........... Siapa Kata 1MDB Cuma Rugi RM1 Juta Jer ? ( Moh Orang Perak, Kita RaiKan Tun Mahathir Di Manjoi Malam Ini ! ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Siapa Kata 1MDB Cuma Rugi RM1 Juta Jer ? ( Moh Orang Perak, Kita RaiKan Tun Mahathir Di Manjoi Malam Ini ! )

Friday, May 6, 201618comments

Cai2 Najib dalam mempertahankan kerugian 1MDB ( ya, sekarang mereka sudah terpaksa menerima hakikat yang 1MDB sememangnya RUGI ! ) akan berkata bahawa jumlah kerugian cuma RM1 juta saja .... yakni modal asal 1MDB.

Mana ada bilion2 ? , kata mereka. 

Kononnya sebanyak RM1 juta itu sajalah suntikan modal kerajaan ke dalam skandal 1MDB. Benarkah ? Habis tu yang Tun Mahathir dan ramai rakyat duk kata bilion2 rugi tu datang dari mana ?

Kalau nak tahu berapa banyak kerugian 1MDB, cuba tengok berapa banyak hutang 1MDB yang masih tertunggak ketika ini SELEPAS semua aset2nya dijual. 

Dulu 1MDB berhutang kononnya sebab nak beli IPP ..... sekarang IPP semua dah habis dijual tapi kenapa hutang masih berbilion walaupun selepas ditolak dengan hasil jualan IPP itu ?

Mudah jer .... kita buka satu bisness dengan modal 1ribu dan pinjaman 10 ribu, jadi jumlah modal kita 11 ribu. Bila kita tutup bisness dan jual semua aset yang ada, kita dapat 4 ribu dan kita bayar hutang dengan hasil jualan itu ..... ada baki hutang 6 ribu campur modal kita 1 ribu. RUGI namanya tu sebanyak 7 ribu !

Mana nak cekau duit nak bayar baki hutang itu ?

Samalah dengan 1MDB. Lepas jual IPP, kenapa masih ada hutang dengan Goldman Sachs USD3.5 bil atau RM14 bilion dan bon RM5 bilion ? RUGI lah namanya tu ! 

( ada lagi hutang2 lain tapi saya nak mudahkan cerita. Contohnya ada lagi pinjaman USD3 bil tapi kononnya setengah darinya  dibuat pelaburan GIL bla bla bla. Point artikel ini cuma nak tunjukkan yang 1MDB rugi bilion2, tanpa perlu bebankan otak so tak perlu tepat angkanya )

1MDB nak bayar dengan apa kalau satu2nya aset yang bernilai sudah dijual ?

Sekarang ni memang tak nampak lagi sebab hutang itu masih belum matang. Tapi kalau interest hutang itu pun 1MDB terhegeh2 nak bayar, macamana nak bayar pokok ! ?


Tanah TRX dan Bandar Malaysia kan ada ......

Haaa.... satu soalan yang bagus. Sebab soalan ini akan dikaitkan dengan perenggan pertama di atas tadi. Kedua tanah itu adalah juga satu bentuk modal bernilai puluhan bilion yang disuntik oleh kerajaan dalam 1MDB.

RM1 juta itu dalam bentuk tunai. Selain dari itu, kerajaan juga beri modal dalam bentuk tanah yang 1MDB boleh jual untuk dapatkan tunai lebih dari RM25 bilion !

Contoh lagi - Bijan nak berniaga tapi tak cukup modal. Bijan minta tolong ayahnya dan ayah Bijan berikan sebidang tanah bernilai RM1 juta kepada Bijan. Nak cukupkan syarat jual beli supaya adik beradik lain tak bising, maka ayahnya jual tanah itu kepada Bijan dengan harga RM50 ribu. Dan Bijan pun gadaikan tanah itu bagi tujuan modal perniagaannya.

Adakah modal perniagaan Bijan RM50 ribu atau RM1 juta ? Jika bisness Bijan bangkrap dan tanah terpaksa dijual untuk bayar hutang, apakah Bijan rugi 50 ribu atau 1 juta ? Keluarga Bijan pula kerugian 1 juta - 50 ribu = RM950 ribu sebab kalau Bijan tak gatal nak berniaga walaupun dia bebal, keluarga Bijan masih punya tanah bernilai 1 juta itu.

