........... Perletakan Jawatan Husni Just Unit Hanadzlah - Layakkah DiBeri Pujian ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perletakan Jawatan Husni Just Unit Hanadzlah - Layakkah DiBeri Pujian ?

Thursday, June 30, 20169comments

Hari ini dah 30 Jun 2016. Kalau mengikut Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB, pada hari inilah SEGALA masalah hutang 1MDB akan selesai. Yang tinggal cuma hutang2 tempatan, hutang2 luar semua kira settle hari ini.

Hutang2 luar atau bon pinjaman melalui syarikat Yahudi Goldman Sachs akan diambilalih oleh IPIC. 

( Ya, Goldman Sachs adalah syarikat Yahudi yang telah buat beberapa negara lain bangkrap melalui pinjaman bon yang diuruskannya. Dan Najib telah buat perjanjian dengan syarikat Yahudi yang sama atas nama 1MDB. Dan kini negara berdepan masalah hutang berbilion2 ringgit dek kerana urusniaga dengan Goldman Sachs. Cuba tanya cai2 Najib - Hutang berpuluh bilion ringgit itu, apakah hasilnya ? Di mana aset2nya ? 

IPP semua dah jual. Apa yang tinggal ? Kita kalau berhutang banyak pun, nampak bendanya contoh- rumah, kereta atau tanah ...  Tapi Najib pinjam USD6.5 bilion atau RM26 bilion ( belum campur bunga ) - Apa asetnya ? 

Tanah TRX dan Bandar Malaysia BUKAN dibeli dengan duit hutang Yahudi itu. So jangan masukkan dalam perkiraan. Tunjukkan apa dia aset yang ada melalui hutang RM26 bilion dengan Yahudi itu. )

Mengikut perjanjian asal dengan IPIC, 1MDB DAN Kerajaan Malaysia akan gantikan kepada IPIC jumlah yang sama. So kira settle la !

Antara aset yang akan diberikan kepada IPIC adalah -


Aabar Deposit itu dah terbukti hangus sebab diberikan kepada syarikat palsu. 

Tinggallah duit RM6.1 bil Brazen Sky dan RM5.1 Bil 1MDB GIL Fund yang jumlahnya 11.2 bil. Termasuk dalam tu adalah benda misteri yang bernama Just Unit.

Semua itu tidak dibawa balik atau ditebus dengan alasan kononnya sudah direzabkan untuk IPIC. Itu juga antara alasan yang diberikan kepada Bank Negara untuk mengengkari arahan supaya wang pelaburan dibawa balik, yang mana 1MDB telah menipu akan tujuan dana itu dibawa keluar pada asalnya.

Sebab dah direzabkan untuk bayar IPIC .....

Sebelum ini IPIC telah umumkan bahawa perjanjian IPIC-1MDB telah terbatal kerana 1MDB gagal memenuhi syarat perjanjian bayar sebahagian hutangnya. Kemudian 2 minggu lalu, IPIC telah umumkan bawa kes tuntutan hutang 1MDB kepada Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa. Kes mungkin berlarutan lama ......

Ini bermakna masalah hutang 1MDB masih belum selesai !

Ini juga bermakna 1MDB sudah tidak punya alasan lagi untuk tidak bawa balik atau tebus pelaburan luarnya termasuk pelaburan Just Unit ! Sebab sudah tidak wujud lagi Perjanjian Aset Swap antara 1MDB-IPIC.

Tebus dan buktikan segala pelaburan bertaraf Asset Level 3 oleh Juruodit Delloite itu benar2 wujud dan mempunyai nilai sepertimana didakwa.

Dan akhirnya misteri Just Unit akan terungkai ....... kalau benar ia wujud.

                                              *******************************

Sebut tentang Just Unit kita pasti teringat kepada orang yang menyebutnya tahun lepas iaitu Husni Just Unit Hanadzlah.



Khabarnya 3 hari lepas Husni sudah meletak semua jawatannya dalam kerajaan dan juga dalam Umno.Pelbagai spekulasi timbul akan alasan sebenar beliau berbuat demikian. Tidak kurang juga ramai yang memuji2 tindakan Husni konon kerana tidak mahu bersekongkol lagi dengan Najib.

Ada juga alasan konon Husni merajuk sebab tak dapat jawatan yang diingininya bla bla bla .....

Tapi pelik kenapa sampai jawatan dalam parti pun dia letak ? Bendahari Umno BN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Perak termasuk Ketua Umno Bahagian Tambun !

Tahap gaban punya merajuk tuh ....... takkan sebab isu jawatan kabinet, dengan jawatan Ketua Bahagian pun Husni letak ?  Ni kira cuci tangan habis ni .....

