........... Menjawab FITNAH Terbaru Najib - Kegagalan IPO Punca Masalah 1MDB Dan Gagal Kerana DiSerang | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Menjawab FITNAH Terbaru Najib - Kegagalan IPO Punca Masalah 1MDB Dan Gagal Kerana DiSerang

Wednesday, May 11, 201622comments

astroawani
Ternyata Najib masih sombong tidak mahu mengaku idea 1MDBnya yang hampeh dan cuba menyalahkan orang lain di atas kegagalan 1MDB.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini berikutan pendekatan 1MDB menggunakan kaedah pembiayaan hutang bagi perniagaannya yang memerlukan penerbitan IPO dalam masa singkat.

"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

"Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.

"Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai," katanya dalam rancangan temubual khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri bersempena ulangtahun ke-70 UMNO yang disiarkan di saluran TV1 RTM, di sini, malam ini.



Ok, kita jawab FITNAH yang cuba dilemparkan oleh Najib di atas menggunakan BUKTI2 yang diberikan oleh PAC sendiri. Artikel nampak panjang ..... jangan takut, kebanyakannya adalah copypaste dari laporan PAC. Tulisan berwarna biru adalah komen saya.


( mukasurat 71 - 74 )

5.3.7 Kegagalan Penyenaraian Awal Awam (IPO) Edra Global Energy Bhd.(Edra)

Cadangan awal penyenaraian 1MDB dalam Penyenaraian Awam Permulaan (IPO) telah dibentangkan oleh Goldman Sachs semasa Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada 8 Februari 2012. Cadangan IPO ini merupakan salah satu post-acquisition strategic option selepas perolehan syarikat Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (TEHSB). Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Encik Shahrol Azral telah memaklumkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 2 Mac 2012, bahawa sebahagian kos pembiayaan perolehan TEHSB boleh dilunaskan dengan kejayaan IPO.


- dibentangkan oleh Goldman Sachs pada 2012
- IPO sebagai cara membayar kos pemilikan IPP

Najib kata dalam artikel di atas -

"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

"Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat


sepertinya idea IPO ini merupakan pelan dari awal penubuhan 1MDB padahal ia hanya timbul ketika pembelian IPP pada tahun 2012. Dari tahun 2009 -2012 sebelum idea IPO ini timbul, apakah pendekatan Najib ?

1MDB telah mengambil pinjaman jangka pendek melalui syndicated bridging loan daripada Maybank Investment dan RHB Bank Berhad berjumlah RM6.17 bilion manakala baki berjumlah RM2.5 bilion akan ditanggung melalui pengeluaran Nota USD berjumlah USD1.75 bilion yang harus diselesaikan.

Pada 15 Oktober 2012 semasa mesyuarat Lembaga pengarah 1MDB En. Vincent Koh telah memaklumkan pelaksanaan IPO dijangka pada suku pertama tahun 2013 setelah selesai perolehan stesen janakuasa Powertek dan Kuala Langat. Bagaimanapun dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 22 Januari 2013, Encik Shahrol Azral memaklumkan pelaksanaan IPO ditangguhkan sehingga penghujung tahun 2013 selepas berjaya memperoleh dan menambah pengambilalihan sebuah lagi projek tenaga greenfield dengan kerjasama Mitsui & Co. Ltd. (Projek 3B). Selain itu, penangguhan pelaksanaan IPO juga dibuat bagi mengelak penyenaraian pada masa yang sama dengan kumpulan Malakoff. Seterusnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 15 Julai 2013, Encik Hazem memaklumkan bahawa adalah amat penting untuk memperoleh Projek 3B yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Mitsui & Co. Ltd. bagi memenuhi kriteria penyenaraian IPO. Memandangkan keputusan bidaan hanya akan diketahui dalam bulan Januari 2014, rancangan penyenaraian IPO akan ditangguhkan sekali lagi.

Berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 19 Ogos 2013, Pengerusi 1MDB telah mengarahkan pihak pengurusan untuk berusaha menyatukan dan merasionalisasikan operasi ketigatiga syarikat IPP sebagai persediaan untuk penyenaraian bahagian tenaga 1MDB yang dirancang dalam tahun 2014. Antara langkah yang diambil terhadap arahan ini adalah dengan mewujudkan 1MDB Energy Group Berhad (Edra) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras
aktiviti penyenaraian IPO yang dirancang. Syarikat ini kemudiannya telah ditukar nama kepada Edra Global Energy Berhad (Edra) selepas kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 1 Disember 2014, iaitu syarikat induk sektor tenaga yang bertindak sebagai pengurusan utama terhadap kesemua syarikat berkaitan tenaga di bawah kumpulan 1MDB.


