........... Isu RM12 Juta Wang Tebusan - Perlukah Abu Sayyaf Buat Surat Sumpah Kata Terima Kurang RM3.2 Juta ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu RM12 Juta Wang Tebusan - Perlukah Abu Sayyaf Buat Surat Sumpah Kata Terima Kurang RM3.2 Juta ?

Tuesday, June 21, 201611comments

Mkini
Seperti yang diduga, isu wang RM12 juta wang tebusan Abu Sayyaf memang menarik. Sebelum ini cerita tergantung selepas Zahid kata duit itu diberikan kepada badan 'agama' di Filipina bagi tujuan kebajikan. Duit itu tidak dibayar sebagai wang tebusan kerana kerajaan tidak iktiraf peras ugut sebegitu. ( KLiK )

Pagi semalam, KBAB cuba menutup kes ini dari berpanjangan dengan kenyataannya -

"Pasal apa pula kita nak buat inkuiri, saya dah jelaskan apa jadi dengan duit itu.

"Tak ada sebab untuk kita buat apa-apa inkuiri kerana kita (polis) tidak terlibat,"

"Saya tak tahu, tapi polis tidak akan menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit itu. - Mkini.

Pendek kata, KBAB kata Polis tahu pergerakan wang itu tapi tidak ada keperluan nak siasat lebih lanjut. Kes tutup.

Bunyi macam KBAB menggunakan authoritynya untuk tutup kes supaya kes ini tidak lagi menjadi bualan rakyat. Yalah, kalau pihak yang berkuasa menyiasat kata mereka tidak mahu siasat, rakyat nak kata apa lagi dah ? Sampai sudah kita tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada duit itu.

Zahid pula tidak akan dedahkan nama badan amal yang terima duit itu ..... kononnya.

So ...... ke mana kita ? Takkan wartawan pula nak pi tanya Abu Sayyaf apakah benar mereka lepaskan rakyat Malaysia yang diculik itu tanpa sebarang pembayaran wang tebusan ! Tak pasal2 wartawan pula kena culik hahahaha ...

Rupa2nya perkembangan paling menarik, yang tidak disangka2 berlaku malam sebelumnya iaitu pada 19 Jun jam 9:30 malam ( mengikut waktu artikel dikeluarkan )

Manila Times Online

Ada dilapor oleh Mkini tengahari semalam - Abu Sayyaf hanya terima wang tebusan RM8.8 juta ?

Kumpulan militan, Abu Sayyaf didakwa hanya menerima hanya P100 juta atau RM8.8 juta sahaja sebagai bayaran tebusan bagi membebaskan empat mangsa culik dari Sarawak, walaupun laporan sebelum ini menyebut sebanyak P130 juta (RM12 juta) akan dibayar sebagai wang tebusan, lapor Manila Times, semalam.

Pulak dah ..... Penculik pula keluarkan kenyataan beritahu jumlah yang mereka terima sebagai wang tebusan !  Hahahahaha ......

Ayat dari Manila Times ini pasti buat Zahid tak lena tidur -

According to two highly placed senior Philippine government officials, the payment of ransom was confirmed by Malaysian Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi.


Tapi Zahid cakap tidak ada wang tebusan diberikan ? Wang yang asalnya diniatkan sebagai tebusan telah ditukar status oleh pihak tertentu kepada wang derma. Ia tidak dibayar atau diderma kepada Abu Sayyaf tapi kepada badan amal di Filipina.

Kemudian pengakuan dari pihak penculik pula kata jumlah yang mereka terima kurang RM3.2 juta !

Fuuuuh .... menarik ni ! Kalau SPRM nak siasat, apakah pegawai SPRM kena interview Abu Sayyaf dan apakah mungkin wakil Abu Sayyaf akan dipanggil jadi saksi di mahkamah jika ada kes untuk didakwa ?

Apakah Zahid berani tuduh kumpulan Abu Sayyaf menipu ?

Oya, apakah KBAB tahu mengenai pendedahan dari Abu Sayyaf ini sebelum keluarkan kenyataan pagi semalam ?


Berita ini tambah membebankan Zahid nak menjawab .... atau nak pertahankan kenyataan awalnya. Bukan rakyat Malaysia je yang tertanya2, kini kumpulan Abu Sayyaf pun ikut sama tertanya2 ! Kemana perginya baki RM3.2 juta wang tebusan yang diserahkan oleh wakil keluarga yang diculik ?


Mkini

Media cuma melaporkan saja kenyataan2 yang dikeluarkan. Contohnya artikel ini, dari awal kita petik kenyataan2 yang dikeluarkan untuk dijadikan satu artikel. Apakah melalui kenyataan mereka telah menimbulkan kesedaran kepada pembaca ? Kesedaran apa ?

Ada atau tidak ada wang tebusan dibayar ? Jika ada, berapa banyak ? Benarkah dakwaan pihak penculik ( erk! ) yang mereka terima cuma RM8.8 juta saja , yakni kurang RM3.2 juta dari jumlah yang diserahkan oleh keluarga mangsa ? 

Errr .... pihak Abu Sayyaf tak nak buat Surat Sumpah ke ?

Kita nantikan episod seterusnya .....