Samalah dengan kes 1MDB ! 


Dari artikel terbaru Chedet - Saga 1MDB ( Bahagian 2 )

1. 1MDB, kemungkinan atas nasihat penasihat syarikat it, iaitu Perdana Menteri telah membeli tanah Kerajaan di Kuala Lumpur pada harga RM60 setiap kaki persegi di kawasan mana tanah telah dijual pada harga mencecah RM7,000 setiap kaki persegi. Najib yang juga Menteri Kewangan sepatutnya menjual tanah Kerajaan pada harga hampir harga pasaran. Dengan menjual pada kadar RM60 setiap kaki persegi, Kerajaan telah kehilangan banyak wang.

2. Jelas terdapat konflik kepentingan apabila Menteri Kewangan adalah juga penasihat kepada 1MDB. Jika bukannya Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang melakukannya? Pegawai yang meluluskan penjualan ini harus didakwa atas kehilangan wang Kerajaan.

3. Tanah ini telah dinilai semula ke atas supaya nilai aset 1MDB meningkat menjadi RM50 bilion.


Ingat tak ayat favoret cai2 Najib bahawa Aset melebihi Liabiliti ?  Aset konon 50 bilion dan Liabiliti 42 bilion ....... Aset itu melebihi 50 bilion disebabkan nilai tanah yang hampir percuma dari kerajaan. 

Dari artikel chedet tahun lepas -

27. Clearly 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money but the Government has lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the Government is approximately 25 billion Ringgit.

Jumlah kerugian yang kerajaan atau rakyat ( kalau ikut contoh di atas, keluarga Bijan ) tanggung adalah 25 bilion ringgit sebab kerajaan jual tanah dengan begitu murah sekali.

Tapi tanah2 tu masih ada lagi .... kata cai2 Najib. Yalah, dan hutang berbilion2 pun masih belum settle lagi ! Nak settle macamana selain dari jual tanah yang ada. Apalagi aset yang 1MDB ada tinggal selain tanah2 itu ?

Dan untuk pengetahuan, tanah2 itu sudah beberapa kali dinilai semula mengikut harga pasaran dan perbezaannya dianggap sebagai untung dalam akaun 1MDB. Kalau tidak disebabkan keuntungan 'tipu' sebegitu, akaun 1MDB sudah pasti mencatatkan kerugian BILION2 setiap tahun !

Jadi balik kepada persoalan awal tadi - Benarkah modal 1MDB cuma RM1 juta saja ? Dan kalau 1MDB bangkrap sekalipun, kerugian kerajaan hanya RM1 juta saja ?

                             ************************

Ginilah, apakata kepada rakyat yang tinggal sekitar Ipoh dan kawasan2 berdekatan, anda turun beramai2 ke Kampung Manjoi, Ipoh malam ini jam 8:45 malam dan dengar sendiri apa kata Tun Mahathir.


Turut hadir dan berucap sama adalah anaknya Mukhriz. Turun beramai2, dan dengar sendiri. Dapatkan juga penjelasan mengenai Deklarasi Rakyat dan jika anda bersetuju dengan Tun, turunkan tandatangan anda di borang Deklarasi Rakyat malam ini.

Borang2 itu semua nanti Tun Mahathir akan persembahkan ke bawah duli Yang DiPertuan Agong sebagai satu bentuk memorandum dari rakyat yang menggesa pihak istana bertindak demi menyelamatkan Malaysia.





KLiK untuk ke Youtube

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2016 at 6:28 AM

Dulu najeeb dan pencacai2 bangang dia kata kita fitnah bila kita kata 1mdb rugi..alasan depa aset melebihi liabiliti...skrg semua kantoi menipu.

Najeeb...najeeb...kamu memang akan diingati sebagai biggest crook in our history.

