........... Kenapa Begitu Mudah Cameron Mahu Lepaskan Jawatan PM Britain ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenapa Begitu Mudah Cameron Mahu Lepaskan Jawatan PM Britain ?

Saturday, June 25, 201610comments




Mkini
David Cameron mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum Oktober ini selepas rakyat Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum diadakan.

“Saya tidak fikir saya sesuai menjadi kapten untuk memimpin negara ini ke destinasi seterusnya,”


Sebelum ini, Cameron semasa berkempen berkata akan kekal mentadbir walau apa pun keputusan diperoleh. - Mkini.
 
Keputusan Referendum samada mahu Britain kekal dalam Kesatuan Eropah adalah 51.9%  mengundi keluar dan 48.1% mengundi kekal. Peratus mengundi adalah 71.8% atau lebih 30 juta rakyat.

Cameron yang menyokong Britain kekal dalam EU merasakan yang beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti rakyat dan membuat keputusan mengundur diri.

KLiK
Ayat beliau yang dipetik oleh paper Britain - 'I love this country and i feel honoured to have served it '


Kita bukannya tahu pun macamana Cameron memerintah, baik ke buruk ke tapi cara beliau menerima keputusan Referendum itu sungguh gentleman ! Tabik !

Bukannya referendum mengukur populariti dirinya sebagai PM tapi sebab pandangannya tidak diterima majoriti rakyat, Cameron merasa tercabar.  Bukannya banyak pun majoriti yang beliau kalah, cuma 4% jer tapi itulah namanya Demokrasi.




Komen Najib dalam Twitter - Pengundi UK telah bersuara. Sebagai demokrat ( pengamal demokrasi ), kita mesti hormat keputusan itu.

Hmmmm ...... Najib mengaku sebagai pengamal demokrasi ya ....

Apakah Najib mengiktiraf amalan Referendum atau pungutan suara atas sesuatu isu penting ?

Apakah Najib menerima kritikan atau teguran dan menganggap sebarang kritikan itu sebagai satu amalan demokrasi ? Yakni meraikan apajua pandangan rakyat ?

Bandingkan cara Najib menangani kritikan dalam parti dan cara Najib berdepan dengan Deklarasi Rakyat atau apasaja usaha yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini seperti Undi Tak Percaya.

Bagi saya cara Najib senang jer dirumuskan - TIDAK BOLEH ADA KRITIKAN ! 

Hanya melalui PRU saja boleh Najib turun, bermakna Najib mengheret sama Umno BN dalam usahanya mahu mengekalkan kuasa. Najib adalah Umno BN, mahu turunkan Najib kena turunkan Umno BN.

Usaha Tun Mahathir yang mahu menurunkan Najib juga dijaja cai2 Najib sebagai usaha mahu menjatuhkan kerajaan. Deklarasi Rakyat tidak sentuh pun kuasa kerajaan tapi difitnah sebagai usaha menjatuhkan kerajaan.

Najib berselindung disebalik kekuatan Umno BN. Apakah Najib sendiri punya pengaruh ? 


Entahlah ....    masa kempen PRU13, kempen I Love PM dan muka Najib penuh semak di merata poster, BN hampir2 tewas. Kemudian masa PRN Sarawak dan dua PRK baru ni, tidak ada pula muka Najib di mana2 poster. Jadi nak ukur populariti Najib ni payah sikit.

Sebab Najib takut  ......

Apapun, tindakan Cameron memang kita kena tabik. Walaupun referendum itu bukan satu pilihanraya dan ia bukan mengenai isu populariti dirinya sebagai PM tapi sebab ia mewakili suara seluruh rakyat dan pandangannya ditolak majoriti pengundi, beliau tetap juga menerimanya sebagai penolakan dirinya sebagai PM.

Kenapa begitu mudah Cameron mahu meletak jawatan ?

Besar kemungkinan kerana Cameron tidak punya apa2 kepentingan yang perlu dipertahankan .......  Tidak ada skandal2 yang perlu disorokkan .... Tidak bergantung kepada jawatannya untuk meraih laba bagi membiayai gaya hidup mewah yang melampau .... tidak risau bakal diheret ke muka pengadilan sekiranya tidak lagi berkuasa ......

Pendek kata - Cameron bebas dari semua itu, makanya beliau senang untuk buat keputusan mengundur diri.

