........... PRK Kuala Kangsar - Ramalan Saya Bakal DiMenangi Oleh ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PRK Kuala Kangsar - Ramalan Saya Bakal DiMenangi Oleh .....

Tuesday, June 14, 20164comments

Ramai yang bertanya pandangan saya mengenai keputusan PRK Kuala Kangsar .... apakah team Deklarasi Rakyat yang mempertaruhkan calon dari Parti Amanah mampu menewaskan BN dan apakah Pas mampu menggagalkan usaha DR ?

Susah sebenarnya nak jawab soalan itu. Bukan hanya team DR yang pro Tun Mahathir saja yang berkempen di sini, malah yang tampak lebih aktif kerana mereka memang sudah punya jentera sendiri adalah Pakatan Harapan.

Ramai yang melihat keputusan banyak bergantung kepada berapa ramai yang sebelum ini mengundi BN akan beralih arah menyokong Amanah. Tapi harus ambilkira juga jumlah undi yang mampu diraih oleh Pas. Makna kata, jumlah undi yang lari dari BN harus melebihi pengundi Pas.

Berat tuh ..... makanya saya cuba mengelak dari menjawab soalan ramalan itu. Yang penting kita berusaha. Bab membuat analisa dan congak mencongak kita serahkan kepada pakar2 analisis.

Tapi ada yang berkeras minta pandangan saya juga. On the ground lah kononnya ... padahal kita baru dua hari di sini. Anyways ..... berdasarkan apa yang saya alami campur maklumat rakan2 dan sedikit congak mencongak, pandangan saya ..... sehingga jam 12 tengahmalam tadi, saya katakan .... BN bakal menang !

Hah ? ? ? Terkejut ? Bukan ke mengikut pembacaan wassap dan FB yang pro Tun, nampak macam Amanah boleh sapu licin sehingga BN pun boleh hilang wang deposit ( mengikut harapan Tun Mahathir hehehe ) Bukan ke semua isu2 panas yang membelenggui Najib masih belum mampu dijawab oleh BN ?

Well .... itu di dunia internet dan media sosial. Bukan semua mengikuti perkembangan isu2 semasa di media sosial. Mereka di kampung2 masih lagi menonton TV3 dan baca Utusan.

Seperti dikatakan di atas, faktor utama adalah berapa ramai mereka yang sebelum ini mengundi BN akan protes dan undi Amanah atau protes terus tidak keluar mengundi ? Senang cerita lah, berapa ramai yang pro Umno akan bangkit protes melalui undi mereka ?

Saya jawab dalam bentuk soalan kembali - Sejauh manakah usaha Team DR untuk bertemu pengundi terutama mereka yang pro BN semasa PRU13 lalu ?

Bagi saya - BELUM CUKUP  usaha itu ! Kerana Team DR setakat inilah, lebih ramai pakar analisis dari askar. Lebih ramai Wassap Warrior dari Jentera Pilihanraya.

Ya, kita semua punya alasan masing2. Bukan saya nak pertikaikan itu kerana anda lebih tahu diri anda sendiri. Saya sekadar menyatakan keadaannya sebagaimana yang saya lihat, iaitu -

Sehingga 13/6, kemenangan berpihak kepada BN.

Masih ada 4 hari untuk berkempen. Terpulang kepada kita untuk bertindak melakukan sesuatu, masih belum terlambat.

I mean, lebih saya berterus terang sekarang sementara masih ada masa untuk bertindak daripada saya buat analisa selepas keputusan diumumkan.

Apapun saya tabik kepada team Deklarasi yang telah menyumbangkan tenaga, wang ringgit, keselesaan  ... segalanyalah, demi memperjuangkan agenda DR dalam memberi mesej kepada kepimpinan Umno dan kerajaan bahawa Najib wajib berundur. 

Bazar Ramadan, depan bank, depan pasaraya, ikut ceramah2 .... semua diredah.

Teruskan usaha anda ! Dan yang lain2 pula .... ayuh turun padang ! Sementara masa masih ada .... hendak seribu daya .... Turun padang pun anda masih mampu menjadi pakar analisis dan wassap warrior.  Anda mampu melakukan sesuatu untuk memastikan kejayaan !


Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2016 at 5:54 AM

Dah bagi 'rasuah' rm500...kalau tak menang xtau la.

Lagipun..pembangkang pun berpecah sebab bangang. Tak layak jadi alternatif pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
June 14, 2016 at 8:42 AM

Apa yg sy lihat..pengundi di kk takde pilihan. Nk sokong bn, mereka dh tahu isi perut bn. Nk undi amanah, mereka dlm amanah itu sendiri tak cukup kuat. Nk bg pd pas, politik jual agama. Jd apa pilihan? Dalam rasa kecewa sy juga berpendapat, sejarah prk serawak juga bakal berulang disini. Org malaysia kita payah nak ubah, payah nk buka minda. Kalau diberi madu beracun pun diterima dgn senyuman apa lagi jika diberi rasuah..tau haram tp tetap terima buat rezeki. Maka saya rasa, malaysia kita bakal terjajah lagi sekali dan kebangkitan orang malaysia nunnn jauh dihadapan selagi belum kiamat tiba. Apapun bukan bermaksud kalah sebelum berjuang, cuma kebimbangan tetap ada melihatkan cara hidup orang kita. Biar jln lurus terbentang, jalan berliku jua yg diredah..hanya kerana jln lurus ada setompok tahi yg nyata boleh dibersih dgn sebaldi air cuma.
Tak apalah bro din, mungkin ada hikmah atas isu ini kerana janji tuhan itu pasti. Kita sebagai hambaNya kena berusaha. Syabas dn tahniah kp jentera yg pejuangkan DR. Di dua peti undi. Ini bulan puasa, dulu nabi juga perangi musuh dibulan puasa..semoga mendapat keberkatan dan kejayaan jua. Menang atau kalah itu milikNya. Istiqomah.

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
June 15, 2016 at 2:42 AM

Kalau BN menang di kedua2 PRK, mmg terbuktila bahawa 'Cash Is King'.
The value of humanity is degrading, the value of money is diminishing, people will feel like they are the king but the fact is that cash is their king!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2016 at 6:47 AM

Kalau ikutkan pendapat saya sebagai penduduk Kuala Kangsar, BN ada kebarangkalian tinggi akan kalah jika, jika dan hanya jika pertandingan melibatkan 2 penjuru sahaja.

Kelebihan majoriti sebelum ini sekitar 1000 lebih bagi saya mudah bertukar arah terutamanya perubahan dari pengundi atas pagar sebelum ini dan tidak kurang juga dari pengundi BN yang sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan Najib sekarang.

Malangnya dengan berlakunya pertembungan 4 penjuru ini, perpecahan undi pembangkang sudah cukup memberi kemenangan kepada BN. Cuma saya juga yakin jumlah undi BN akan merosot berbanding PRU yang lepas.

Mungkin itu sahajalah tanda protes rakyat yang boleh dilihat dari keputusan PRK kali ini.

Post a Comment