........... Isu Rosmah Naik Jet Kerajaan - eeerrr... Kalau Tidak Ada Jadual Ketat, Apakah Rosmah Akan Naik Komersil ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Rosmah Naik Jet Kerajaan - eeerrr... Kalau Tidak Ada Jadual Ketat, Apakah Rosmah Akan Naik Komersil ?

Thursday, June 9, 201617comments


Dari semalam lagi kecoh dengan isu Rosmah boros kerana naik jet kerajaan ke Istanbul, semuanya gara2 dakwaan Rafizi ( KLiK). Seronok baca artikel Rafizi tu .... siap ngan gambar Airbus A-319 dan jadual penerbangan jet berkaitan pada tarikh2 yang disebut.

Kemudian ditunjuk 4 keping gambar macam ni -

Apakebendanya pun saya malas nak ambil tahu ! Hahahahaa .... tapi impaknya gambar2 itu semua kepada artikel Rafizi tidak boleh dinafikan. Semua itu bagi nampak 'real' sikit dakwaan beliau.

Ceritanya begini - Pada 27 Mei lalu Permata diberi anugerah oleh Global Good Governance (3G) di Istanbul. Rosmah sebagai penaung hadir untuk menerima anugerah dan berita mengenainya ada ditulis oleh paper. ( oya, selain Permata, turut menerima anugerah mengikut kategori masing2 di majlis sama adalah juga Agrobank, Amanah Ikhtiar,  Academy of Contemporary Islamic Studies UiTM dan Program Transformasi Nasional kerajaan )

Rafizi dapat tahu yang Rosmah pakai jet kerajaan untuk pergi balik Istanbul itu dan beliau pertikaikan kelayakan Rosmah untuk kemudahan jet berkenaan.


3 soalan dikemukakan oleh Rafizi dan dijawab dengan segera oleh pembantu Rosmah- ( jawapan saya copy dari FB Rizal Mansur )

1. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

JAWAPAN
Kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut khusus untuk Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil.
 


2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?

JAWAPAN
Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan untuk sementara (2 bulan) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.


3. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

JAWAPAN
Pesawat tersebut adalah pesawat gantian Kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pengkalan Udara Subang. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah Isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak. Kita tidak memerlukan lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian



Ooooo.... rupanya Rosmah terpaksa naik jet tersebut kerana jadual yang ketat. Omputih kata back-to-back appointment. Lepas majlis anugerah di Istanbul, ada pula majlis Pandu Puteri bersama Permaisuri Agong.

Jadi itu merupakan alasan utama kenapa Rosmah terpaksa naik jet kerajaan ( “Pesawat ACJ319 No Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan kenamaan lain,” )

Banyak komen telah ditulis mengenai isu ini dan ramai yang secara sengaja atau tidak cuba mengalih isu. Contohnya ramai yang pro Rosmah berhujah akan pentingnya program Permata bla bla bla.... ini bukan soal Permata, ok.

Ada yang kaitkan dengan pembaziran jumlah kos sewa jet berkenaan selama dua bulan iaitu RM86 juta seperti dakwaan Rafizi .... Agak2lah juga Rafizi.... anda guna angka kos sewaan untuk satu jam kemudian didarab dengan 24 jamx60hari ...... secara logiknya, kalau kita nak sewa untuk dua bulan, pasti ada pakej lain bukannya mengira berdasarkan kos per jam !

Lagi pun dalam kes ini, Rosmah cuma pakai untuk beberapa hari saja bukannya untuk dua bulan terus.

Kemudian tak perlulah timbulkan soal 13 jam dalam penerbangan ...... saya percaya kalau jet itu punya kemudahan seperti gambar di bawah siap ngan pelayan lagi .... ramai yang sanggup alami 'penderitaan' itu, lebih dari 13 jam pun sanggup !



Jadi ada baiknya kita tumpukan perhatian kepada 3 persoalan yang ditanya Rafizi dan jawapan yang diberi pembantu Rosmah.

Saya percaya kalau kita buang isu2 sampingan semua, persoalan utama yang ditimbulkan sebenarnya adalah - Apakah Rosmah Layak Naik Jet Kerajaan ?

Mudah jer kan ... sebab Rosmah cuma ISTERI seorang Perdana Menteri. Beliau tidak ada sebarang jawatan yang diiktiraf oleh kerajaan. Jadi sebagai seorang SURIRUMAH kepada Perdana Menteri, apakah Rosmah layak naik jet kerajaan ? ( selain dari menemani suaminya dalam urusan kerja sebagai seorang Perdana Menteri )

Jadi alasan utama yang diberikan oleh pembantu Rosmah iaitu dek kerana jadual yang ketat, sebenarnya tidak menjawab soalan pokok - adakah Rosmah layak menggunakan kemudahan jet kerajaan ?

