........... Najib Sekat Saya Dari Mengadap Agong - Tun Mahathir ( Video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Sekat Saya Dari Mengadap Agong - Tun Mahathir ( Video )

Tuesday, May 24, 20163comments


Sebelum ini saya siarkan video ucapan dari Peguam Hanif Khatri ( KLiK - Terimakasih kerana RAMAI yang baca ) semasa Majlis Selamatkan Malaysia Langkawi, kali ini saya siarkan video ucapan Tun Mahathir.

Sebelum itu layan dulu segmen panas dari Serikandi Langkawi, Anina 'Kencin Najib' Saadudin.

Rakyat Langkawi Talqinkan Najib Di Bumi Mahsuri




KLiK untuk ke Youtube

Ahli parlimen Langkawi kata - Kalau Tun Mahathir datang Langkawi, dia tak mahu apa. Dia zip mulut, walaupun  dia tak setuju dengan Tun Mahathir.

Saya nak beritahu Nawawi Ahmad.... Tutup mulut .. duduk diam2 ... PRU14 , rakyat tunjuk dekat dia, Siapa Rakyat !

- Tun hadir ke Langkawi dan Tun bangunkan Langkawi. Ini orang Langkawi tak boleh lupa. Sebelum Najib curi duit kerajaan, Tun Mahathir telah terlebih dahulu mencuri hati rakyat Langkawi !

Beritahu Najib, jangan sentuh Tun Mahathir ! Kerana orang Langkawi akan menjadi benteng terakhir untuk Tun Mahathir !

Beritahu Najib bahawa malam ini rakyat Langkawi telah mentalqinkan Najib di bumi Mahsuri.. Tapi tolong Najib jangan berkubur di bumi Langkawi  .... pi duk tempat lain.


Anak Cucu Kita Kena Tanggung Beban Sebab Najib Hilangkan Duit




KLiK untuk ke Youtube.

Sekarang ini jelas hutang 1MDB sudah dipindah pada kerajaan. Bukan sikit hutang, bukan seratus dua ratus, seribu dua ribu, ataupun satu juta dua juta. Dia dah hutang dari 42 bilion ringgit itu, sudah meningkat kepada 50 bilion ringgit ! Boleh jadi lebih daripada itu...

Jadi kita nak kena bayar hutang. Kerajaan kena bayar hutang 1MDB. Daripada mana kerajaan nak dapat duit nak bayar hutang ? Daripada kita semualah. Kitalah kena bayar hutang dia. Sebab itu dia kenakan GST, kita bayar cukai lebih, tol naik, subsidi minyak ditarik balik ... macam2 dia buat.

Bahkan Langkawi ini, dia datang hari tu, 3 tahun lebih dah .. dia janji nak bagi kepada Langkawi 5 bilion ringgit ... tahukah berapa banyak kita terima ? Setakat yang saya tahu, takde satu sen pun .....

Buat Bajet, bunyi cukup sedap, yang ini 80 bilion, yang ini 100 bilion .... tetapi duit takdak. Buat bajet saja. Lepas itu buat Bajet semula pasai takde duit. Turun sikit tapi tak turun banyak katanya. Lepas tu bagi tahu kepada Kementerian2 - kurangkan belanja sebanyak 20%. Jadi yang kita dengar bajet bukan main indah. Tapi akhirnya diberitahu secara senyap2 kepada kementerian - duit takdak ! Jadi tak boleh bagi ... kurangkan belanja.Tahun lepas kurang 20%, tahun ni kurang 20% lagi.. jadi 40% dah kurang.

baru2 ni saya berhenti daripada jadi Pengerusi Proton. Dan-dan Mustapha pergi ke Proton janji nak bagi 1.7 bilion ringgit. Saya berdoalah Proton dapat duit ni tapi saya cakap tak nampak bau, tak nampak warna pun ... takdak duit.

Banyak tempat macam tu lah ... janji itu janji ini tapi akhirnya takde duit. Di mana pergi duit itu ? Duit itu pergi kepada 1MDB. Dia hutang, la ni dia nak kena bayar hutang ... tak adalah duit, bagi projek itu dan projek ini. Hanya yang dikutip melalui GST, kenaikan tol, mengurangkan subsidi .. semua ini bertujuan untuk kumpul duit untuk bayar hutang.

Jadi yang bayar tu sapa kalau tak kita ? Kitalah kena beli dengan harga mahal. Barulah dia dapat duit. Jadi kita ini terpaksa bayar hutang 1MDB yang hutang duit tapi berniaga tak dapat satu sen pun, kita kena bayar hutang ini bukan boleh bayar hari ni saja. 50 bilion ringgit nak bayar hari ni, nak selesai tak mungkin. Akan ambil masa.

