........... Tun M - Skandal Kewangan Najib Telah Memalukan Malaysia DI Seluruh Dunia ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun M - Skandal Kewangan Najib Telah Memalukan Malaysia DI Seluruh Dunia !

Monday, May 9, 20168comments


Di bawah adalah sedutan paling penting dari ucapan Tun Mahathir di Manjoi Ipoh yang wajar kita kongsikan dengan yang lain.





KLiK untuk ke Youtube

- sehingga sekarang ini dia tidak berani mendakwa WSJ ataupun SR yang mengisytiharkan dalam akhbar2 di luar negara bahawa Najib mempunyai wang yang banyak dalam akaun persendiriannya . Kalau laporan ini tidak benar, Najib tentu boleh mengambil saman malu kepada SR dan WSJ. Dia hanya menulis kepada SR bertanya, kenapa dia mengeluarkan kenyataan itu. Dan jawapan daripada SR ini ialah, kerana ini perkara benar yang dilaporkan dan Najib senyap ...

Bermakna dia terima hakikat bahawa wang itu bukan duitnya, bukan duit derma tetapi datangnya daripada 1MDB. Inilah wang yang dipinjam dengan banyaknya,  42 ribu milion ringgit. Bukan main banyak... kalau nak simpan didepan ini, saya ingat sampai ke bumbung.

Tetapi duit itu bila dipinjam, tidak diurus dengan baik dan banyaklah daripada duit ini sudahpun hilang. Dan apabila kita minta bukti di mana adanya duit ini, selain daripada Arul Kanda membuat kenyataan bahawa dia sudah lihat duit ini. Lepas itu bila bank kata duit ini tidak ada dalam bank mereka, maka dia tukar dan berkata bahawa, bukan duit tapi Unit. Apa dia unit ini, sampai sekarang kita tak tahu apa dia.

Inilah perkara yang terjadi di zaman Najib. Tak pernah berlaku dalam sejarah negara Merdeka kita ini, PM terlibat dengan satu skandal kewangan yang sebegitu besar, Bukan 1-2 ringgit, bukan 1-2 ribu, bukan 1-2 juta tetapi 42 ribu milion ringgit !

Sekarang 42 ribu milion ringgit ini sudah ada di mana kita pun tak tahu dan dia pun tak dapat jelas. Selain daripada berkata wang ini ada, dia ingat kita boleh kata ada lah. Tetapi kalau ada betul2, tunjuk bukti.

Kalau kita simpan duit dalam bank, bank memberi satu dokumen yang menunjuk bahawa duit yang kita simpan itu ada dalam bank. Tetapi ini 42 bilion ringgit yang bertaburan di seluruh dunia, yang tentu berada dalam bank jika ada, tentu ada dokumen2 yang menunjuk bahawa wang ini memang pun ada dalam bank.

Tapi sehingga kini, tidak ada satu pun dokumen yang menunjuk bahawa duit ini ada pada 1MDB. Yang kita tahu ialah, dan ini Najib sendiri mengaku bahawa 2.6 bilion ringgit ada dalam akaun peribadi Najib. Dan dia tidak boleh jelas supaya kita percaya wang ini datang daripada mana.

Sangkaan kita ialah, ini diselewengkan daripada 42 bilion ringgit yang dipinjam untuk kononnya pelaburan 1MDB.

Inilah sebabnya yang kita perlu menjatuhkan Najib. Tak pernah jadi Perdana Menteri dipandang hina oleh seluruh dunia. Dan laporan2 yang dibuat berkenaan dengan PM kita begitu buruk sekali sehingga apabila kita berada di luarnegeri dan kita mengaku bahawa kita daripada Malaysia, mereka bertanya - Apa sudah jadi kepada negara kamu ? What has happended to your country ?

Demikianlah buruknya keadaan Malaysia sekarang ini... kerana DS Najib. Bukan kerana kerajaan, bukan kerana parti tapi kerana DS Najib yang telah menyelewengkan wang yang begitu banyak dan tidak dapat menjelaskan kepada kita di mana ada wang itu.


Tuan2 dan Puan2, kalau kita nak selamatkan Malaysia ini, Najib perlu disingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 11:50 AM

