........... Isu Surat BNM Goodstar Milik Jho Low - OSA Telah DiSalahGunakan ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Surat BNM Goodstar Milik Jho Low - OSA Telah DiSalahGunakan ! ?

Wednesday, June 1, 20166comments



Kita panjangkan lagi isu surat BNM yang telah mengesahkan syarikat Goodstar sebagai milik Jho Low kerana rata2 rakyat berasa tidak puashati akan 3 perkara -

1- Kenapa Hasan tidak tunjukkan surat itu kepada ahli2 PAC lain supaya satu keputusan konsensus dibuat untuk tindakan selanjutnya ?

2 - Kenapa maklumat bahawa Goodstar milik Jho Low itu menjadi satu rahsia kerajaan di bawah OSA ?

3 - Kenapa Hasan tidak bertindak memohon kepada Bank Negara supaya permohonan resmi dibuat agar maklumat itu tidak menjadi rahsia ? Maklumat itu menjadi rahsia adalah kerana ia didapati bukan melalui permohonan resmi. 

" Sekiranya PAC bercadang untuk menggunakan maklumat ini dalam dokumen awam, kebenaran dari negara2 terlibat perlu dipohon terlebih dahulu. "

Maknanya, maklumat itu BOLEH disiarkan kepada umum asal saja kebenaran dari pihak luar dipohon terlebih dahulu .... bukannya kebenaran dari kerajaan kita ! Jadi dari mana datangnya status RAHSIA DI BAWAH OSA itu ?

Bersandarkan peri pentingnya maklumat ini dalam mencari kebenaran skandal 1MDB,  kita harap siasatan dapat diteruskan dengan melibatkan pihak2 berkuasa seperti Bank Negara, SPRM, Polis malah PAC juga dengan mengambilkira maklumat2 dan perkembangan terkini skandal 1MDB.

Di bawah adalah pandangan mengenai isu ini oleh DS Mukhriz dan juga dari peguam Hanif Khatri yang saya rakamkan semalam, eksklusif buat anda.

Surat BNM Mengesahkan Pembabitan Jho Low Dalam 1MDB



KLiK untuk ke Youtube


- satu pendedahan yang mengejutkan. 

- Mengesahkan andaian sebelum ini Jho Low memainkan peranan secara langsung didalam pergerakan wang 1MDB

- JASA telah menafikan pembabitan Jho Low tapi tindakan Bank Negara menyaman pendedahan surat itu mengesahkan bahawa maklumat surat itu adalah sahih

- Dengan maklumat terbaru ini, semua agensi2 penguatkuasa seperti Bank Negara, SPRM dan PAC seharusnya meneruskan siasatan

- Rakyat menuntut pendedahan setulusnya

- maklumat ini tidak harus disembunyikan melalui OSA kerana kepentingan dan impaknya dalam siasatan 1MDB @ melibatkan peranan Jho Low dalam 1MDB

- 1MDB sudah bayar kompaun kepada BNM. Ini membuktikan apa yang 1MDB lakukan itu jelas salah. Tapi bagaimana dengan arahan supaya wang terbabit dibawa pulang ? 

- Pihak Peguam Negara harus buka semula kes ini dan bantu siasatan melalui MLA untuk mendapatkan maklumat2 tambahan dari pihak berkuasa luar supaya kebenaran diketahui



Isu Surat BNM Goodstar Milik Jho Low - OSA DiSalahgunakan ?



KLiK untuk ke Youtube

- Adakah ianya sebenarnya di bawah OSA ?

- Tidak ada mana2 dalam surat tersebut mengatakan maklumat itu adalah ( bersifat ) OSA. 

- Kalaupun OSA, maklumat bahawa Goodstar dimiliki oleh Jho Low adalah satu perkara yang perlu untuk disiasat berhubung dengan salahlaku jenayah 1MDB.

- Bukankah siasatan jenayah itu demi kepentingan negara ? 

- OSA adalah berhubung rahsia demi kepentingan negara bukannya untuk melindungi perbuatan jenayah. 

- OSA tidak boleh disalahguna bagi memberhentikan siasatan dalam satu jenayah yang mempunyai kepentingan kepada negara.


- Bank Negara telah memaklumkan kepada Hasan PAC bahawa sekiranya PAC merasakan maklumat dalam surat itu adalah penting untuk didedahkan melalui laporan PAC, maka permohonan boleh dibuat kepada Bank Negara, untuk Bank Negara majukan permohonan yang sama kepada risikan luar negara.

- Tapi kenapakah peluang itu tidak didedahkan kepada ahli2 PAC lain oleh Hasan ? Bukankah itu tanggungjawab dan hak ahli PAC untuk menentukan samada mereka memerlukan pelepasan daripada agensi luar untuk dipohon oleh Bank Negara ?

