada mereka yang meletakkan harapan kemenangan berpihak kepada Team Deklarasi, harapan anda itu berpaksikan apa ?

Mesti ada satu perkara atau kekuatan yang kita pegang sebagai asas kepada keyakinan itu. Apa dia ? Saya yakin ramai yang tidak dapat jawab kerana ia bukan satu keyakinan. Ia tidak lebih hanyalah satu harapan kosong. Kita mengharapkan Allah akan bantu, Allah akan berikan kemenangan percuma kepada kita kerana kita di jalan yang benar, 

Kita sebenarnya mengharapkan Keajaiban berlaku tanpa mahu berusaha mencapai kemenangan itu !

Dari awal lagi kita tahu BN memang akan menang ! Kita hanya gah berperang di media sosial, bala tentera kita hanya wujud dalam bentuk Watsapp Warrior saja ! 

Pernah sesiapa bertanya apakah persiapan Team Deklarasi di medan perang ? Berapa ramai orang yang ada dalam Jentera Kempen kita ? Apakah dia peralatan perang yang kita ada ? Berapa banyak dana perang yang kita ada ?  Apa perancangan atau strategi kita ?

Kita hanya PAKAR DALAM STRATEGI saja. Ramai pakar2 strategis muncul dalam pelbagai grup2 yang ada. Malangnya tidak ada seorang pun yang mahu bertanya soalan2 berkaitan persiapan diri kita sendiri di medan perang.

Kita take for granted ada berratus2 sukarelawan DR sedang berkampung dan berjuang bagi pihak kita. Dan kekurangan utama mereka pula adalah mereka amat memerlukan kepakaran berstrategi dari kita ..... so, setakat itu sajalah sumbangan kita iaitu Kepakaran Berstrategi.

Oya, hampir lupa satu lagi kepakaran sesetengah kita yang begitu bermanafaat kepada kempen kita iaitu Kepakaran Mengiringi Tun Mahathir.

Mereka yang menjadi tugas mengiringi Tun itu kita fahamlah tapi ramai juga yang menganggap aksi mereka mengiringi Tun ke majlis2 kempen yang di atur merupakan sumbangan terbesar mereka kepada kempen ! Mereka menaruh harapan, kelibat mereka bersama Tun di majlis2 itu bakal membantu jentera kempen yang lama berkampung di medan perang. 

So .... bila Tun balik, mereka pun ikut balik sama ... dalam hati berasa puas kerana telah berjaya memberi satu sumbangan bermakna kepada kempen. Mereka perasan mereka lebih besar dari Tun Mahathir ! Yalah, sekurang2nya Tun berucap dan impak kehadiran serta ucapan Tun bukannya kecil. Mereka pengiring2 yang saya sebut di atas juga perasan kehadiran mereka MENGIRINGI TUN punya impak besar kepada kempen yang sedang berjalan.

Apakah cukup sekadar penampilan Tun Mahathir di Kuala Kangsar sebanyak dua kali sepanjang kempen untuk menewaskan BN ?


Hakikatnya mereka yang di Kuala Kangsar ramai yang tidak tahu secara mendalam atau tidak faham mengenai isu2 nasional yang kita di media sosial duk bercakap setiap hari. 1MDB, SRC, 2.6 Bilion .... semua itu mereka setakat dengar2 sedikit jer, mereka tidak faham sebagaimana yang kita faham.

Menjadi tugas kita untuk mendekati pengundi, jelaskan dan fahamkan mereka apa yang sedang berlaku. ( actually ayat ini memang ayat favoret para penganalisis yang wujud dalam grup2 watsapp )

Kehadiran Tun Mahathir membuka pintu untuk kita dekati pengundi2. Setakat ucapan tak sampai sejam dari Tun, tak cukup untuk orang kampung memahami isu2nya. Atas jentera kempen pula untuk dekati dan beri penjelasan panjang lebar dan menjawab segala persoalan2 yang mereka ada.

Jangan lupa, selama ini mereka bergantung kepada Utusan dan TV3 sebagai sumber maklumat. Tak semudah itu untuk 'Convert' pemikiran mereka yang sudah sebati dengan propaganda kerajaan Najib. 

Saya lebih suka melihat kepada diri kita sendiri sebelum kita ghairah menyalahkan pihak lain sebagai punca kekalahan kita.  

Jika kita hanya mampu bertemu tidak sampai 5% dari pengundi yang ada, bagaimana mungkin kita boleh berharap kepada sokongan lebih 40% pengundi ?



Jadi untuk mengatakan rakyat Kuala Kangsar menolak Deklarasi bagi saya adalah tidak tepat. Kerana mereka sendiri tidak faham apa itu Deklarasi Rakyat yang kita bawa ini. Salah kita sendiri .....

