........... Isu Wang Tebusan RM12 juta Dan Mesyuarat Exco Kedah Di ICU - Komen Bernas Hanif Khatri | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Wang Tebusan RM12 juta Dan Mesyuarat Exco Kedah Di ICU - Komen Bernas Hanif Khatri

Thursday, June 23, 20169comments

Kali ini saya nak kongsi status FB Peguam Hanif Khatri mengenai dua isu panas ketika ini. Pasti menarik pandangan Hanif untuk kita fikirkan keLOGIKannya. Hanya untuk mereka yang masih boleh menggunakan akal fikiran untuk menilai sesuatu itu dari segenap sudut BUKAN untuk mereka yang jumud, tidak mampu berfikir sendiri serta menerima buta apa saja yang disogok oleh pemimpin sebagai yang benar sedangkan fakta didepan mata menyatakan 'ada yang tak kena'.


Isu pertama adalah berkaitan Wang Tebusan RM12 juta yang hangat ketika ini. Semalam Timbalan Menteri Luar Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa orang ramai dan keluarga mangsa culik di Pulau Ligitan, Sabah pada April lalu, menghentikan pertikaian wang tebusan RM12 juta.

"Apa yang penting sekarang, mereka sudah dibebaskan. Itu sahaja. Jangan menggalakkan aktiviti penculikan. Apabila anda mendedahkan jumlah seperti RM3 juta bagi setiap penculikan, anda hanya menggalakkan penjenayah untuk terus melakukan aktiviti penculikan.

"Hentikan beri tanggapan buruk untuk menjejaskan rundingan pada masa hadapan, jika ada. Ia hanya akan memberi impak yang buruk" - Astroawani.

Hmmmm .... Nur Jazlan minta rakyat DIAM dan jangan lagi berdebat isu wang tebusan. Kalau orang jahat tahu boleh buat duit juta2 melalui penculikan, ia akan beri impak yang buruk.

Betul juga apa kata Nur Jazlan. 

Kita tidak mahu mana2 pihak membuat anggapan yang kerajaan kita akan layan sebarang ugutan atau tunduk kepada penculik dengan membayar wang tebusan. Itu bukan polisi kerajaan.

Masalahnya .....

COME ON, My Dear Deputy Minister,

Trying to sweep the problem under the carpet, again... ??? !!!

If there are things to be answered on the ransom scandal, then IT MUST BE ANSWERED !!!

You can not keep on giving silly excuses to avoid answering the main problem !!! 

Don't you think that the fact that we have kept on giving ransoms from time to time, is the MAIN contributing factor to these continuous kidnappings ??? !!!

So, please ensure thorough fact finding exercise is done, on this scandal of the MISSING RM3 million !!! If need be, a Commission should be set up, because the Police as well as the Home Ministry (your Ministry), are reportedly implicated !!!

Otherwise, the frightening truth may be, that the kidnappers may become more daring because of the fact that they may feel having being cheated on this missing RM3 million scandal !!!! And, if that is the case, it would surely increase further concerns on future kidnappings !!!!!!!!

So, COME ON, My Dear Deputy Minister !!!

Please do SWEEP !!! But, SWEEP IT RIGHT !!! ..... DO NOT EVER SWEEP ANY PROBLEMS UNDER THE CARPET !!! IT WILL MAKE THE CARPET TO ROT FASTER !!!


Itu komen Hanif Khatri. Masalahnya benda ini dah meletup dan tidak boleh sesenang itu hendak tutup kes dan minta rakyat tutup mulut sedangkan banyak persoalan sedang bermain di fikiran rakyat ekoran kenyataan Zahid sendiri !

Apakah selama ini kita memang bayar para penculik untuk melepaskan mangsa culik walaupun dikatakan menjadi polisi kerajaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tuntutan penjenayah ?

Bukankah itu yang menjadi faktor utama kenapa kegiatan penculikan masih berleluasa ?

Apa sebenarnya yang berlaku ? Dalam kes RM12 juta itu, bukankah kumpulan Abu Sayyaf akan berasa ditipu sebanyak RM3.2 juta dan kesannya, bakal membalas dendam dengan menculik lebih ramai lagi rakyat kita ?

Sekarang macam dah jadi trend kerajaan untuk TUTUP KES sebagai jalan penyelesaian mudah kepada apa jua isu yang tidak mampu dijawab secara telus.