Pada kiraan mereka, akan selesai bayar hutang pada tahun 2039 ! Jadi anak kita cucu kita kena tanggung beban pasal Najib bagi hilang duit !


Kalau Tidak Ada Penjelasan, Saya Anggap Duit Itu DICURI !



KLiK untuk ke Youtube

.. YB Shahrir, wakil rakyat Johor Baru mengaku dia terima daripada Najib 1 milion. Ahmad Maslan pula terima 2 milion. Kalau 2 orang wakil rakyat itu terima 1 milion 2 milion, wakil rakyat lain tak terima ka ?

Saya nak tanya wakil rakyat daripada Langkawi ni .... dia dapat dedak banyak mana ?

dan yang lain2 wakil rakyat yang sokong Najib,  dia dapat duit banyak mana daripada Najib ? Kerana duit itulah dia sanggup sokong orang yang dapat duit cara yang tak halal. Inilah masalah yang kita hadapi. Kita terlangsung sangat taksub dengan kekayaan, bila nampak orang bagi duit, kita tak tanya dah daripada mana duit itu datang ! 

Walhal kalau kita tanya, dia tak boleh jawab. Dia terpaksa jawab - aku curi duit ini. Kalau satu orang curi duit dan kita ambil duit yang dia curi, kita pun jadi pencuri lah. Wakil rakyat apa macam ni yang sanggup terima duit macam ini ?

Ada banyak orang tiap2 tahun dapat buat kerja haji. Tanyalah Najib - duit bayar untuk kerja haji ni daripada mana ? Daripada 1MDB kah ? Sahkah kalau kita buat kerja haji dengan duit orang curi ?

Saya nak tanya sajalah... saya tahu diorang pergi buat ibadat tapi kita dipesan - kita buat kerja haji kalau kita mampu, kalau kita ada duit.. Kalau takde duit, ada orang curi duit bagi duit kat kita buat kerja haji pun saya nampak ..... tak berapa halal la.

Saya fikir, duit orang curi ni janganlah kita ambil.  Saya kata CURI kerana kalau dia tak bagi penjelasan daripada mana duit itu datang, samada secara halal ataupun tidak , anggapan saya ialah duit itu DI CURI !

Tunjuk kepada saya kata duit itu tak DI CURI. 


Najib Sekat Saya Dari Mengadap Agong




KLiK untuk ke Youtube.
Niat saya lepas pengisytiharan itu, saya bertujuan untuk jumpa dengan yang DiPertuan Agong, malangnya sampai sekarang ni saya tak dapat jumpa.  Mungkin yang DiPertuan Agong tak sihat. Tapi saya dengar cerita2 angin ... kita jangan percaya cerita2 angin tapi kadang2 nampak betul juga.... katanya Agong tidak dibenar berjumpa melainkan yang diluluskan oleh DS Najib. 

Jadi secara tak langsung dia dah kurung Yang DiPertuan Agong. Boleh jumpa sipolan, sipolan saja. Saya ni tak boleh jumpa. Pasal saya nak bawa rintihan rakyat kepada Raja. Sedikit sebanyak Raja kita bertanggungjawab juga terhadap negara.

Saya dengar daripada segi undang2 disebut oleh Hanif tadi  ( KLiK ) bahawa Raja ada kuasa. Sedikit sebanyak ada. Saya percaya mereka boleh buat sesuatu.  Dan kita nak buat secara tertib. Sebagai orang Melayu bersopan santun. Nak berjumpa mengadap Raja. nak bagi tahu kepada Raja berapa lori Deklarasi Rakyat ini kita ada. Dan nak minta pertolongan daripada Raja kita supaya tindakan diambil terhadap DS Najib tetapi sehingga sekarang ini saya tak dapat bertemu mengadap Duli Yang Maha Mulia.

Saya harap ini bukan kerana Najib sekat. Takkanlah dia nak sekat, apalah sangat saya boleh buat. Tetapi sehingga saya dapat berjumpa dengan Duli yang Maha Mulia, saya akan anggap ini adalah kerana Najib menyekat pasal dia biasa buat benda2 yang menyalahi undang2.

Sebab itu kita berpendapat lebih ramai daripada rakyat yang menyatakan pendirian mereka menolak DS Najib, lebih besar kemungkinan Najib akan dijatuhkan.

Hadirin diluar dewan sebelah tepi

FULL VIDEO 



KLiK untuk ke Youtube

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2016 at 1:17 AM

Tahniah dan Syabas kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad ....!!!!
Ceramah Terbaik 2016

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
May 24, 2016 at 10:30 AM

menggelupur "DIA" tgk & dgr apa yg berlaku di Langkawi...huhhh..panas..panas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2016 at 11:13 AM

"Go to hell!" biasanya diluahkan kepada Raja Zalim yang terus mengkhianati orang ramai bahkan berjuta-juta rakyat...

Post a Comment