Oya, alang2 itu alasan yang diberikan, suka saya tanya juga  - Kalau tidak ada majlis Pandu Puteri itu atau jika tidak ada jadual yang ketat, apakah Rosmah akan naik komersil ?

Saya percaya Rosmah akan tetap juga naik jet kerajaan itu dan alasan lain pula yang akan diberikan. Sebab itu saya katakan jawapan yang diberikan itu tidak tepat menjawab persoalan utama iaitu adakah Rosmah layak guna kemudahan jet kerajaan ?

Pembantu Rosmah ada jawab kepada soalan no 3 di mana beliau kata - dari segi protokol adalah layak. Maksudnya apa tu, Rizal ? Dari segi protokol ?

Peguam Hanif Khatri ada bertanya soalan sama di status FBnya -

1. Tunjukkan Regulasi Bertulis mahupun Arahan Pekeliling mana sekalipun, yang menzahirkan apa yang Rizal Mansor cakap, iaitu, sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor tersenarai sebagai orang yang layak dan/atau dibenarkan dan/atau tergolong sebagai "...orang kenamaan Malaysia..." bagi tujuan penggunaan peribadi jet ACJ319 kerajaan, walaupun untuk majlis-majlis yang disenaraikan oleh Rizal Mansor itu, sekalipun ;

ATAUPUN

2. Tampilkan bukti lengkap bahawa segala kos penggunaan jet ACJ319 itu, telah dibayar sepenuhnya oleh Rosmah Mansor, sesudah jet itu diguna-pakai untuk perjalanan " terdesak " Rosmah Mansor itu.
Sekiranya TIDAK, wahai rakyat Malaysia yang prihatin, ini adalah SALAH GUNA HARTA KERAJAAN bagi tujuan peribadi !


Senang jer kan kalau nak jawab persoalan yang ditimbulkan oleh Rafizi - Buktikan di mana ada tertulisnya dalam Arahan Pekeliling atau apajua medium yang kerajaan gunakan bagi tujuan sebegitu, bahawa isteri PM berhak guna jet kerajaan.

Ketua Umno Chera cuba pertahankan Rosmah tapi beliau juga tidak mampu jawab persoalan utama di atas selain dari jawab secara umum -

"Rosmah adalah isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak," ( Mkini

Dari segi protokol .... lagi.  Maksudnya tidak ada secara bertulis ? Kalau ada disebut di mana2 pekeliling kerajaan, rasanya awal2 lagi pembantu Rosmah dah keluarkan.


Itu saja yang perlu pembantu Rosmah dan cai2 lain perlu lakukan untuk jawab kes ini - yakinkan rakyat bahawasanya Rosmah selaku isteri kepada Perdana Menteri, LAYAK untuk menikmati kemudahan jet kerajaan selain dari menemai suaminya atas urusan resmi.

PS - Sementelah Rizal begitu cepat jawab, apakata kita tanya kembali pendedahan perbelanjaan mewah Najib Rosmah seperti yang didedahkan SR dan WSJ terutama di Itali dan di Hawaii ketika rakyat berdepan musibah banjir besar dulu ..... BETUL KE ? 

Jika betul, dari mana datangnya duit berpuluh juta ringgit itu ? Kenapa isu ini tidak dijawab langsung ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 9:40 PM

Kat mana kelayakan seorang isteri pm gunakan jet kerajaan, protokol sebagai isteri pm adalah protokol untuk mengiringi pm bukan protokol untuk kegunaan diri sendiri jika pm tak pergi maka protokol tersebut tidak terpakai.

Rizal mansor jangan cuba nak memperbodohkan rakyat cubaan tersebut hanya menampakkan kebodohan diri sendiri malah menambah benci rakyat pada pm laki bini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 10:43 PM

Cepat je si pemakan dedak rizal mansor jawab bagi pihak kak ros...tapi kenapa isu jet sebelum ini dia hanya jadi bisu?

Kononnya anak kak ros pun ikut...jadi itu protokol apa pulak? Esok kitorang nak dengar jawapan hang rizal..kalau hang diam...memang terbukti hang semua bangsat...itu je

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
June 9, 2016 at 11:20 PM

Sebenarnya rizal dh dijadikan kambing hitam oleh rosmah. Terpaksalah si rizal tu usaha tutup kesalahgunaan ini. Rosmah tu tamak. Semua dia nk sebab prasan lebih prempuan penting tp sbnarnya dia hanya melukut tepi gantang yg cuba ambik kesempatan atas kuasa lakinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 11:48 PM

Hah.. orang umno tak letih ke dengan isu najib rosmah ni. Aku dulu ada juga simpati ngan kak mah ni.

Tp macam suaminya jugak.. muka tembok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2016 at 11:57 PM

dari segi protokol, semua isteri pembesar lebih besar pangkatnya daripada suaminya. daripada isteri bos yang kecil sampai la big bos. isteri akan jadi lebih bos daripada suami. kalu idak diadunya pada suami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 12:10 AM

Untuk pengetahuan awam Singapura yg ekonomi nya jauh lebih
baik dari Malaysia tidak ada protokol naik jet kerajaan bagi
Presiden atau PM nya...inikan pula isteri-isteri nya.

