........... Najib Hanya Mahu Ahli Yang Taat BabiButa Saja Kepadanya - Itu Alasan Sebenar Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Hanya Mahu Ahli Yang Taat BabiButa Saja Kepadanya - Itu Alasan Sebenar Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz

Saturday, June 25, 20164comments

Saya malas sebenarnya nak ulas pemecatan keahlian Muhyiddin dan Mukhriz dari Umno semalam. Sebab benda ni semua orang dah tahu akan berlaku lebih2 lagi selepas BN menang dua Prk baru ni. Hanya menunggu waktunya saja. 

Kedua Muhyiddin dan Mukhriz juga telah lama sedar akan risiko pemecatan itu ketika mereka mula bersuara lantang mempersoalkan skandal2 yang mempalitkan nama Presiden. Dan mereka tetap juga bersuara dan terus bersuara. Untuk itu saya TABIK! kedua mereka.

Terbukti mereka berdua merupakan pemimpin yang punya prinsip menegakkan Kebenaran dan meletak perjuangan asal Umno iaitu demi Agama, Bangsa dan Negara didepan, lebih tinggi dari kesetiaan membabi buta kepada pemimpin.

Umno .... jika ikhlas kepada perjuangan asal, merupakan pihak yang rugi dengan kehilangan kedua permata ini. Siapa lagi yang berani menegur kesilapan Presiden selepas ini ? Di mana salahnya kenyataan Tun Mahathir bahawa Umno kini sudah menjadi Parti Najib ? 

Menjunjung Najib dan Rosmah mengatasi segalanya, Najib dan Rosmah maksum tidak akan melakukan kesalahan merupakan perjuangan Umno kini.

Cuba fikirkan balik.... apa kesalahan besar yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz sehingga dipecat dari Umno ?  


Mereka hanya mempersoalkan skandal 1MDB diikuti dengan skandal RM2.6 bilion .... itu saja. Dan persoalan2 sama turut ditanya oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, Najib masih tidak dapat menjawab persoalan2 yang dibangkitkan. 

Demi menjaga maruah Umno dari terus disapu arang oleh Najib dan Rosmah, Muhyiddin dan Mukhriz merasakan mereka terpaksa bercakap di pentas rakyat pula bilamana suara mereka tidak diperdulikan oleh Umno. Kerana Najib tidak mahu jawab. Kerana Najib tidak mampu untuk menjawab !

Umno dipaksa sokong buta Najib. Sesiapa yang tidak sokong akan dipecat. Najib jawab tidak juga ....

Alasan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz seperti diumumkan Najib semalam adalah -

"MT ambil keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz atas pelanggaran disiplin, lebih-lebih lagi berada atas pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti... itu satu kesalahan besar,"

Najib merujuk kepada majlis Deklarasi Rakyat dimana pemimpin2 pelbagai Ngo dan Parti Politik bergabung dan menandatangani Deklarasi Rakyat menuntut Najib meletakkan jawatan.

Muhyiddin dan Mukhriz serta kesemua pemimpin hadir atas kapasiti mereka sebagai RAKYAT MALAYSIA. Mereka menandatangani deklarasi bersama lebih sejuta rakyat Malaysia lain .... kerana mereka adalah RAKYAT.

Apakah ahli Umno tidak boleh bertindak sebagai seorang RAKYAT ? Apakah Umno merasakan ahli Umno itu LEBIH BESAR dari rakyat ?

Sehingga kini Najib masih belum jawab persoalan2 yang ditimbulkan ...... Umno merasakan tidak penting untuk mencari jawapan kepada skandal 1MDB dan RM2.6 bilion kerana nama Presiden mereka terpalit. Tidak ada pentingnya kehilangan berpuluh bilion ringgit wang rakyat kalau dibandingkan dengan mempertahankan Presiden Umno. Tidak ada keperluan membawa Jho Low ke muka pengadilan atas tuduhan kencing wang rakyat kerana takut nama Presiden akan turut sama diheret.

Makanya tidak salah kalau kita anggap Jho Low itu lebih penting dari Timbalan Presiden Umno !

Itulah alasan sebenar Najib pecat Muhyiddin dan Mukhriz iaitu Najib mahu ahli Umno patuh membuta tuli kepada dirinya sebagai Presiden. Najib tidak perlu jawab kepada sesiapapun. Sesiapa yang engkar akan dipecat.


KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya. 

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. 

Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara. 

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba. 

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini. 

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 9:49 PM

Mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkinkah sumpah laknat yang di buat Najib sudah dan sedang berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba.....pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang! #UMNO Pagoh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 10:08 PM

Zahid komedi appears on a tv show hosted by harith iskander
From beginning he ride a harley similar to police look a like wth strobe light flashes...
From my understand..no body aboe the law to appear like a penjawat awam (irony najib sendiri x fhm mksd penjawat awam dlm menjawab saman tun terhadapnya..)
Especially like a police..not even a minister is above the law.
So...bukan kah baru ini polis pernah menahan seorg awam guna harley yg ada lampu nyala mcm polis & perkataan 'police' pd motornya...
Malam ini zahid sama mcm tu...
Nmpk nya menteri blh buat sesuka hati & tiada moral integriti utk dijadikan teladan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2016 at 1:00 PM

Din..yang ada dalam UMNO tu ramai yang babi buta..hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2016 at 3:34 AM

Politik di Malaysia sememangnya paling kotor dan tidak bertamadun sama sekali,, yang jahat akan survive dan yang akan musnah,,ini lah lumrah kehidupan di dunia yang fanak ini,,tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada kedua dua orang Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz di atas prinsip yang kalian berpegang....!!!!

Post a Comment