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2016 at 8:13 AM

Alaa tak payah cerita panjang bro
Kerajaan rugi JKPTG(PTP) jual tanah murah murah pada 1MDB
Tabung Haji pergi cuci mangkok
Rakyat rugi
Malaysia rugi
Semua rugi
Tapi dalam musibah ada hikmah,,
Hikmahnya cuba lihat kehidupan org politik
Dan kemewahan menteri menteri kita ,ketua menteri, TPM,PM
Ketua bahagian rauf dan yg lain,,
Menteri besar,,
Cuba panggil SPRM dan LHDN semak berapa gaji mereka semua
Berapa income tax di bayar,,
Alasan mudah semua ada berniaga dan perniagaan sendiri atau anak dan keluarga,,
Klu lah semua org melayu mcm menteri menteri ni pandai berniaga dah lama ekonomi Malaysia Melayu yg control,, phuiiiii
Klu ekonomi Melayu kuat mcm menteri menteri ni dah lama Malaysia selamat dari rasuah,,
Menteri dan org politik tak pandai berniaga tapi pandai ambil kesempatan dan perluang,,
Lepas pilihan raya seolah olah mereka semua baru menang dalam peperangan kemuadian segala hasil rampasan perang di hagih hagih sesama sendiri,,
Jgn harap 1MDB akan untung,, org politik semua tak cerdik dan buka kaki berniaga tapi kaki rembat,,
Jika org politik pandai berniaga org politik harus turun atas bawah kemerata dunia jadi mcm juru jual dan buat marketing utk negara kita
Agar org luar datang kenegara kita buang duit dan buat pelaburan berniaga yg mana negara akan untung dan rakyat akan dapat kitaran ekonomi,,
Bukan bawa pendatang haram dan jual serta kena kan berbagai syarat kpd majikan supaya ada pihak yg boleh untung yg mana negra akhirnya akan jadi tok sampah menyipan pendatang yg tiada kualiti,,
Dan pendatang akan guna kan semula kelemahan menteri mentri utk mengunakan kemudahan yg sepatut nya utk rakyat Malaysia,, phuiiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2016 at 9:23 AM

salam pak din cukup2 lah memfitnah orang tidak berdosa, kita nak menyokong tun m ni, kita kenal tak siapa dia, pak din baca lah blog orang lain sama, semalam baru baca blog headbond, dia tulis mukriz yang nampak baik tu dirumah nya berpuloh kereta berjenama, berapa banyak tun m bagi projek kepada kroni yang akan makan hasil sampai bergenerasi, berapa banyak tun m belanja untuk menyelamatkan perniagaan anak anak nya, adakah ini pemimpin yang masih kita sanjung, ia pak din boleh kata tidak dibuktikan, suruh anak nya kemukakan akaun bank mereka. cukup cukup lah menyokong firaun ini, hasil ekonomi malaysia selama bertahun tahun disamun olah pemimpin ini dan kita masih menyanjung dia. sama jugak lah dengan mereka yang menyokong deklarasi rakyat, apabila najib menarik balik semua kemudahan yang diterima puak puak ini mula lah menghentam kerajaan, sama lah dengan anwar, berapa banyak duit rakyat di samuun oleh anwar dan keluarga dia, pak din cukup cukup lah memfitnah nanti di lakhnati allah swt, macam hang selalu cakap cash is king tapi ni tuhan yang bayar cash. fikir fikir kan lah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2016 at 12:38 PM

@Anonymouscuba jawab tang mana yang fitnah ?

- Adakah fitnah 1MDB rugi bilion2 ?

- Adakah fitnah kerajaan dan rakyat rugi berbilion bila 1MDB 'dihadiahkan' tanah murah giler ?

- Adakah fitnah Najib Rosmah berbelanja mega mewah melampaui pendapatan Najib ?

- Adakah fitnah duit masuk akaun najib beratus2 juta ringgit tanpa penjelasan dan dibelanjakan juga tanpa penjelasan ?

Tolong jangan sebar fitnah di sini ya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2016 at 1:33 PM

Yes...Tun M akan datang berucap di dewan Millenium Kepala Batas hari ahad ini, 8-May-2016.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2016 at 3:35 PM

Anonymous May 6, 2016 at 9:23 AM

Kalau ya pun nak cerita tentang Tun dengan kroni serta keluarganya bawalah bukti selama 22 tahun Tun jadi PM satu bukti pun korang gagal tunjuk tapi najib jadi PM tak sampai 5 tahun semua terbuka dengan money trail dengan akaun bank peribadi laki bini siap dengan jumlah duit sampai tersebar di seluruh dunia yang itu cubalah nafikan kalau boleh.

