........... Model Perniagaan 1MDB Adalah Hampeh ! Akhirnya Kerajaan Mengaku .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Model Perniagaan 1MDB Adalah Hampeh ! Akhirnya Kerajaan Mengaku ....

Wednesday, May 25, 20164comments

Empayar 1MDB

Cantikkan peta dunia di atas ... dan tambah menarik bila nama Malaysia dimerahkan di anatara nama2 negara lain yang disebut. Peta di atas menunjukkan betapa meluasnya empayar syarikat 1MDB ... WOW! 

Mungkin patut dicatatkan juga nama Kepulauan Cayman, di selatan Amerika ( kedudukannya di bawah Miami dan Cuba ) yang begitu sinonim dengan 1MDB.

Peta saya copy dari Bloomberg ( KLiK ) yang menggunakan caption - How Malaysia's 1MDB Fund Scandal Reaches Around the World. ..... adeh... Artikel Bloomberg itu mengulas berita terkini tindakan MAS yang mengarah penutupan BSI Singapura dan siasatan AG Switzerland ke atas 1MDB.


HEBAT 1MDB ! Bank Swiss yang berusia 143 tahun pun boleh dikantoikan ....
                                                     **************************


Mkini

Memetik laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak terdapat sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan tadbir urus 1MDB.

"Sebaliknya terdapat kelemahan di dalam urus tadbir syarikat,” kata Najib ketika menjawab soalan bertulis Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Mahfuz dalam soalannya memuinta Najib selaku menteri kewangan menyatakan bentuk tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat.

“PAC telah meminta agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengambil tindakan selanjutnya.

"Justeru, Ketua Polis Negara telah memaklumkan bahawa pihak polis akan meneliti saranan PAC jika wujud sebarang elemen yang memerlukan siasatan dan tindakan lanjut,” kata Najib.


Bukankah terlalu awal untuk Najib buat rumusan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan dalam 1MDB ?

Bagaimana dengan laporan Ketua Audit Negara yang dirahsiakan di bawah OSA di mana TS Ambrin sendiri percaya sebagai " cukup untuk memulakan siasatan lanjut " ? ( Mkini 19/5 )


Bukti2 dokumen juga masih banyak yang tidak dikemukakan oleh 1MDB terutama yang berkaitan dengan transaksi2 pelik 1MDB yang menjadi perhatian. 

Perhatikan sekali lagi peta dunia 1MDB di atas .... tidakkah pelik kenyataan Najib bahawa tidak ada penyelewengan berlaku dalam 1MDB sedangkan ketika ini 9 negara sedang menyiasat ' SKANDAL ' 1MDB ? 

Singapura dan Switzerland pula sudah mengambil tindakan hasil siasatan mereka ...... dan disini, Najib beritahu di Parlimen, tidak ada penyelewengan berlaku  !

                                                 ******************************

Saya lebih suka kepada komen2 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani mengenai 1MDB yang lebih realistik.

Contohnya di Parlimen hari ini Johari berkata -

Mkini

Kerajaan tidak pernah mendakwa bahawa 1MDB adalah pelaburan yang baik

"1MDB bergantung kepada pinjaman untuk menjalankan pelaburan yang sebegitu besar dan tidak mampu memperolehi keuntungan dalam jangka pendek, ini adalah model perniagaan yang salah," katanya


Nah, ini pertama kali kerajaan mengaku model perniagaan 1MDB adalah hampeh ! Adakah Najib bersetuju dengan pandangan Johari ini ? Menteri2 dan pemimpin2 Umno lain setuju jugakah ? 

Mat Maslan ? Salleh Keruak ? Rahman Dahlan ? Annuar Musa ? Azalina ?

Dan ini satu lagi kenyataan bersifat JANJI KERAJAAN dari Johari -

Mkini
“Soal dari segi kita nak guna dana-dana institusi (awam) untuk menyelamatkan 1MDB ini, saya rasa kita semua bertanggungjawab bahawa mana-mana dana awam kita akan pastikan bahawa 1MDB tidak lagi meminjam dari mereka,” katanya di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab .

Kita hanya mampu berharap kerajaan juga tidak akan menjual harta dan aset kerajaan/rakyat untuk membayar hutang2 1MDB. 

Habis tu, macamana nak bayar balik hutang 1MDB yang mencecah berbilion2 ringgit ? 

Well .... mungkin kita boleh percepatkan siasatan terhadap 1MDB dan jika terbukti sesiapa bersalah, rampas harta mereka terlebih dahulu untuk digunapakai bayar balik hutang 1MDB !

Cukup rasanya harta2 yang bakal dirampas itu  .....

Sekiranya tak cukup dan kerajaan perlu bayar balik hutang 1MDB, rakyat berhak terlebih dahulu mendapat penjelasan yang tuntas mengenai 1MDB. Laporan Ketua Audit Negara perlu dihebahkan kepada rakyat. Isu2 tergantung perlu diselesaikan .... contohnya isu SRC, sebab itu juga berkaitan dana 1MDB.

PS  - Oya, BILA masanya yang kerajaan mula sedar yang model 1MDB ini hampeh/salah ? Baru sekarang atau ketika 1MDB tengah loaded dengan duit hutang ? Kenapa pemimpin2 kerajaan tidak tegur 1MDB sebelum ini, atau sebelum nasi menjadi bubur sehingga tersadai dengan hutang berpuluh bilion ringgit ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2016 at 7:38 PM

DARI awal rakyat yang otak cerdik macam kita2 ni dah tegur, dah tanya, dah komplen, dah persoalkan...

tapi apa kata najeeb dan konco2nya? "SEMUA OKAY. SEMUA DI LANDASAN BETUL. ITU SEMUA FITNAH. TUN M DAN PENGIKUTNYA ADALAH PUNCA SEMUA MASALAH 1MDB"

Terbukti lagi bahawa kata2 dan ketidakpuasan hati Tun M mengenai 1mdb adalah benar belaka.

Mana dia pemakan2 dedak najeeb yang dok backing 1mdb selama ini? semua dah tercekik dedak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2016 at 8:46 PM

1mdb bukan nak bisnes pun,cuma kononnya nak menghalal cara. Dgn segala keistimewaan dan perlindungan yg diberi maka mereka menggunakan peluang itu se maksimum mungkin. Dari penubuhannya mmg pelik dan tak masuk akal sehinggalah ke jawaban yg ditagih rakyat, hampeh.
Cuba renungkan siapa yg benar2 mendapat faedah dari 1mdb ni? Rakyat? Betul ke..
Pembohongan ditutup dgn pembohongan,pelaku dan pemain watak masih bebas berkeliaran walau terpaksa melarikan diri. Pemegang kuasa memutar fakta,kononnya menyiasat. Mangsa sebenar? RAKYAT jugak! Tapi,apakan daya kerana terlalu ramai yg buta,yg bisu dan yg bodoh. Terpaksalah menuruti apa yg di khabarkan oleh pemimpin yg mana mereka ini semua adalah lantikkan rakyat! Pelbagai cara dilakukan utk mematikan kuasa KITA sebagai RAKYAT.
JIKA SEMUA BERSATU DGN SATU TUJUAN, DAH LAMA BUNGKUS PESALAH INI. Seperti kata2 saya sebelum ini bahawa lena yg panjang amat memenatkan. Masih di buai mimpi indah.
Contohi lah negara yg mementingkan intergriti dan maruah diri yg menolak kebodohan tingkahlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
May 25, 2016 at 10:30 PM

Kalau aku bela saka, dah lama aku santau najis ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 26, 2016 at 4:57 PM

1MDB buat Business " Money Laundry ".. Dapat sikit KOMISEN drp "PARKING MONEY" kat dlm akaun...sbb tu Bisnes ni sampai KIAMAT pun tak akan UNTUNG sbb RUGI pun DUIT Masukkkkkk....Tapi masuk dlm poket org2 tertentu jer lah...Rakyat tukang bayaq HUTANG jer noooo...huhuhu

Post a Comment