........... Perdana Menteri Bukan Penjawat Awam - Hujah Najib Nak Buang Kes Saman Tun | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perdana Menteri Bukan Penjawat Awam - Hujah Najib Nak Buang Kes Saman Tun

Tuesday, May 10, 201615comments

Mkini

Ingat tak baru ni Najib ada kemukakan permohonan untuk batalkan saman yang dikemukakan oleh Tun Mahathir, Anina dan Khairuddin ke atas Najib selaku penjawat awam yang terlibat dalam amalan korup dan menghalang siasatan berkaitan isu 1MDB dan RM2.6 bilion ? Saman difailkan pada 23 Mac ( KLiK ), dan disampaikan kepada peguam Najib 31 Mac.

Plaintif dalam samannya pada 23 Mac lalu, memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Hari ini baru kita tahu alasan yang diberikan oleh Najib untuk batalkan saman Tun itu -

*Dalam perenggan ketujuh dan kelapan afidavit itu, Najib berkata beliau memfailkan permohonan untuk membatalkan kedudukannya atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi BN dan Presiden Umno dan bukan sebagai seorang penjawat awam kerajaan.


Apa yang saya fahamkan dalam kes ini -

1 - Tun, Anina dan Khairuddin saman Najib atas kapasiti Najib sebagai penjawat awam bla bla bla...
2 - Najib pula balas kata dia BUKAN penjawat awam ..... makna kata, saman itu tak kena tempat.


So ... adakah Najib selaku Perdana Menteri merupakan seorang Penjawat Awam ? Bahasa omputeh lebih tepat iaitu Public Servant atau yang berkhidmat kepada orang awam /rakyat.

Apakata cai2 Najib tampil dengan hujah2 bagi menyokong Najib yang PM bukan seorang penjawat awam ?  Begitu juga dengan Menteri2 dan wakil2 rakyat lain ... adakah mereka juga bukan penjawat awam atau public servant ?


Apapun takrifan anda samada PM adalah seorang penjawat awam atau tidak, amatlah memalukan bila Najib menggunakan alasan teknikal sebegitu untuk buang kes saman Tun. 

Kenapa Najib tidak jawab saja di mahkamah kenapa beliau selaku PM tidak bersalah dalam dakwaan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Pertahankan segala tindakan yang dibuatnya adalah demi kepentingan rakyat dan beliau tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai PM.

BUKANNYA sibuk dengan takrifan apakah PM tergolong sebagai penjawat awam dan cuba buang kes atas dasar takrifan itu.

Cuba Najib sendiri berikan contohnya bagaimana seorang rakyat mahu mendakwa Menteri atau PM atas dakwaan salahguna kuasa atau gagal dalam memikul amanah rakyat supaya tidak timbul ruang untuk buang kes atas isu teknikal ? 

Kita faham PM tidak akan punya masa untuk bekerja jika hanya melayan kes2 saman di mahkamah tapi memandangkan kes 1MDB dan RM2.6 bilion merupakan kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian seluruh rakyat juga masyarakat antarabangsa, pertimbangan khas harus diberikan supaya kes ini diteruskan pengadilannya di mahkamah.

Najib punya tanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa segala dakwaan itu adalah tidak benar dan beliau adalah bersih dari segala dakwaan itu.

Dari segi politik, bagi Umno dan BN juga, pembersihan nama Najib oleh mahkamah amat diperlukan dalam berdepan dengan pilihan rakyat semasa PRU14 kelak.

Janganlah terus mengelak, Najib ooooi .......

                                 **********************

Oya, perenggan dari Mkini yang ini juga menarik -

*Dalam perenggan 24 afidavitnya, Najib menafikan dakwaan dalam pernyataan tuntutan bahawa beliau berperanan dalam memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk seri Shafie Apdal daripada menjadi anggota kabinet dan hakikat bahawa empat daripada ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu.

Pulak dah ..... tak mengaku pulak memecat Muhyiddin selaku TPM dan Shafie dari anggota kabinet !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2016 at 9:51 PM

Alasan-alasan yang tak munasabah dan paling bangsat dalam sejarah Negara ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2016 at 9:51 PM

Inilah satu satunye PM Malaysia yang pengecut dalam sejarah. Sekurang2 nya Lim Guan Eng yang konon UMNO labelkan perangai macam hantu berani berdepan dengan SPRM. Ini satu orang gunakan balaci2 cam Rahman Dahlan,Salleh Said Keruak, Azalina untuk jadi tukang cakap. Tuan yang empunya badan,lari menyorok dalam kain bini...apa la nasib dapat PM macam ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2016 at 10:46 PM

saya tak tau apa2 pun....saya sign aja...kenapa salahkan saya pulak.......

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2016 at 10:57 PM

Bangang punya PM.amat malang Malaysia dpt PM bangang mcm najib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2016 at 11:04 PM

betul tu tuan anon 9.51..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 10, 2016 at 11:47 PM

Rasanya Tun M silap saman Najib atas kapasiti penjawat awam...sepatutnya saman najib atas kapasiti penyamun.

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2016 at 12:05 AM

Ee stupid nya awak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 12:09 AM

pm paling bangang dlm sejarah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 12:38 AM

Sumpah dan Doa berjuta rakyat Malaysia dalam dan luar negara sangat lah mustahil satu pun tidak mengena......In Sya Allah jatuh juga si Lanun-Bugis nih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 10:08 AM

Agaknya nak kena saman atas kapasiti pm baru dia tak mengelak kut... Kalau xnak naik mahkamah dia letak jawatan sbb saya bukan pm... Alahai jibun... jibun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 1:43 PM

Betul najib bukan penjawat awam.Dia tidak berkhidmat untuk orang awam pun dia cuma berkhidmat untuk Bini saja.
Jadi najib adalah penjawat bini.
Haaaaaaaaa...haaaaaaaaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 5:06 AM

Bro din please suruh tun tkr saman dr penjawat awam ke perdana menteri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 9:55 AM

Kalau Perdana Menteri dan sgala jenis menteri bukan penjawat awam abis tu dorang tu golongan apa? Raja2 , Sultan2, Sheikh2 Raja Arab, ataupun dorang dah anggap yg dorang tu sama tahap dgn TUHAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 1:36 PM

Golongan lemah fikiran@bodoh tapi masih ada hati nak jadi pemimpin pasal tak sedar diri sbb hari2 kena ampu.
Pencapaian beliau adalah yg terburuk dlm sejarah pemimpin dunia....bukan kata kita. Itu penilaian masyarakat luar....tapi buruknya rakyat yg tanggung. Adil kah? Buang je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 7:21 PM

Gaji Penjawat awam dibayar oleh rakyat. Gaji Najib sape yg bayar kalau bukan kita? Bodoh punya PM!!

Post a Comment