........... Mesej Buat Majlis Raja2 - Tuanku Adalah Cabang ke 4 Negara, Harapan Terakhir Rakyat ! ( Video Hanif Khatri ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mesej Buat Majlis Raja2 - Tuanku Adalah Cabang ke 4 Negara, Harapan Terakhir Rakyat ! ( Video Hanif Khatri )

Thursday, June 2, 20168comments



Dalam artikel terbaru Chedet # 2140 - Deklarasi Rakyat, selepas Tun Mahathir menyenaraikan semula ( untuk kesekian kalinya tanpa jemu ) antara sebab2 kenapa najib perlu diundurkan. Selain dari skandal 1MDB dan duit 2.6 bilion yang dimiliki Najib tanpa penjelasan yang boleh diterima akal, Tun juga menyebut kesalahan Najib yang telah menyalahgunakan kuasanya sebagai PM di mana terhapusnya prinsip semak dan imbang ( check and balance ) bilamana 3 cabang utama negara telah dicabulinya - 

4. Pemisahan kuasa di antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman tidak dihormati lagi. Perdana Menteri seolah-olah mempunyai kuasa ke atas ketiga-tiganya. Akibatnya, beliau seolah-olah kebal dari segala undang-undang negara.

Rakyat sudah tidak punya ruang lagi untuk mengadu, maka wujudlah Deklarasi Rakyat yang mengharap cabang negara terakhir, yang selama ini kita take for granted sebagai memenuhi tugas adat istiadat Melayu dan Islam semata2, iaitu Majlis Raja2 @ Yang Dipertuan Agong.


27. Walaupun tidak ada peruntukan untuk Raja-Raja bercampur tangan, namun terdapat cara dan kaedah untuk Raja-Raja menyelamatkan negara ini dari segala penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri Najib.

Kebetulan semalam dalam temuramah saya bersama peguam Hanif Khatri di mana beliau memberi pandangan mengenai isu 1MDB @ Goodstar dan mengenai Laporan ketua Audit yang masih di OSA kan ( KLiK ) , ada satu segmen mengenai Kuasa Majlis Raja2 @ Yang DiPertuan Agong vs cabang Eksekutif. 

Saya siarkan segmen itu di bawah dan sama2 kita fahami pandangan penting dari Peguam Hanif Khatri ini -


Tiga Hujah Majlis Raja2 Berkuasa Imbangi Kuasa Eksekutif ( PM )



KLiK untuk ke Youtube

Mana2 negara punya 3 cabang kerajaan iaitu pihak kementerian atau Eksekutif, pihak penggubal undang2 atau Parlimen dan pihak Kehakiman atau Judiciari.

Ketiga2 cabang ini diharap dapat menyemak dan mengimbang ( check and balance ) kuasa masing2. Maknanya kalau ada mana2 pihak salah satu kuasa ini menyalahgunakan kuasa, pihak yang satu lagi boleh memperbetulkan kesilapan tersebut melalui kuasa2 yang ada.

Di Malaysia kita mengamalkan sistem Parlimen Beraja, di mana kuasa Raja diperuntukkan secara khusus di dalam Perlembagaan seolah2 sebagai satu lagi cabang, yang ke 4 dalam menyemak dan juga mengimbangi kuasa pihak2 lain.

Sekarang ini bila isu salahlaku kewangan atau salahlaku perjawatanan di dalam kerajaan menjadi satu permasalahan, maka kita perlu lihat samada Raja2 yang kita hormati boleh mengambil langkah2 yang perlu didalam Perlembagaan.

Daripada Perkara 36 - 42 ( dari Perlembagaan ), terserlah kuasa Majlis Raja2 dan Yang diPertuan Agong.

Pertama - mana2 Menteri terutamanya Perdana Menteri sebelum mengambil jawatan akan pergi mengadap ke hadapan Yang diPertuan Agong untuk mengangkat sumpah. Dalam sumpah tersebut beliau berikrar untuk menjamin kesejahteraan dan pemeliharaan undang2 dan peruntukan perlembagaan.

Apabila perkara ini dimungkiri persoalannya adalah, bukankah dia mengengkari sumpah tersebut ? Dan apabila sumpah tersebut dipercaya diengkari, maka semestinyalah pihak di hadapan mana dia mengangkat sumpah tersebut, mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa2 proses untuk menentukan Perdana Menteri mematuhi ikrar yang telah diambil.

Kedua - di dalam Perlembagaan dinyatakan Majlis Raja2 yang mana melantik Agong setiap 5 tahun berhak untuk berbincang hal2 yang menjadi isu, polisi kerajaan sekalipun. Iaitu isu yang di dalam bidang Eksekutif menteri sekalipun, Majlis Raja2 berhak untuk mempertimbangkan, bukan saja berbincang,

"Mempertimbangkan" membawa maksud langkah positif  yang selepas perbincangan. Mereka tidak hanya berbincang kemudian selesai, mereka boleh mengambil langkah seterusnya selepas pertimbangan dibuat, berpandukan kepada budibicara Majlis Raja2 menurut kuasa yang ada.

Mereka boleh mempertimbangkan mana2 isu yang dirasai sesuai dan penting yang menyentuh isu rakyat, boleh dibangkitkan oleh Majlis Raja2.

Dengan sebab itulah Majlis Raja2 telah mengeluarkan perintah dan titah Raja2 kepada kerajaan untuk melihat dan menyelesaikan isu 1MDB dalam bulan Oktober tahun lalu.

Titah Majlis Raja2 adalah menurut Perlembagaan. Ia bukan semata2 mengikut adat istiadat bangsa Melayu tapi telah disahkan melalui Perlembagaan. Jadi apabila Raja telah bertitah, maka di manakah tanggungjawab kerajaan untuk mematuhi titah tersebut ?