Tidak ada kes kes yg melibatkan pemborosan wang kerajaan besar2ran.
Mereka amat cermat dan bijak mengendalikan wang negara.Jarang sekali
pengkhidmat kerajaan makan rasuah. Rasuah di-lihat dan di-kategorikan
sebagai sesuatu yg amat jijik di-Singapura.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 3:32 AM

Rizal Mansor ni terlampau bodoh kerana bandingkan 'Protokol' Raja Permaisuri Agong dengan isteri seorang Perdana Menteri.

Rosmah Mansor hanyalah isteri kepada Perdana Menteri dan mana2 isteri kepada Perdana Menteri tidak di klasifikasikan sebagai satu jawatan dalam kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan (dalam bahasa mudah tiada jawatan maka tiada saraan pendapatan).

Manakala Raja Permaisuri Agong merupakan satu jawatan yang diktiraf mengikut Perlembagaan Persekutuan rujuk undang undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) saraan elaun bulanan sebagai Raja Permaisuri Agong.

Malah setelah tidak lagi menjadi Raja Permaisuri Agong mengikut undang undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun Elaun Diraja 1982 pindaan 2006) mantan Raja Permaisuri Agong tetap mendapat Elaun Pesara setiap bulan selama se umur hidup (dalam bahasa mudah bayaran pencen).

Rosmah Mansor ada kaa ?.

Jika tiada dimanakah terletaknya 'Protokol' Rosmah ?... pada namanya nya kah.. atau pada egonya ?..

Bro din turtle boleh tolong jawab

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2016 at 5:16 AM

@AnonymousTerimakasih di atas penjelasan ...

Kalau bukan pada ego yang tidak mengenal batasan, pasti pada rambutnya !

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2016 at 6:36 AM

Hehe....baguihhh.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 11:24 AM

Kos jet je habis sampai PULUHAN JUTA RINGGIT!!!

tapi rakyat dicekik dengan GST, income tax, cukai pintu dsb! lambat bayar terus kena kompaun...banyak cantik punya pemimpin!

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2016 at 12:17 PM

Sebab itu Najib memerlukan bajet yang besar untuk JPM. supaya senang nak belanja dan bayar bermacam macam perbelanjaan.
Dan juga Rosmah tidak akan menggunakan pesawat komersial kerana TANDAS dalam pesawat tu terlalu kecil untuk nya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 2:07 PM

Bukan tandas aka kecik tapi bumbung juga rendah untuk menampung rambut dan egonya yang teramat2 tinggi sehingga dirasakannya dapat mencapai langit.Sebab tu rumput dibumi dipijak2 dilenyek2 sampai lunyai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 3:46 PM

Bottomline, siapakah pegawai kerajaan yang 'sign off' untuk meluluskan supaya jet tersebut disediakan untuk kegunaan Rosmah? Tanpa kelulusan pegawai tersebut, the jet would not have left the hangar!
Kalaulah semua penjawat awam berpangkat tinggi menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan amanah, Najib dah lama terpaksa melepaskan kuasa sebab tak berjaya menyorokkan salah lakunya. Dan rakyat tak payah tanggung beban akibat karenah isteri dan anak-beranak Najib.
We must hold these senior government servants accountable for their complicity that has enabled Najib to remain as PM this long. They don't have much time to do the right thing for the nation and its people. Once the other countries commence prosecution of the illegal money transfers involving our government companies, it would all be too late to deny being accomplices to what could be the biggest scam in the world. Then, these people will have no where to hide, and only god may have mercy on them.

Kembang setaman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 4:30 PM

Berpuluh puluh beg dibawa masuk ke dalam kapaterbang apa citer rosmah????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 7:34 PM

kononnya beg itu itu kostum..

ada 7 anak kapal dan 13 penumpang..

jeng jeng jeng...rizal mansor tak berani nak dedah siapa 12 penumpang yang lain..

nampak tak bagaimana bangsatnya mereka yang terus-terusan MAKAN WANG NEGARA yang bukan milik mereka..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2016 at 1:32 AM

Big Mama n family perlu guna beg banyak2 pegi Istanbul nak bawak apa... Durian? Harumanis? Lemang? Dodol? Kuih Raya?


'Operasi Pindah' bawak keluar 'segment-by-segment' semua "harta2 rompakan" dah bermula kot?


'Situasi Dalam Negeri' dah "tak berapa selamat" kot?


Maklumla kan...Mahkamah di "Temasik" kan dah nak start 'proceeding' kes '1 Malaysia Dalam Bahaya' ni...


Ntah2 keluarga "Raja Duit" ni dah standby nak lari kot???

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2016 at 5:27 AM

Lintah darat punya Peminpin

Post a Comment