Menurut 1MDB, penyenaraian IPO telah ditangguhkan atas sebabsebab politik dan pasaran semasa. Encik Hazem telah memaklumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 26 Mac 2014, berdasarkan penilaian awal bank pelaburan, sekiranya penyenaraian tersebut berjaya dilaksanakan ianya boleh mendatangkan hasil berjumlah RM15 bilion hingga RM25 bilion. Bagaimanapun, apabila permohonan IPO dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti pada bulan November 2014, nilai IPO yang dijangka akan diperoleh adalah di antara RM9.86 bilion hingga RM11.30 bilion. Mengikut maklumbalas 1MDB kejayaan penyenaraian tersebut bergantung kepada faktor luaran di luar kawalan syarikat. 1MDB telah mula merancang dan memulakan kerja-kerja persediaan untuk IPO pada tahun 2013 iaitu sebelum banyak kenyataan negatif dan tuduhan media dan parti politik dalam tahun 2014 dan 2015.

Faktor politik itu adalah menurut 1MDB. Begitulah juga seperti kata Najib ... iaitu MENURUT NAJIB. Pendek kata - itu cuma ALASAN.

Permohonan dikemukakan pada bulan November 2014, dan jangkaan nilai IPO adalah RM9.86 bil - RM11.30 bil ( pada bulan Mac Hazem jangkakan RM15 bil - RM25 bil  .... tapi itu adalah JANGKAAN Hazem ) Apakah pengurangan jangkaan yang mampu diraih dari IPO itu adalah kerana sebab2 politik ?

Siapa pernah dengar tentang isu2 1MDB sebelum November 2014 ? Sebelum itu hanya pembangkang saja yang bersuara tentang 1MDB dan jarang mendapat perhatian dari rakyat pun. Tun Mahathir mula menulis tentang 1MDB adalah pada 27 Oktober, 2014 melalui artikel chedet bertajuk - 1MDB.

Ketika itu pun tidak ramai yang beri perhatian lagi. Isu 1MDB mula diberi perhatian pada penghujung tahun 2014 ketika Khairuddin buat repot polis terhadap pengurusan 1MDB. Itu pun masih ramai yang tidak ambil peduli.

Jadi bagaimana yang dikatakan faktor politik menjadi penyebab kegagalan penyenaraian IPO 1MDB ?

Kesan daripada penangguhan kedua IPO adalah seperti berikut:

· Pinjaman Maybank berjumlah RM6.17 bilion yang matang pada bulan November 2013 tidak dapat dilunaskan dan 1MDB telah membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh matang selama 6 bulan lagi berakhir bulan Mei 2014.


· 1MDB terus gagal untuk melunaskan pinjaman pada bulan Mei 2014 dan telah membuat re-finance of loan setelah membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM670 juta. Pinjaman refinance dengan Maybank kini berjumlah RM5.50 bilion.


· Pihak JAN mengandaikan pelunasan pinjaman berjumlah RM670 juta ini juga telah dibiayai daripada pinjaman baru yang telah diambil pada bulan Disember 2013 oleh 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. daripada Ambank Berhad. Ini kerana sebahagian besar pinjaman telah diberi kepada 1MDB sebagai pendahuluan dan bukan digunakan untuk membiayai projek penempatan semula Bandar Malaysia (iaitu tujuan sebenar pinjaman diambil).


· Pinjaman 1MDB semakin meningkat dan pembiayaan yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan telah digunakan sebahagiannya untuk melunaskan pinjaman.

· Kos pinjaman yang ditanggung oleh syarikat semakin meningkat dan kos yang perlu ditanggung untuk melanjutkan pinjaman juga merupakan kos tambahan.


Kesemua kesan penangguhan IPO yang disebut di atas berlaku SEBELUM Tun Mahathir bersuara !

Mukasurat 73

Kesemua penangguhan dibuat oleh pihak pengurusan sendiri dan lembaga pengarah atas penilaian perniagaan mereka. Tidak ada kaitan dengan faktor luaran apatah lagi faktor politik.

