........... Rosmah Mansur Juga Patut Saman WSJ ! - Muhyiddin Yang Cakap... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rosmah Mansur Juga Patut Saman WSJ ! - Muhyiddin Yang Cakap...

Saturday, May 14, 20160 comments


Di bawah adalah petikan2 pendek dari ucapan Muhyiddin sempena majlis Selamatkan Malaysia anjuran GKCM Negeri Sembilan, dua hari lepas di Kampung LBJ Negeri Sembilan.


Kesan Langsung 1MDB Kepada Rakyat Biasa



KLiK untuk ke Youtube

- Banyak perkara tidak dimaklumkan kepada Jemaah Menteri

- Pada minggu pertama dibentangkan ( Pelan Rasionalisasi ) dalam Jemaah Menteri, ada keputusan mengatakan kalau ada menteri2 kat sini yang tak setuju, sila serah surat letak jawatan ! It is in the minutes ( ada dalam minit mesyuarat )

- saya tidak hadir pasal saya pergi ke Australia, Datuk Shafie hadir di situ. Maknanya MESTI LULUS !

- Bila dibentang pada minggu yang berikut, saya ada dalam mesyuarat, saya tanya pada Husni siapa yang pelan restructuring ini ? - Saya ...

- Patut lantiklah satu syarikat Ernst and Young, satu syarikat yang bertauliah, auditor yang besar  ... dia buat kajian, bentangkan lapuran, jadi saya boleh yakin. Ini Husni buat ! Saya tak percaya pasal bos dia suruh buat ....

- ... dia takut nak suruh orang lain buat ... takut terdedah rahsia

- ... dalam pelan bagi tempoh 2016 ... untuk menyelesaikan semua masalah.

- ... dengar2 kata dah keputusan serah semua aset2 yang 1MDB punya ni ... kepada Kementerian Kewangan. Jadi yang tinggalnya tanggungan liabiliti. Kalau dah takde benda yang nak dijual, nak diliquidate, nak bayar hutang ni macamana ?

- siapa bayar ? Rakyat bayar .

- Bebanan yang negara tanggung hari ini disebabkan oleh 1MDB, inilah keadaannya yang ada pada hari ini.  Ringgit jatuh ....  harga bahan makanan naik ...

- Jadi kaitan langsungnya faktor 1MDB ialah menjejaskan keadaan dan nasib rakyat. menambah beban lagi ditambah dengan GST


28 Bilion Duit 1MDB Lesap, Takkan Najib Yang Sain Tak Tahu Ke Mana Pergi ?




KLiK untuk ke Youtube


- Saya bertanya kepada pakar2 kewangan ... dia kata kalau ikut caralah, apa yang 1MDB buat ini, ia lebih dari Pak ManTelo ! Dia kata a Scheme To Scam. Satu skema untuk menipu rakyat !

- Macam contoh dia nak masuk dalam Petrosaudi satu bilion US, ... berapa lama dia buat keputusan ? Tak sampai satu minggu lebihkurang ! Masuk satu bilion US ( 4 bilion ringgit ), lepas tu 700 US masuk ke satu syarikat yang kononnya dimiliki oleh 1MDB, yang sekarang ini telah disahkan oleh pihak Bank Negara ... tidak ada kena mengena dengan 1MDB ! Dimiliki oleh seorang ... kawan dia - Jho Low.

- Untuk apa ? Sampai Pengerusi dulu Tan Sri Bakke tak puas hati dan berhenti letak jawatan. Buat keputusan dalam lembaga pengarah bawa balik duit tu .. USD 700 , sampai hari ni tak bawa balik duit tu.

- USD 700 milion ... RM2.8 bilion ... Siapa yang luluskan ?

- ( dari lapuran PAC dan lapuran Ketua Audit ) Bila di siasat, ada banyak lagi penyelewengan2 berlaku. Contohnya, ada dekat 6 transaksi2 yang dibuat oleh 1MDB ini takde akaun penyata.

- 7 bilion USDolar ! 28 bilion ringgit is not accounted for. Hilang !

- Kalau rugi takperlah, ini tak tahu ke mana pergi ! SIAPA LULUSKAN ?


- ( Sebagai Executive Chairman yang meluluskan semua transaksi ) Mesti Perdana Menteri dah sain, duit pergi ke mana... takkan Perdana Menteri tak tahu ? !

- Faham ?


Kesetiaan Kepada Pemimpin Kena Ada Prinsipnya




KLiK untuk Ke Youtube


- Najib sebut soal kesetiaan .... apa makna kesetiaan dari sudut Umno ? Adakah kesetiaan itu dengan tidak ada apa2 pertimbangan atau kesetiaan itu berasaskan beberapa pertimbangan ? Berprinsip.

- Imam sering baca - Taatlah kamu kepada Allah ... ini tidak ada persoalan. ... Taatlah kamu kepada Rasul kamu ... itu juga kita tidak boleh persoalkan. (dan ) pemimpin2 di kalangan kamu ... ada syarat. Itu tafsirannya. Bukan membuta tuli.

- Kita ikut selagi dia betul..... selagi pemimpin itu amanah, menjalankan tugas dengan betul, tanggungjawab, tidak menyeleweng, tidak rasuah, tidak melakukan sesuatu yang boleh bawa bencana kerosakan kepada diri, kepada negara, kepada bangsa, kepada parti ....


Penggantungan Tidak Ikut Perlembagaan / Prosedur




KLiK untuk ke Youtube.

- kena ada prosedur. Kena diberi hak untuk membela diri, mesti ada surat tunjuk sebab ...  bagi tempoh 2 minggu ... dipanggil lembaga disiplin ... dan ada ruang untuk merayu ...

- tapi dalam kes saya, hanya 2 jam saja.

- ini soal proses yang diperuntukkan dalam Perlembagaan parti

- tidak tahu sebab apa saya dipecat

- saya hantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan untuk penjelasan samada tindakan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno itu ikut perlembagaan atau tidak, ikut peraturan ataupun tidak


Rosmah Mansur Patut Saman WSJ !



KLiK untuk ke Youtube

- WSJ kata ada satu bukti jelas bahawa sejumlah wang hampir USD283 juta, dibagikan berperingkat2 kepada Reza Aziz, iaitu anak Rosmah, anak tiri kepada Najib untuk buat filem ... lepas tu dapat duit untuk beli apartment .. US31 juta ... dan lain2 lagi ...

- Dan ini dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh Reza. Sumbernya datang dari 1MDB !

- Kalau anak sayalah yang disebutkan itu, muka saya kat mana saya nak taruk ? Malu saya !

- Saya akan ambil tindakan undang2, saman dia ! Yang ini DS Najib patut buat. Rosmah Mansor patut ambil tindakan, pergi saman WSJ ni !


Jika ada masa, tontonlah ucapan penuh bersemangat Muhyiddin hampir 1 jam di Di SINI. Kredit kepada IsmawebTV.

Share this article :

Post a Comment