........... Pemimpin2 Umno Contohi Cara Mat Maslan Mengelak Dari Menjawap Wartawan .... TERBAIK ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemimpin2 Umno Contohi Cara Mat Maslan Mengelak Dari Menjawap Wartawan .... TERBAIK !

Thursday, May 26, 20167comments

Mkini 21/5

Beberapa hari lepas heboh mengenai cerita RM2.6 bilion bila dilaporkan Puad Zarkashi semasa bertemu penuntut Malaysia di Canberra, ada bercerita tentang pertemuan pemimpin2 Umno dengan Najib ketika isu 2.6 bilion mula didedahkan tahun lepas.

Dalam pertemuan tersebut, Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.

Bla bla bla ... klik link di atas untuk baca seterusnya tapi point yang penting adalah - Puad Zarkashi mendakwa Najib mengaku punya dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk penerimaan dana itu.

Hah .... ni berita baru ni. Kenapa tidak pernah diceritakan sebelum ini ? Kenapa Najib tidak tunjukkan bukti kelulusan itu ? Kenapa didiamkan akan kelulusan ini dan dibiarkan negara kecoh dengan isu ini ?

Kenapa tidak minta Zeti, Gabenor Bank Negara ketika itu untuk tampil menjelaskan perkara ini ? ( yalah Zeti mungkin tidak boleh sewenang2nya bercerita tentang hal2 berkaitan tugasnya tapi kalau diarahkan oleh PM, mungkin Zeti boleh tampil bercerita )

Bagi saya Puad Zarkashi mungkin bercerita yang betul kerana ia selari dengan cerita Ketua Bahagian Kuantan yang mula menyebut tentang kononnya dana itu bagi mengekang pengaruh IS tahun lepas .... ingat ? Juga hasil pertemuan dengan Najib. Puad juga cakap hal yang sama. 

Waktu itu, teruk alasan IS itu ditertawakan rakyat kerana pada tahun 2013 IS belum wujud lagi, malahan Najib sendiri pernah meminta kita mencontohi semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang2 IS !

Jadi kemungkinan besar memang wujud pertemuan itu dan kemungkinan memang Najib ada mendakwa mempunyai kelulusan Bank Negara. 


Jadi diharap Najib dan Zeti dapat tampil menjelaskan perkara ini dan tunjukkan bukti kelulusan itu.

Isu RM2.6 bilion ini BELUM SELESAI walaupun AG sudah mengarahkan supaya SPRM tutup kes. Rakyat masih membicarakan hal ini kerana terdapat banyak lompong yang tidak terjawab.

Tidak semudah itu untuk membersihkan dana RM2.6 bilion kononnya ia adalah derma dari pak arab. Bukan semua rakyat Malaysia sebodoh itu untuk menerima begitu saja alasan sedangkal itu tanpa diberikan bukti.

Malahan masyarakat dunia sedang mentertawakan kita kerana begitu mudah percaya alasan derma itu !

Minggu lepas, seorang putera Arab yang juga merupakan Menteri Pelancungan Arab Saudi dalam satu sidang akhbar telah menafikan pihaknya punya sebarang maklumat mengenai 'derma' sebegitu dan menegaskan berulangkali bahawa Arab Saudi tidak akan memberi sebarang derma politik kepada mana2 negara !

Jadi isu ini bukan satu isu lama dan adalah satu kesilapan besar bagi pemimpin2 Umno sekiranya menganggap isu telah selesai. Jika isu beg tangan Rosmah dan lembu NFC menjadi bahan kempen pembangkang PRU13, untuk PRU14 isu 2.6 bilion dan 1MDB akan menjadi bahan kempen utama mereka.

Yang ini lawak .... cuba perhatikan reaksi awal Mat Maslan ketika ditanya wartawan Mkini mengenai cerita Puad itu -






Adalah dekat 10 saat Mat Maslan terdiam sambil mengerut dahi, nak menunjukkan yang itu adalah satu cerita lama yang beliau sudah hampir lupa !

