........... Untungnya Jadi Pengarah SRC ..... Nik Faisal Dan Suboh Hilang 10 Bulan Pun Masih Jadi Pengarah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Untungnya Jadi Pengarah SRC ..... Nik Faisal Dan Suboh Hilang 10 Bulan Pun Masih Jadi Pengarah !

Tuesday, May 31, 201612comments

Sedikit komen mengenai isu Pengesahan Goodstar Milik Jho Low seperti artikel terdahulu ( KLiK ). Bagi saya senang je nak settlekan, tak perlu nak dipanjangkan polemik sesuatu yang kita mampu selesaikan secara tepat dan cepat. Jika benar kerajaan dan Hasan mahu selesaikan, buat saja permohonan melalui AG minta pengesahan secara resmi dari kedua pihak berkuasa berkenaan. Senang kan ?

Bila terima jawapan resmi, tidak timbul lagi apakah status maklumat itu untuk risikan atau samada boleh atau tidak digunakan bagi tujuan sebaran umum.

Malahan saya tertanya pula, kenapa selepas hampir dua bulan Hasan menerima surat BNM itu dan setelah laporan Pac dibentangkan, tidak ada usaha untuk berbuat demikan ?

Begitu juga kes Aabar BVI yang dilaporkan oleh WSJ sebagai palsu dalam laporan mereka TAHUN LEPAS lagi. Kenapa tidak ada usaha langsung untuk mendapat kepastian dan pengesahan dari IPIC tentang laporan WSJ itu ? Bukannya susah pun dan tidak melibatkan kos langsung. 

Tapi seperti biasalah , apa saja berkaitan 1MDB semuanya pelik2. Langsung tidak ada kesungguhan untuk mendapatkan pengesahan dari pihak terlibat. Kenapa ek ?

                                             ********************************

Tak ramai yang nak komen satu artikel Mkini yang melaporkan jawapan bertulis Parlimen semalam berkaitan dua pengarah SRC yang cabut lari tahun lepas.


Mkini

Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh Md Yasin adalah masih pengarah firma SRC International,anak syarikat Kementerian Kewangan. - begitulah jawapan bertulis parlimen dari Kementerian Kewangan.

Kedua mereka cabut lari bila pihak SPRM cari untuk membantu siasatan dalam kes RM42 juta SRC yang masuk akaun peribadi Najib. Notis dikeluarkan oleh SPRM mengenai kehilangan mereka berdua pada bulan Ogos tahun lepas.

Tidak pula kita dengar pihak Polis dan AG membantu dalam misi mencari Nik Faisal dan Suboh  sepertimana bersungguhnya pihak berkuasa kita cuba mendapatkan waran interpol ke atas penerbit Sarawak Report. Atau kesungguhan sama juga kita tidak nampak sepertimana pihak Polis cuba mendapatkan kenyataan dari Xavier Justo. Mungkin pihak Polis ada alasan mereka cuma rakyat tidak tahu jer .....


Pada bulan Oktober tahun lepas, Najib jawab di Parlimen mengenai perkara yang sama -

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,"


Najib berkata demikian ketika menjawap soalan bertulis Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta penjelasan sama ada pelantikan kedua-dua pegawai kanan SRC itu akan ditamatkan kerana mereka enggan bekerjasama dengan SPRM.


"Justeru itu, persoalan mengenai kedudukan mereka sebagai ahli lembaga pengarah SRC adalah tidak timbul sama sekali," katanya. - Mkini.


Itu selepas hampir 3 bulan Nik Faisal dan Suboh cabut lari entah ke mana, mereka masih lagi mengekalkan jawatan pengarah dalam SRC. Difahamkan SPRM sudah bertemu mereka untuk disoalsiasat.

Kini selepas hampir 10 bulan, kita masih tidak tahu mereka berada di mana, sudah masuk pejabat atau tidak tapi telah disahkan oleh kerajaan yang mereka berdua masih lagi pengarah dalam SRC. Untungnya nasib badan ......

Tidak disebut apakah mereka sudah kembali ke tanahair dan masuk kerja semula di SRC, jadi kita anggap masih hilang la.

Sebagai rekod, kes SRC itu diarah tutup oleh AG atas alasan Najib tidak tahu menahu tentang kemasukan duit itu. Jadi kita tidak tahu sejauh mana penglibatan Nik Faisal dan Suboh mengikut kenyataan mereka, dalam kes SRC.

Yang kita tahu selain dari menjadi pengarah SRC,  Nik Faisal mempunyai kuasa perundangan berhubung akaun Najib dan Suboh pula dilaporkan adalah pemegang saham Gandingan Mentari, antara firma yang dikaitkan dalajejak aliran wang SRC International.

