........... Mukhriz - Pihak JASA Menipu Rakyat Dalam Kes 1MDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mukhriz - Pihak JASA Menipu Rakyat Dalam Kes 1MDB !

Sunday, May 1, 20167comments



Video adalah sedutan ucapan Mukhriz dari Majlis Bicara Selamatkan Malaysia di Johor Baru dua malam lepas ( KLiK ). 

Mukhriz telah mengenal pasti antara lain 3 jawapan SALAH yang diberikan dalam buku terbitan JAS - 1MDB, Siapa Kata Tidak Dijawab ? setelah beliau membandingkan jawapan JASA dengan fakta yang dibentangkan oleh PAC dalam pembentangan laporan parlimen baru ini.




KLiK untuk ke Youtube.

soalan no 11 - Benarkah USD700 juta dari pelaburan dalam Petrosaudi lesap dan dimasukkan ke dalam akaun Goodstar milik Jho Low ? .... Jawapan JASA - Tidak benar.

Mukasurat 25 dalam laporan PAC disebut, pada 30 September ... ( saya prinskrin bahagian berkenaan dari lapuran PAC -


Maksudnya, ini satu penipuan.

Kemudian, soalan nombor 6, ditanya benarkah dakwaan Tun Mahathir bahawa RM27 bilion lesap ? Jawapannya - Tidak ....

Kemudian diletak satu jadual, dihuraikan ke mana duit2 ni semua pergi. Dan salah satu yang disebut di sini, 4.2 bilion Aabar Investments deposit. Baru dua tiga minggu lepas, IPIC dan Aabar telah mengeluarkan kenyataan - dia tak terima duit ini.

Entah ke mana pergi, hilang. Lesap. Tapi dalam buku ini ia kata, tidak benar lesap. Itu penipuan juga.


Ada saya tulis artikel mengenai ini - KLiK dan saya copy perenggan yang penting dari kenyataan IPIC itu -

Both IPIC and Aabar confirm that Aabar BVI was not an entity within either corporate group.  Further, both IPIC and Aabar confirm that neither has received any payments from Aabar BVI nor has IPIC or Aabar assumed any liabilities on behalf of Aabar BVI. 

Soalan nombor 16, benarkah 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority (TIA) dan mencagar telaga minyak Terengganu ? Jawapan dia - Tidak Benar Sama sekali !

 Saya prinskrin laporan PAC -



Rupa2nya memang benar penipuan.Tipah tertipu lagi.

Itulah sebabnya rakyat sudah tidak lagi tahan dengan penipuan demi penipuan daripada jawapan2 yang diberikan oleh pelbagai orang termasuk Perdana Menteri sendiri.


                                            ********************************


Bulan lepas kita diberitahu melalui jawapan di parlimen, kerajaan telah membelanjakan lebih RM600 ribu ( KLiK ) untuk terbitkan buku "1MDB - Siapa Kata Tidak DiJawab" itu.

Nah .... bukan saja tidak menjawab secara telus, malahan pihak JASA yang bertanggungjawab terbitkan buku itu pula terbukti MENIPU dalam beberapa jawapan yang diberikan !

Apa tugas utama JASA ni ? Memberi penerangan kepada rakyat akan isu2 semasa atau membela Najib dan 1MDB walaupun terpaksa menipu ?

Kalau dikatakan yang pihak Jasa sendiri tidak mendapat maklumat sebenar mengenai persoalan2 yang dilontarkan, adakah itu bermakna yang Jasa telah memandai2 jawab sendiri tanpa merujuk kepada 1MDB ? Atau sebenarnya 1MDB yang menipu menggunakan Jasa ?

Pelik sungguhla 1MDB ni ..... tak pernah2 berlaku dalam sejarah negara kita berlaku kes seperti 1MDB ini ! Benda yang terang2 merugikan negara, memalukan negara dan kemungkinan besar bakal berdepan dengan dakwaan2 pihak penyiasat antarabangsa akan salahlaku kewangan yang turut melibatkan nama Najib malah terbukti melesapkan berbilion ringgit wang rakyat .... TAPI kerajaan dan pemimpin2 Umno semuanya senyap.

Langsung tidak ada teguran atau pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut .... semuanya angguk2 macam patung ! Dah kena mandrem ke apa ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2016 at 10:06 AM

Din,

Ini kata saya kepada mereka yang pertahan Najib.

Wah semenjak IPIC nak saman MOF Malaysia, Singapura dah mula nak dakwa 2 orang yang cuci duit 1MDB dan BNM kompound 1MDB, awak terus cerita benda2 lain ya?

