........... Prk Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Kita kena Kalahkan BN ! Sebagai Mesej Kepada Najib - Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Kita kena Kalahkan BN ! Sebagai Mesej Kepada Najib - Tun Mahathir

Sunday, May 15, 201612comments



Kebetulan hari ini saya bertanya kepada beberapa rakan seperjuangan, di manakah pendirian kita untuk dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini .... apakah kita akan aktif atau berdiri ditengah2.

Agak berbelah bahagi juga jawapan2 yang diterima .....

Tadi Tun Mahathir telah berikan pendiriannya secara tegas dan jelas ketika berucap di pentas Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati  - Kita kena kalahkan BN di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar !




 KLiK untuk ke Youtube

 -  Saya harap kita semua akan mengalahkan BN dalam PRK ini. Jangan ambilkira siapa yang melawan BN. Kita nak cuma satu parti, satu calon saja yang melawan dengan BN ( untuk setiap kerusi ) kerana kita tahu kalau kita letak 2-3 calon seperti yang berlaku di Sarawak, undi berpecah dan BN menang.

Kita tahu bahawa kalau kita ada hanya satu lawan satu, kita boleh tentukan kekalahan BN dengan mengundi seberapa banyak mungkin kepada calon yang melawan BN. Jangan kira siapa calon ini. 

- Yang utama ialah mengalahkan BN. Untuk menunjuk kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokongnya.



So .... amacam geng ? 

Siapa menang atau kalah di kedua2 kerusi tidak membawa apa2 perubahan atau makna pun baik kepada BN atau pembangkang. So, kenapa tidak kita jadikan kedua PRK ini sesuatu yang bermakna !

Jadikan keputusan dua PRK ini sebagai MESEJ RAKYAT kepada Najib dan kepimpinan Umno BN bahawa rakyat MENOLAK BN selagi Najib di atas.

Tidak penting siapa yang lawan BN. Jangan lihat calon itu dari mana-mana parti. Tapi anggaplah siapapun calon yang lawan BN itu sebagai CALON RAKYAT. 


PS - Kredit kepada TV Selangor... mohon maaf saya rakam dari siaran langsung anda tadi :)

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 2:35 AM

MESEJ RAKYAT..
TOLAK BN..
CALON RAKYAT..

Saya setuju benau, Tuan Din.
Teras kempen PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar.

Kita semua nak hantar makna kepada najib. Mesej Rakyat dah tak suka BN sebab dah tak suka najib yang merosakkan nama dan imej BN. Presiden yang membenar dan merancang penyelewengan 1mdb, src int., mengamal money politics; presiden yang, parti _mno yang dipimpin nya, kelihatan mesra rasuah juga.
Seorang Perdana Menteri Malaysia TIDAK BOLEH membenarkan amalan cash is king ni..jadi perdana menteri ni kena digugurkan.

Rakyat Tolak BN.
Dr.Mahathir sebut Kuala Kangsar dan Sungai Besar harus TOLAK BN.
Kita semua boleh kalau pun tak boleh mengundi, kempen dan yakinkan pengundi di KK dan SB TOLAK BN.
Dah tak boleh percaya lagi kepada parti BN. Kita dah pernah tolak BN di Selangor, Penang, Kelantan, Terengganu.
88 + 2 of 222
Bertambah jugak kerusi parlimen MP non-BN. Kejayaan datang kecik dulu.

CALON RAKYAT mestilah memenuhi kemahuan majority pengundi.
Yang BERSIH, CEKAP, AMANAH.
Berkesan dalam menangani masalah masalah rakyat Malaysia. Bukan yang cakap tak serupa bikin. Macam presiden BN.
BN KALAH PUN TAK APA..
Sekali sekala kalah pun bagus jugak. Kita boleh kasi BN tahu BN LALAI dalam kuasa. Terlampau banyak menimbul keraguan.

Kita boleh jadi tak pernah terlintas boleh dapat dengar, orang yang dah berjasa besar memimpin dan melonjakkan nama Malaysia - Presiden BN 22 tahun, suruh kita tolak BN.
Lucu pun ada..
Tapi Malaysia harus diselamatkan daripada kerakusan pemimpin parti terbesar BN. Sg.Besar pun sama juga.

Kita boleh malukan BN yang dah tak malu ni. Pemimpin pemimpin BN tercemar niat nya. Biasa nya. Dah banyak kes.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 8:21 AM

Aku memang dah tak mau sokong BN lagi selagi ada Najib. UMNO dah rosak dari kepala sampai ekor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 8:24 AM

Tetapi bro din, saya tak rasa Parti Amanah Negara skan berduam diri. Pemmpin mereka terdiri dari orang yang gila kuasa dan perasan mereka lebih baik dari ulamak dari PAS.
Pas tidak akan berdiam diri dan mesti akan mencalonkan diri dalam PRK ini. So saya harap PAKATAN HARAPAN JANGAN GELOJOH,
Kalau pembangkang menang takkan ada perubahan. Cuma mesejnya Najib mesti turun. Kalau pembangksng berebut. Ysng untung BN.
So Mat Sabu, Wan Azizah dan Azmin fikir2kanlah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2016 at 11:57 AM

Tapi aku meluat sgt kat PAS..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 12:51 PM

Di Sg Besaar, jika BN vs PAS sahaja berkemungkinan PAS boleh menang. Sebab pada PRU lepas BN menang majoriti 300++ undi sahaja & kini ditambah sentimen anti Najib (1MDB + GST), maka ramai orang BN yang buat protes serta tidak keluar mengundi. Tapi jika BN vs PAS vs PAN, berkemungkinan besar BN akan kekal.

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2016 at 1:31 PM

SETUJU...sokong..

....................
Reply To This Comment ...................
samad
May 15, 2016 at 2:17 PM

kalau boleh kita berkempen untuk calon bebas untuk mengembalikan semula hak rakyat menerusi wakil yang dilantik...

wakil rakyat bukan wakil parti

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2016 at 2:17 PM

Dan saya syorkan semua parti bertandin baru tau siapa popular.SPR kan adil dia terima semua calon. Yg tak ade parti bebas sj. Baru ummmmmnn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2016 at 7:33 PM

Undilah bn kalau nak merana

....................
Reply To This Comment ...................
May 15, 2016 at 11:48 PM

Pada dasar nya memang kalau satu lawan satu di kedua dua kawasan tersebut memang BN pasti kalah tetapi jika BN main duit sewaktu pilihan raya tak mustahil mereka juga boleh menang,,jadi tugas kita harus pastikan kita taruk orang orang kita di setiap tempat pengiraan kotak undi,, waspadalah dengan taktik kotor BN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 7:34 AM

Jangan lupa pengundi bukan melayu akan menolak PAS kerana Hadi.Jadi kalau 1 lawan 1 saya yakin Pas akan kalah dengan teruk sekali dan saya yakin memang itu yang Hadi mahu.PAS kini bukan saperti masa Tok Guru lagi.ia adalah adik kembar kepada Umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 4:04 AM

Biar KEKALAHAN di 2 PRK ini akan Membuka Mata & Telinga pemimpin2 UMNO & BN tentang PROTES AWAL drp Rakyat Malaysia & ahli2 UMNO di Akar Umbi berkenaan dgn Isu 1MDB/DERMA 2.6B & SRC serta Perlaksanaan GST yg Menyusahkan Rakyat demi membayar HUTANG 1MDB..

Post a Comment