........... Jho Low Hadir Mesyuarat 1MDB Atas Jemputan Pengurusan 1MDB Bukan Pak Arab Yang Lantik Jadi Wakil ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jho Low Hadir Mesyuarat 1MDB Atas Jemputan Pengurusan 1MDB Bukan Pak Arab Yang Lantik Jadi Wakil !

Wednesday, June 8, 201611comments


Saya percaya hanya beberapa kerat saja rakyat yang telah habis baca file2 hansard PAC mengenai siasatan 1MDB yang didedahkan kepada umum. ( ada file yang tidak didedahkan kerana menurut kata Tony Pua, ada terkandung beberapa maklumat rahsia seperti yang ada dalam lapuran Ketua Audit yang masih dirahsiakan dibawah OSA yang sehingga kini tidak diberikan sebarang penjelasan kenapa masih dirahsiakan oleh kerajaan )

Saya sendiri nak kena ada mood baru boleh layan, itu pun belum tentu boleh kekalkan tumpuan sehingga habis sebab setiap satu file itu amat panjang ...

Kebetulan siang tadi saya baca file PAC-11022016 Bil 2 yakni yang bertarikh 11/2/2016 di mana PAC menyoal TS Bakke pada sebelah pagi dan bersambung dengan Shahrol pada sebelah tengahari. Shahrol sudah pun dipanggil pada sesi 25 dan 30 November 2015, yang ini adalah kali ketiga Shahrol dipanggil dan beliau masih tidak mampu berikan dokumen2 yang dipinta pada sesi sebelumnya.

Selain dari isu bayaran USD700 juta kepada Goodstar yang banyak dibincangkan ( yang ini mungkin saya tulis di artikel lain ) dalam sesi kali ini, turut dibincangkan adalah mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 26 September 2009.

Perlu diingat, perjanjian 1MDB-Petrosaudi Cayman ditandatangani pada 28 September 2009, iaitu dua hari selepas mesyuarat berkenaan. Jho Low dijemput untuk beri penerangan mengenai cadangan usahasama itu !

mukasurat 34 dan 35 -




Dah baca ? Cuba baca sekali lagi dengan penumpuan diberikan kepada persoalan SIAPA YANG JEMPUT JHO LOW untuk hadir mesyuarat lembaga pengarah 1MDB itu.

Jelas sekali dari ayat Shahrol sendiri -  When that couldn't happen, we invited Jho Low to actually come and represent the interest on the other side to explain.

.... WE  INVITED  JHO  LOW .... Kita ( pihak Pengurusan 1MDB ) yang menjemput Jho Low sebagai mewakili Prince Turkey BUKAN anak raja Arab itu yang lantik !


Saya segera teringat kepada satu artikel Mkini yang melaporkan satu jawapan bertulis Parlimen oleh Menteri Kewangan yang menjawab soalan dari Tony Pua mengenai perkara ini -


"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB. 

"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB. 

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan. - KLiK.


Menteri Kewangan jawab di Parlimen bahawa pihak keluarga diraja Arab Saudi yang telah meminta Jho Low untuk mewakili mereka dalam mesyuarat penting itu TAPI jika anda baca petikan hansard di atas, jelas bahawa yang jemput Jho Low adalah pihak pengurusan 1MDB sendiri !

Adakah Menteri Kewangan terkhilaf atau sengaja mahu menipu dalam Parlimen ?


Dan tujuan Jho Low dijemput adalah untuk memberi penjelasan kepada projek usahama 1MDB-Petrosaudi. 

Ini bukti keterlibatan penuh Jho Low dalam projek usahasama itu sehingga khidmat beliau ditagih untuk beri penjelasan kepada ahli lembaga pengarah 1MDB.

Apakah ada beza Jho Low terlibat atau tidak dalam projek usahasama itu ? 

Hmmmm .....apa yang saya tahu, perkara ini tambah menyakinkan saya bahawa semua ini adalah satu SCAM ( mengambil kata Muhyiddin ) dari awal lagi ! Tidak hairanlah kenapa 1MDB boleh bayar USD700 juta itu kepada Syarikat Goodstar milik Jho Low sebab dia lah arkitek utamanya !




Ingat lagi gambar percutian di atas kapal mewah Tatoosh di atas ? Adakah satu kebetulan pemain2 utama skandal awal 1MDB berada di dalam gambar di atas yang diambil pada bulan Ogos 2009, satu bulan sebelum skandal 1Mdb bermula .

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 3:46 AM

Jibby is nothing but full of lies and bullshit bro..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 4:46 AM

Najeeb kata...

Tak kenal jolo...rupanya ada gambar.
Takde duit dalam akaun...rupanya ada.
Jangan membazir...rupanya dia sndr belanja mewah..dengan duit scam pulak tu.

Cukup 3 points ni saja telah menunjukkan si najeeb ialah munafiq yang nyata.

Sebab apa pencacai masih nak sokong dia? 1. Dedak 2. Bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 7:14 AM

Nampaknya dah berulang kali najib berbohong di parlimen...kemuliaan parlimen telah dicemari oleh pembohong bersiri..namun nampaknya tiada tindakan diambil untuk mengembalikan kemuliaan yang hilang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 7:30 AM

Berbohong tambah membohongkan negara dan rakyat,akhirnya ia tidak lepas daripada mendustakan diri sendiri ... habislah nasib akhirat ... tamat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 11:06 AM

Kalau najib bercakap lidah dia bercabang bukan macam biawak lagi tapi dah macam komondo.Tidak hanya menipu tapi dengan air liur yang beracun .
Racun yang akan memusnahkan rakyat dan negara ini.Wahai pendedak semua belalah komondo ni dan tunggulah saat kemampuihan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 11:55 AM

Hari ini dlm sejarah, Msia mempunyai pemimpin pembohong, penipu, perompak. Apa lagi bala dari Tuhan yg akan menimpa negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 12:07 PM

...dan ingat Rosmah ada jumpa satu barang berhaga milik putera Arab Saudi dan putera itu sudi memberikan hadiah be berapa juta RM...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 12:09 PM

nampak sangat ah low yang menggunakan keluarga diraja saudi untuk menipu ah jib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2016 at 12:41 PM

Dalam gambar di atas tu, semua nya harus di tangkap. Memang benar a SCAM.

....................
Reply To This Comment ...................
June 9, 2016 at 1:02 AM

Jho low ini cuma selet joker saja yang menjadi mastermind dan paling jahat PM you all iaitu Najib....!!! Jangan nak action bahlul pulak...!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 8:40 PM

Setuju jee, memang Jibon yang jadi kepala perancang penipuan skala terbesar dunia iaitu penipuan duit hingga berbillion USD. Lagipun memang dia sekolah dulu belajar buat akaun, ini hasil akaun dia yang penuh dengan bullshit hasil sentuhan puaka jahanam. Masa depan Malaysia jadi taruhan buat dia untuk kekal berkuasa..Semoga manusia ini, keluarga dan kroni semuanya dilaknat Allah di atas kezaliman yang mereka telah lakukan kepada sekalian rakyat Malaysia. Aamiin.

Post a Comment