Terus lupa pasal 1MDB? Terus lupa pasal pemimpin songlap duit rakyat bilion-bilion ya? Dulu awak kata kalau betul ada orang songlap duit negara memang orang tu patut kena hukom la kan.

Lepas tu awak cakap mana bukti, mana bukti, mana bukti.
Lepas tu awak kata SR, WSJ penipu, Justo bagi bukti palsu.
Lepas tu awak kata Mahadey penipu bukan 42bilion yang hilang.
Lepas tu awak kata Muhidin tak setia sebab bangkitkan pasal 1MDB.

Bila SR, WSJ, NYT keluar kata pihak berkuasa luar dah siasat memang ada bukti,
awak kata itu SR, WSJ, NYT gempak keling,
Bila Linton Besser, Jaya Balendra, Elise Worthington dari 4 Corners ABC lapor pasal 1MDB
awak kata itu semua khayalan semata,
Tapi bila penyiasat Swiss kata memang ada bukti penipuan bersangkutan 1MDB lebih US4billion
awak mula cuak dan kata ini mesti perancangan dari orang yg lebih tahu pasal kewangan antarabangsa,
awak mula nak cuit cuit NMY, awak sudah banyak guna tulisan dari RPK yang awak tahu banyak pembohong dan LSS yang tulisan nampak gah tapi isinya kosong,
Bila Pak Arab kata dia "aware" yg najib dapat donation, semangat awak naik balik walaupon di hati kecil awak tau itu semua stage act,
Bila IPIC kata yg mereka tak terima duit sebab syarikat yg dibagi duit tu bogus,
awak lagi cuak.
Bila Arul Kanda sendiri kata ada penipuan dari IPIC dan munkin pihak 1MDB sendiri terlibat awak lagi cuak.
Bila IPIC kata dia IMDB dan kerajaan MOF dah tak lunaskan apa yg dijanji awak lagi cuak.
Awak terima kata LSS yang Arab susah nak buat deal tapi awak jugak lupa yg baru je awak sokong Arab yg kata "aware" pasal najib donation dan awak lupa yg dulu-dulu awak beria-ria kata yg Arab memang banyak duit, tak de hal nak derma berbilion dolar pon.
Sekarang bila Swiss, Singapura, Amerika, Luxembourg, Seychelles, Hong Kong memang menguatkan siasatan awak lagi cuak.
Sebagai orang yg mengaku pernah kerja bank, awak tahu paper trail Bank memang tak boleh dihapuskan sekurang-kurangnya 7 tahun, tambah-tambah lagi zaman IT ini.
Awak juga tahu yg Swiss kata ada bukti bahawa duit 1MDB yg disalurkan keluar tu masuk ke syarikat filem hollywood (semestinya kepunyaan Riza?)
Jadi ini membetulkan teori Arul Kanda yang ada penipuan dari 1MDB.
Dan duit ini disalur ke syarikat bogus ke pembuat filem, melalui Husein al Badawy yg mengaku sponsor syarikat anak tiri Najib?

Awak boleh tanya mana bukti, mana bukti, mana bukti.
Tapi awak tak boleh menghilangkan hakikat yang benar itu benar.
Api tak boleh ditutop dengan kertas.
Jangan kerana wang anda jadi MUNAFIK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2016 at 11:46 AM

seperti kata tdm, sekarang kerajaan zaman najib, macam2 ada. tapi yang paling banyak menipu dalam memberi jawapan atas tindakan salah laku peribadi.

....................
Reply To This Comment ...................
CiLi PaDi
May 1, 2016 at 2:26 PM

Bangkai gajah takkan boleh nak tutup....
Lama2 terhidu jugak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2016 at 3:51 PM

Anon 10.06,

A very good run of sequence of situations....at the end of the najib's supporters have nothing to say any longer except FITNAH dari TDM, MY, AWSj, SR dan lain2.

JASA is a wasting public money's agency. 600K for publication cost is a clear proof of public's money spent unnecessarily. There ARE ELEMENTS OF MISREPRESENTATION and false statements with a view to tell lies to unsuspecting readers i.e the rakyat.

WOULD SOMEONE REPORT THIS TO THE POLICE, PLEASE?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2016 at 8:12 PM

Anon 3.51pm.
I suggest u make the police report first?
Can u. Please ha....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2016 at 9:13 AM

Gajah pendusta belalainya seumpama ular yang berbisa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2016 at 9:36 PM

Anon 8.12,

I am in New Zealand. If only I am in Malaysia I would lodge a report.

So those of you in Malaysia, please lodge a police report

Post a Comment