........... Kepada Salleh Keruak - Sumber Maklumat Tak Penting, Kalau Ianya Fitnah, Saman Sajalah ! Alasan jer... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kepada Salleh Keruak - Sumber Maklumat Tak Penting, Kalau Ianya Fitnah, Saman Sajalah ! Alasan jer...

Friday, May 20, 20168comments

Mkini
Jika benar laporan WSJ, kenapa WSJ tak namakan sumber .... itu point utama posting terbaru Salleh Keruak  sebagaimana terjemahan Mkini.

Itu Salleh sifatkan sebagai cara seorang pengecut mahu menggelakkan diri daripada di saman.

Hahahahaha ...... apakah semua akhbar dengan rela akan mendedahkan sumber maklumat berita2 sensasi @ pendedahan2 eksklusif yang bersifat sensitif ? Jika pihak akhbar sesenang itu mahu dedahkan sumber mereka, tidak akan ada sesiapa lagi yang mahu beri sebarang malumat rahsia atau sensitif kepada media.

Bukan saja WSJ, malah akhbar tempatan pun punya prinsip yang sama. Tapi itu tidak menghalang mana2 pihak yang terasa dianiaya oleh laporan2 sebegitu untuk menyaman pihak akhbar. Mereka saman atas dasar laporan yang bagi mereka adalah satu fitnah kepada kepentingan mereka dan mereka saman atas dasar kebenaran.

Soal pihak akhbar mahu dedah atau tidak sumber maklumat, itu akan diputuskan oleh mahkamah. Apa yang penting, mereka yang merasa diri difitnah boleh saja menyaman pihak akhbar atas artikel yang disiarkan. Demi untuk membersihkan nama mereka dan membuktikan mereka tidak bersalah sebagaimana yang didakwa oleh pihak akhbar.

Dan terbukti banyak kali, pihak akhbar tewas dalam kes2 mahkamah sebegitu.

Jadi soal pihak akhbar tidak mahu dedahkan sumber maklumat tidak harus dijadikan alasan untuk tidak menyaman dalam dalam kes ini - Najib harus saman WSJ jika benar beliau difitnah demi menyelamatkan maruah dirinya, keluarganya dan rakyat Malaysia.

Kemudian Salleh berkata - seringkali terbukti laporan WSJ tidak benar ... dan berikan contoh lapuran WSJ mengenai pengganti Gabenor BNM baru yang 'salah' orang.

Itu sajakah contoh salahlapor yang mampu Salleh dan cai2 Najib berikan tentang WSJ ? Bagaimana dengan contoh salahlapor berdasarkan artikel2 pendedahan mengenai isu 1MDB, 2.6 bil dan yang berkaitan  dengan kedua isu itu ?

Bukan saja WSJ, malah rakyat pun masih ternanti2 bukti dari pihak Salleh dan kerajaan yang menunjukkan laporan dari Sarawak Report telah diubahsuai maklumatnya, sebagaimana yang sering didakwa oleh Salleh, Azalina, Tg Sarippudin, Rahman Dahlan dan mereka yang sewaktu.

Dah 5 bulan sejak pihak polis berjumpa dan mengambil keterangan daripada Xavier Justo di penjara Thailand tapi masih belum ada bukti2 yang menyokong dakwaan mereka ini.

Malahan, rakyat Malaysia tambah yakin dengan laporan2 SR dan WSJ bilamana laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen menyokong sepenuhnya apa yang kedua media itu dedahkan. SAMA saja laporan PAC dengan laporan SR dan WSJ !

Nah, apakata Salleh sendiri yang keluarkan bukti yang menunjukkan apa yang dilaporkan oleh WSJ itu adalah fitnah ? Yang penting di sini adalah persepsi rakyat bukannya menang atau kalah dimahkamah. Bukankah selaku cai Najib, tugas utama Salleh adalah untuk memenangi hati rakyat terhadap Najib ?

Kalau Salleh mampu buktikan WSJ menfitnah dalam lapuran2 mengenai 1MDB dan 2.6 bilion, dengan sendirinya rakyat akan menolak WSJ.

Satu lagi yang saya hairan, kenapa tetiba jer Salleh mengkritik WSJ menggunakan hujah yang terlalu umum, sepertinya itu kali pertama Salleh mengkritik WSJ ?