Di mukasurat  86, kita boleh baca analisis yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara yang antara lain menyentuh bab pelaburan dan pinjaman berkaitan IPP dan penyenaraian IPO ini -

i) Selain itu, analisis JAN mendapati beberapa keputusan berkaitan pinjaman/pembiayaan untuk pelaburan telah dibuat tanpa perancangan terperinci. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Implikasi jaminan yang diberikan oleh IPIC terhadap terbitan Nota USD1.75 bilion (yang pertama) merangkumi call and swap option dan security deposit tidak dibuat kajian secara terperinci mengenai kesannya terhadap IPO dan kedudukan kewangan Kumpulan 1MDB.

Bagaimana mungkin mahu IPO kalau diberikan Option 49% kepada Aabar ke atas pemilikan Edra selama 10 tahun ? 

ii. Kumpulan 1MDB telah memperoleh 10 pinjaman/pembiayaan jangka pendek antara 15 hingga 48 bulan bagi membiayai perolehan aset sektor tenaga yang bersifat jangka panjang. Ini menyebabkan Kumpulan 1MDB terpaksa mengambil pinjaman/pembiayaan baru untuk membayar balik pinjaman/pembiayaan jangka pendek yang matang.

iii. Pelaksanaan IPO ditangguhkan kerana ingin memperoleh projek baru bagi menambah nilai IPO tanpa membuat unjuran keupayaan sebenar syarikat untuk membayar balik prinsipal dan kos pinjaman yang matang dalam tempoh terdekat dan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh pembiaya.

Ada tak Jabatan Audit Negara sebut apa2 tentang faktor luaran dan politik ?

Di bawah adalah antara rumusan PAC - ( mukasurat 103-105 )

Setelah diteliti, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati bahawa struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan Kumpulan 1MDB adalah kurang memuaskan. 1MDB bergantung kepada hutang (pinjaman bank, bon dan sukuk) sebagai modal syarikat, di mana sebahagian hutang tersebut telah mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan. Hutang tersebut bermula pada tahap RM5 bilion pada tahun 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion, berbanding aset sebanyak RM51 bilion, pada tahun kewangan berakhir 31.03.2014, di mana 1MDB membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion untuk pembayaran faedah ke atas hutang. Pada Januari 2016, hutang 1MDB mencecah RM50 bilion, berbanding aset RM53 bilion, di mana 1MDB membelanjakan sebanyak RM3.3 bilion untuk pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015
(anggaran yang belum diaudit). Adalah jelas bahawa tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding dengan aliran tunai syarikat. Oleh itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula (refinance) untuk pembayaran balik hutang matang dan juga mengambil hutang baru untuk, antara lain, pembayaran faedah hutang sebelumnya.


Setelah beroperasi selama lima tahun, 1MDB menghadapi masalah ketidakseimbangan aliran tunai pada November 2014. Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu sedang bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Berhad, untuk menjana dana, yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah. Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan faktor luaran. Berikutan itu, kerugian pertama syarikat sebanyak RM665 juta yang diumumkan pada November 2014 telah menyebabkan keyakinan terhadap syarikat telah terhakis. Susulan itu, 1MDB tidak dapat membiayai semula (refinance) hutang sebanyak RM2 bilion yang hampir matang pada masa tersebut.

Model perniagaan 1MDB terlalu bergantung kepada pinjaman dan ini amat membebankan syarikat dan tidak mampan kerana syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya.

Jom kita baca balik apa kata Najib semalam -

"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

"Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.

"Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai,"



Najib punya kuasa penuh ke atas 1MDB tanpa diganggu oleh sesiapa pun termasuk faktor luaran dan politik dari tahun 2009 - penghujung 2014. Ketika Tun Mahathir mula bertanya mengenai isu2 1MDB, syarikat sudah mula bermasalah besar kerana tidak ada bank yang sanggup berikan hutang lagi kepada 1MDB. Selama itu, 1MDB hidup atas HUTANG. 

Tak cukup duit bayar hutang, 1MDB akan berhutang lagi lebih besar. Gali Lubang Tutup Lubang - itulah pendekatan sebenar 1MDB ! 

Langsung tidak ada check and balance. Semua atas kepala Mr117.  Selama 5 tahun diurus secara lemah dan berhutang berlebihan secara melampau ( itu menurut JAN dan PAC ), bila sudah terdesak untuk menjawab kepada rakyat, tetiba disalahkan kepada faktor luaran ? ( kita boleh agak siapa yang Najib maksudkan )

Kemudian Najib merujuk kepada kenyataan Tan Seng Giaw konon menyokong dirinya tidak bersalah -

"PAC sudah bentangkan hasil laporannya. Malah, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli pembangkang, telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa mengikut pengamatannya, saya tidak melakukan sebarang kesalahan (dalam 1MDB).

