........... PRK SB & KK - BN Hancur Jika Tewas, kata KuNan. Hahahaha .... Gentleman lah Sikit Cai2 Najib .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PRK SB & KK - BN Hancur Jika Tewas, kata KuNan. Hahahaha .... Gentleman lah Sikit Cai2 Najib ....

Monday, May 16, 201616comments

Mkini
Ternyata seruan Tun Mahathir baru ni supaya pengundi2 Sg Besar dan Kuala Kangsar menolak BN dalam Pilihanraya Kecil telah mengoncang kem Najib !

Orang tua yang baling gelas pun tak pecah ? Hahahaha .....

Tapi kenapa begitu bersungguh sekali cai2 Najib menyerang Tun Mahathir kalau benar seperti dakwaan mereka yang Tun sudah tidak lagi berpengaruh ?

Kenyataan Teuku Adnan ini mewakili cara serangan cai2 Najib -

"Beliau (Mahathir) berkata jangan undi BN dalam pilihan raya kecil...

"Ini adalah jelas bahawa beliau dengan parti pembangkang mahu membunuh parti kita,"

( oya, cai2 Najib tidak mahu pertahankan title TENGKU yang ada pada nama Teuku Adnan ke ? )


Tun Mahathir nak bunuh Umno BN melalui dua PRK ? Hahahaha .... Rapuhnya Umno BN kalau begitu ....

Cuba kita tanya diri sendiri - Kenapa semasa PRN Sarawak Tun Mahathir tidak membuat seruan kepada rakyat Sarawak supaya menolak BN ? Kenapa hanya bila pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar saja baru Tun minta pengundi tolak BN ?

Sebab keputusan kedua PRK ini tidak akan mengubah apa2 keadaan. Siapa pun menang, nasib rakyat tidak akan berubah. Kerajaan Pusat atau Negeri tetap sama juga.

Kedua PRK ini tidak lebih hanyalah pertarungan ego kepada Umno BN dan juga antara Pas dan serpihannya, Parti Amanah. Tidak lebih daripada itu.


Jadi daripada mensia2kan ketentuan Allah yang menyediakan dua platform untuk rakyat menyatakan pendirian mereka ini, makanya Tun Mahathir memilih untuk menjadikannya sebagai satu medium bagi rakyat menyatakan pendirian mereka terhadap kepimpinan Najib.

Ayat paling penting ketika ucapan Tun baru ni adalah -

Yang utama ialah mengalahkan BN. Untuk menunjuk kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokongnya.

Ini Pilihanraya Kecil la bukannya Pilihanraya Umum.

Bukankah Najib dan cai2 nya juga yang duk kata sebelum ini - Bertindak dan bersuara mengikut saluran yang betul ? So ....dua PRK ini adalah saluran yang betul bagi menyampaikan mesej.

Cuba cai2 najib nyatakan apakah saluran betul yang ada kepada rakyat untuk bersuara kalau rakyat sudah tidak lagi percaya kepada Najib ?

SETIAP TINDAKAN yang diambil oleh rakyat ( dan Tun Mahathir ) diperlekehkan dan dikritik hebat. Nak bercakap di majlis2, cai2 najib akan berusaha halang samada melalui ancaman maupun rasuah. Minta dibuat referendum rakyat, dikatakan tidak ada dalam perlembagaan. Buat Deklarasi Rakyat, diperlekehkan, So, cuba nyatakan pilihan yang ada ..... 

Ternyata cai2 Najib sudah gabra ...... 

Kenapa tidak jadi Gentleman dan sambut cabaran Tun Mahathir ini ? Barulah rakyat respek. Ini tidak, mengeluarkan kenyataan2 yang sering bercanggah dengan kenyataan2 mereka sendiri sebelum ini.

Tun Mahathir kata - Yang utama ialah mengalahkan BN. Untuk menunjuk kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokongnya.

Jika cai2 najib gentleman, mereka seharusnya jawab - Ya, kita jadikan medan PRK ini sebagai bukti rakyat masih menyokong kepimpinan Najib. Bring it on !