setakat ini apa yang dibicarakan oleh tun dikhalayak ramai ialah 'ANDAIAN' semata-mata. contohnya, "jika tidak benar ada wang yang sangat banyak dalam akaun mohd najib, tentu beliau sudah saman WSJ atau SR". "jika wang itu bukan hasil songlap dari 1MDB, mohd najib patut jelaskan dari mana wang itu datang"....dan sebagainya sebagaimana intipati dakwaan tun di khalayak selama ini. namun ada perkara yang ditinggalkan oleh tun namun ianya sangat penting. segala tindak tanduk, salah laku dan dakwaan mesti dibuktikan dengan bahan bukti lengkap serta SET2 LAPORAN POLIS berkaitan salah laku mohd najib sebagai pm dan menteri kewangan. namun, mana benda penting itu sekarang? dalam deklarasi rakyat, adakah ianya dijelaskan secara terperinci berserta bahan bukti? untuk menjadikan seseorang itu benar2 bersalah, bukti harus dijadikan evidence utama, bukan hanya ucapan UMUM itu ini begitu begini tanpa menunjukkan bahan bukti sahih. jenayah salah guna kuasa dan mencuri khazanah negera tidak boleh dijadikan isu politik. isu politik berkaitan siapa yang nak jadi pemimpin dan siapa yang perlu dijatuhkan sedangkan soal pokok membenteras kejahatan dan salah guna kuasa dijadikan agenda ke 1001. saya tidak percaya 100% kepada najib tetapi saya perlukan lebih daripada ucapan berdegar2 dengan hadirin puluhan ribu orang. sertakan sekali bukti2 lengkap yang boleh dibawa ke mahkamah bagi pendakwaan ke atas mohd najib. dalam proses dakwaan, bahan bukti dan keterangan adalah kerja pihak yang mendakwa, bukan pihak yang dituduh. tun tahu itu, namun beliau buat2 lupa. tun pernah ungkapkan ayat ini sewaktu beliau menjawat jawatan pm dahulu, "seseorang yang didakwa tidak boleh lagi digelar pesalah sehinggalah mahkamah mendapatinya bersalah". sekali lagi tun buat2 lupa, saya tolong ingatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 1:02 PM

Esok Hari Selasa . Kita saman esok.

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2016 at 5:23 PM

@Anonymousakta SPRM menyatakan atas orang yang menerima derma untuk kemukakan bukti yang dia tidak bersalah.

Sila baca juga segala pendedahan Laporan PAC .... selepas semua itu didedahkan, seharusnya ada penjelasan tapi kenapa tidak ada ?

Kenapa Najib tidak tmpil jelaskan isu deposit SRC dalam akaunnya ? Kenapa tidak ada penjelasan perbelanjaan mewah yang didedahkan ?

Bukankah LEBIH BAIK untuk semua pihak jika kes dibicarakan dimahkamah agar najib dapat bersihkan namanya ( jika benar beliau ada bukti ) tapi kenapa kes dibuang tanpa penjelasan tuntas ? Itu seperti sengaja mahu membiarkan rakyat terus berspekulasi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 6:54 PM

Anon 11.50 am kat atas tu, lebih kepada nak menegakkan benang basah sambil perli Tun Mahathir yang dah jauh banyak makan garam daripada kooo yang baru nak merasa apa itu suapan dedak.. Segala agensi penguatkuasa undang2 yang diwujudkan dalam Negara Malaysia yang mendukung kedaulatan Raja-raja Melayu malah memakai lambang yang tertera Allah dan Muhammad, semuanya telah membatu dan tidak berfungsi akibat campurtangan si Kepala penipu yang memegang kuasa mutlak dalam banyak hal malah menggunakan kuasa yang ada untuk mengugut pegawai-pegawai penyiasat agar jangan buat siasatan, kalau tidak akan dapat susah nanti. Tun Dr Mahathir pun macam kita semua rakyat Malaysia yang tidak ada akses untuk membuat siasatan sendiri dan membuat hukum sendiri. Semua kita tahu andai kita berjaya menangkap pencuri yg terang2 sedang mencuri pun kita tidak boleh membuat perhitungan sendiri melainkan perlu menghubungi pihak polis agar urusan penguatkuasaan undang2 hingga mahkamah dapat dijalankan. Bukan kewajipan kami untuk menyiasat tetapi pihak berwajib yang memegang amanah yang selayaknya menjalankan sisatan dengan penuh keyakinan dan terperinci. Malangnya semua pintu jalan keadilan telah ditutup, maka harapan kami rakyat Malaysia hanyalah sekadar melalui tekanan politik iaitu dengan langkah pertama yang bernama Deklarasi Rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 10:18 PM

Xbaca laporan PAC ke? Sembang kencang ar anon 11:50 ni. Dungu macam najib. Pengkhinat negara. Berani kerana benar lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2016 at 12:59 AM

Anom 11:50AM Lain kali sebelum nak masuk komen membela najib rajinkan diri pi baca laporan pac dulu lah biar kasi betul2 faham duduk perkara kan tak pepasal pelepuk sbijik kena atas kepala buat malu penyokong najib saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2016 at 8:04 AM

anon 11.50AM..nampak benar pemakan dedak tegar..konon xpercaya bijan 100%...cit podah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 9:22 PM

Asal2 pun mmg nak siasat...aggresive la jugak malah hasil siasatan dah ada kat AG lama si Ghani Patail. Tapi apa jadi selepas itu satu Malaysia dah tau...hehehehe...kepada anon 11.50AM...saja saya nak ingatkan. Dari situ la Deklarasi Rakyat lahir setelah semua pintu keadilan di Malaysia ditutup oleh Najib.

Post a Comment