Bagaimana dengan kenyataan media bersama kelima2 ahli pembangkang yang menjadi ahli PAC berkaitan samada Najib bersalah atau tidak ? -


“Malangnya pihak PAC juga tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri kerana dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara. 

“PAC juga tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa perdana menteri tidak bersalah. 

“Oleh itu kami menggesa supaya Hasan untuk mengemukakan bukti melalui Hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” kata lima anggota PAC itu dalam satu kenyataan media.( Mkini )

Sebenarnya persoalan samada Najib bersalah ataupun tidak, TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN oleh PAC. Selain dari dokumen2 yang diperlukan tidak diserahkan, Najib sendiri tidak dipanggil oleh PAC untuk disoal siasat.


Terlalu banyak persoalan yang masih tergantung walaupun selepas PAC bentangkan laporannya. Tergantung kerana masih banyak maklumat yang mahu diSOROKkan. Kita tertanya2 apakah alasan lapuran Ketua Audit Negara dirahsiakan bawah OSA walaupun asalnya dikatakan akan didedahkan selepas laporan Pac dibentangkan ? NAK SOROK APA ?

Apa yang RAHSIA sangat dengan laporan akaun 1MDB ni ?

SEMUAnya berkaitan 1MDB adalah pelik dan langsung tidak mengikut norma kebiasaan sebuah perniagaan diuruskan. Kalau untung tak perlah juga tapi ini RUGI dan MERUGIKAN !

Ternyata Najib masih tidak mahu mengaku idea 1MDBnya adalah hampeh dan cuba menyalahkan orang lain atas kegagalannya.

Oya, kenapa Najib tidak sebut apa2 tentang pelbagai pembayaran bernilai berbilion2 ringgit yang LESAP kerana dibayar kepada syarikat palsu ? Adakah itu juga merupakan pelan asal 1MDB ? Siapa yang meluluskan dan sain pembayaran kepada syarikat2 palsu itu ? 

Kenapa projek2 ( yang menyebabkan keperluan pembayaran kepada syarikat2 palsu itu ) banyak pakai redah tanpa memperdulikan arahan atau tanpa diberitahu kepada ahli lembaga pengarah ? Apakah CEO ( shahrul ) berani bertindak sendirian membabitkan kontrek atau pembayaran berbilion ringgit nilainya ? 

Apakah Shahrul juga berani bertindak melanggar Pengerusi Penasihat ?  

Tidak mungkin  ......... makanya SIAPA dibelakang Shahrul ?

Beberapa kali diulangnya perbuatan khianat itu ..... kenapa tidak ada tindakan ? Kenapa dibiarkan berulangkali ? Kenapa masih diambil bekerja di PMO malah dijadikan sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah 1MDB pula !  ?

Sudah2lah Najib ..... come clean and settle this as a gentleman. Lambat laun akan terbongkar juga ...

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2016 at 8:25 AM

Faktor seleweng duit najib tak sebut pun.haramjadah sungguh, dia nak sorok bangkai gajah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 8:46 AM

Singapore hanya menunggu penyiasatan US dan Swiss lengkap.

Cakap2 orang di-industri Bank ada mengatakan bahwa bukti
sudah ada sejak tahun 2015 lagi. Singapura hanya akan "lepaskan"
kenyataan yang "formal" dan jelas mengenai wang yg di-bekukan dan
nama2 yang terkait dengan nya.

Pemimpin Singapura sedang menjauhkan diri dengan orang yg terbabit.
Tidak kah anda perasan selama ini?? Macam apa yang Tun Musa katakan...
akhir nya Tun Mahathir menang lagi!...walaupun Tun Musa tidak sukakan
Tun Mahathir sekurang kurang nya dia cuba cakap perkara yang benar tapi pahit buat penyokong Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 10:12 AM

