........... Isu RM12 Juta Wang Tebusan - Pening ke Zahid ? Ikut Cara Najib - OSAkan Saja Kes ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu RM12 Juta Wang Tebusan - Pening ke Zahid ? Ikut Cara Najib - OSAkan Saja Kes !

Friday, June 17, 201612comments

Mkini
Seronok juga layan kes RM12 juta wang tebusan ni .....  Bukan apa, sekali baca jer alasan yang diberikan oleh Zahid, kita akan segera tercium bau satu isu panas yang bakal menjadi lebih panas dalam waktu terdekat. Satu lagi yang buat kes ini menarik adalah, ia ada bau2 bacang dengan alasan derma Pak Arab Najib, iaitu - TAK MASUK AKAL !

Secara ringkasnya, keluarga mangsa culik telah membuat rayuan bantuan kepada umum melalui FB dan jumlah yang terkumpul sebanyak RM12 juta datangnya dari membabitkan sumbangan individu dan orang ramai sebanyak RM9 juta, pemberian syarikat perkapalan tempat mangsa bekerja sebanyak RM2 juta dan RM1 juta lagi hasil pajak gadai dua rumah keluarga mangsa di Pulau Li Hua, Sibu. ( Mkini 15/6 )

Pengakuan Lau itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tiada wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Khalid sebelum ini dilapor berkata keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran.

Esoknya Zahid berkata - “Ada pihak mengatakan pembayaran telah dilakukan, jadi saya ingin sebutkan dalam rundingan yang dilakukan oleh polis dan kumpulan penculik, tiada bayaran dibuat dan tiada bayaran dijanjikan untuk membebaskan mangsa culik.

“Jadi tuduhan bahawa bayaran tertentu telah dibuat, itu bukan dalam bidang kuasa pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewakili kerajaan Malaysia,”

 Kemudian diikuti laporan ini -

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan wang RM12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina bukan wang tebusan. 

Sebaliknya, beliau berkata, wang itu disalurkan kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah dan kebajikan di negara itu.

"Memang kita tidak bayar sebarang wang tebusan kepada kumpulan penculik, wang RM12 juta hasil kutipan orang ramai dan jualan hartanah serta aset oleh keluarga itu diberikan kepada pihak polis bukan sebagai wang tebusan. 

"Ini kerana kerajaan memutuskan tidak ada sebarang wang tebusan yang dibayar dan pihak polis mematuhi arahan itu, kita tidak mengiktiraf kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan,"

Beliau bagaimanapun, enggan menamakan badan berkenaan dan mengesahkan badan itu juga tiada kaitan dengan kegiatan jenayah dan keganasan. ( Hmetro )


Seperti juga kes 2.6 bilion Najib, bila Zahid tidak mahu menamakan badan dari Filipina yang menerima derma RM12 juta itu maka secara otomatis kita tidak boleh buat pengesahan.

- Tapi duit RM12 juta itu wujud. 

- Pihak Polis terima duit itu.

- Dan ADA PIHAK yang terima duit itu.

Kalau Zahid terus saja beritahu wang itu telah dibayar kepada kumpulan Abu Sayyaf sebagai tebusan, akal kita boleh terima. Memang logiklah.

Masalahnya bukan menjadi polisi kerajaan dan Pihak berkuasa untuk tunduk kepada peras ugut ( tebusan ). Jadi masalah lain pula timbul kalau diberi jawapan itu. Dan ia bakal menyemarakkan lagi kes culik kerana diketahui pihak berkuasa kita mudah tunduk kepada ugutan.

Kenapa keluarga mangsa dedahkan tentang duit RM12 juta itu ? Andaian saya, bila kerajaan kata tidak ada wang tebusa dibayar, ini menimbulkan masalah kepada keluarga mangsa kerana wang itu adalah hasil sumbangan orang ramai. Mana pergi wang itu kalau tidak ada tebusan dibayar ? Satu hal pula nak kena jawab atau bakal dituduh tidak amanah.

So keluarga mangsa dedahkan ......  dan pihak Polis tersepit nak jawab. 

Tambah menyulitkan keadaan bila Zahid beri alasan yang ..... apa ya ... susah hendak diterima akal.

Pelbagai persoalan timbul -

- Jika wang itu didermakan kepada sesiapa sekalipun sebagai syarat pelepasan mangsa, ia tetap dikira sebagai wang tebusan. 

- Apakah jika wang itu tidak didermakan kepada pihak yang disebut, mangsa2 culik akan tetap dibebaskan juga ?

- Jika begitu, kenapa Polis ambil juga wang RM12 juta itu ? Jika sudah diambil, kenapa tidak dipulangkan saja kepada keluarga mangsa selepas ianya tidak dijadikan wang tebusan ?


Bagi saya apa nama badan ugama di Filipina itu bukan isu kerana persoalan pokok di sini adalah, apa hak kerajaan / Polis untuk gunakan wang itu ( bagi tujuan derma ) jika wang itu bukan wang tebusan ?

Saya percaya ini satu soalan logik yang ramai tertanya2 juga. Jika tidak dijawab, pasti timbul beberapa persepsi nakal yang bakal memberi imej negatif kepada pihak keselamatan kita.

Yang saya hairan tu, apakah Zahid tidak terfikir akan persoalan2 susulan yang bakal ditanya rakyat SEBELUM beliau keluarkan kenyataan di atas ?