PS - Nasihat saya kepada Zahid sama saja seperti sebelum ini - Ikut cara Najib kalau ada benda yang nak disorokkan iaitu OSAkan kes ini !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2016 at 12:50 AM

kerjaan Malaysia kelakor.. dulu aku tak percaya kerajaan Najib sanggup bunuh orang untuk tutup sesuatu kesalahan.

tapi nampaknya dari cerita2 semasa. pandangan aku macam nak berubah dah

ada kemungkinan nampak macam dia sanggup buat apa saja untuk popular dan tutup kesalahan.

tapi harap ini hanyalah sangkaan buruk aku saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2016 at 2:16 AM

Teka teki yang timbul ini akan menjadi satu rumusan kepada rakyat seolah olah pihak berkuasa Malaysia dan Filipina korup serta bersubahat dalam membantu kegiatan jenayah antarabangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2016 at 9:13 AM

kalu pm dok pakai kondom dan biarkan berlalu tanpa jawapan, tpm pulak suka buka mulut, tapi kosong kosong kosong, tin kosong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2016 at 10:02 AM

kadang aku pelik gak dengan pak din dan macai macai dia, ingat nak lepas tebusan macam nak keluarkan anak kucing dari longkang ke? otak sume cam baral dan bangang, mestilah pakai orang tengah, orang tengah pun mesti makan skit, nak redah hutan dan gunung senang ke, hangpa ade kebun durian nak redah ambil buah durian jatuh di kebun pun takut, biasa lah benda benda ni, seolah olah semua buat free je, oi pak din mane ade barang free la ni semua kena bayor tau, berapa banyak kerajaan lepaskan tebusan semua kena bayor, amerika pun bayor setiap kali rakyat dia kena culik tapi tak cerita kat orang, aku rasa lepas ni kerajaan tak payah tolong mangsa yang kena culik, lantok pi ke depa nak buat cam ne, lagi satu benda ni rahsia tak kan nak cerita bangang betul lah hangpa ni. lain lah kalau presiden indonesia najib boleh talipon terus tak payah bayor ape ape, tengok hebat tak najib, bangga aku dengan najib ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2016 at 2:46 PM

"Aaiiik !!! penyamun pun kena samun ???"
Arwah TS P Ramlee dah mcm tau apa nak jadi dgn orang melayu !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2016 at 2:49 PM

Turn Zahid nak di sembelih Najib. Tanduk Najib makin besar sekarang.
Masa PRK, masa tu jugak lah duit hilang.
KBAB tutup kes. Integriti Zahir tercalar teruk. The other side, Muhyidin di fitnah.
Paling ketara, masyarakat dalam dan luar negara sinis memandang Pentadbiran Najib lebih lanun dari lanun Abu Sayyaf.
"Bapak borek anak rintik".
"Kepimpinan Melalui Tauladan"
Virus cash is king semakin membarah dalm pentadbiran Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2016 at 8:51 PM

@Anonymous

fakta salah.. bukan kerajaan bayor keluarga mangsa bayor. mungkuk betul

kerajaan orang tengah. (ORANG TENGAH BIASANYA MAKAN DUIT DULU :)

kat sini mmg tak ada masalah

tapi bila keluarga bayar 12 juta .. tapi abu sayaf kata cuma terima 8 juta.

kat sini ada masalah.

OK rahsia. aku stuju pasal rahsia untuk keselamatan magsa dan negara. tapi benda dah terdedah kat mana rahsianya ???

duit lebih nya mana. tu je. APA YANG SUSAH SANGAT NAK JAWAB

sama la macam persoalan duit 1mdb dan akaun najib ?

APA YANG SUSAH SANGAT NAK JAWAB.

Sudah sudah la tu nak cerita bohong

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2016 at 12:38 AM

makin berat rakyat malaysia ni..... semua benda dia nak tau....lantak pilah berapa pun JUMLAH yg kena bayor...tak payah amik tau ler weiiiii...... ni semua nak tau...last2 besok sampai orng beranak ramai pun depa nak Tanya apasal tak kawal..bila orng tu jawab susah nak kawal...kalau kawal pun ada kos......yg tu pun depa akan Tanya kos apanyer nak kawal Dari beranak ramai..mati2 nak tau..... akhirnya terpaksa juga ngaku....KOS BELI KONDOM..... SIAL LAH KORANG NI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2016 at 5:42 AM

Bayar guna orang tengah kaa orang tepi kaa depan belakang kaa itu bukan isu masalah nya keluarga mangsa menyatakan wang 12 juta serah pada pdrm malah zahid sendiri akui secara terbuka pdrm terima duit 12 juta dan bayar pada pertubuhan2 di filipina, maka kepada anom mangkuk hayun pencacai najib bahawa pdrm telah melakukan satu kesalahan mengikut akta perundangan negara dimana menyatakan pihak berkuasa pdrm tidak boleh tunduk membayar apa2 bentuk wang tebusan kepada pihak penculik, kesalahan itu jelas, noktah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2016 at 11:43 AM

AKU lagi pelik dengan kau anon june 21 10:02 am

nampak sangat kau ni macai pemakan dedak haram najip.

mentaliti pemakan dedak haram najip ni memang camtu..duit pelincir = upah sbg orang tengah.
bila orang cakap itu rasuah. dia ubah pulak jadi 'derma'.

lagi satu, perangai pemakan dedak haram najip ni bodoh lagi munafik. tak tepati janji. janji bayar 12juta. tapi penjahat hanya dapat 8.8juta.

tak terfikir ke penjahat akan lebih marah jika 'duit yang sepatutnya mereka dapat' dah dilanun oleh orang tengah? apa akibatnya? berlaku lagi penculikan...hah..sekarang suruh orang tengah yang kononnya dah makan sikit tu pergi settle kan...amacam?


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2016 at 11:41 PM

@Anonymous

Apa yang nko mengarut ni bai.

Sebahagian besar duit 12 juta tu datang dari derma orang ramai lah ngok memang lah orang nak tau duit tu pergi kemana siapa penghantar siapa penerima apatah lagi bila tau duit tu short bukan sikit punya short 3.2 juta, nko tak nak amik tau bila bini nko mengandung kaa bila anak nko beranak kaa itu nko punya masalah lantak nko lah siapa pun tak pedulik.

Post a Comment