Tapi kalau salah satu atau semua kemungkinan2 itu ada, rasanya tidak mungkin Cameron akan letak jawatan semudah itu !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 8:56 AM

Bezanya Din, Cameron ada maruah. Muka seposen pulak ada Kak Mah.. hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 9:33 AM

orang tidak gila kuasa & pangkat dgn rela hati mengundurkan diri bukan kerana skandal rasuah, wang, atau seks, pilihanraya & ekonomi. Beliau hanya tidak setuju mengenai isu Eropah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 10:08 AM

Isteri pm England tak dpt kemudahan macam isteri pm mesia. Letak jawatan pun tak apa. Tak rugi pun kerana kuasa pm bukan so powerful macam pm mesia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 12:05 PM

dia takde bela badak lahap untuk dibagi makan..sebab tu selamba je letak jawatan..

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
June 25, 2016 at 12:52 PM

Yang penting..bukan islam sorang tu berkali ganda lbh baik dari si jibby kepit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 4:38 PM

Din..betul ke ah jib gor maen wayang kunun dengan garangnya stop peruntuka yayasan perdana..buang org sesuka hati..sdgkn duit yayasan x datang satu sen pun dari gomen..duit yayasan dtg drsumbangan korporat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 5:07 PM

sekarang najib nak pecat dan ambil tindakan kpd penentangnya. bukan penentang umno. ada pulak yang mengejek dan mengeji tdm terutama orang muda. saya rasa mereka tak buat jasa pun kepada agama, bangsa dan negara untuk mereka mengeji tdm, kecuali jasa membodek. kelihatan umno telah rosak kerana pemimpin begini yang ada dalam umno. pemimpin yang membeli pengikut dan pengikut yang setia membuta tuli kerana habuan yang bakal dirasai jika jaguh mereka memegang jawatan.
semasa 2 prk tersebut, saya tak pasti, apakah yang dibangkitkan oleh parti yang bertanding untuk mempengaruhi pengundi atas pagar. tetapi saya percaya kemenangan bn hanya untuk membuat umno leka, lena dan merasai kekuatan semula. undi sudah tentu terbahagi dua tapi masih tak cukup jumlahnya jika dicampur untuk menuntut kemenangan rakyat menolak najib. jika bn menang, tapi undi bn kurang daripada jumlah undi pembangkang, itu yang menunjukkan rakyat tolak najib. tapi ini tak berlaku. prk memberi kelebihan kepada najib untuk lihat kekuatan umno bertambah walaupun tak ada poster muka najib.
apakah yang akan berlaku? adakah selepas ini pembangkang akan terus berpecah dan menguatkan umno yang tak kuat itu? segala isu yang dikaitkan dengan najib terus mati dan sunyi sepi. ada rakan bertanya, apakah yang buruk pada najib dan kaitan dengan 1mdb, src dan sebagainya. rakyat mesia memang mengharapkan sumber berita nasional dan akhbar nasional untuk maklumat mereka. jika itu yang mereka nampak, itu ajer lah yang mereka ada untuk mengundi.
pembangkang kena berubah, dap kena ubah pendekatan berpolitik, pkr kena matang, dan amanah hanya menang sorak pemimpin tapi tiada akar umbi. pas kena memilih perjuangan. jika menjadi blok ketiga, maka bn akan menang 2/3 pru14 dan rosmah akan lebih berkuasa. sedih bila lihat pemimpin mengutamakan jawatan mereka daripada agama, bangsa dan negara. tdm dari dahulu sedia berkorban dan menjadi lilin untuk rakyat. saya amat sedih dengan tindakan yang diambil ke atas tdm. memang berbeza sikap pemimpin yang berjiwa besar yang tulin dan perkataan itu dinilai oleh orang ramai tanpa bayaran dan bukan diucap untuk puji diri sendiri. bagaimana tdm melayan tar dan pemimpin lain, biar sejarah yang menilainya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 5:13 PM

Sesunnguhnya puak munafik walaupun bergelar muslim, akan di campakkan masuk ke dalam api Jahannam. Bila dia buka mulut dia berdusta, amanah negara yang di serahkan kepada dia ia mengkhaianti, janji yang dia senang melafazkan dia tak akan meunaikan ...
saksikan Raja Taghut!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 8:07 PM

Najib muka tebal badak tak tau malu walaupun seluruh dunia duk kondem isu 1mdb 2.6B & penggubalan wang haram boleh plak dia buat dunno jer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2016 at 8:40 PM

saya rasa dah tiba masanya buat gelombang jalanan, tapi pastikan dengan tertib, berdisplin dan satu tujuan iaitu semata2 mendesak Najib letak jawatan.

Post a Comment