Penting tu hubungkait mereka dalam kes SRC kerana kalau mengikut laporan media, mereka berdua terlibat secara langsung.

Persoalan yang menjadi tandatanya rakyat adalah - Kenapa mereka cabut lari ? Di mana mereka sekarang ? Apakah tugas yang mereka lakukan selama 10 bulan untuk terus kekal sebagai pengarah SRC ? Dan bila mereka mahu tampil kembali ?

                                             *********************************

Artikel Mkini bertarikh 14 Mei lalu menyebut -


Mkini 14/5
Siasatan pihak berkuasa Singapura didakwa mendapati bahawa Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, meluluskan pemindahan AS$11.95 (RM48 juta) dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low - Tan Kim Loong.

Tan, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), adalah benefisiari asal syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, Tanore Finance, yang telah menghantar AS$681 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tanore Finance dilaporkan menerima dana, melalui perantara, dari syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, Aabar Investments PJS Limited di mana AS$3.5 bilion dana 1MDB didakwa dilencongkan.

Business Times Singapura melaporkan bahawa penemuan pihak Singapura itu terkandung dalam dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah Singapura pada hari Khamis sebagai sebahagian daripada pertuduhan ketujuh terhadap bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei.

Pertuduhan terbaru terhadap Yeo itu adalah kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan AS$11.95 juta dari SRC International kepada Affinity Equiti International Partners Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki Tan.

"Pemindahan dana kepada Affinity Equiti International Partners Ltd dilakukan melalui Pacific Harbour Global Growth Fund AA4 - dana yang SRC International Malaysia langgani.

"(Ia) diselia oleh Pengarah Eksekutif Kewangan 1MDB Terence Geh dan diberi kuasa oleh Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah urusan SRC International Sdn Bhd dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB, dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pendakwa raya Singapura mendedahkan," kata laporan itu.

'Surat ditandatangani Nik Faisal'

Business Times juga melaporkan bahawa antara dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah termasuk surat yang ditandatangani Nik Faisal bagi pihak SRC International Malaysia mengakui bahawa Pacific Harbor Global Growth Fund telah menyalurkan AS$11.95 juta kepada Affinity Equiti.

Kes SRC ini masih tergantung tanpa sebarang penjelasan walaupun AG arah tutup kes atas alasan Najib tidak tahu menahu. Duit tetap masuk akaun Najib. Belanja tetap belanja. Tapi kenapa dimasukkan tidak ada penjelasan. Apakah Najib berhak ke atas wang itu ? 

Jika tidak berhak, apakah sudah dipulangkan ? Kenapa SRC sendiri juga senyap ? Bukankah duit SRC dah hilang berpuluh juta ringgit ..... apakah itu bukan satu isu yang perlu diselesaikan ? Duit rakyat kan ?

Macam biasalah ..... asal berkaitan dengan 1MDb atau Najib, mesti pelik2 ! Hilang bila SPRM cari pun takde siapa yang berbunyi. Hilang 10 bulan pun masih jadi pengarah SRC. HEBAT !

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2016 at 2:53 AM

Di Malaysia saja 1MDB dan sekutunya adalah suci dan murni bersih seputih kapas. Tapi di luar sempadan Malaysia, dah ada beberapa orang yang ditangkap. Yang kena reman lebih 40 hari tak boleh jamin keluar pun ada. Dan yang paling dahsyat adalah sebuah bank yang punya sejarah lebih 140 tahun pun di arah tutup oleh pihak berkuasa Singapura dan Swiss.

Sampai bila la status 'suci murni bersih seputih kapas' 1MDB ni dapat dipertahankan oleh pihak2 yang ada kuasa di negara kita. Gabenor BNM yang baru pun dah mula tunjuk harapan palsu rakyat apabila mengatakan 1MDB yang dikenakan hukuman akibat langgar arahan dah pun bayar kompaun jadi BNM 'tutup kes' ala2 AG Apandi yang tutup kes derma kerana dikatakan najib dah bagi balik duit derma tu.

Kita pun jadi heran, sedangkan kita ni cuma rakyat marhaen saja tapi bila baca laporan dari luar negara yang lapor dan tuduh itu ini satu demi satu kesalahan yang bersangkutan dengan nama 1MDB, terus jadi termalu dan segan umpama nama kita pulak yang tercemar disebut dalam laporan tu. Tapi mereka-mereka yang betul2 ada kena mengena terutamanya pengerusi lembaga penasihat / menteri kewangan / perdana menteri yang menurunkan tandatangan pada kesemua dokumen arahan pindah keluar duit milik 1MDB tak terasa apa-apa pun.

