........... Tegakkan Agama Dan Pulihkan Maruah Bangsa - Pesanan Timbalan Presiden Sempena 70 Tahun Umno | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tegakkan Agama Dan Pulihkan Maruah Bangsa - Pesanan Timbalan Presiden Sempena 70 Tahun Umno

Thursday, May 12, 20160 comments



Sempena sambutan ulangtahun UMNO yang ke-70, saya mendoakan semoga UMNO dan pemimpinnya kembali ke pangkuan perjuangan parti yang asal. Kembali merangkul nilai keMelayuan yang luhur dan prinsip Islam yang sejati. Tegakkan agama dan pulihkan maruah bangsa. Berjuanglah atas landasan kebenaran dan keadilan. Beranilah menentang kebatilan dan kemungkaran. Itulah idealisme dan semangat perjuangan UMNO yang sebenar.

Mudah-mudahan Allah sw.t. memberikan hidayah dan inayah-Nya kepada kita.


Begitulah pesanan Timbalan Presiden Umno sempena 70 tahun Umno yang saya copy dari FB beliau. Ringkas tapi padat dan bersifat proaktif /bertindak.

Lama tak dengar berita Muhyiddin ni ....



Tan Sri Muhyiddin telah menerima anugerah tertinggi 'Plaque of the City of Sarajevo' daripada Datuk Bandar Sarajevo sambil disaksikan oleh Presiden, Bosnia & Herzegovina.

Anugerah ini telah diberikan kepada 11 penerima anugerah dari seluruh dunia di atas jasa dan sumbangan ke atas pembangunan sosial dan ekonomi negara Bosnia, terutamanya kepada Bandar Sarajevo.

Tan Sri Muhyiddin kini berada di Bosnia bagi menghadiri 'Sarajevo Business Forum' dan akan berucap pada hari terakhir


Muhyiddin akan pulang lewat petang ini dan akan terus bersama Tun Mahathir dan Mukhriz dalam program GKCM Mencari Kebenaran di -

Tarikh : 12/5/2016 (Khamis)

Masa : 9.00 malam


Tempat : No. 43, Lorong Bunga Raya, Peringkat 4, Kg L.B Johnson, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan





                                      ***********************************

Kali terakhir Muhyiddin berucap sebelum berlepas ke Sarajevo adalah pada program Dialog Anak Muda pada 1 Mei lalu dan melancarkan Konsensus Nasional, khas buat menggalakkan anak muda supaya lebih perihatin dan aktif dalam mencorak masa depan mereka.





KLiK untuk ke Youtube


Majlis juga menyaksikan ucapan dari wakil pemuda kita yang aktif dalam isu2 semasa iaitu Wan Ahmad Faisal dan Syed Sadiq - menarik untuk diberi perhatian kepada kedua anak muda ini. Mereka punya potensi luas di masa hadapan untuk memimpin negara.



KLiK untuk ke Youtube





KLiK untuk ke Youtube


Di bawah adalah sesi soal jawab -




KLiK untuk ke Youtube

Share this article :

Post a Comment