Ada berani ? I don't think so ......  mereka akan hanya berani sebut begitu SELEPAS mereka dapat keputusan pemilihan pengundi yang menunjukkan BN menang.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 3:40 PM

din..bkn kalau BN kalah..hilang2 kerusi parlimen???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 5:03 PM

@Anonymous

Hilang 2 kerusi parlimen tak dak la sampai hilang majoriti di parlimen, pembangkang akan naik kerusi jadi 90 dan Barisan Nasional akan turun jadi 132 kerusi.

Ini perlu dijadikan medan untuk memberikan signal kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak boleh terima perbuatannya itu.

Jika Barisan Nasional menang di kedua-dua PRK itu, maka bersorak rianglah Najib dan puak-puaknya kata rakyat menyokong mereka walaupun undi dari pengundi atas kapasiti Barisan Nasional bukannya disebabkan oleh Najib.

Pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar perlu berkorban untuk menyelamatkan negara ini, jika tidak rela nak undi pembangkang, rosakkan keras undi, tulis "Undur Najib" atau "Najib Liabiliti BN".

Lagi lama Najib berkuasa, lagi lingkup negara ini, pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu lakukan pengorbanan ini, walaupun perit, walaupun pahit, tetapi inilah hakikat yang perlu dibuat untuk memberikan signal kepada Najib bahawa rakyat hendak beliau berundur dan dia liabiliti kepada Barisan Nasional.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 5:04 PM

Dulu..waktu tun m keluar umno...bukan ke penyokong2 najib tu sombong bukan main? Kononnya keluarnya tun m dari umno tak beri kesan pun..

Skrg..tun m bukan ahli umno pun. Apakejadahnya penyokong najib tak puas hati pulak kat tun m? Dah panas bontot ke?

....................
Reply To This Comment ...................
KJ
May 16, 2016 at 5:46 PM

BN dah hancur pon. MIC dan MCA melukut tepi gantang. UMNO...dah banyak hilang penyokong, walaupun tak semestinya mereka beralih ke pembangkang. Angkara siapa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 6:57 PM

Bro Din dan Bro Abu Bakar...

Memang itu hasrat semua rakyat untuk Menumbangkan UMNO di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tetapi apa yang saya bimbangkan ialah pihak pembangkang terutamanya PAS dan PAKATAN HARAPAN yang akan diwakili oleh PARTI AMANAH NEGARA. Masing2 hendak tunjuk ego terutamanya PAN yang kononnya Hendak TEST WATER. Saya bimbang undi berpecah dan yang untung islah BN.

Saya rasa pihak pembangkang mesti duduk berbincang dengan matalamat satu lawan satu antara BN vs PEMBANGKANG.

MAT SABU DAN HADI AWANG MESTI HAPUSKAN SIKAP EGO MASING MASING.

Senario pertama ialah PAKATAN HARAPAN JANGAN BERTANDING. BIARKAN PAS SAHAJA BERTANDING SEBAB KEDUA2 KAWASAN ITU IALAH HAK MEREKA PADA PRU KE 13. Tetapi Pakatan Harapan mesti Standby di pusat2 penamaan calon just in case kertas calon PAS ditolak. Maka Wakil Pakatan Harapan akan membuat pencalonan disaat akhir.

Senario Kedua ialah PAS bertanding di Sungai Besar dan PAN di Kuala Kangsar. Di Sungai Besar calon PAN STANDBY dan di Kuala Kangsar wakil PAS standby. Dan untuk menjayakan usaha agar satu lawan satu terjadi Tun Dr Mahathir MESTI jadi orang tengah.

Matalamat kita ialah KITA MAHU TUNJUKKAN PADA NAJIB BSHAWA RAKYAT BENCI DIA DAN MAHU DIA BERUNDUR.

Semuga usaha ini berjaya. Peluang hanya sekali maka gunakanlsh sebaik2nya.

TUN MAHATHIR PLEASE COME FORWARD SEBAGAI ORANG TENGAH.

Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 8:38 PM

Teuku adnan sebagai setiausaha agung umnno jawatan yang dihadiahkan oleh najib & bukan nya dipilih oleh perwakilan umno lebih kurang tugas setiausaha peribadi najib lah bercakap 100% mewakili batang tubuh najib bukan mewakili parti umno jadi ahli umno tak perlu layan lah cakap teuku adnan ni jawatan dia akan hilang bila najib sudah bukan lagi pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 10:17 PM

Sokong. Tun mst bersuara..kalau nak bn kalah, tun mesti satukan dua parti kelahi ni

....................
Reply To This Comment ...................
May 16, 2016 at 10:46 PM

Spin isu nie...alah...bagi je kat pembangkang....bkn nk tumbang pun gomen....kemudahan lagi banyak...di salurkan..bila pru 14 nnt...kita pakat kaleh bg kat bn balik...yg tu lg penting..sb pru nk pilih gomen..la ni kita,bg kat pembangkang...bukan nk luak pun..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 11:51 PM

Mr Din..my two cent worth of thought is this..Why not Tun Mahathir get into the game?..Meaning Tun Mahathir masuk bertanding sebagai calon bebas..
It UMNO vs Tun on issues especially 1MDB..where Tun can legally used this as campaign manifesto.. It a David vs Goliath kind of a fight..it going to be one on one..my bet is on Parliament Kuala Kangsar..Best for Tun to slug it Mano a Mano right on Nazri own backyard..Let the whole BN propaganda goes against Tun while we..the people who petition for 'Deklarasi Rakyat'..marches to Kuala Kangsar and campaign for Tun Mahathir camp..Just imagine if Tun win this election by a landslide and re-enter the parliament in style.. as an "Independent"..and really put the House in order..It going to be an historical and memorable chapter in the history of our great nation..and We the People will be there to witness history in the making..Well Mr Din..why don't you talk to the people around 'The Great Statesman that is Tun Dr Mahathir Mohamed'.. for the Nation really need his service for the last time "... "Is there a doctor here in the house?"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 1:25 AM

Tun tak perlu bertanding dlm prk untuk apa lagi tun mau bertanding tujuan tun untuk sampaikan mesej kebabrokan regim najib kepada rakyat dgn gunakan pentas ceramah spt sekarang directly berhubung terus in touch dgn rakyat bukan nak ceramah kepada kerajaan melalui parlimen tak guna tun jadi wakil parlimen bukan regim najib nak dengar pun saranan tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 4:10 AM

Biarlah BN yg HANCUR di 2 PRK ini daripada Negara yg Hancur dikerjakan oleh PM & The Kroni jika BN Menang lagi.Kami tak akan Tertipu lagi...huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2016 at 7:30 AM

Anda tidak teruja Tun Mahathir menjadi check and balance dlm Parlimen sebagai YAB? Anda tidak berminat mendengar soalan yang akan di bangkitkan oleh Tun di sesi sidang dewan rakyat/parlimen? Anda tidak teruja unuk melihat perdebatan 'sarcastik' cara Tun?..atau dengan komidi bila Najib cuba mengelak soal-jawap dgn Tun? dan semua ini akan tercatit dlm 'Hansard' sebagai rujukan generasi akan datang..
Seorang Negarawan making a comeback at the age of ninety.. bukan lama pun hanya untuk merungkaikan kemelut 1MDB dan apa saja dasar kerajaan di bawah Najib yg merugikan Negara..Jangan kata anda tidak teruja untuk melihat pada pilihanraya parlimen Kuala Kangsar such an Epic comeback?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2016 at 1:07 AM

Tidak aku tidak teruja aku juga yakin Tun tidak akan bertanding sbg calon prk/pru tapi puak rejim najib memang ingin sangat Tun bertanding kerana mereka dapat warwarkan pada rakyat akan kebenaran kata2 mereka selama bahawa Tun orang tua gila dan tamak kuasa Tun tidak sebodoh itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2016 at 7:37 AM

Calon bebas..mana ada kuasa bub..nak pilih logo pun dah di pre-select oleh EC..but MENANG as calon bebas..well that's the difference.. The 'KEY'to enter the Dewan and asked Najib face to face..So how long you think najib can out run and out maneuver Tun during the Parliament session?
Well told Mr Din this was my two cent worth of nothing..Peace Bub..Salam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2016 at 6:03 PM

Answer Question face-to-face? how many times do you think najib attend parliment session? It's just written answer most of the time.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2016 at 2:05 PM

Maybe after 13 years and 2 PM's people tend to forget how lively Parliamentary session was during Tun era..Maybe this was just a wishful thinking on my part by wishing the present PM at least be as "Honorable" as his late father was..Or maybe it really true what the general public already knew long ago, that he is not his father son.

Post a Comment