salam pak din tak abih2 lagi ke dengan 1mdb, saka 1mdb dengan pak din tidak boleh dipisahkan. saya mengikuti bual bicara najib dan saya nampak kebenaran ape yang dikatakan, tapi itulah bila hati sudah hitam mcm pak din yang putih pun dikatakan hitam, tapi yang saya nampak kejujuran najib dan semua kesilapan ini terletak kepada orang orang seperti pak din, sifizi, sitony. urusan syarikat yang dibuat 1mdb sama dengan semua syarikat besar lain buat tapi bezanya hanya jumlah nya yang cukup besar. saya rasa kalau tidak kerana terdapat manusia yang dengki melihat kejayaan syarikat melayu berjaya benda ni tak kan berlaku, sepatutnya syk ini diselamatkan mcm tun m bantu syk anak2 dia, tapi hairan ramai orang tuduh tun m guna duit rakyat selamatkan syk anak dia tapi dia tak pi saman lak, tapi bila najib dia suruh saman lak. aku tak tau lah pak din, negara negara yang besar dikatakan akan menyiasat 1mdb lagi pada hal isu 1mdb ini dah berapa tahun ya? sepatutnya dah selesai. bukan cam nak cari antidot untuk kuman aids, cukuplah pak din tengok tun m pun cam dah letih, dia dah jadi cam tunku dulu diusung oleh pembangkang kemana mana. bila mmangkat sampai sekarang orang tak kenang lansung. tapi tak pe gak dulu yang usung tunku orang melayu, tapi tun m kini diusung oleh orang cina. cukup2lah pak din bawak baca quran dan berzkir kan lebih baik. melayu oh melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 12:22 PM

Dalam sejarah,hakikatnya Malaysia sekarang mempunyai PM pembohong & penakut....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 12:52 PM

dah terbongkar pun tapi sistem kerajaan dah korup dan perundangan dahtak berfungsi lagi di bawah Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 1:37 PM

Najib kau tunggulah saat kemampuihan.Lembu yang betul2 bodo pun dah tak bolih percaya cakap kau lagi apatah lagi rakyat yang ada otak ni.
Kau terjunlah dengan labu2 kau nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 2:32 PM

Halo anon 10.12 am yang kau pi ikuti temubual penyamun mana dia nak mengaku dia bersalah .Dia akan bercakap yang dia paling baik dan dia yang paling zuhud didunia ni.Cuba pi majlis selamatkan rakyat dengar apa tun cakap lepas tu buat perbandingan mana yang lebih lojik itu yang lebih afdal.

....................
Reply To This Comment ...................
May 11, 2016 at 2:40 PM

@Anonymouskenapa tak tumpukan hujah pada isu yang dibangkitkan Najib - kegagalan IPO akibat diserang ? Itu kan alasan UTAMA 1MDB gagal mengikut kata Najib.

Tak perlulah alih isu, ya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 4:26 PM

Anon 10:12am - nmpk sgt kau xbace ape yg din tulis selama ni, psal laporan PAC tu pun jgn hrapla kau bace. Bodoh xboleh diajar. mcm ni lah orgnya. Bengap sgt. dengki sbb syarikat melayu? Mmg mcm ni la syarikat melayu mahu untung cepat tp xfkir. akibat. bodohnya la kau ni. mnyakitkn hati je. dgr najib ckp & bace laporan pac la woi!klu xbleh beza jgk mmg ko manusia pling bodh & lembam!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 4:45 PM

Anon 1012,
Hujah dan pandangan anda mewakili segelintir rakyat yg masih ketinggalan fakta semasa. Terlalu jauh anda tercicir. Banyak2 lah membaca dan latihlah otak utk berfikir dgn teknik yg betul. Sekali pun anda dibayar upah sebagai macai,jadilah yg terbaik. Sekadar penerangan di tv bukan jalan penyelesaian. Dlm zaman mcm sekarang masih ada yg percaya alasan palsu?
Dan bagi anda, najib berdiam diri tu satu langkah yg betul? Ni bukan berlaku se mlm bro,dah bertahun.. dah berapa banyak bukti dan fakta serta penyingkiran berlaku,pun masih ada kejujuran ? Pergh.....salah tu bro! Anda sangat mudah ditipu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 4:46 PM

Ni sah tak baca lapuran pac ni. Artikel 117 1mdb kata apa...sekarang dah tak mengaku pecat tsmy dssa pulak. Apa jenis pemimpin yg kamu dok sokong ni anon 10:12...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 4:50 PM

Maaf tuan. Saya tak boleh terima ayat syarikat melayu. 1mdb bukan syarikat melayu tapi 1najibdevelopmentberhad.
Najip tu melayu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 6:36 PM

Semua penyiasat luar negara dari USA, EROPAH DAN ASIA hanys menunggu Najib turun dari takhta Perdsna Menteri.

Dia turun saja semua negara akan mengeluarkan waran tangkap. Macam yanb berlaku keatas Presiden Kepulauan Mauritious. So Rakyat Malaysia bila lagi nak turunkan beliau dari takhta.