Semua orang tahu jawatan Ketua Bahagian adalah lubuk emas ! Bukan sedikit modal dikeluarkan untuk dapatkan jawatan itu. Tapi itupun dilepaskannya. Pelik .....

Adakah kerana selain dari isu 1MDB ( kerajaan ) juga adalah kerana isu RM2.6 bilion ( parti ) ?

Bagi saya, KALAU pun benar perletakan semua jawatan Husni itu ada kaitan dengan 1MDB dan 2.6 bil, saya masih tidak akan puji beliau. Kerana tindakan itu adalah lebih bersifat peribadi. Kerana tidak mahu bersekongkol.... kononnya. Itu hanya mahu lepaskan dirinya saja.

Husni hanya layak dipuji sekiranya beliau come clean, tampil menjelaskan duduk perkara sebenarnya ! Sebagai jurucakap resmi kerajaan dalam isu 1MDB, Husni pastinya tahu banyak hal mengenai apa yang berlaku sebenarnya terutama isu Najib tipu Parlimen konon duit Cayman ada di Singapura padahal yang ada cuma Just Unit.

Banyak lagi kenyataan2 Husni mengenai 1MDB yang kita telah pertikaikan kebenarannya. Begitu juga selaku Bendahari Umno .... apa sebenarnya yang beliau tahu tentang RM2.6 bilion ?

Selagi Husni tidak dedahkan perkara sebenar, beliau tetap dianggap bersekongkol dengan Najib dan Jho Low dalam skandal 1MDB !

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2016 at 3:14 AM

Husni ambil kesempatan untuk bertaubat sempena bulan Ramadhan yang mulia ini agar segala kesalahan untuk me lindungi segala salah laku Najib kepada Negara dan rakyat dapat di ampunkan oleh Allah Ta'ala itu tujuannya......!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2016 at 5:07 AM

...apa pun..hijrah ke arah kebaikan terutama dlm bulan Ramadhan ini adalah satu effort yg boleh dipuji...namun spt kata DinTurtle....perlu ada keikhlasan melalui tindakan pengakuan or come.clean....perlu diingat juga jika tindakan come clean itu mendatangkan mudarat pada diri si pengaku.....cukuplah sekadar kepada allah swt sahaja kita mengaku fan seterusnya bertaubat nasuha. Insyaallah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 5:46 AM

dia tak beli aset.dia beli parti.borong timbang kati 15 kilo.siap dengan tauke sampai kuli kena angkut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 7:03 AM

Tak ada makna nya pun dengan perletakkan jawatan beliau.
Sekira nya beliau memilih untuk mengunci mulut dari bercakap
yang benar...dengan kenyataan "handal" dan hebat beliau berkata
wang tunai menjadi "units". Di-sinilah pembohongan berlaku dan
kini dia tidak melarikan diri begitu sahaja.

Kalau hutang 1MDB tidak boleh habis di-bayar walaupun asset
negara di-pertaruhkan...rakyat boleh cadangkan kepada
kerajaan untuk menjual pula spender Najib dan menteri2 nya.
Itu pun kalau lakulah!


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 7:22 AM

Kapal dah nak tengelam Din. Itulah sebabnya tikus2 lari cuba menyelamatkan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 7:43 AM

Dia dh hidu lah Najib tak bertahan lama. Lagi pulak mak badak dh angkut beg berpuluh2 naik jet.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 11:37 AM

Bercakaplah Husni.kau kena keluarkan cerita sebenar lps tu baru taubat kau bolih dipertimbangkan olih ALLAH.Jadilah crown witness. Tebuslah disa2 kau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 2:18 PM

Din,

Ustaz selalu berkata jika seorang pelacur giat dalam pelacuran, maka hidupnya penuh dengan "wang kekotoran". Kalau kaki judi, penuh dengan wang judi dsbnya. Kononnya, ahli agama ajak bertaubat.

Namun, apabila seorang penyamun menyamun dan menyalahguna kuasa untuk menutupi kerja menyamun, ahli agama bisu seribu bahasa, buta segelap gelapnya dan pekak macam pekak badak.

Masaalahnya ada dwi standard ke untuk kategori manusia. Fitnah yang didefinasi oleh ustaz saya tak pakai lagi, nasihat snjursn ustaz i choose to ignore. I live as a simple muslim NOT A HYPOCRITE like sesetengah alim ulama.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2016 at 8:58 PM

Husni terlibat secara langsung bersekongkol dengan najib menipu seluruh rakyat malaysia berkaitan 1mdb dan duit 2.6 biliyun dia boleh bertaubat kepada Allah tapi itu belum cukup dia masih terikat untuk membuat pendedahan secara umum serta WAJIB memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia, Wallahu A'lam.

Post a Comment