........... IPIC Tuntut RM26 Bil Hutang 1MDB - Apakah Ini Jaminan Najib Konon Isu 1MDB Akan Selesai Akhir 2015 ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

IPIC Tuntut RM26 Bil Hutang 1MDB - Apakah Ini Jaminan Najib Konon Isu 1MDB Akan Selesai Akhir 2015 ?

Wednesday, June 15, 20165comments

Mkini

Berita gempar semalam dan masih hangat diperkatakan - IPIC heret 1MDB dan Kerajaan Malaysia ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London menuntut USD6.5 bilion !

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.



Kalau ikut kadar tukaran wang x 4, jadi RM26 bilion ! !

Tu dia ...... Siapa kata 1MDB dah settle hutang ? Lebih setengah daripada jumlah hutang 1MDB tuh... padahal IPP semua dah jual. So, apa lagi nak jual untuk bayar hutang RM26 bilion ni ?

Ingat saya pernah tulis sebelum ni, kalau nak tahu berapa banyak kerugian, jual semua aset yang ada dan gunakan hasil jualan itu untuk bayar hutang dan kalau masih ada hutang lagi, itu RUGI lah namanya !

Tapi kan .... kan ada lagi Just Unit ? Kemudian ada pelaburan dalam GIL apakebendanamanya tu  ? Well, inilah masanya nak tebus semua tu, dan gunakan duit itu ( kalau benar semua benda tu ada nilai ) untuk bayar hutang IPIC.

Tak malu ke 1MDB sampai IPIC terpaksa bawa kes ke mahkamah antarabangsa sebab nak kutip balik hutangnya dari 1MDB ? Ni satu dunia tahu ni.... dan satu dunia memantau perkembangan kes ini.

Orang bila dah bawa kes ke mahkamah, itu menunjukkan orang itu serius, dan mereka punya hujah atau alasan yang kukuh. Dan itu juga menunjukkan yang orang itu dah fed-up nak berbincang lagi.

Faktanya, memang 1MDB berhutang USD6.5 bilion melalui pinjaman bon Goldman Sachs. USD3.5 bilion dijamin oleh Aabar/IPIC dan USD3 bilion lagi juga melalui Goldman Sachs kononnya sebagai modal permulaan usahasama untuk Abudhabi Malaysia Investment Co Ltd ( ADMIC ) bagi projek TRX.

Ikut perjanjian Aset Swap yang heboh dijaja oleh Najib dan 1MDB sebelum ini, IPIC akan ambilalih/tolong bayarkan dulu semua hutang itu serta bunga2nya dan 1MDB akan settlekan semuanya selepas setahun ... iaitu pada bulan ini.  Dan perjanjian itu adalah antara IPIC dengan 1MDB DAN Kerajaan Malaysia.

Nah, tak pasal2 hubungan akrab yang selama ini terjalin antara kerajaan Malaysia dengan Abu Dhabi telah dicemari dek skandal 1MDB !

Ini satu lagi kesan sampingan ( collateral damage ) akibat 1MDB yang tidak melibatkan wang ringgit tapi membawa kesan yang amat negatif kepada nama baik negara.

Apa faedahnya 1MDB ini kepada negara dan rakyat Malaysia ? Untung tarak, hutang keliling pinggang, aset negara tergadai, nama negara busuk ......  semuanya sebab Najib, 1MDB dan Jho Low.

1MDB adalah HAMPEH ! Ini juga satu fakta yang tidak dapat disangkalkan oleh sesiapapun. Tapi Umno masih nak pertahankan, tak ke bodoh namanya ?

Umno yang tak terlibat apapun terpaksa diheret sama gara2 tindakan Najib. Hancur nama baik dan legasi cemerlangnya dek kebodohan kepimpinan Umno yang merelakan nama parti juga kerajaan dipalitkan dengan skandal 1MDB.

Apa hasilnya yang Umno dapat melalui 1MDB yang begitu bersungguh sangat nak pertahankan ?


Bharian 14/6/2015

Najib beri JAMINAN isu 1MDB akan selesai sebelum akhir tahun 2015 !

Ada Najib tampil memohon maaf kerana tidak mampu tunaikan jaminannya kepada rakyat Malaysia ?

PS - Pernah tak terfikir di peringkat awal lagi, kenapa perlu 1MDB minta IPIC jadi penjamin kepada pinjaman Goldman Sachs ? Kenapa tidak kerajaan Malaysia saja yang jadi penjamin ?

Tak pasal2 kena bayar depositlah, bayar Option lah .... dah lah perjanjian itu semua tidak masuk akal !  Kalau kerajaan jadi penjamin, satu sen pun 1MDB tak perlu bayar kos.

Fikirlah .....MESTI ADA SEBAB kenapa jalan bodoh itu yang dipilih. 

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2016 at 10:15 PM

Jalan bodoh itu dipilih oleh Keluarga PeeEMMM yang paling rakus lagi bodoh yang teramat... Rakyat Malaysia wajib bersegera dalam menyelamat negara daripada terus diperguna oleh manusia paling siaalll dalam sejarah Malaysia. Ingatkan Nuar Juboo dah terabis sialan, rupanya ada yang lebih lagi pembawakan sialnya.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2016 at 10:21 PM

Najib mesti didakwa dan dihukum..

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2016 at 1:07 AM

1MDB
Satu Malaysia Di Bodohkan
Najib dan kunci-kuncunya anggap seluruh rakyat senang di bodoh -bodohkan dan hanya mengikut telunjuk dan patuh pada kerajaan walaupun mereka membuat berbagai bagai kemungkaran dan kehancuran terhadap Negara ini...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2016 at 3:58 AM

Tunggu bro din turtle pemakan dedak Grade'E' masuk pertahankan najib & 1mdb pemakan dedak Grade'A' hingga 'D' tak berani dah mau backup najib berkenaan 1mdb cuma tinggal pemakan dedak yang bangang Grade'E' saja duk berlegar di ruang siber jenis bodoh tak boleh diajar.

Sudah terang lagi bersuluh skandal 1mdb telah merosakkan nama negara diseluruh dunia sungguh memalukan hingga rakyat Malaysia turut sama menanggung malu sudahlah malu menanggung rugi pula, dengan skandal yang sebegini besar masih ada lagi manusia bangang mau mempertahankan najib serta menyalahkan pihak lain termasuk menyalahkan Tun M, pembangang yang dayus ini tak ubah seperti merelakan anak bini di rogol depan mata ptuiii betul betul tak guna punya manusia lebih baik jadi kambing saja.

....................
Reply To This Comment ...................
NajibPelaq
June 18, 2016 at 6:26 PM

Jual Rosmah. Timbang kati.. berat tuu

Post a Comment