Untuk Najib mendakwa dirinya sebagai faktor kemenangan BN juga kelakar kerana tidak ada pun muka Najib di mana2 poster. Nama Najib juga tidak ada. Hanya Barisan Nasional yang ditonjolkan.

Mesej bahawa Undi BN = Sokong Najib tidak kesampaian langsung ! Salah kita juga ....

Apapun, menang tetap menang dan TAHNIAH! sekali lagi kepada BN.

Dan kepada Team Deklarasi Rakyat yang berjumlah 6 orang ( banyak hari hanya 3 orang saja ) dan dibantu dengan gigih oleh 3 orang Kuale ( untuk minggu kedua ), saya TABIK! usaha dan kecekalan anda. 

Ya .... seramai itulah Team Deklarasi Rakyat yang berkempen di Kuala Kangsar. So kepada pakar2 strategis di luar sana, cuba berikan strategi paling ampuh bagaimana nak kalahkan ribuan askar BN di Parlimen Kuala Kangsar dengan hanya 6 orang jentera yang kita ada. Bajet dana nak cerita tak ? Menangis oooo .....

Terimakasih juga kepada Datuk Khairuddin, Puan Anina, Syed Saddiq dan Akhramshah yang tampil membantu Team DR dalam bertemu dan memberi penerangan kepada pengundi.


Oya, kenapa Team DR teruskan juga usaha kempen yang boleh dianggap sebagai sia2 itu ? Well.... ia adalah serampang dua mata, selain dari kempen PRK, ia juga adalah usaha menjelaskan Deklarasi Rakyat kepada rakyat. Tidak dinafikan juga. kita pun ikut sama mengharapkan satu keajaiban berlaku .....

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 19, 2016 at 5:02 PM

Kesedaran tentang rasuah dan salah laku najib masih org melayu tak sedar dan anggap remeh buat najib naik minyak.rosmah gelak sakan.blh belanja juta2 lg la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2016 at 8:43 PM

Aku boleh terima lah keputusan PRK ni kalau mesej salah laku Najib dan 1MDB tu masih tak sampai. Hanya mesej TV3 suku je yang sampai. Tapi kalau mesej dah sampai masih juga kita dapati keputusan yang macam ini, memang amat menyedihkan. Ada sesuatu yang tidak kena pada masyarakat kita secara umumnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2016 at 10:02 PM

ya benar, makin naik tocang lah si cash is king dan the dedakian, boleh buat suka hati dia..

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
June 19, 2016 at 10:14 PM

Pendapat aku cuma satu..tun tubuhkan parti baru. Tun jd penasehat..baru org dpt pegang satu perjuangan.. skrg ni org nk sokong tun tp tun berpakat dgn entiti pembangkang. Pejuang DR takde yg betul2 bergerak. Kalau tubuh satu parti..sy percaya dgn visi dan misi tersendiri boleh rakyat letak harapan. Bertanding untuk satu halatuju baru. Kalau menang, ada suara di dun atau parlimen. Mohon tun pertimbangkan cadangan ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2016 at 11:57 PM

Sesuatu yg xkena dgn masyarakat kita

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2016 at 1:55 AM

Hanya satu cara yang dapat jatuhkan Najib dan BN iaitu hari-hari 10malam terakhir bulan Ramadhan ini,semua ambil
Tanggungjawab buat sholat hajat,, mustahil dalam beribu-ribu ummat satu pun Allah tak angkat dia mereka,,jangan putus asa Najib manusia biasa yang lemah juga..!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2016 at 4:02 AM

Cuba bagitau berapa juta BN dah hulurkan kat dua2 PRK itu...banyak giler..

Dan aku awal2 lg dah bagitau...pembangkang mmg bangang. Tak layak jadi parti alternatif pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2016 at 8:29 AM

semasa ucapan kemenangan najib di prk dia kata dia telah ditohmah namun katanya allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar, jadi macam mane dengan pemfitnah pemfitnah sekelian, tidak kah ade rasa keinsafan didalam diri kalian untuk pergi jumpa najib dan minta maaf, aku bimbang allah yang akan dulu memberi hukuman kepada kalian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2016 at 12:24 PM

WTF # Najib & Co tidak dikira MENIPU..MENCURI dan MEROMPAK selagi orang melayu reda dan bersatu di bawa simbol 'Keris keramat' UMNO...Hidup UMNO!!!..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2016 at 4:48 PM

Setuju..Parti Deklarasi Rakyat or 'Team Deklarasi Rakyat' It really have a legitimate sound to it. At least those 1.5 million plus, who had signed the petition already familiar with this NAME.
Beside 'Deklarasi Rakyat pun atas usaha Tun Mahathir maybe its time to up the stake and go full force as a Party..Don't worry to much about the 'Legacy' in UMNO where the cash is King.It soon run out.
Most Malaysian really believed that Tun Mahathir had secured his place as the greatest post independence Prime Minister in Malaysia..Period..and no overboard smear campaign going to change that. InsyAllah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2016 at 9:53 PM

