........... Berani Kerana Benar dan Takut Kerana Salah - Zahid Menyindir Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Berani Kerana Benar dan Takut Kerana Salah - Zahid Menyindir Najib ?

Friday, June 17, 20169comments

Mkini






Ertinya kalau dia berani dia sangguplah berhadapan sama ada dengan media atau siapa sahaja yang mewakili individu yang dituduh oleh beliau. Berani kerana benar dan takut kerana salah!

“Jadi saya harap ini merupakan satu manifestasi bahawa orang yang dipanggil tokoh yang berani untuk kononnya mendedahkan satu penyelewengan, satu skandal dan sebagainya sebenarnya tidak ada keberanian kerana tidak berani menghadapi individu itu,” kata Zahid.



Kenyataan Zahid di atas ditujukan kepada Rafizi tapi ia juga harus dibaca sebagai satu pendirian umum, yakni terpakai kepada semua orang dan apa jua situasi.  - Berani kerana benar dan takut kerana salah.

So ...... apakah mungkin Zahid secara halus juga sedang menyindir bosnya Najib ?

Bila kali terakhir Najib berdepan dengan wartawan secara terbuka di mana wartawan bebas untuk bertanya soalan mengenai 1MDB dan 2.6 bilion secara spontan ? 

Mana ada ! Sejak timbul kes 1MDB lebih2 lagi isu 2.6 bilion, Najib dilihat MENGELAK dari bertemu dan menjawab soalan wartawan secara bebas.

Bukan saja wartawan, malah Najib juga TAKUT untuk berdepan dengan ahli2 parlimen mengenai isu2 sama di mana kesemua jawapan2 berkaitan isu2 1MDB dan 2.6 bilion diberikan dalam bentuk Jawapan Bertulis ! Itu pun banyak soalan2 yang dikemukakan telah ditolak atas pelbagai alasan.

Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah ?

Siapa boleh lupa peristiwa memalukan majlis Nothing To Hide tahun lepas di mana Najib mengelak dari hadir bila Tun Mahathir turut sama hadir untuk mendapatkan penjelasan dari Najib mengenai isu 1MDB ! 

Tidak lama selepas itu, Najib juga MENGELAK dari berdepan dengan para perwakilan IACC iaitu satu Majlis Anti Rasuah Antarabangsa di mana Malaysia menjadi tuanrumah. Bayangkan, kita sebagai tuanrumah tapi Najib mengelak dari berucap dan berdepan dengan para jemputan !

Berani kerana Benar,dan Takut kerana Salah ?

Bagaimana dengan beberapa saman yang dikemukakan oleh Tun Mahathir, Datuk Khairuddin dan Puan Anina terhadap Najib dalam kes 1MDB dan 2.6 bilion ? Najib bersungguh2 mengelak dari perlu hadir menjawab dimahkamah dengan cara membuang kes atas alasan teknikal.

Jika cai2 Najib berikan alasan tidak perlu melayan kes2 saman itu, kenapa Najib sendiri mengelak menjawab secara sukarela dengan wartawan bebas ?

Pendek kata - Najib TAKUT untuk berdepan rakyat dan menjawab soalan2 berkaitan 1MDB dan RM2.6 bilion !

Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah ?

Datuk Khairuddin juga tidak pernah lupa dalam setiap ceramahnya walau di mana juga, untuk melontarkan cabaran kepada Najib supaya menyamannya atas dakwaan dirinya yang sering membuat pelbagai tuduhan2 berani ke atas Najib berkaitan isu2 sama.

" Saya cabar DS Najib untuk menyaman saya .... " 

Begitu juga dengan Tun Mahathir yang tidak sabar mahu ke mahkamah bersama Najib di mana ketika itu, peguam masing2 bebas untuk bertanya apajua soalan. Penat menunggu di saman, maka Tun sendiri yang saman Najib !

Tun tidak mengelak tapi Tun MAHU ke mahkamah. Tapi Najib pula berusaha MENGELAK dari perlu ke mahkamah !

Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah ?

Dalam kes WSJ pula, satu dunia menanti ketibaan hari Selasa yang tak kunjung tiba untuk Najib saman WSJ.

Baru ini pengarang WSJ yang bertanggungjawab menulis artikel2 mengenai 1MDB dan 2.6 bilion telah mendapat anugerah 2016 Pertubuhan Penerbit Asia ( Sopa ) kerana pendedahannya mengenai isu2 berkaitan Najib itu !

Gila ah ..... bayangkan .... pendedahan skandal2 Najib mendapat Anugerah Antarabangsa !


Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah ?

Cuba sesiapa berikan walau satu contoh yang menunjukkan Najib Berani dalam mempertahankan Kebenarannya berdepan secara terbuka isu 1MDB dan 2.6 bilion supaya kita tidak lagi menganggap Najib sebenarnya Takut kerana Salah...

Sebab itulah maka rakyat Malaysia menaruh harapan kepada pengundi2 di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar agar dapat mewakili suara rakyat dalam memberi satu mesej kepada Najib bahawa rakyat menolak Najib.

Mengundi calon Parti Amanah tidak harus dilihat sebagai menyokong Parti Amanah dan perjuangannya. Anggaplah undi kepada Parti Amanah itu sebagai mesej kepada Najib bahawa rakyat menolak pemimpin yang PENAKUT.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 3:41 PM

Blog hang kena Block..

....................
Reply To This Comment ...................
June 17, 2016 at 3:46 PM

@Anonymousklik ke klon - dinturtleoriginal.blogspot.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 4:01 PM

Berani ambil duit, takut nak jawab soalan 'kenapa'. Antara sebab takut kerana selalu pakai kondom playsafe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 4:21 PM

kau pun apa kurangnya zahit...mana keberanian kau? nak tegur najip pun takut..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 4:59 PM

Najib memang berani cakap bohong tetapi takut bercakap benar.
Ni apa jenis spesis manusia? Tenguk muka pun dah tahu jenis
penipu...semoga kemungkaran beliau di-bayar tunai tidak lama lagi..
insya Allah...rakyat dah tunggu lama ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 7:25 PM

dia tengah menyindir najib la sebenarnya tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 7:38 PM

Mana ada najib takut..pahlawan bugis tu..darah pahlawan mana blh tak ada telor...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2016 at 7:47 PM

Din.

Itulah dia PAH...LANON BUGIS
Bukanlah PAH...LAWAN BUGIS

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2016 at 12:58 AM

Najib satu sen tak ada guna,,Blady Kacang putih punya PM

Post a Comment