Benteng terakhir Najib ialah Undang2 Dharurat yang baru dilulusksn. Najib akan lakukan apa saja untuk menyelamatksn dirinya.

Najib akan ambil cell Anwar di Sungai Buloh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 8:16 PM

He can say what he said in the interview since he has still gone scot free thus far. But I hope for not too long. Sooner rather than later this time around the truth no matter what he has done in hiding it will be revealed. And there would be no tears for what is happening to him and the people around him. Surely he does not truly believe he can get away this time around too - when some of the most intelligent people on earth are probing him and his handiwork as if there is no tomorrow?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 8:17 PM

Eee... Malulah nak mengaku yg tu syarikat melayu. Apa punya melayu yg meniaga berbilion2 tapi xda produk. Syarikat yg xda produk xkan mampu nak kembangkan ekonomi orang lain. Sebab xda bahan mentah yg perlu disediakan. Xda barang yang perlu dihantar. Xperlu bungkus. Xperlu diiklankan. Xda apa yg nak dibanggakan pun lah. Dah la modal pun xda. Patutnya syarikat ni kalau bermasalah xpatut kita tolong pun. Tapi masalahnya syarikat ni kerajaan yg bagi restu. Xpasal2 semua org yg bayar cukai kat kerajaan ada share hutangya sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 8:21 PM

Najib dah terlajak ambil duit up front..jho low pun dah chekau portion commission..masa mula divert fund lupa dunia..confident boleh cover later on..ni mentality 'Front loading'..Bottom line..bila ada clause "Government will honour all debt"..macam iron-clad immunity to divert all responsibility.Sekarang rakyat boleh di lihat bagaimana crisis 1MDB di tangani oleh Putrajaya..'Selamba poyo aje..'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 11, 2016 at 8:33 PM

Diserang penyakit kuku dan mulut agak nye

....................
Reply To This Comment ...................
May 12, 2016 at 12:50 AM

Najib tak layak di jadikan pemimpin sebab beliau terlalu cinta kan keduniaan sehingga tak dapat bezakan yang halal dengan yang haram....!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 3:13 AM

@Salwah Abdat

Wow! Alhamdu'Lillah!

Aku cukup suka komen yg macam ni... Ada intelek!

Seorang Pemimpin Muslim Sejati TIDAK AKAN melakukan kerosakan di muka bumi..

(rasuah, salahguna-kuasa, mencuri harta negara, zalim, membohongi rakyat - Ini antara contoh2 kerosakan)

Ajib ni jenis pemimpin apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 8:52 AM

Satu2nya org dimuka bumi ini yg tak pernah mahu mengaku silap sendiri adalah NAJIB,yg mana dimata macai2 beliau, sungguh suci murni. Jauh sekali mahu memohon maaf kpd rakyat,sebaliknya menyalahkan pihak lain diatas kegagalan beliau dgn rasa penuh angkuh dan sombong.
Segala penat lelah pemimpin terdahulu telah dimusnahkan oleh beliau dlm sekelip mata dan pasukan ampu bodek yg ketara di mata rakyat GAGAL sama sekali menangani isu2 besar. Apa keistimewaan jho lo,subuh yasin dan nik faisal hingga terlalu sukar utk di punggah balik? Mudah.....mereka mendapat perlindungan dari seorang durjana yg telah menjahanamkan kedaulatan undang2 negara tercinta.
Ingatlah wahai bangsa Melayu,kamu di bodohkan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2016 at 9:48 AM

Semua perwatakan Najib sbg seorang pemimpin ada disebut Allah dalam Al-Quran. Dan Allah juga menyatakan apa akibat jika kita masih menyanjung pemimpin seperti Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 16, 2016 at 9:01 AM

BNM tutup kes 1MDB
AG tutup kes 1MDB
BN Menang besar di PRN Sarawak …..


“Anak muda berlagu sayang , di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang , Penyu menangis siapalah yang tahu
Sesak nafasnya sesak , tak tahu adik tak tahu
Sebak dadanya sebak , tak tahu adik tak tahu

Bengkak jantungnya bengkak , tak tahu adik tak tahu
Retak hatinya retak , tak tahu adik tak tahu

Kelabu matanya kelabu , tak tahu adik tak tahu
Sendu tangisnya sendu , tak tahu adik tak tahu

Sayu jiwanya sayu , tak tahu adik tak tahu
Layu langkahnya layu , TAK TAHU AKU PUN TAK NAK TAHU”

WAKAKAKAKA …….

Post a Comment