Ramai dah rakyat Malaysia yang bila diluar negara ditanya orang tempatan sana "Are you Malaysian?". Terus dijawap "NO I from Singapore / Indonesia / Brunei". Malu nak mengaku rakyat Malaysia... Yang dia sorang tu, nama dah top satu dunia, tak terasa malu ka... kot2 tak rasa bersalah pun tapi tak kan tak terasa malu walau sikit pun.

Teringat balik kata2 Tun M. Kulit pipi dia tebai.... mana nak rasa apa pun....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2016 at 6:37 AM

Syarikat dah domain ... Tidak juga bekerja ... Tapi gaji puloh ribut tetap masuk ... Elaun tetap diterima. Nak kesan mamat ni mudah jer ... Kat bank mana dia ambil duit gaji tu .. Disekitar situlah dia bertapa ...

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2016 at 9:02 AM

Tak ada pulak 2 ekor ni di hadapkan ke domestic inquiry sebab monteng kerja

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2016 at 9:19 AM

Kedua dua mereka masih kekal menjawat jawatan itu dan terus mandapat imbuhan kerana Najib menggunakan duit rakyat untuk membayar mereka dan bukan nya menggunaka duit bapak dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2016 at 1:04 PM

Satu rekod pencapaian negara!
Tak payah dtg ofis dan tak payah susah2. Komisen dan lain2 belum kira tu,tapi salah tu semua di mata rakyat je. Dari segi kuasa pentadbiran semua tu ok....
Senang betul nak tipu rakyat malaysia ni,buat magic sikit semua terlopong. Utk bertindak jauh sekali! Bawak balik 3 penjenayah negara ni segera...nak tunggu apa lagi?
Negara kita porak peranda hanya kerana nak selamatkan sepasang makluk yg kononnya berkuasa sangat. Alasan? Mengenang jasa dan budi....sinonim betul org melayu dgn cara tu,walau maruah negara telah punah!

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
May 31, 2016 at 1:17 PM

Mereka ni, macam si Jolong tu patut dijadikan contoh untuk penuntut Sekolah Rendah. Kalau Cikgu ditanya bila besar nak jadi apa, patut jawab "Saya bercita-cita untuk menjadi seperti Nik Faisal, Subuh atau Jolong, sebab takyah gi kerja duit masyuuuk...hari-hari boleh enjoy. Pangkat besor, gaji besor, semua gomen tanggung. I luv Piem."

....................
Reply To This Comment ...................
Dari Seberang
May 31, 2016 at 1:26 PM

Kalau betul saperti di kata bahawa:Datuk Suboh atau Nik Faizal mungkin sembunyi di Indonesia,saya hanya mahu 100 tandatangan dari Rakyat Malaysia minta saya cari salah satu dari mereka(Jika berada di Indonesia).Saya akan cari.Utk makluman say dh menetap di Indonesia selama 19tahun dan mempunyai hubungan/networking dihampir 14ribu pulau diseluruh Indonesia.Sya akan dapatkan mereka dan campakan mereka balik ke Malaysia.Try me...And its for FREE,For my Country and Nation.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2016 at 1:38 PM

On goodstar you mentioned in the first few paragraphs of the above post and in relation to your May 28th post "maklumat bertaraf risikan...", there was and still is a simple way out to get to the truth: have that fat boy from Penang brought to Malaysia to answer the question whether he is the owner of that company!" But they wouldn't do it, wouldn't they? Their game is not to convince people of the truth or otherwise - it is really to confuse people time and again. But for how long?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2016 at 4:14 PM

"Jika tidak berhak, apakah sudah dipulangkan ? Kenapa SRC sendiri juga senyap ? Bukankah duit SRC dah hilang berpuluh juta ringgit ..... apakah itu bukan satu isu yang perlu diselesaikan ? Duit rakyat kan ?"
- Bukan duit sendiri yg hilang, tulah sebab buat taktau je..
- yg ilang tu duit KWAP, duit rakyat..
- diorang ni langsung tak kisah..pkmk tul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2016 at 4:46 PM

Mr Din..just thinking..how can you translate all the writing on 1MDB plundering into a political strategy which can be use during this two by-election?. Maybe we can stop this 2BN candidates from becoming another'Hasan carimakan'

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2016 at 10:56 PM

BN Boleh.....!!
UMNo Boleh.....!!
Najib Boleh.....!!
Malaysia Boleh.....!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2016 at 11:58 AM

I beg to differ bro din...

Takde untungnya pun..

Bersubahat buat jenayah...untung ke?
Nama dah busuk..dibawa sampai ke anak cucu...untung ke?
Jadi pelarian..berjauhan dengan keluarga..untung ke? Itupun jika masih hidup..

Dan yang paling haru...makan dedak HARAM...untung ke? Rasa2 selamat ke di alam akhirat nanti?

Sendiri mau ingat la kamu berdua nik faisal dan suboh...

Post a Comment