Teringat kita kepada keputusan TUTUP KES oleh AG dalam kes yang melibatkan 2,6 bilion dan duit SRC yang masuk akaun Najib padahal banyak persoalan masih tergantung. Makanya tidak menghairankan bila ramai yang berasa tidak puashati ... seolah2 rakyat diperbodohkan.

Kalaupun dah TUTUP KES, kenapa Najib tidak berani tampil beri penjelasan ? Kan sudah dibebaskan oleh AG ? Nak takut apa lagi ?

Zahid juga kata, Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah.

Ini lebih teruk dari takut ! Dah terang2 AG kata tak bersalah pun Najib masih takut nak beri penjelasan ! 


Isu Kedua pula mengenai MB Kedah yang mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di bilik mesyuarat Unit Rawatan Rapi ( ICU ) Jospital Pulau Pinang.

Peeeergh ! Mesyuarat exco di ICU Hospital tu !


Salah ? Tak salah eeeeh...... Nak buat atas kubur pun OK ! Yang hendak dipertikaikan adalah -

Wahai Perdana Menteri, 

Silalah jawab satu soalan ini dengan tepat dan jujur :

SOALAN : Kalaulah anda merestui MB Kedah yang uzur untuk memimpin Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah di bilik mesyuarat ICU Hospital Pulau Pinang, MAKA KENAPAKAH perlu anda lucutkan jawatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara Malaysia pada bulan Julai 2015, atas alasan kesihatan, sedangkan TS Gani tidak langsung berada di ICU ?? !! Tambahan pula, pada masa itu tinggal hanya 2 bulan lebih, sebelum persaraan rasmi TS Gani ??? !!!

SILA JAWAB, TANPA PUSING FAKTA !!!!

Terima kasih. ( KLiK )


Adeh, betul juga kata Hanif di atas.Kerajaan kenalah konsisten dalam bertindak kalau tidak rakyat akan mula berprasangka. 

Gani Patail elok jer masa dipecat tahun lepas. Oklah dia memang sakit tapi dia masih boleh bekerja malah dia sendiri nak kerja lagi hingga tamat tempoh  yang tinggal dua bulan. KEBETULAN kes yang sedang disiasat melibatkan duit yang masuk akaun Najib ....... Tapi tak pasal2 Najib kata Gani Patail dah tak layak bekerja sebab sakit. 

Bandingkan MB Kedah yang MEMANG SAH SAKIT dan berada DALAM HOSPITAL ..... boleh pulak dibuat meeting dalam bilik mesyuarat ICU ! Macamana tu ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2016 at 5:15 AM

Buat lah apa pun dalam dunia ni. Tak semua orang akan bersetuju dgn apa yg anda buat. Itu sebab kita mengundi setiap 5 tahun. PERIOD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2016 at 5:22 AM

punya la nak tunjuk kan MB tu semakin sihat SIAP pakai kot lagi..ha...haa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2016 at 10:59 AM

Corruption, lies, cheating, criminals....we have the UMNO Mafia ruling Malaysia. They have 3 million members now. Very soon they may have another 3 million. Long live Islam! Long live Malaysia.The Agong and Sultans are the ceremonial Heads of the Malay Mafia!

....................
Reply To This Comment ...................
June 23, 2016 at 11:51 AM

Dalam pentadbiran Najib, tiada apa pun yg mustahil, janji kosong pun banyak, pusingan U pun dah banyak kali, hutang negara bertambah pun dia kata ekonomi Malaysia masih bagus. Bala betul Malaysia ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2016 at 12:03 PM

Duduk dalam ICU bermakna tak mampu menjalankan tugas dan dalam cuti sakit. Ni bukan duduk dalam hospital je tapi dalam I C U. 3 Sah ke kalau ada dibuat keputusan pada masa tu. Tahniah la, inilah penjawat awam yang paling komited bertugad.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 23, 2016 at 4:01 PM

Let's see how Rocky is going to pusing-pusing this meeting in the ICU thingy...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 4:06 AM

Kalau sudah berada dalam ICU macam mana boleh membuat sesuatu keputusan termasuk yang melibatkan dasar bagi sebuah kerajaan negeri otak ada sihat kaa ini sudah masuk tahap pentadbiran yang gila baban dah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2016 at 10:37 AM

Contoh kerajaan munafik yang tenat.Inilah pemerintahan Najib yang pecah rekod dalam sejarah rompakan terbesar di dunia.Kerajaan ICU.

....................
Reply To This Comment ...................
June 25, 2016 at 2:15 AM

Kerajaan Puna Rana dalam segala hal...!!

Post a Comment