Apakah Zahid yakin yang rakyat akan terima jawapan yang sebegitu longgar tanpa sebarang pertanyaan ?

Ginilah, apakata Zahid ikut cara Najib bila dah tak boleh nak jawab tapi tidak mahu rakyat tahu cerita sebenar - OSA kan saja kes ini !

Kita ikuti perkembangan seterusnya .... menarik isu ni selepas tamat 2 PRK.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
June 17, 2016 at 4:45 AM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Tak lama lagi akan ada pulak satu Rang Undang-undang baru berkaitan isu derma dan wang tebusan ini akan digubal oleh AG untuk kelulusan Parlimen bagi menghalalkan perbutan itu oleh pihak berkuasa/Polis.
Tak payahlah rakyat bising-bising kerana segalanya akan dihalalkan oleh kerajaan Najib melalui undang-undang baru.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Kerajaan Najib semakin tertekan dgn pelbagai masalah baru selain isu 1MDB yg semerbak baunya ke saentero dunia.

Kita mungkin nampak anggota kerajaan Najib senang lenang, tapi hakikatnya mereka semakin SENAK dan SESAK NAFAS.
InsyaAllah, masa akan menentukan apa kesudahan nasib mereka....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 5:25 AM

Din..kat Utusan dah kuar kata duit tu didermakan...persoalannya..apa hak "polis" untuk dermakan wang itu jika tiada tebusan dibayar. Kenapa tidak dipulangkan semula wang sedangkan 1 juta dr duit tersebut merupakan hasil gadaian rumah keluarga mangsa. Kurang2 pulang lar semula supaya gadaian dpt ditebus. Ni duit dah lesap dan keluarga terpaksa mencari duit lain nak tebus rumah. Ini merupakan satu kerja yang sangat tidak beretika.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 5:35 AM

Din.
Itulah kenyataan menteri ASS CON.

Pusing putar alam macam boss dia juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 5:41 AM

Jadi mana duit itu?

Derma kepada unknown charity kay filipin...Derma lagi?

Tapi kan..duit itu dikumpul oleh orang2 untuk bayar tebusan..

Jadi apakejadahnya korang pandai2 pegi derma pulak?

Sebab tebusan dah bebas lebih awal..

Habis tu...apasal tak derma ke charity Malaysia saja?

Tak boleh...nanti abu sayyaf marah.

Aikkk..kononnya tak bayar apa2 untuk dapat balik tebusan?

Errr...errr

Ya Allah...mengapa negara ini dapat pemimpin2 yang amat bo*oh..penip*..dan ban*sat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 8:44 AM

Presiden umno borek, timbalan presiden umno rintek

Isu sama DONATION

Presiden umno terima, bising2.... pulang balik ke penderma putera raja konon... melayu islam terima alkisah ini

Timbalan presiden umno kata polis terima tapi didermakan pada pertubuhan kebajikan islam filipina konon.... melayu islam percaya .....

Patutlah melayu tak suka dan malas berfikir....sebab presiden dan timbalan presiden umno telah BERFIKIR UNTUK MEREKA...

Sedih.....bangsaku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 9:03 AM

Zahid Komidi, he is a comedian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 9:38 AM

Baru nk minta mn2 bloggers utk ulas bab ni. Saya mmg speechless, saya harap keluarga mangsa berusaha kedepan utk menyaman kerajaan Malaysia kerana menyalah gunakan wang yg dikumpul utk tebusan keluarga mangsa. Saya harap mereka meminta ganti rugi. dan kepada mn2 individu yg menderma kepada keluarga mangsa utk tebusan tampil utk menuntut balik wang tersebut dibawa pulang ke Malaysia. klu persatuan yg ada di sana saya rasa persatuan kak rossy jeto saje kot. zahid sila dedahkn transaksi & maklumat duit itu disalurkan ke mn. itu duit rakyat & keluarga mangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 9:40 AM

Zahid bila buka mulut, kita akan dengar bunyi tin kosong dipalu. Kosong kosong kosong. Dari syiah sampai la sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 9:54 AM

anon 5:41,
"Ya Allah...mengapa negara ini dapat pemimpin2 yang amat bo*oh..penip*..dan ban*sat?'

lain kali pangkah lagi bn, dapat pemimpin low quality

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 10:17 AM

BAYANGKAN...

wang itu untuk bayar tebusan. tapi didermakan. yang peliknya, tebusan dah bebas 2hari sebelum itu. mengapa tak kembalikan saja wang tersebut?

mengapa didermakan? zahit pasti ke penerima derma itu bukan geng abu sayap? atau penerima derma itu pulak akan diserbu oleh abu sayap? tak fikir semua tu ke?

lagi pelik, ada lagi 4orang diculik baru2 ni...nak derma lagi ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 11:40 AM

binawe betul puak2 nieh... kencing rakyat hari2... x ingat kubur ka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2016 at 12:08 AM

Apabila zahid sebagai timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri menyatakan wang 12 juta didermakan kepada badan bebas filipina ianya telah mengesahkan kerajaan malaysia turut terlibat secara langsung dalam menaja satu kumpulan penculikan antarabangsa salah satu dari cabang kegiatan ancaman pengganas yang diharamkan oleh undang undang antarabangsa natijah dari perakuan zahid bakal membuatkan malaysia menerima tekanan dari badan dunia.

Post a Comment