- Ini menunjukkan terdapat isu yang jelas bahawa siasatan PAC tidak boleh dianggap sebagai lengkap sekiranya peluang untuk memperolehi maklumat lanjut telah tidak dilakukan.


MUNGKIN Laporan Audit 1MDB DiOSA Kerana Salahlaku Jenayah Pihak Atasan ?





KLiK untuk ke Youtube

- Mac 2015 Perdana Menteri arahkan Jabatan Audit Negara untuk menyediakan laporan audit berhubung 1MDB untuk mengenalpasti permasalahan 1MDB

- Bila laporan siap, kita dimaklumkan ia diklasifikasikan sebagai OSA. 

- Waktu itu kita boleh terima alasan yang diberikan. Mendedahkan kandungan laporan audit negara pada masa PAC bersidang, mungkin memprejudiskan siasatan PAC.

- Tapi dimanakah prejudisnya selepas laporan PAC dibentangkan ?  Bagaimanakah laporan audit negara itu masih dikekalkan sebagai OSA ?

- OSA adalah untuk tujuan keselamatan negara semata2. OSA tidak boleh digunapakai selain daripada untuk kepentingan negara.

- 1MDB milik perbendaharaan negara dan perbendaharaan negara bertanggungjawab kepada rakyat. Jadi ini adalah kepentingan rakyat dan negara untuk mengetahui dengan terperinci apakah yang terkandung dalam laporan audit negara.

- Satu-satunya sebab kenapa ia masih di bawah OSA adalah kerana MUNGKIN wujudnya kandungan yang mengatakan terdapat salahlaku jenayah dipihak atasan yang terbabit dengan 1MDB !

- KALAU itulah sebabnya, maka OSA telah disalahgunakan dalam isu laporan audit negara. 

- Dan seperti itu juga, OSA sekarang ini dibangkitkan secara salah, secara khilaf dalam isu surat Bank Negara

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2016 at 9:32 AM

Errrr, salah tdm kot kerana kenalkan osa. Salah tdm kerana surat tu benar tapi cai projibo kata palsu. Salah tdm kerana duit masuk akaun syarikat jho low. Salah tdm 1mdb ditipu syarikat yg hampir sama nama kerana lembaga pengarah orang yg sama. Salah tdm duit src masuk akaun najib sewaktu najib pi bercuti. Salah tdm 1mdb jual aset kepada syarikat asing. Salah tdm bila 1mdb tak dapat bawa balik wang dan ingkar arahan bod sehingga ada yg letak jawatan. Salah tdm bila 2 orang besar src sampai sekarang tak masuk pejabat tapi gaji masuk. Tak ada tindakan dan masih lagi boss walaupun dah kebas duit syarikat kerajaan. Salah tdm bila mata wang jatuh akibat pandangan dunia terhadap negara. Banyak salah tdm, panglima selam dan bugis jibo membangunkan negara dan maju hingga sekarang. Tak sampai pun 6 tahun dah hebat gitu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2016 at 11:54 AM

OSA untuk melindungi keselamatan,kedaulatan dan keamanan negara. Bukan untuk melindungi crooks aka si penyonglap dan seumpama dengannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2016 at 12:40 PM

Kalau sudah buat laporan polis keatas WSJ, makna ya surat BNM benar yg menyatakan Goodstar milik JHlow..
Dalam sejarah Msia mempunyai PM yg pembohong & merompak harta rakyat..apa lagi balak dari Tuhan yg menimpa negara ini dek kerana perbuatan pemimpin yg munafiq.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2016 at 3:27 PM

They have a script which they will stick to - come what may ! And that script says from beginning to the end that there is no embezzlement in 1MDB, proper accounting throughout and the like. Hence, the PAC report is a total whitewashing of the dirty deals leading to RM60 billions of debts with generations to come need to bear. Also, they go here and there inside and outside the country with that very script. Anything such as the audit report by the National Audit Department and the letter by the Bank Negara top lady official have to be subverted - at all costs to the country, its future and outsiders' impression of what Malaysia stands for.

Malaysia for some time now is truly in a pretty bad shape. But the end of this sorry journey in the wilderness will most probably not end soon since change may only happen when we are truly deserving of it. But I may be wrong for the outcome of the by elections for KK and Sungai Besar should help us to answer the question of whether change is imminent or otherwise. Dear Tun shall meet the people of KK and Sungai Besar… But are the rest of us ready to do all we could?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2016 at 7:09 PM

harap semasa kempen 2 prk, persoalan serta jawapan dipamirkan. biar rakyat tahu apa yang dilindungi dan kesalahan apa yang cuba dibongkar. buat macam blog jelapang tulis, biar caijibo pening nak spin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2016 at 7:27 AM

Menggapa pemimpin2 melayu dok melindunggi jow low ni...jasa pa dia ni kat kita...

Post a Comment