Cerita lama tuh ..... cerita lama buat apa nak timbul2kan...

Hahahahaha ..... terbaik la Mat Maslan ! Terselamat dia tak perlu nak jawab hahahahaha .....

Hebat ... memang hebat Mat Maslan ! Skill 3.85 tuh ...... Pemimpin2 lain kena belajar dari Mat Maslan macamana nak mengelak dari jawap soalan wartawan.

                               *********************

Ni cerita lain .... Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman mempertikaikan tindakan pihak berkuasa menjadikan laporan Ketua Audit Negara menjadi rahsia kerajaan.

"Ini sangat pelik dan beginilah caranya kerajaan lakukan, banyak lagi benda yang disorokkannya,"







Nilah dia antara contoh2 bagaimana dek sebab isu 1MDB, Najib telah mengheret sama kabinet dan kepimpinan Umno untuk dilihat sebagai bodoh oleh rakyat.

Tak terjawab mereka !

Padahal jika anda masih ingat 6 bulan pertama tahun lepas, Najib sering buat pertemuan tertutup dengan kepimpinan Umno baik Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri semua sudah bertemu dengan Najib untuk penjelasan isu 1MDB.

Dan SEMUA berkata, sebaik selesai perjumpaan, mereka SUDAH FAHAM dan akan TURUN KE AKAR UMBI untuk beri penerangan kepada rakyat mengenai 1MDB. Ada sesiapa pernah terima sebarang penjelasan dari mereka ?

Sekarang selepas PAC bentangkan laporan, bukan saja masih tidak terjawab, malah kerajaan dilihat masih cuba menyorok maklumat mengenai 1MDB bilamana Laporan Ketua Audit dijadikan rahsia kerajaan di bawah OSA, TANPA SEBARANG PENJELASAN !

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara lapuran Ketua Audit di OSAkan tapi seperti yang saya sering katakan - apasaja berkaitan 1MDB adalah pelik. KENAPA ?

Kan Najib dan pemimpin2 Umno berulangkali sebut bahawa 1MDB itu OK, Pac kata Najib tak bersalah .... so kenapa nak di rahsiakan lagi lapuran Ketua Audit ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2016 at 6:21 PM

Salam Tuan Din Turtle,,
Boleh anda komen tentang Rafizi dan Chegubard yang baru-baru ini telah berpaling tadah seolah-olah telah mendapat dedak,,sekian terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2016 at 7:13 PM

Din.
Sebab dia takut.
Dia bukan Pahlawan.
Dia PAHLANON.
Habis dia PEPAH..

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2016 at 7:41 PM

@Salwah Abdatsedang memerhati perkembangan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2016 at 7:54 PM

Mat maslan? Siapa dia ni? Dia ni pun cerita lama sangat dah,dah basi pun. Pasal dia dapat 2 juta tu ke?
Oooo....mat 3.85 tu,tu dulu skrg dah tinggal 0.385! Sbb Dedak dia power jadi hati tu kelam la sikit. Nak jawab Mmg salah tak jawab kang susah!
Hidup berkiblatkan jibon jadi bodoh pun takpa. Tu yg dia lupa dan lembab nak jawab tu. Masalahnya rakyat takkan lupa sampai bila2,pasal tahap kebodohan itu melampaui jawatan yg disandang. Yg terpalit dgn imej buruk itu adalah rakyat. Mengapa perlu tunjuk bodoh demi pertahankan boss kau Mat? Apa rasa org yg undi kau dulu....Tu pun tak boleh pikir ke?
Kesian kau mat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2016 at 8:06 PM

Knp rafizi berpaling tadah plak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2016 at 8:24 PM

Kemungkinan tu ada ... rafizi tak lama nak masuk penjara..

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2016 at 1:57 AM

Dia punya true colour sudah teserlah,ada perasaan iri hati,cemburu,hasad dan dengki, penyakit orang melayu lah PHD

Post a Comment