Majlis Raja2 boleh meminta Yang DiPertuan Agong untuk melaksanakan tanggungjawab dan juga kuasa Agong untuk mengarahkan Perdana Menteri mengadap tuanku untuk menjawab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap Perdana Menteri di bawah ikrar yang dilafazkan.

Ketiga, Perdana Menteri adalah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Menurut perlembagaan, ianya adalah budi bicara mutlak Yang DiPertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri. Tidak ada sesiapa boleh mencemari budi bicara ini.

Satu2nya formula yang ada berhubung dengan cara bagaimana budi bicara ini dijalankan mengatakan, di dalam pandangan dan kepercayaan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, mana2 orang ahli parlimen yang baginda tuanku mempercayai mempunyai konfiden majoriti dalam Parlimen hendaklah dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tidak ada formula yang mengatakan bahawa semestinya dia Presiden mana2 parti. Itu adalah satu adat. Kalau tidak ada masalah lain, tidak ada isu lain dan tidak ada perkara lain maka semestinyalah baginda tuanku akan mematuhi kehendak rakyat yang memilih mana2 parti yang memiliki majoriti untuk melantik Presiden parti tersebut.

Tapi jangan kita salah anggap bahawa itu ada dinyatakan dalam Perlembagaan ! Atas dasar tersebut, apabila dan sekiranya baginda tuanku berpendapat dalam budibicara mutlaknya bahawa Perdana Menteri tersebut telah hilang kepercayaan majoriti Parlimen, maka kuasa Yang diPertuan Agong untuk melaksanakan apa yang perlu di bawah Perlembagaan.

Di atas ketiga2 isu inilah saya mengatakan bahawa di bawah perlembagaan kita, Majlis Raja2 dan baginda Tuanku mempunyai kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab dan kuasa untuk memeriksa dan mengimbangi kuasa eksekutif.


                                             **************************

28. Rakyat mengharapkan Raja-Raja untuk menyelamatkan Malaysia.

29. Saya yakin Raja-Raja tidak akan mengecewakan mereka.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2016 at 12:30 PM

pak din aku kalau jadi tun m aku berasa amat malu. tun m lupa kah bagaimana dia menghina raja raja melayu semasa dia menjadi pm dulu, raja raja tu ade yang masih hidup lagi dan tindakan tun m pada masa itu masih di ingat anak anak raja yang memrintah pada masa ini. tak kan nak kata aku lupa lak, atau dulu lain sekarang lain. tun m yang kata melayu mudah lupa aku baru sedar yang tun m tu melayu rupa nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2016 at 2:27 PM

So, Agong boleh titahkan Royal Commission of Inquiry. Habis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2016 at 6:58 PM

@AnonymousTun hina Raja2 bagaimana ?

Kalau Najib tidak setuju dengan tindakan Tun yang lama itu, Najib boleh saja kembalikan keadaan seperti dulu. Usulkan saja di parlimen. Kenapa tak buat ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 2, 2016 at 11:38 PM

Jika anda lebih cerdik dari Tun Mahathir sila beri sedikit komen tentang bagaimana cara untuk menangani masalah Najib & semua yang terlibat dengan rasuah..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2016 at 1:44 AM

Hari ini ada ucapan dr ypd agung. Lps tgk aku xtau nk ckp apa. Harap sgt tmj naik jd agung nxt term

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 5, 2016 at 1:07 AM

Komen drp blog OSTB,

FatDaddySaturday, June 04, 2016 7:41:00 PM

If you read The Star online today on the list of Agung's award recipient, it was listed that Pandi Dobi topped the honour list.

At the bottom, please see the readers' respond to the new ---- a whopping 87% either "Angry " or "annoy" with the new.

That say something.

Betul ke tuuu.. ???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 9:02 AM

Apa yang kau faham pasal isu masa tu?Perubahan dibuat untuk perkukuhkan institusi raja agar ianya kekal terpelihara.Cuma Harakah yang sentiasa bodoh dan memperbodohkan orang sahaja yang mengatakan Mahathir menghina raja.Kalau benar menghina raja,kenapa raja tidak buang sahaja Mahathir keluar dari negara ini?Najib terang-terang curi duit dan raja-raja masih menyokong penyamun ini walaupun ada bukti nyata bertimbun-timbun,....sekarang siapa yang hina???Mahathir minta pihak yang menuduh beliau makan duit supaya buat siasatan dan bawa dia ke mahkamah.Seorang pun tak bertindak,sebab apa?Siasatan terhadap Najib dihentikan,pegawai penyiasat ditukar,orang yang buat laporan polis pula yang ditangkap polis dan didakwa,....apa semua ini???Melayu memang bodoh dan suka dipimpin oleh orang bodoh.Kesukaan orang bodoh adalah menghina orang yang ada ilmu.Ilmuan palsu bermaharajalela memanggil diri sebagai pewaris nabi.Sekarang pewaris nabi yang bodoh-bodoh belaka ini menyokong pencuri dan penyamun.Sempurnalah sifat munafik itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 9:09 AM

Benarkah Raja-Raja Melayu adalah payong kepada rakyat?Adakah institusi raja sangat mulia,sehingga pemerintah yang terang-terang rasuah, mencuri dan menggadai harta negara diberi pingat tertinggi?Elokkah wajah ini?Adil kah?Wajar kah?Inikah kebenaran?Raja yang adil raja disembah,raja yang zalim juga raja disembah?Raja-raja adalah ketua agama.Agama apa???

Post a Comment