I look at it at bright side...
Amanah mmg parti baru & parti nyamuk pon...
Tp tgklah brapa ribu yg tetibe benar2 mahu undi amanah...
Ingat senang nk pangkah parti yg ditunjangi antara nya mat sabu??
Makna nya...ade org benar2 fhm...perjuangan tun
Yg jd mslh adelah org pas...parti yg hanya melacurkan agama mengikut selera mereka..
Dulu amanat bawang kata umno kafir..now nk jd penasihat umno plak...
Pengundi tradisional pas masih ramai.
Pengundi tradisional bn pon ramai..kws luar bandar masih lg faktor...
Strategi bawang dan najib hanya pecah undi...tp masih ramai yg protes umno
Sy berpendapat inilah silap umno..
Tuhan hanya menduga dgn kejayaan yg br sedikit...sudah berbakul riak nya & makian nya pd tun
Kemenangan sementara ini blh la bn nikmati
Ingat...ujian sebenanrya di kws majoriti atas pagar, bandar, bukan melayu,kws parlimen,pengundi muda
Sedikit masa lg bn akn terus ego & menyusahkn rakyat dgn siri kenaikan tol,harga brg dll...
Sy x hairan kws ini bn menang...dlm pru pon bkn semua 100% perfect result..tp jika blh kurangkn lg majoriti/tambah kerusi parlimen...bn akn pening jg nnti
Mgkn pengundi sg besar & kuala kangsar akn menyedari terutama pas...
Perpecahan mereka hanya merugikan diri sendiri kelak...
Kebodohan mereka hanya akan menghukum diri sendiri juga..
Beri kemenangan percuma pd bn akn bw padah tersendiri jua...
Hanya masa menentukan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2016 at 11:07 PM

Spt yg aku nytakan sblm ini, jika berlaku pertembungan 3 penjuru di Sg Besar berkemungkinan besar BN akan menang. Slps TPM mengumumkan Budiman sbg calon BN, ia menguatkan lg keyakinan aku bahawa BN akan menang. Bg aku, kemenagan bergaya di Sg Besar adalah diatas faktor Budiman itu sendiri. Jika BN letak calon lain, mgkn kemenangannya tidaklah sebegitu hebat. Ikutkan hati, aku sendiri pun akan pangkah Budiman, tetapi disebabkan Najib & 'kabinet kayunya', aku tdk pergi mengundi. Utk Dr Rani, jika di kpg sendiri (Dun Meru) pun tak mampu nak jaga, tak payahlah bercita2 utk jadi ahli parlimen tempat lain. Kpd Ust Azhar, kalau impian anda hanya nak jadi ahli parlimen semata2 dgn melawat kawasan 2 bln sekali & bukan utk menjadi 'wakil rakyat', kami di Sg Besar tidak memerlukan org spt anda disini. TQ

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2016 at 11:13 PM

@Anonymous

Drpd keputusan 2 PRK tersebut, kebanyakkan undi yg diterima PAN adalah drpd DAPig shj. Majoriti org melayu akan memangkah BN & PAS. Kalau nak harapkan penyokong PAN semata2, rasanya mahu hilang wang pertaruhan. Lbh baik suruh DAP je yg bertanding kat PRK tu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2016 at 11:19 PM

Ini cara fikiran mengarut dan bercelaru

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2016 at 11:43 PM

Pembangkang satu hal letak calon sampai 3 penjuru nampak sangat nak kalah apa punya strateji politik bertanding nak menang kaa sengaja mau kalah kalau sengaja mau kalah baik toksah bertanding terus menyusahkan penggundi saja.

Kempen amanah kutuk pas kempen pas kutuk amanah ni gila kaa apa...bendul, BN yang untung kerja senang tak perlu susah2 berkempen cukup dengan menghantuk pas dan amanah gasak sesama mereka, kalau terus macamni sampai pru14 pembangkang toksah angan mau tumbangkan bn lah semua kerusi pembangkang calon melayu pkr pas amanah boleh habis tergolek kecuali dap saja akan kekal atau tambah kerusi.

Gadohlah lagi pembangkang perangai ngalahkan budak tadika sampai penggundi pun naik meluat..kayu, kali ni najib tak perlu tunggu 2018 untuk bubar parlimen, bubar saja parlimen pkr pas & amanah akan berebut2 mau taruk jentera umno/bn boleh duduk sambil tepuk tangan dan hisap curut tunggu spr umum keputusan calon mereka menang saja.

....................
Reply To This Comment ...................
June 21, 2016 at 2:20 AM

Pakatan kurang dana untuk dihidang kan kepada para pengundi,itu saja ceritanya....!!! Najib ada duit balance dari hasil kononnya derma dari Negara Arab.....!!!!

Post a Comment