Apakah kerana baru ini WSJ mendedahkan mengenai pembelian hartanah mewah oleh anak tiri Najib @ anak Rosmah di London yang bernilai RM138 juta bersumberkan dana dari 1MDB ? ( Mkini )


Huh ? Hartanah mewah di London pulak ? Ingatkan di Amerika je, rupanya di London pun ada juga ........ peeeergh ! Kejayaan anak Melayu seperti ini tidak patut dirahsiakan, seharusnya diwar2kan supaya mereka ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak2 Melayu lain untuk berjaya diperingkat dunia ! 

Seperti juga filem lucah Wolf of Wall Street, kenapa diharamkan penayangannya di Malaysia ? Kan diterbitkan oleh seorang anak Melayu ... filem Hollywood yang berjaya dan dilakonkan oleh DiCaprio .... kena bangga tuh !


Hmmm ... mungkin saja ada kaitan kritikan terbaru Salleh terhadap WSJ dengan artikel itu. Kononnya melalui penulisan nya itu, Salleh dapat tunjukkan pada Rosmah dan Najib yang beliau sudah berjaya menangkis serangan terbaru WSJ terhadap Reza Aziz .... kononnya.

Pendek kata - Siapa sumber maklumat tak penting, yang penting adalah laporan yang dibuat. Kalau salah atau berunsur fitnah, saman sajalah.

Dan kepada Salleh yang merupakan orang dalam kerajaan dan punya akses kepada maklumat2 yang sahih, kenapa tidak dedahkan mana2 maklumat yang mampu membuktikan laporan2 WSJ itu palsu ?

Melainkan ... sememangnya laporan2 itu ada kebenarannya.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 20, 2016 at 4:05 PM

Sebenarnya Salleh ni berdendam dengan TDM sebab belum puas jadi ketua menteri Sabah dulu. Baru 2 tahun jadi ketua menteri dah TDM gantikan dengan orang lain mengikut sistem penggiliran. Tak sempat nak kaut kekayaan saperti Musa Aman dan Taib Mahmud

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 4:30 PM

Beginilah salleh...

Kau cakap itu semua tidak benar sebab sumber maklumat tidak didedahkan...betul????

kau yakin berita itu palsu sebab sumber maklumat disembunyikan...betul???

Kau yakin si najeeb tak bersalah dan difitnah...betul tak????

DAH KAU YAKIN SANGAT BERITA ITU TAK BETUL...KAU DIFITNAH...JADI APAKEJADAHNYA KAU PULAK YANG TAKUT??? saman lah segera untuk bersihkan nama najeeeb kau tu!!

kau dengan si najeeb sama bangang tau tak???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 6:50 PM

Brader Din,blogger biasa rakyat biasa pun boleh kalahkan arguments menteri...hmmmm kalau Tun mantan PM tembak,mahu tercirit cai cai makan dedak nk jawap...salut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2016 at 9:41 PM

Bukan sama bangang bro,berlumba2 sapa paling bangang! Tu paling tepat. Rasa mcm malas je komen,tapi hati sakit. Kenapa la rakyat ni nak kau bodoh kan saleh? Sampai tahap tu kau hina diri kau. Rakyat tengok kau ni mmg takde maruah langsung. Yg kau tau bodek,ampu dan gosok boss kau demi kelangsungan kuasa yg kau dapat dari pintu belakang.

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2016 at 9:57 AM

Mangkok ni sebenar nya pandai.....kerana dedak....terpaksa buat statement BANGGANG!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2016 at 1:05 PM

Menteri kabinet rejim najib hanya ditertawakan oleh rakyat saja diatas sikap kebodohan melampau si saleh portfolio menteri skmm tapi bodoh dengan undang2 dia ingat negara2 di dunia ni bawah kawalan undang2 ciptaan kerajaan rejim najib kaa sampai minta wsj dedahkan sumber maklumat mereka bangang buat satu dunia lagi gelak dengan malaysia

The protection of sources, sometimes also referred to as the confidentiality of sources or in the U.S. as the reporter's privilege, is a right accorded to journalists under the laws of many countries, as well as under international law. It prohibits authorities, including the courts, from compelling a journalist to reveal the identity of an anonymous source for a story


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2016 at 1:55 PM

Blog ni dah kena block level ke 3 guna chrome pun tak leh masuk dah terpaksa download hola baru lepas

Saleh keruak ni terkencing takut nak saman wsj tu yang bagi statement bodoh konon wsj akan dedah sumber maklumat dia supaya pemberi maklumat tu dapat di kenakan tindakan oleh skmm

Saleh tak reti section law & privacy protection antara pemberi maklumat dgn pelapor maklumat saleh ni belajar sekerat jalan nak tunjuk bijak padahal bodoh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2016 at 6:22 PM

terbaik..biar dia panas punggung

Post a Comment