Sembang pasal Tun songlap duit kemain lebat sembang kedai kopi sama pak mat tukang kebun boleh lah terlopong dengar ini rakyat berakal bukti depan mata berfakta nko baca habis tak laporan pac anom weii pegi baca dulu baru masuk sini mau cerita pun.

Tanah trx tu bukan lagi eset 1mdb sudah dipajak gadai pada bank sebab itu ipic marah & batalkan kontrak jaminan sebab ipic harapkan tanah trx sebagai pertukaran tapi 1mdb tak dapat bagi sebab bank sudah pegang hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2016 at 5:19 PM

Mukriz ada berpuloh kereta berjenama?? Tulis biar terang berpuloh tu berapa? Aku pegi rumah dia cuma ada 5 aje..oo kutnyer dia ada lobang bwh tanah simpan kreta tu kot. Dasar pembohong mana nk ngaku then umpat org pulak ckp din fitnah sana sini. Spatutnya kau yg takut balasan Allah bro..ingat diri sdiri dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2016 at 6:58 PM

Kamu baca dan kamu faham ke. Kamu belum nampak lagi Najib penipu. Pelik juga. Buat kajian sendiri dan list kan apa kebaikkan Najib. Buat masa ni nilai Najib terlalu rendah berbanding dengan Tun Mahathir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2016 at 7:19 PM

Kalau pak toyo pun bleh kena penjara pasai beli umah. Xkan Mukhris depa xbleh pi saman pasai keta duk bepuloh simpan bawah tanah. Tun M depa xnak saman pasai apa? Bukanka ketua hakim tu integriti tinggi ka? Xkan kroni Tun gak kut.
Tolong jgn bodohkan diri sendiri tuan. Kami pun org melayu kena tempias sama. pasai cakap telebih guna otak. Akai duk simpan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2016 at 7:38 PM

Cerita Ananda terus senyap..

....................
Reply To This Comment ...................
May 6, 2016 at 10:40 PM

Sorry bro,,disini kami tak minat langsung nak dengar kau khutbah nak bela Najib,,boleh belah bro.....!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2016 at 11:40 PM

Standby credit dr gov tue xkira rugi ke? Mintak pencerrahan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2016 at 1:33 AM

Aset 1mdb juga merupakan aset negara & sudah hampir habis di jual selebihnya tinggal ciput saja itupun sudah di gadai.

Sekarang kerana 1mdb negara serta rakyatnya sudah kerugian dua perkara secara serentak yang pertama kita rakyat kehilangan aset/harta yang sudah bukan lagi milik kita & yang kedua kita rakyat kena tanggung pulak beban hutang dengan interest hutang.

Apa yang najib buat kepada rakyat & negara sudah tak boleh di maafkan lagi perbuatan yang sangat melampau jahatnya sehingga habis harta & wang ini semuanya dibebankan diatas bahu rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2016 at 1:54 AM

Tak ada apa apa yang dapat kami bangga-banggakan terhadap Najib melainkan malu,marah dan meluat dengan perangai dan kelakuannya,, hampir seluruh dunia tahu tentang kesalahan yang telah lakukan......!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 1:15 AM

Pak Din,
"Ahjibgor & Macai" Sdn.Tanpa Berhad telah menggagalkan rakyat Malaysia tak habis-habisan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2016 at 9:54 AM

Suruhlah sang takfir hadi awang meng-had-kan kemungkaran jenayah si mappadulung sanrabone - Hudud! Hudud! Hudud!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 8:04 PM

Ahhaha.ada juga chai najib yg tersesat dlm tempurung kura2 din.dah la sesat ckp merapu plak tu.haihh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2016 at 8:08 PM

Kalau ada 50 kereta mewah pun total harga kerete tu pun x smpai RM1BILION.

Post a Comment