........... TAHNIAH Team Adenan ! Bukti PRU Mampu DIMenangi Tanpa Najib. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAHNIAH Team Adenan ! Bukti PRU Mampu DIMenangi Tanpa Najib.

Sunday, May 8, 20165comments

FMT
TAHNIAH! kepada Team Adenan di atas kejayaan besar memenangi PRN Sarawak yang ke 11 !

Kejayaan cemerlang itu adalah hasil di sebalik parti tonggak BN, PBB serta Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang masing-masing menyapu bersih 40 dan 11 kerusi serta sumbang tujuh kerusi oleh SUPP, tiga oleh Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan 11 calon langsung, sekali gus melepasi ramalan 70 kerusi.

Walaupun peratusan keluar mengundi merosot teruk di mana setakat jam 4 petang mencatatkan hanya 52%  (MKini), namun kemenangan tetap satu kemenangan. Faktor kemerosotan itu boleh dikaji kemudian.

Apa yang menariknya kali ini, kemenangan besar Team Adenan membuktikan bahawa TANPA kelibat 1 LOVE PM pun, BN mampu menang !

OKlah, ada juga terbaca Najib bersungguh2 duk kempen di ceruk2 kampung Sarawak tapi rata2 orang berkata kemenangan adalah milik Team Adenan.

Kita memang dah jangkakan kemenangan Team Adenan cuma mungkin tidak menjangkakan kemenangan besar beliau, makanya kita amat alukan berita gembira ini.

Seharusnya kemenangan besar tanpa faktor ketara Najib ini membuka mata Umno dan BN bahawa ada kemungkinan besar perkara sama turut boleh diulangi pada PRU14 kelak. 

Umno ternyata terlalu bergantung kepada Najib. Umno takut kepada masa depan tanpa Najib. Najib adalah segala2nya kepada Umno ...... ternyata itu hanyalah persepsi semata2. 

Sekarang kita perhatikan usaha cai2 Najib untuk menumpang glamer Team Adenan, mereka akan cuba tempelkan nama Najib disebalik kemenangan besar Team Adenan.


MUNGKIN SAJA ..... kemerosotan peratusan keluar mengundi adalah disebabkan kehadiran Najib yang tidak berapa disukai pengundi. Kena kaji tuh.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2016 at 10:01 AM

Din, layak kah Adenan menerima ucapan tahniah dengan segala sekatan yg dikenakan terhadap pemimpin pembangkang dari memasuki Sarawak tapi Najib mengarahkan seluruh jentera dan jemaah menterinya mengadakan mesyuarat kabinet diSarawak. Layak kah BN bagi mengatakan yg kemenangan ini diperolehi dari satu pilihanraya yang adil dan telus ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 11:15 AM

Implikasi kemenangan besar BN ni memang BESAR... Tahun depan gst 8%...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 12:10 PM

Najib tahu Team Adnan akan menang berdasarkan faktor penampilan beliau dan sebab itu Najib berkubu di Serawak seolah olah beliau ada main peranan.Percayalah Serawak menang bukan faktor Najib.Kita tenguk nanti di Kuala Kangsar dan Sg Besar samaada undi popular Najib meningkat atau tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2016 at 1:32 PM

Suatu kemenangan yang tak boleh di banggakan sama sekali oleh kerana banyak sekatan dan undang-undang dikenakan terhadap parti pembangkang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 4:34 PM

Yang pasti pas..pkr..dap..amanah dll memang bodo. Tak layak jadi parti alternatif.

Post a Comment