........... Apakah Pengundi SB dan KK Tidak Kisah Negara Punya Pemimpin Rasuah Dan Songlap Wang ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah Pengundi SB dan KK Tidak Kisah Negara Punya Pemimpin Rasuah Dan Songlap Wang ?

Friday, June 10, 20164comments

Isiu dalam  PRK SG besar dan Kuala Kangsar ialah kepimpinan negara yang rasuah. lambang segala rasuah ialah 1MDB. 1MDB mendedahkan ada permuafakatan jahat antara PM Najib dengan budak suruhan nya Shahrol Azral, Jho Low dan lain2. 1MDB ialah moyang kepada cucu cicit rasuah.

Ianya pakatan jahat yang tidak Islamik. Sebab Quran kata kita berkerjasama untuk kebajikan dan perbuatan baik dan meningkatkan taqwa, bukan berkerjasama dan berpakat melakukan kejahatan. Lihat Al Quran 5:2

Jadi PAS  jangan hendak kelentong orang Melayu lagi. Cuba terangkan- tidakkah permuafakatan dengan UMNO ialah untuk melakukan kejahatan? DAP tidak ada kena mengena dengan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Ada pecah amanah, pemindahan wang secara haram, penipuan, cubaan untuk menyekat penyiasatan dan menyekat keadilan, penggunaan kuasa secara salah. Ianya bukan satu isiu sahaja tapi isiu yang mengandungi pelbagai salah laku dan pelanggaran undang2. Arkitek utama dalam skim penipuan ini ialah Najib Tun Razak.

Ini bukan kes zina yang memerlukan 4 saksi yang betul2 melihat persetubuhan sedang berlaku atau antan masuk lesung. Kalau kebarangkalian Najib melakukan itu lebih dari kebarangkalian tidak melakukan nya, Najib melakukan nya. Bukti salah laku pula ada dari seluruh dunia.

Haji Hadi dengan pemimpin PAS boleh terus hidup dalam awan kayangan memilih untuk berpihak kepada Najib. Mungkin Najib telah bayar mereka dalam pelbagai bentuk. Najib ialah cash is king punya orang. Dia selesai masaalah dengan memberi rasuah kepada trouble makers.

Orang Islam jenis apa yang memuliakan pencurian, pecah amanah, penipuan, pemindahan wang haram? Antum jangan ingat anta semua ustaz, ana semua akan ikut babi buta.

Isiu orang Melayu ialah bukanya DAP punca permasaalahan orang Melayu;  akan tetapi kita kena tanya, seperti Zaaba tanya dalam tahun 1927, kebuasan pemerintah daripada bangsa mereka sendiri keatas diri mereka sebagai punca musibah bangsa Melayu.

Kenapa setelah bertahun orang Melayu memerintah dan jadi penguasa, nasib orang Melayu belum dibaiki? Dari segi pendidikan mereka ketinggalan. Dari segi perniagaan mereka ketinggalan. Dari segi pendapatan, orang Melayu terkebelakang. Ini semua berlaku ketika negara kita diperintah oleh bangsa Melayu kita sendri. Pernah kita fikir perkara ini?

Yakni mengapa sementara kuasa berada dalam tangan orang Melayu, bangsa kita masih di belakang? Kepada saya, ertinya ialah penguasa Melayu tidak menolong bangsa kita sendiri dan kita sendiri tidak ada prinsip yang menyokong kemajuan yang sebenar.

Pemimpin Melayu rasuah dan orang Melayu pula lupa bahawa selagi kita tidak mengobah apa yang ada dalam dii kita, maka Allah tidak mengubah nasib bangsa Melayu. memuliakan kemungkaran dan kejahatan adalah perbuatan tidak Islamik.


KLiK dan Baca seterusnya di blog baru -  SenapangSakti

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2016 at 7:28 PM

BARU je dengar berita nasional kat radio tadi..

bunyinya lebih kurang begini.. "wang rm500 kepada kakitangan awam untuk persediaan belanja Hari Raya..kerajaan dapat beri wang tersebut yang diperolehi daripada hasil GST"

saya amat terkejut mendengar berita itu..

1. apakah hanya kakitangan awam yang bayar GST?
2. adakah hanya kakitangan awam merupakan rakyat Malaysia?
3. dan yang paling utama...adakah semua kakitangan awam bergaji rendah?

duit GST sekali lagi telah disalahguna nampaknya...

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
June 10, 2016 at 9:31 PM

Aku nk tanya ni...apa isi ucapan dlm tiap syarahan parti amanah?? Tidakkah mereka sentuh sebagaimana yg din tulis ni??
Kalau betul diaorang amanah telah sampaikan dlm siri ceramahnya, maka andaikata bn masih menang..itu bermakna orang didua lokasi prk ini adalah keseluruhannya BODOH!

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2016 at 11:27 PM

Yang pasti kaki tangan awam di kedua lokasi PRK akan berpihak kepada BN sebab akan menerima RM500,cukup buat beli Baju Kurung Raya...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2016 at 3:53 PM

OII puan salwah abdat..ngko ingat sume gov staff tu makan dedak ker,..suka-suka hati je

Post a Comment